Palazzo Auriz by Aliya Safiyyah Couture

Assalamualaikum wbt..


Palazzo Auriz by Aliya Safiyyah Couture  |  Hi korang..!! Nampak tak gambar kat atas ni.. Haa ini yang aku nak cerita hari ni.. Palazzo Auriz by Aliya Safiyyah Couture.. Baru-baru ni aku ada memborong palazzo auriz ni.. Itu pown selepas diperkenalkan oleh rakan blogger aku Fara... Aku agak cerewet sikit bila memilih palazzo dan aku sememangnya peminat palazzo.. Yelaa.. Palazzokan besar tak ketat dan selesa untuk dipakai sesambil tu dapatlah menutup aurat kita.. Insyaallah.. 

Tapi dalam banyak-banyak palazzo yang ada dipasaran sekarang lebih banyak palazzo yang ketat mengikut bentuk kaki.. Yang besarnya hanya dibahagian bawah sahaja.. Sebab itu lah aku agak cerewet dalam memilih palazzo bagi memastikan keseluruhannya besar dan tidak mendedahkan aurat.. 

Dalam pada aku mencari untuk aku menambah koleksi palazzo yang aku ada, ternampak pulak cik puan fara pakai Palazzo Auriz ni.. Nampak sangat selesa.. Teruslah aku bertanyakan pendapat dia tentang palazzo ni.. Nampaknya feedback yang diberi sangatlah berpuas ati bagi aku.. Terus aje aku mengoder 2 helai palazzo daripada Aliya Safiyyah Couture ni.. 

Cik Puan Fara kita memilih warna hitam.. Cantikkan.. 
Kalau dah model pakai ape pown cantik kan.. hikhik..

Okeh, aku memilih warna hitam dan warna pink belacan... Kenapa aku pilih warna-warna tersebut?? Sebabnya ofcoz la mudah untuk match dengan mana-mana warna bajukan.. Tapi yang bestnya aku dapat gift raya dari owner Aliya Safiyyah Couture iaitu sehelai lagi palazzo auriz warna soft grey.. alhamdulillah.. Mungkin rezeki ramadhan dan syawal untuk aku.. Thankzz sngat-sangat buat owner Aliya Safiyyah Couture.. 

Dari percubaan pertama aku setelah aku terima parcel, Palazzo Auriz ni sangat-sangat selesa.. Aku memilih saiz M untuk aku... Alhamdulillah saiz yang tepat untuk aku.. Tidak ketat dan dapat menutup aurat bentuk kakiku ini.. hehe.. Kain dari material Como Crepe.. Tak nipis ye dan tak jarang... Tebal, berat, sejuk dan paling penting tak melekat.. Super duper selesa dipakai.. Jom tengok saiz ape yang ada...

Saiz yang ada S - XL


Pelbagai pilihan warna yang ada.. Pilih aje mana satu yang berkenan.. 
Semua cantik-cantik belaka..


Harga : RM 69.90
Free Postage
Material : Como Crepe
Saiz : S - XL

Kalau korang nak tahu, di Aliya Safiyyah Couture ada macam-macam lagik yang dijual.. Nak tahu apa yang ada.. Meh aku kasitau kat korang apa lagik yang ada kat sana.. Boleh meroyan wehh..!!


Harga : RM 75.00
Free Postage
Material : Dull Satin Cotton Jersey (Clay Gray)
Saiz : S - XL



Harga : RM 69.90
Free Postage
Material : Como Crepe
Saiz : Free Saiz



Harga : RM 30 
Beli 4 helai RM 100
Free Postage
Meterial : High Chiffon Bridgette Stractable
Measurement : 2m x 0.75m


Ada pelbagai lagi sebenarnya yang dijual di Aliya Safiyyah Couture... Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan ingin memiliki salah satu atau semua produk yang dijual oleh Aliya Safiyyah Couture bolehlah ke link yang aku sertakan dibawah ni ye..

Alamat
D-2-2, Alam Avenue, Jalan serai Wangi H 16/H,
Persiaran selangor, 40000 Shah Alam, Selangor

Whatsapp
+6018-2179804

IG

FB

Email
Aliyasafiyyah@yahoo.com

Aku tak sempat lagik nak menggayakan Auriz Palazzo.. Mungkin raya ni baru berkesempatan untuk memakainya.. Nanti aku akan buat post ootd lak.. hehe.. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua..


.

4 comments

  1. Menarik! Terima kasih bagi review palazzo nie. Siqah pun suka pakai palazo. Lebih sopan kan. Boleh terjah nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Tulakan.. Palazzo selesa sgt kalau pakai..
      Nanti siqah p ar terjah page dorg ek.. hehe.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. cantikkan.. boleh la tgk kat IG dia.. byk lagik yang cantik2... :)

      Delete