Setelah Sebulan Bersama MYLARA Skin Care

Assalamualaikum wbt..

Setelah Sebulan Bersama Mylara Skin Care  |  Lebih kurang sebulan yang lepas aku ada up entry tentang produk MYLARA Skin Care kan... Boleh baca kat SINI.... Dan dalam entry tersebut aku telah nyatakan yang aku akan menyahut cabaran untuk menggunakan produk tersebut untuk melihat hasilnya.. Cewahh... Macam tu sekali yek.. Haha..!!

MYLARA Skin Care

Sebelum tu, meh la aku kenalkan kat korang sekali lagi tentang setiap produk yang ada dalam set MYLARA ni.. Untuk set skin care MYLARA ni, terdapat 4 jenis item... Pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam... Sepanjang tempoh percubaan ni selama sebulan lebih, aku memang disiplin.. Pakai mengikut aturan dan tak pernah miss..

Bagi aku, set MYLARA Skin Care ni sangatlah best dan sesuai untuk kulit muka aku.. Pertama kali pakai pown aku dah rasa selesa dengan produk ni.. Dari pencuci mukanya hinggalah ke krim malam.. Semuanya best dan terbaik.. Nak tahu apa yang bestnye setiap item dalam set MYLARA ni, kene baca sampai habis ye.. Hiks..

4 in 1 Collagen Cleanser 
(Pencuci Muka)


Pencuci muka MYLARA ni best sebab bila lepas cuci muka, aku rasa muka aku sangatlah selesa dan nyaman.. Paling penting tak terasa tegang perit macam sesetengah pencuci muka tu bila cuci muka rasa tegang aje.. Dah lah rasa tegang, tak selesa pulak tu.. 

Kalau korang nak tahu, pencuci muka MYLARA (4 in 1 Collagen Cleanser) ni banyak manfaatnya iaitu :-

  • Praktikal, bersih dan efektif
  • Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
  • Membersih wajah
  • Eksfoliasi lembut
  • Menyamakan tona kulit dan melembutkan
  • Menganjalkan kulit
  • Menyerikan wajah


Facial Toner


Toner ni pula, bila aku apply dekat muka aku, muka akan jadi segar.. Muka pown jadi lembap aje.. Memang best... Biasa aku memang tak suka pakai toner.. Tapi toner MYLARA ni suka pulak aku pakai.. Jom tengok manfaat toner ni..

  • Membuat kulit terasa bersih dan segar
  • Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
  • Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

Matte Miracle CC Cream SPF 30
(Krim Siang)


Krim siang MYLARA ni lagiklah bestnya.. Aku suka sangat sebab  krim siang ni lain dari yang pernah aku pakai sebelum ni.. Krim siang MYLARA ni macam foundation tau.. Bila apply dekat muka, segala cela dekat muka akan dicovernya.. Memang terbaik.. Tak payah pakai foundation dah.. Apa manfaatnya untuk kulit?? Jom tengok..

  • Melindungi dari sinar matahari
  • Membantu melembap dan melembutkan kulit wajah 
  • Tekstur ringan dan lembut
  • 97.7% natural
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Revitalizing Night Cream
(Krim Malam)


Mana-mana set skin care sekalipun, yang bertindak mencantikkan kulit adalah krim malam.. Krim malam nilah pentingnya dalam satu-satu set skin care.. Malamkan time kite rehat.. Camtu jugak kulit.. So, time tulah krim malam ni merawat kulit kita.. Aku memang gemar pakai krim malam sebab bila bangun pagi esoknya, kulit jadi glowing aje.. Tapi kena pastikan juga ye, krim malam yang kita pakai tu ada merkuri atau pown tak.. Macam krim malam MYLARA ni, memang tiada merkuri.. So, selamat untuk kulit..

Manfaat krim malam MYLARA :-

  • Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
  • Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
  • Menghapus tanda-tanda penuaan
  • Pelembap malam yang tidak melekit
  • Bebas MERKURI

Panjang leboo dah aku membebel.. Mesti korang nak tengok jugakan result kulit muka aku selepas sebulan aku pakai MYLARA skin care ni.. Ye dak?? hehe.. So, marilah aku mempersembahkan kepada korang muka aku sebelum dan selepas menggunakan MYLARA skin care ni selama sebulan.. Hadoii malu hakak nokkk nak tayang muka sendirik..!! Redha aje lah...


Kusam gile muka aku time ni..  -malu oh- 
Boleh pulak mak senyum kambing nakk!! Haha.. 

Bintik hitam atas hidung tu dah berkurangan hokek!! sekian terima kasih...!!


Eceli, kulit muka aku ni tak de masalah sangat pun sebenarnya.. Cumanya ada sedikit jeragat dan bintik hitam atas hidung.. Bintik hitam tu yang masalah paling besooo bagi aku.. Tapi setelah aku menggunakan set MYLARA ni, Alhamdulillah bintik hitam tu dah berkurangan dan hampir-hampir hilang.. So, aku kene terus disiplin pakai MYLARA sampailah bintik hitam tu hilang sepenuhnya.. hehe.. Jeragat pown dah pudar ohh!!

Oklah, sekian saje review result aku ni.. Ahakz.. Semoga berjumpa di lain hari dan di lain masa.. Haha.. Dah macam siaran tv pulak..!! 

Sebelum menutup entry ni, aku nak ber-IKLAN sekejap ye..!!

Dengan MYLARA, wajah sempurna dengan mudah...

Berkesan merawat :-
✔ Kulit gelap dan kusam
✔ Tona tidak sekata
✔ Blackheads / Whiteheads
✔ Pori-pori terbuka
✔ Jerawat
✔ Jeragat
✔ Parut jeawat hitam dan berlubang
✔ Kulit berminyak

Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan MYLARA Skincare dengan harga mampu milik..

Harga
RM 89.90 (WM)
RM 95.90 (EM)

Oklah.. Kalau korang nak dapatkan set skin care MYLARA ni, bolehlah ke link yang aku sertakan kat bawah ni.. No. telefon pown ada untuk korang hubungi... Ehhhh whatsapp @ SMS only yekk.. hehe..

WHERE TO BUY?

Untuk keterangan lanjut, korang boleh terus ke :-

Website
https://www.mylaraskincare.com/

Facebook


Whatsapp/SMS
013-920 0629



9 comments on "Setelah Sebulan Bersama MYLARA Skin Care"
  1. Alhamdulillah..kalau serasi..teruskan Lea..jangan tukar-tukar..

    ReplyDelete
  2. Dah sebulan pakai memang dah boleh nampak kesan kan sis 😃
    .
    Kalau tak elok mesti dah naik jerawat. Serasilah tu nampaknya

    ReplyDelete
  3. Dah sebulan pakai memang dah boleh nampak kesan kan sis 😃
    .
    Kalau tak elok mesti dah naik jerawat. Serasilah tu nampaknya

    ReplyDelete
  4. Perasan jugak gamba sebelum tu pun dah macam ploless. Hehe
    Packaging dia menariklaa. :)

    ReplyDelete
  5. kalau dh serasi dgn satu2 produk tu msti best kan. sesuai ngn kulit kak lea.

    ReplyDelete
  6. Boleh rekemen pada kawan2 yang lain nie..

    ReplyDelete
  7. Sesuai la tu dgn lea :) bgus la. Klau sesuai best sgtkn

    ReplyDelete