Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Wednesday, April 19, 2017

21 comments
Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!  |  Wohaaa!! Hi korang.. Assalamualaikum.. Pepagi buta dah dapat jemputan dari budak kecik ni (Syed) ajak join segmen yang dianjurkannya.. Jadinya, haruslah join ye support kengkawan blogger.. Kalau tak dijemput pun, nak buat muka tak malu jugak join Segmen Seorang Syed Nak Bloglist! ni.. Haha..!!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
Ok, dalam syarat segmen ni, untuk syarat ke-5 kena nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis Short Review tentang Blog Seorang Syed... Jom baca aku membebel sal budak kecik ni.. haha!!

Kenapa??

Ok, aku nak sangat berada di dalam bloglist Seorang Syed ni sebab aku tahu blog dia dah semakin femes sekarang menjadi tumpuan blogger-blogger maupun non-blogger berkunjung ke blog beliau terutama awex-awex cun yang tengah dok usha beliau sekarang ni.. Haha.. Manelah tahu kot-kot yang berkunjung ke blog seorang syed tu, sudi klik blog aku pula kan.. Hiks..

Selain tu, aku nak soh budak kecik ni sentiasa ingat blog aku dan sentiasa terjah blog aku ni.. Kikiki (boleh ekk camtu) Haha!! Dramaaa sangat aku... Paling penting, dapat eratkan silaturahim dan dapat tambah kenalan sekiranya ada yang masih belum mengenali antara satu sama lain...


Short Review Tentang Blog Seorang Syed

Bagi aku, Blog Seorang Syed ni mampu menjadi salah sebuah blog yang terkenal satu hari nanti.. Artikel yang ada dalam blog ni, bagus dan mampu menarik ramai pengunjung dan followers... Cara penyampaian artikel best.. Aku suka baca... Tak memeningkan.. Selamber.. Santai.. 

Selain itu, Blog Seorang Syed ni kemas dari segi templatenye... Tak semak mata memandang.. Widget-widget yang ada pun tersusun dengan baik dan hanya ada widget yang perlu sahaja.. Iklan yang ada dalam blog beliau pun tak menyesakkan nafas aku bila masuk ke blognya.. Paling penting Blog Seorang Syed cepat loading bila masuk.. Bila seseorang blogger tu nak blogwalking, dorang mesti seronok nak masuk blog yang loadingnya tak berat.. Tak de la lama berjanggut nak tunggukan.. Aku paling tensen bila masuk blog kengkawan yang berat sangat loadingnye.. Huk!! Nasib baik blog budak kecik ni fast loading.. Kalau tak amukan puaka akan berlaku diblognya.. Wahahaha..

Tu aje kot misteri Blog Seorang Syed ni yang dapat aku rungkaikan takat ni.. Tuan Tanah Blog Seorang Syed ni pun baik hati dan suka blogwalking blog kengkawan.. Mungkin sebab tu jugak ramai yang suka berkunjung ke blog beliau..

Aku doakan agar, Blog Seorang Syed ni terus menuju kejayaan dan terkenal satu hari nanti...

Orite, jom pakat-pakat join segmen ni.. Rugi tau tak mengenali tuan punya blog ni tau.. Dah la encem, cikgu pulak tu.. Haha.. Moh-moh kite pakat join..

Tarikh Tamat
30 April 2017


Read More

Review Novel | Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir

Tuesday, April 18, 2017

13 comments
Review Novel | Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir  |  Alhamdulillah akhirnya habis jugak aku baca 2 buah novel sambungan daripada novel Tombiruo.. Kalau nak ikutkan memang susah untuk habiskan pembacaan novel-novel ni dalam masa yang singkat.. Biasa memakan masa berminggu-minggu baru boleh habis.. Tapi disebabkan ni adalah novel PINJAM, so aku habiskan jugak secepat yang mungkin.. Kalau boleh tak nak la pegang novel orang lelama kan.. Hehe.. Jom tengok review novel Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir...

Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir
Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir


Sebenarnya kisah Tombiruo ni ada 3 buah novel kesemuanya... Novel pertama dah aku review sebelum ni.. Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir ini adalah sambungan daripada novel Tombiruo.. Aku suka penulisan Ramlee Awang Murshid kerana jalan ceritanya agak berbeza dengan novel-novel yang ada di pasaran yang pernah aku baca sebelum ni.. Atau aku sendiri yang hanya suka membeli novel cinta sebelum ni.. Haha.. Sebab tu tak pernah jumpe novel seperti novel RAM ni.. Ahakz.. 

Semangat Hutan

Semangat Hutan
Semangat Hutan
Semangat Hutan ni kisah dia lain sikit dari novel yang pertamanya.. Kisah bermula apabila Amiruddin datang ke KL untuk melamar Wan Suraya tetapi terjadi salah faham antara mereka sehingga membuatkan mereka membawa haluan sendiri.. Bila silap faham terungkai, Wan Suraya bertindak untuk menjernihkan salah faham tersebut sehinggalah terjadinya perkenalan antara Wan Suraya dan Tan Sri Nasir.. Tan Sri Nasir ni bujang terlajak dan terpikat dengan Wan Suraya..

Tan Sri Nasir plan untuk sambut birthdaynya di dalam pesawat peribadinya dan menjemput Wan Suraya untuk membuat liputan majlis tersebut sedangkan ada niat lain disebalik jemputan tersebut.. Hanya beberapa orang dijemputnya termasuk Lucy yang mendesak Tan Sri Nasir untuk turut serta dalam majlis tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang wartawan..

Rupanya Lucy adalah penjenayah dan telah merancang untuk menawan pesawat tersebut sebagai tebusan untuk melepaskan ketuanya dipenjara yang berhadapan hukuman gantung.. Penawanan pesawat tersebut menyebabkan berlakunya kejadian pesawat terhempas sehinggakan mereka terdampar di Hutan Keningau tempat Tombiruo tinggal.. Pelbagai kejadian buruk berlaku keatas mereka mangsa-mangsa terhempas yang terselamat itu.. Dalam masa yang sama, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut yang digelar Rogon yang juga digeruni oleh penduduk setempat.. Dari satu mangsa ke satu mangsa mati akibat diserang Rogon.. 

Hanya beberapa orang yang terselamat.. Amiruddin juga terkorban menjadi mangsa Rogon semasa mempertahankan rakan-rakan daripada menjadi mangsa Rogon.. Akhirnya Rogon dibunuh oleh Tombiruo Hutan Keningau iaitu Ejim..

Di akhir cerita, Ejim dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan bahagian mukanya menjadi manusia biasa oleh Dr. Haslia yang juga mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.. Ejim dibawa bukan dalam keadaan rela tetapi di rancang oleh Dr. Haslia dan rakannya Dr. Rashid turut dibantu oleh Ondu.. Dia di tembak dengan pelali.. 


Review By Me!!

Untuk kisah kali ni, aku rasakan juga menarik tetapi novel Tombiruo pertama lagi mendebarkan aku jalan ceritanya.. Walau bagaimanapun, kisah dalam novel Semangat Hutan ni juga aku suka kerana watak utama iaitu Amiruddin mati dalam novel ni.. Kirenya tak de la klise sangatkan jalan cerita ni.. Kesedihan ada disitu.. Ada part-part yang membuatkan aku menitiskan air mata hokeh!! Nampak tak novel ni ada pelbagai emosi bila membacanya.. Seram ada, suspen ada, sedih ada, gembira ada.. Pendek kata semualah ada.. Hehe..

Novel ni aku mula baca pada 14 April 2017 dan tamat pada 16 April 2017.. 3 hari uolls.. huhu Habis aje, terus sambung novel Tombiruo Terakhir pulak.. Okeh, jom ke novel yang terakhir..


Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir
Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir mengisahkan pembawaan Ejim ke KL untuk pembedahan plastik terhadap mukanya yang cacat itu.. Pembedahannya berjaya dengan kadar penyembuhan yang singkat.. Janji awal, setelah selesai pembedahan Ejim akan dibawa balik ke Hutan Keningau kembali tetapi janji tinggal janji apabila Dr. Haslia telah jatuh cinta dengannya.. Hasil pembedahan, rupa Ejim saling tak tumpah seperti wajah adik kembarnya Amiruddin.. Kerana cinta, Dr. Haslia uruskan segalanya tentang Ejim termasuk menukar nama dan membuat dokumen diri buat Ejim serta membiasakan dia dengan keadaan bandar.. Tapi semua tu tak lama kerana jiwa Ejim tetap pada Hutan Keningau..

Situasi yang tak diingini berlaku dimana Tan Sri Nasir telah mengungkit segala jasanya untuk membaikpulih wajah Ejim sedangkan pada awal mereka lakukan atas dasar membalas jasa baik Ejim kerana menyelamatkan mereka semasa dalam Hutan Keningau dahulu.. Ini berlaku kerana Tan Sri Nasir takut akan kehilangan Wan Suraya yang ketika itu telah menjadi tunangannya dimana rupa Ejim sama dengan Amiruddin kekasih hati Wan Suraya yang telah meninggal dunia.. 

Akhirnya setelah pelbagai peristiwa dilaluinya dan 10 tahun berlalu, Ejim telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Suriani.. Mereka hidup di KL dan sampai satu masa Ejim terlalu rindukan Hutan Keningau.. Dia pulang bercuti kesana untuk  melepaskan rindunya dan berlakulah peristiwa dimana terdapat semangat hutan yang lain menjaga hutan tersebut dan Ejim juga menjadi penyelamat kepada manusia-manusia yang tersesat dalam hutan dan mendapat ancaman dari semangat hutan itu..

Review By Me!!

Bila habis aje baca buku ni pada hari ni 18 April 2017, aku rasa lega dan aku suka kisah Tombiruo ni.. Aku seronok bila Ejim ada kehidupan yang baru dengan wajah yang baru.. Terasa bersemangat je.. Sekurang-kurangnya ending cerita ni menyeronokkan dan bahagia walaupun sepanjang kisah ni berliku-liku situasi yang dorang harungi.. 

Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.. hehe.. Insyaallah aku akan baca juga novel dari penulis yang sama iaitu Laksamana Sunan.. Juga buku pinjam ye.. Haha.. Nasib baik aku baca buku pinjam, kalau baca buku baru keluar tak ke haru aku nak menunggu sambungan kisah dia.. Hadoii tak best ohhh!!

Oke lah, sampai sini jerk review aku yek.. Panjang leboo dah.. Kang korang bosan lak baca.. Huhuhu..








Read More

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

19 comments


Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my | Hehe sori, mood join giveaway datang lagi la.. Kali ni giveaway anjuran Blogger Fiza pula... Jom tengok apa kata Fiza selaku penganjur giveaway ni.. Hiks..

*********

Assalamualaikum.. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza...

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Copy dan klik banner untuk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.


Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Tarikh Tamat
01 Mei 2017


Read More

Jom Join Giveaway Jiakreatifelt!

8 comments
Jom Join Giveaway Jiakreatifelt! |  Join giveaway lagik.. Dua tiga harini mood bergiveaway dan bersegmen semakin menjadik-jadik.. Saje nk tambah kenalan baru dikalangan blogger.. hehe.. Korang dah join giveaway ni ke? Kalau belum Jom Join Giveaway Jiakreatifelt! yang dianjurkan oleh blogger Najiah ni.. 7 orang blogger bertuah dicari tau untuk memenangi Handsock Dwitone dan Stoking Sandy...
Klik banner untuk join ye!!

Tarikh Tamat
27 April 2017

Read More