McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World

Sunday, July 29, 2018

12 comments
McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World |  McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. 


Terbaru, McDonald's telah memperkenalkan satu lagi menu baru yang mempunyai citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.  

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.   

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.   

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.  

Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.  

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.  

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.  


Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.  


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/

Read More

Lazada Lancarkan M·A·C Lazada Super Brand Day Pada 29 Julai 2018

Saturday, July 28, 2018

8 comments
Lazada Lancarkan M·A·C Lazada Super Brand Day Pada 29 Julai 2018 | Holaa!! Hari ni kemain rajin lagik aku mengemas alat make up aku.. Rupa-rupanya lipstik aku dah banyak nak habis.. Seingat aku dah agak lama jugak aku tak beli lipstik.. Dah alang-alang baru je gaji ni kan, tengahari tadi aku usha la laman web Lazada.. Biasalah kalau aku nak shopping apa-apa mesti aku terjah laman web Lazada Malaysia dulu.. Sekarang dah malas nak ke pasaraya bagai untuk cari barang keperluan.. Lebih mudah beli secara online, main klik-klik aje barang pun sampai depan pintu.. Hehe.. 


Ni nak cerita kat korang.. Masa aku bukak laman web Lazada Malaysia tadi, aku nampaklah iklan M.A.C Super Brand Day ni.. Wahhh macam tau-tau jerk kan aku nak cari lipstik... Lagik best time aku gaji pulak tu.. Pandai betul Lazada Malaysia cari date untuk lancarkan Lazada Super Brand Day ni.. Haha!! Aku pulak dah lama mengidam nak pakai lipstik dari jenama M.A.C ni.. Time promosi macam ni lah aku boleh beli banyak sikit.. Ye tak? Hehe.. Ok jom aku story sikit kat korang..

M.A.C X Lazada Super Brand Day - Too many lipsticks? Never.

Sempena Nasional Lipstick Day, Lazada Malaysia bergabung dengan satu jenama antarabangsa iaitu M.A.C akan melancarkan secara exclusive M.A.C Lazada Super Brand Day bertemakan 'Too many lipsticks? Never' pada 29 Julai 2018 ini iaitu pada hari Ahad dimana banyak tawaran menarik dan tawaran eksklusif akan disediakan untuk semua pelanggan Lazada terutamanya bagi peminat tegar jenama M.A.C.. Best gile wehh!!.. Aku akan pastikan yang aku tak lepaskan peluang keemasan ini.. Haha!! 


TENTANG LAZADA - Ditubuhkan pada tahun 2012, Lazada merupakan destinasi membeli belah dan online shopping terbesar di Asia Tenggara iaitu di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sebagai perintis ekosistem eCommerce di Asia Tenggara, Lazada mempunyai 155,000 penjual dan 3,000 jenama yang melayani 560 juta pengguna di rantau ini melalui platform pasarannya, disokong oleh pelbagai penyelesaian pemasaran, data, dan perkhidmatan yang disesuaikan. Dengan 300 juta SKU yang tersedia, Lazada menawarkan pelbagai jenis produk dalam kategori dari elektronik pengguna kepada barangan isi rumah, mainan, fesyen, peralatan sukan, dan barangan runcit. Berfokus pada memberikan pengalaman pelanggan yang cemerlang, ia menawarkan pelbagai kaedah pembayaran termasuk Cash-On-Delivery (COD), penjagaan pelanggan yang komprehensif dan pulangan tanpa kerumitan menerusi lengan penghantaran mil pertama dan terakhir yang disokong oleh kira-kira 100 rakan logistik. Lazada Group adalah majoriti yang dimiliki oleh Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA).

Oh ya, untuk pengetahuan korang semua, tawaran bagi M.A.C Lazada Super Brand Day ni hanya berlangsung untuk satu hari sahaja.. Lepas itu, semuanya back to normal.. Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana M.A.C merupakan salah satu jenama make up yang paling ikonik dan fashion-forward di dunia.. Aku yakin korang pun teringin menggunakan lipstik M.A.C ni kan.. hehe..

