Fryerzone Western Food Kuantan | Antara Western Food Murah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt..

Fryerzone Western Food Kuantan | Antara Western Food Murah Dan Sedap  |  Hi korang.. Hari ni aku nak share satu tempat makan yang selalu aku pergi untuk makan western food dan korang juga wajib cuba tau... Aku ni memang penggemar Western Food.. Tapi western food ala-ala melayu la.. Kalau western food ala-ala barat tu tak tertelan dek tekak ni.. Pernah lah satu ketika dulu aku try western food di kuantan juga yang ala-ala kebaratan sikit.. ehh bukan sikit tapi banyak tau.. Huhu Tempat makan tu agak terkenal di Kuantan dan harganya boleh tahan.. Hehe.. Yang penting halal.. Bajet nak try sesuatu yang berbeza dari biasa, lastnya tak tertelan dek tekak aku ni.. Lepas pada tu, aku dah tak berminat untuk cuba western food terlalu barat sangat dan lebih gemar western food yang dah dikacuk dengan kemelayuannya.. Ahakz..


Fryerzone Western Food Kuantan

Maps ke Fryerzone, Kuantan

Siap dengan Maps sekali aku kasi tu.. Nilah tempat yang aku nak share dengan korang tu... Fryerzone namanya.. Kalau yang dah pernah pergi mesti dah familiar dengan nama ni kan.. Bagi aku western food dekat Fryerzone ni menepati citarasa aku.. Rasanya dah banyak kowt tempat dekat kuantan ni aku cuba western food, tapi tekak aku tetap sukakan Fryerzone.. Kena dengan selera bak kata orang... 

Time gaji baru-baru ni terasa nak makan western food.. Dah bila sebut aje western food, otak terus teringat Fryerzone.. Jadinya, hari gaji tu kami sekali lagi decide untuk makan malam di Fryerzone.. Time-time gajilah nak makan besar pown kan.. Hehe..


Menu Yang Dipilih

Black Pepper Steak

Menu pilihan aku kali ni, Black Pepper Steak.. Masa nak order tu, aku tengok dalam list menu, ehh tak de pulak black pepper steak ni.. Selera nak makan itu aje.. Dah gik mana ni?? Aku pon try le tanye adik yang amek order tu, ada tak Black Pepper Steak... Dia cakap ada.. Ohh!! Rupanya dia tarok nama lain dalam list menu tu.. Manelah mak tahu nakkkk!! Hehe.. Sebelum ni aku dah try Chicken Chop.. Sodap.. Kali ni nak try yang lain pulak kan.. Ternyata lagi sodappp!! Ahakz..

Soup Cendawan

Yang ni aku jugak yang order.. Aku memang suka soup cendawan ni.. Kalau pergi domino's atau pizza hut, memang tak sah kalau tak licin aku bedal soup cendawan.. Kat Fryerzone ni pown tak kurang sedapnya Soup Cendawannya.. Sampai aku berlawan dengan Qhaliff menghabiskannya.. Kemahinn lagik Qhaliff, dia pown suka soup cendawan ni.. Len kali kena order 2 mangkuk sebab 1 mangkuk tak cukup untuk kami 2 orang.. Haha.. Tamak kan...


Ini menu pilihan encik suami pulak.. Haiss aku lupa apa ke nama menu ni.. Tapi menu utamanya ayam la.. Hehe.. Anggap jerk la ini Chicken Chop ye.. Haha.. Lupa wehhh!! Yang speselnya menu ni ada mee.. Sedap pulak tu mee nya.. Aku bedal separuh mee tu.. Tensen encik suami dengan aku.. Kikiki.. Harga pown aku lupa ye sebab cerita ni dah lama time hari gaji ritu.. Tapi harga di Fryerzone ni tak mahal tau.. Harga berpatutan bagi aku dan berbaloi dengan keenakan yang ada pada setiap hidangan.. Cewahh..


Menu-Menu Lain

Di Fryerzone ada pelbagai menu lagi sebenarnya.. Aku lupa nak snap gambar menu.. Kalau tak korang boleh tengok list menu dengan harganya sekali.. Mungkin nextime aku akan up lagi.. Biasalah kalau dah ada anak ni, tak cukup tangan nak buat semua bende kan.. Yang sempat aku snap, papan board kat meja aje..

 Mango Cheese Cake


Nutella Cheese Cake

Cheese Cake pown ada uolls.. Kalau korang peminat cheese cake, korang boleh la cuba kalau ke Fryerzone nanti.. Aku memang tak suka cheese cake ni.. So, memang tak kan cuba la.. So, toksah  lah tanye aku ye sedap ke idok sebab aku tak makan.. Hahaha!!

Ehhh, tak de pulak gambar aku n family tengah santap ye.. Hehe tak pe la, kitorang ni pemalu.. Ceehhhhh!! Len kali mungkin.. Insyaallah..


Detail Fryerzone

Okey lah, kalau korang nak try makanan di Fryerzone, korang bolehlah rujuk maps yang aku kasi kat atas nun... Kat bawah ni aku kasi sekali lagi detail tentang Fryerzone.. Ada alamat, no. hp dan waktu operasi sekali.. Senang korang nak plan kan.. Tak de la nanti korang pergi tetiba tutup pulak.. Untuk info lebih lanjut korang boleh terjah fb Fryerzone ye.. Kengkadang dorang tutup kedai hari yang  tak sepatutnya tutup, dorang akan maklum dalam facebook.. Jadinya, korang terjah dulu facebook dorang untuk dapatkan maklumat ye.. 



Facebook




5 comments on "Fryerzone Western Food Kuantan | Antara Western Food Murah Dan Sedap"
  1. Lama dah tak pergi Kuantan... kedai baru la kot ni yea? Sebab tak pernah dengar nama kedai ni masa saya duduk di Kuantan dulu... Menu-menu tu semua nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan nih. Boleh la try bila p kuantan nti. 😊

    ReplyDelete
  3. Wahh, nampak sedap jea menu-menu yang disediakan.. Insha Allah kalau saya singgah di Kuantan, restoran nie akan dicari.. =)

    ReplyDelete
  4. Cheesecake itu sangat mengancam..
    my feveret nie..
    Sha pun kalau gi dominos ke pizza ke memang beli lebih sup cendawan.. kalau tak berebut lah dengan amani dan imani..

    ReplyDelete