Sinopsis Warna Cinta Impian Lakonan Erra & Awie

Monday, April 11, 2016


Assalamualaikum wbt..

Warna Cinta Impian | Fuhh tak sabar rasanya nak tengok filem terbaru lakonan Erra Fazira dan Awie ni.. Adakah sehebat filem Sembilu?? hehe.. Kene la tengok dulu ye dak?? Baru tau sehebat mana filem ni.. Jom tengok sinopsis filem ni.. 



Sinopsis

Warna Cinta Impian : Paparan Konflik Dalam Perkahwinan

W
arna Cinta Impian mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam menjadi nadi percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.

Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.
Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Itu semua akan dapat disaksikan dalam filem Warna Cinta Impian yang bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi.
Menampilkan pelakon berasal dari Singapura, Erwin Shah Dawson serta Shiqin Kamal sebagai teraju utama dalam Warna Cinta Impian, filem ini juga turut menggamit kenangan tersendiri apabila menggandingkan pasangan popular era 90-an iaitu Awie dan Erra Fazira.
Memulakan penggambaran pada tahun 2014, Warna Cinta Impian turut memilih beberapa lokasi menarik di luar negara seperti India dan Australia, selain di Malaysia.
PELAKON
Erwin Shah Dawson
Shiqin Kamal
Awie
Erra Fazira
Azlee Khairi
Nazeera Sardi
Fad Bocey
Dato David Arumugam

KARYA ASAL
G. Ravindran & N.S Krishna

PENULIS SKRIP
Shida Ali

PENERBIT
G. Ravindran

PENGARAH
N.S Krishna

Sumber sinopsis  : Blog Budiey.com



Jom gi tengok beramai-ramai... 


No comments

Post a Comment