Pada 29 Julai 2018, bermula dari tengah malam hinggalah 11.59 malam, pelbagai special offer yang korang akan dapat di M.A.C Lazada Super Brand Day, antaranya :-

1. Percuma lipstik full size dengan setiap pembelian melebihi RM70 (Sementara stok masih ada)


2. Percuma M.A.C Lipstick Mobile Key Ring dengan setiap pembelian melebihi RM140 (Sementara stok masih ada)


3. Limited Edition Little M.A.C Duos dengan special gift box yang eksklusif (Mini lippies in three different pairs of smashing shades, sangat sesuai untuk travel)


4. M.A.C X Lazada Super Brand Day gift box dan Stiker Lazada National Lipstick Day dengan sebarang pembelian.


Wahhh banyak gile tawaran hebat kan.. Tak sabar rasanya nak tunggu tibanya hari Ahad.. Kalau boleh semua sekali aku nak.. Haha!! Setiap tahun ke Lazada Super Brand Day ni akan diadakan? Atau hanya tahun ni sahaja? Haaa jangan tak tahu ye, Lazada Super Brand Day ni akan diadakan setiap tahun dan tahun ini merupakan tahun pertama ia dilancarkan.. Lepas ni, korang boleh nikmati lagi tawaran hebat di Lazada Super Brand Day ni.. Mungkin dengan jenama lipstik yang lain pula.. Siapa tahu kan..

Super Brand Day menjadi tonggak bagi Lazada untuk mempamerkan pengalaman membeli belah satu-hari yang menarik dengan jenama global. Perkongsian eksklusif dari kami dengan M.A.C untuk  melancarkan Super Brand Day ini juga menjadi bukti komitmen Lazada untuk menghubungkan jenama-jenama terbesar dunia dengan 560 juta pengguna yang semakin berkembang pesat di Asia Tenggara. - kata Ketua Pegawai Lazada Group's, Robin Mah.

Jom Shopping Lipstick M.A.C di Lazada Super Brand Day

Pelbagai pilihan warna lipstik di M.A.C X Lazada Super Brand Day

Yang mana tengah cari lipstik tu dan juga peminat setia jenama M.A.C ni, jom kita pakat shopping Lipstick M.A.C di Lazada Super Brand Day.. Bila? Semestinya 29 Julai 2018 ini.. Ingat ye tarikh ni korang.. Set terus kat kalender korang tu.. Nak lagi best, terus aje set alarm kat smartphone korang tu.. haha!! Rugi tau lepaskan peluang keemasan ni.. Bila lagi nak pakai lipstik jenama antarabangsa kan.. Tambahan pula, shopping kali ni dapat sekali dengan hadiah menarik.. Aku rasa aku nak grap M.A.C Lipstick Mobile Key Ring tu.. Korang nak grap apa pula? Haa boleh buat target awal-awal.. Nanti dah sampai hari kejadian, boleh terus shopping aje.. Hehe.. Jangan lupa penuhkan troli korang di https://c.lazada.com.my/t/c.0MS tau!!


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai M.A.C X Lazada Super Brand Day, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Twitter



Mengenai M.A.C

M · A · C (Make-up Art Cosmetics), sebuah jenama kosmetik profesional terkemuka, telah diwujudkan di Toronto, Kanada pada tahun 1984 dan merupakan sebahagian daripada The EstĂ©e Lauder Companies, Inc. Populariti syarikat telah berkembang melalui tradisi kata- sokongan mulut dari artis, model, jurugambar, dan wartawan di seluruh dunia. M · A · C kini dijual di 106 negara / wilayah di seluruh dunia.



Read More

Disposable Nursing Pad Dari Shapee Memberi Keselesaan Berganda Kepada Ibu Menyusu

Monday, July 23, 2018

6 comments
Disposable Nursing Pad Dari Shapee Memberi Keselesaan Berganda Kepada Ibu Menyusu  |  "Alahai tak selesanya, satu badan bau susu.. Malunya nak dekat dengan orang!!".. Haa ini salah satu rungutan hati aku time aku menyusu badan anak pertama dulu.. Alhamdulillah rezeki susu badan untuk anak aku memang murah sangat.. Sampaikan aku terpaksa pump dan simpan.. Kadang tu kalau tak sempat nak pump, maka habislah basah bra dan baju aku.. Time tu satu badanlah akan berbau susu.. Sangat tak selesa hokeh!! Nak dekat dengan orang pun naik segan.. Bukan tu aje, bra pun dah bertompok-tompok dek kesan susu tersebut.. Bila aku google jalan penyelesaian bagi masalah ni, barulah aku tahu tentang kewujudan Disposable Nursing Pad.. Haha.. Biasalah newbie mom kan time tu.. Banyak bende tak tahu lagi.. 


