Resepi | Sup Ayam Simple


Assalamualaikum wbt..

Hai uolls... 2 hari tak ke-udara... Sabtu Ahad memang aku bercuti untuk berblog.. Almaklumla, kat rumah tak de komputer.. Nak harap HP memang sakit mata kalau nak update blog.. Laptop pown dah rosak.. So, sabtu ahad adalah hari bercuti dari memblog.. huhu..!!

Bukan tu yang nak diceritakan disini sebenarnya.. Yang aku nak cerita kat sini, berkenaan tajuk di atas.. hehe.. Ahad baru ni, aku masak sup untuk anak aku, Qhaliff.. Aku dah stop buat nasi bubur untuk dia memandangkan dia dah pown mencecah usia 1 tahun lebih.. Dah sampai masa untuk dia biasakan diri dengan makanan yang lebih kasar... Maksud aku nasi biasa la.. So, ahad baru ni aku cuba buat sup untuk dia... Tapi sup simple aje la aku buat untuk lauk Qhaliff.. Jom tengok resepi simple aku..


SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan :-

3 ketul ayam 
(ketul?? haha sebab dah dipotong2kan)

1 Biji Kentang
1/2 Biji Bawang Besar ( Dimayang )
2 Ulas Bawang Putih ( Diketuk )
Rempah 4 Sekawan ( Cengkih, Lawang, Pelaga, Kayu Manis )
1 Sudu Rempah Sup 
Air
Sedikit Minyak Masak untuk menumis
Garam secukup rasa


Hiasan :-

Daun Sup


Cara-Cara :-

Masukkan sikit minyak dalam kuali.

Tumis bawang putih, bawang besar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau..

Masukkan air ikut suka hati nak banyak mana ye... (aku masuk 1 cawan air aje)

Kemudian masukkan rempah sup.. Kacau sampai rempah sebati dengan air.. kalau tak kacau kang berketul-ketul lak rempahnya.. hehe..

Dan menggelegak, masukkan ayam dan kentang.. Dan seterusnya masuklah garam dan serbuk perasa..

Masak sehingga kentang empuk dan ayam disahkan telah masak sepenuhnya.. hehe..

Siap..!!!


Untuk jadikan sup menjadi lebih sedap :-

1/2 biji bawang besar (dimayang)
sedikit halia (dimayang)

Goreng bawang besar dan halia sehingga kekuningan dan terus dimasukkan kedalam sup yang dah siap dimasak tadi... 


Hiasan :-

Hias dengan daun sup tadi... 

Siap sepenuhnya... hehe..


Okeh dah siap SUP AYAM SIMPLE aku.. Boleh juga dibuat untuk berbuka di bulan poseee nanti.. Simple dan mudah.. Gerenti sodappp!! Cuba la... hehe..




6 comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah.. boleh diterima tekak anak n suami.. hiks.. ;)

      Delete
  2. Makan dengan nasi hangat-hangat...sedap ni Lea...kadang kak PC makan sup ayam ni dengan bubur..bagusnya sup ni boleh makan dengan mee,bohoon,ketupat..nasi...universal sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak PC... makan ngan bihun sedapnyeeee kan... Lea penggemar bihun sup.. hehe..

      Delete
  3. Sedap nya. ... akak follow sini.. .#213

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak follow sy.. sy follow balikkk.. hehe..

      Delete