Sambal Garing Che Nor Pembuka Selera Ketika Bersahur

Sambal Garing Che Nor Pembuka Selera Ketika Bersahur  |  Hi korang.. Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia.. Puasa tak hari ni? hehe.. Aku, alhamdulillah masih gagah perkasa untuk terus berpuasa walaupun tengah preggy.. hiks.. Lama kot tak jengok blog.. Rini baru berkesempatan nak update.. Membizi sambut puasa.. Kali ni nak cerita tentang sambal garing yang terlajak sedap ni... Sambal Goreng Che Nor..

Sambal Garing Che Nor
Sambal Garing Che Nor Pembuka Selera Ketika Bersahur
Korang pernah tak tengok dan try Sambal Garing Che Nor ni? Sedap baq hang!! Dah lama sebenarnya nak rasa Sambal Garing Che Nor ni.. Tapi tak tercari.. Sampailah nak masuk bulan Ramadhan baru ni, aku usahakan jugak carik kat Kuantan ni.. Untuk dibuat bersahur dan berbuka.. Ternyatalah sedap seperti yang diviralkan tu.. Memang menjadi pembuka selera time sahur dan berbuka.. Encik somi cakap rasa dia lebih kurang sambal hitam pahang... Tapi tak de la sepedas sambal hitam pahang.. Rasa dia memang best la.. Susah nak cakap.. Korang rasa baru tau kesedapannya tu..

Kat mana aku beli??

Macam biasalah kalau nak beli sesuatu barang, aku akan search dulu kat instagram.. Mudah!! Bila dah search memang banyak la yang menjual Sambal Garing Che Nor ni.. Aku cari yang di Kuantan punya.. Hasil dari carian aku, jumpa la dengan IG Raizan_Suriana ni.. 


Yang menariknya, siap ada perkhidmatan COD lagi.. Cam biasa kalau dah COD, paling minimum kenalah beli 2 botol ye.. Kalau sebotol, tak berbaloi pulak nak buat COD kan.. Kesian la seller hantar sampai depan pintu rumah.. Servis memang terbaik... 

Bagi korang yang dok area Kuantan tu, kalau nak rasa Sambal Garing Che Nor ni, bolehlah terjah IG Raizan_Suriana ni ye.. Tak rugi beli Sambal Garing Che Nor ni, memang sedap rasanya.. Harga untuk sebotol cuma RM 10.00 sahaja.. Aku dah rasa.. Korang bila lagi?? Hiks.. 


11 comments on "Sambal Garing Che Nor Pembuka Selera Ketika Bersahur"
  1. macam sedap je..makan dengan roti sedap ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya selalu nampak sambal ni dekat pasar-pasar malam kawasan kuantan tu kak. belambak hehehe. makan pagi-pagi sambil nasi panas-panas tu memang best kot.

    ReplyDelete
  3. Kita peminat sambal ni jugakk.. hehehe.. Tapi kalau yg rm10, ikan bilis dia besar2.. Akak kena beli yg rm6, ikan bilis dia halus2.. lagi sedap.. XD

    ReplyDelete
  4. Sambal ni famous kann Lea..
    Nak beli nanti LZ roger tokey..

    ReplyDelete
  5. eeee nak kena ada satu nie dekat rumah! tapi kenapa elsa tak jumpa lagi dekat area rumah nie hm hm

    ReplyDelete
  6. Memang sedap.. Sha dah standby awal-awal dah sebelum puasa.. Hehehe.. Agak2 sahur tak tahu nak masak apa, memang jamah sambal nie lah dengan nasi..

    ReplyDelete
  7. eh..viral ke sambal garing che nor ni..baru tau..sebabnya baru ni ada beli kat dalam Medan MARA..beli sebab nak makan time bersahur kalau malas masak...hehe..laa glamour rupanya..hehe..betul lea, rasa dia sedap..saya suka..en suami kurang gemar..selera lain2 kan..

    ReplyDelete
  8. aida ada 2 botol :-)
    ok la sedap.
    penambah perisa.
    tarik selera kita utk tambah nasi...
    but aida prefer yg basah skit.

    ReplyDelete