Sebenarnya Disposable Nursing Pad ni merupakan salah satu keperluan yang sangat penting bagi ibu-ibu yang menyusu.. Selain dapat menyerap susu badan yang keluar berlebihan, ia juga dapat mengelak daripada jangkitan kuman dan yang pastinya kebersihan terjaga.. Orite, tak nak bebel panjang lebar lagi, kali ni aku nak kenalkan kat korang semua terutamanya ibu-ibu yang menyusu satu brand Disposable Nursing Pad yang sememangnya diyakini ramai.. Brand apa? Dah tentunya Disposable Nursing Pad dari Shapee mampu memberi keselesaan berganda kepada ibu menyusu..

Disposable Nursing Pad Dari Shapee Memberi Keselesaan Berganda Kepada Ibu Menyusu

Oh ya, sebelum ni aku dah pernah menggunakan produk dari Shapee ni iaitu Nursing Bra... Kalau tanya aku selesa atau tak, ofkoslah sangat selesa.. Kualiti memang terbaik.. Baru-baru ni Shapee memperkenalkan pula produk terbaru mereka iaitu Disposable Nursing Pad yang diperbuat daripada korea.. Disposable Nursing Pad dari Shapee ini mampu memberi keselesaan berganda kepada ibu menyusu.. Kenapa aku cakap macam tu? Haaa kalau nak tahu, stay back sampai habis hokeh!


Kenapa Perlukan Shapee Disposable Nursing Pad?

Setiap produk mesti ada kelebihannya yang  tersendiri.. Begitulah juga dengan Shapee Disposable Nursing Pad ni.. Mungkin fungsinya sama sahaja dengan Disposable Nursing Pad dari jenama lain, namun ianya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.. Nak tahu apa? Jom sama-sama check it out!!

  • Reka Bentuk Yang Nipis (ultra thin)

Dengan rekaannya yang ultra nipis, dapat memberikan lebih keselesaan kepada ibu. Lebih nipis lebih selesa sebenarnya.. Sebab itulah aku sangat percaya dengan jenama Shapee ni kerana mereka sangat memahami keperluan setiap wanita yang bergelar ibu..

  • Jalur Pelekat Double Anti-Slip
Gam pelekat pada Disposable Nursing Pad ni ada 2 line yang agak kuat... Ini bagi mengelakkan ia teralih dan tercabut semasa ibu memakainya.. Dengan Double Anti-Slip Adhesive Strips ni, para ibu boleh tersenyum dan berlapan fikiran sepanjang pemakaiannya..
  • Material Lembut
Diperbuat daripada material yang sangat lembut dan pengaliran udaranya juga baik menjadikan ianya selesa dipakai serta tidak berpeluh.. 
  • Penyerap Air (Ultra Water)
Mempunyai penyerap air (ultra water) yang mampu menyerap sehingga 55ml susu ibu dalam satu masa.. Banyak tu.. Jadi, bolehlah berjimatkan.. Tak perlu menukarnya terlalu kerap.. 
  • Perlindungan Dari Kebocoran
Shapee Disposable Nursing Pad ni mampu menyerap susu ibu dalam jangka masa yang lama dan memberi perlindungan dari kebocoran kerana kualiti yang ada padanya membuatkan ia tahan lebih lama..
  • Design 3D-Shape
Walaupun dalam keadaan basah, ia masih kekal dalam bentuk yang asal untuk memberi lebih keselesaan. Biasanya, kalau dah penuh dan basah mesti tak selesa tetapi dengan Shapee Disposable Nursing Pad ni, ibu-ibu masih boleh merasai keselesaannya..
  • Teknologi Dry-Comfy
Dihasilkan dengan pelbagai lapisan khas, membuatkan ibu-ibu kekal kering untuk tempoh yang lebih lama kerana teknologi ini memastikan kekeringan berada di tahap yang maksimum..


Nampak tak kelebihan yang ada pada Disposable Nursing Pad ni yang mampu memberi keselesaan yang berganda kepada ibu-ibu yang menyusu.. Dari segi reka bentuknya dah memberikan keselesaan.. Apatah lagi dengan kelebihan yang lain-lainnya.. Dengan menggunakan Disposable Nursing Pad dari Shapee ni, aku percaya semua ibu yang menyusu mampu tersenyum menikmati keselesaan yang ada padanya..



Dapatkan Shapee Disposable Nursing Pad Untuk Kekal Selesa Sepanjang Tempoh Penyusuan

Mesti ramai ibu-ibu yang menyusu diluar sana tercari-cari Disposable Nursing Pad yang terbaik kan... Rasanya bukan ibu-ibu menyusu aje yang mencari, malah yang sedang mengandung pun sedang mencarinya.. Kalau macam aku dulu, awal-awal lagi aku dah sediakan keperluan selepas bersalin termasuklah keperluan menyusu.. Salah satunya yang mesti ada adalah Disposable Nursing Pad ni..

Jadi, bagi ibu-ibu yang sedang mencari Disposable Nursing Pad, aku sangat recommend korang beli jenama Shapee ni untuk kekal selesa sepanjang tempoh penyusuan.. Satu kotak mengandungi 30 keping Disposable Nursing Pad.. Jadi, pandai-pandailah korang bajet berapa yang korang perlukan dalam masa sebulan.. Hehe..


Harga Shapee Disposable Nursing Pads

Harga Asal
RM 18.90

Harga Pengenalan
RM 13.90

Berita baik untuk semua pembaca Blog Lea Azleeya yang ingin mendapatkan Disposable Nursing Pads dari Shapee ini.. Korang boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan kod diskaun seperti dibawah :-

Kod Diskaun Eksklusif
10dnpblogger23


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari

Website

Where To Buy

Facebook

Instagram

Youtube

Email
info@theshapee.com

Phone No.
07-554 7488


Read More

T Shirt Printing Murah Serendah RM11.50 Sehelai Di Tip Top Tee Printing

Thursday, July 19, 2018

5 comments
T Shirt Printing Murah Serendah RM11.50 Sehelai Di Tip Top Tee Printing  |  Minggu depan merupakan minggu yang paling sibuk bagi aku sebabnya nak buat persiapan untuk pertandingan bowling di tempat aku.. Banyak benda nak kena settlekan termasuk tempahan T Shirt printing untuk pertandingan tersebut.. Oh ya, sebut sahaja T Shirt printing ni, teringat pula T Shirt merah yang aku dan Team BPT pakai masa trip kami di Bukit Gambang Resort City yang lalu.. Design cantik, T Shirt berkualiti dan harga mantap murah!! Kat mana tempah? Berapa harganya? Haaa kalau korang nak tahu, kami tempah T Shirt printing murah serendah RM11.50 sehelai di Tip Top Tee Printing..


Merah hitam merupakan tema bagi Team kami, Team Blogger Pantai Timur.. Sebab itulah warna merah menjadi pilihan kami.. Lagi pun dengan menggunakan warna merah ni, senang untuk kami kesan geng-geng kami.. Dari jauh pun dah boleh nampak weh!! Nasib baik masa masuk Safari Park dengan ATV hari tu tak kene kejar dek lembu... Haha!! 

Tip Top Tee Printing


Tip Top Tee Printing ini merupakan sebuah syarikat printing yang bertapak di Kuala Lumpur.. Mereka menyediakan perkhidmatan printing T Shirt pada harga yang terendah tetapi berkualiti.. Walaupun mereka di Kuala Lumpur, ianya tak menghalang untuk kami menempah T Shirt  dengan mereka kerana mereka menyediakan perkhidmatan tempahan secara online.. Jadi, mudah untuk kami menempahnya dengan hanya melalui facebook, instagram dan juga whatsapp.. Zaman dah maju, semuanya dihujung jari sahaja.. Betul tak? Hehe..

Kenapa Perlu Tempah T Shirt Di Tip Top Tee Printing?


1.  Harga Berbaloi-Baloi

Kami memilih untuk menempah di Tip Top Tee Printing ini ofkoslah kerana harganya yang berbaloi-baloi.. Yelah, nak tempah dalam kuantiti yang banyak ni kena jugak fikir tentang kosnya.. Kalau untuk diri sendiri mungkin tak kisah sangat dari segi harga.. Tetapi kami tempah untuk satu family dan sekiranya sehelai baju pun dah mencecah berpuluh-puluh, jawabnya rabaklah poket kami yang beranak ramai ni.. Haha!! Sebab itulah kami memilih Tip Top Tee Printing ni.. Harga yang mereka tawarkan memang rendah berbanding di tempat lain dengan kualiti yang memang superb bagus..!!

2.  Material Selesa dan Tak Panas

Aku sendiri berpuashati dengan kualiti T Shirtnya... T Shirt yang mereka tawarkan adalah 100% dari material cotton.. Kainnya selesa dipakai dan tak panas.. Sangat sesuai dengan trip kami kali ni yang memerlukan kami melakukan aktiviti lasak dan berpanas.. Kainnya juga serap peluh hokeh!! Oh ya satu lagi, aku perasan T Shirt mereka tak turun warna lepas di basuh.. Mula tu risau juga warnanya turun.. Aku siap basuh asing tau baju ni.. Haha!! Alhamdulillah, aku sangat berpuas hati dengan T Shirt di Tip Top Tee Printing ni..


3.  Design Cantik dan Menepati Citarasa

Satu lagi aku suka adalah designnya... Tak pernah tak cantik.. Tak pernah tak menarik!! Serius baq hang!! Sentiasa menepati citarasa pelanggan.. Contohnya kamilah Team BPT!!.. Aku sendiri pun sangat berpuas hati dengan design mereka.. Up to date yang menepati citarasa dan kehendak kami.. Mereka design seperti mana yang kami inginkan.. Design yang lebih segar dan sesuai dengan kami sebagai seorang blogger..

Korang pun boleh guna design korang sendiri tau.. Sekiranya korang ada design sendiri, korang hanya perlu maklumkan pada mereka sahaja dan mereka akan print mengikut design yang korang berikan tu.. Kalau takde idea nak design sendiri, korang boleh request aje dengan mereka design macam mana yang korang nak.. Macam baju trip kami ni, Tip Top Tee Printinglah yang tolong designkan.. Cantik kan? 

T Shirt Printing Murah Serendah RM11.50 Sehelai Di Tip Top Tee Printing


Kalau korang ada plan nak buat event ke bolehlah tempah T Shirt di Tip Top Tee Printing ni.. Tak kiralah nak buat family day ataupun program sukan, aku sangat recommend korang tempah di Tip Top Tee Printing ni sebabnya korang akan dapat harga serendah RM11.50 untuk sehelai T Shirt dengan minimum tempahan sebanyak 30 helai.. Design pun boleh request nak macam mana.. Semuanya bisa di aturrrr.. Hehe..

Kan best kalau buat apa-apa program atau event secara beramai-ramai, semua pakai baju sedondon.. Nak snap gambar beramai pun cantik jerk.. Satu lagi kelebihan bila tempah T Shirt team ni, bila ada event ditempat yang ramai orang, kita dah boleh cam dah ahli team kita yang mana satu.. Nak best lagi pakai baju yang warna terang, macam baju Team BPT ni.. Merah menyala.. Dari jauh dah nampak.. Hehe..


Oklah, kalau korang nak tempah T Shirt event atau program, bolehlah terjah team Tip Top Tee Printing ni.. Layanan istimewa akan diberikan kepada korang nanti.. Mereka sangat friendly tau.. Pelanggan adalah VIP bagi mereka.. Jadi, ingat T Shirt Printing, ingatlah Tip Top Tee Printing!! Waahhh, dah cam iklan TV jerk kan.. Haha!!


Untuk sebarang tempahan dan info lanjut, boleh layari :-

Facebook

Instagram

Email
armiarashid85@gmail.com

Whatsapp
019-900 9837



Read More