Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016

Thursday, June 9, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016 | Korang dah tahu ke kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri korang.. Kalau belom tahu, mai aku kasi tau kat sini.. hiks.. Mungkin ada yang berbeza dari tahun sebelumnya.. Jom kita lihat..


Sumber : MySumber

Ada beza tak untuk negeri korang...?? Kalau cam aku, negeri pahang tiada perubahan... Menten RM7.00.. hehe..

Ok la untuk korang selamat menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah ye.. 


Read More

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

No comments

Assalamualaikum wbt..


Kewajipan Membayar Zakat Fitrah | Bila dah masuk bulan Ramadhan aje terus teringat tentang kewajipan kita menunaikan zakat fitrah kan... Korang dah settle belom bayar zakat fitrah ni? hehe.. Aku belom agik.. Itu kewajipan encik somi untuk membayarnye.. hiks..

Zakat Fitrah ni merupakan kewajipan fardhu ain tau ke atas setiap umat Islam.. Tujuan kita melaksanakan kewajipan membayar zakat fitrah ni adalah dapat membersih dan menyucikan jiwa kita yang berpuasa ni daripada perkara-perkara yang sia-sia dan seterusnya dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.. Sebab itu lah pentingnya kita melaksanakan tanggungjawab ini..

Okeh jom kita tengok lagi yang berkaitan dengan zakat fitrah ni.. Kiranye macam ulangkaji balik la ni.. hehe..


Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Oke la sampai sini aje la kita ulangkaji yek... Jangan lupa bayar zakat fitrah tau... 

Read More

First Giveaway Ramadhan 2016 by Ayu Barbydol

7 comments

Assalamualaikum wbt..

First Giveaway Ramadhan 2016 by Ayu Barbydol | Yeahh!! Join giveaway lagi yang entah ke berapa kali dalam bulan ramadhan ni.. Tak kira pulak.. huhu.. Kali ni aku nk join GA by Ayu Barbydol.. Support member-member ape salahnya kan.. 

Klik banner untuk join sama

Ini adalah first giveaway Ayu Barbydol dalam bulan ramadhan ni.. Ayu mencari 3 orang pemenang ye untuk memenangi Tudung & Simcard XOX... Syarat-syarat pown mudah aje tak merumitkan...

Syarat-syaratnya ialah :-

1. Buat 1 entry yang bertajuk FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL
4. Follow Instagram : Ayu Barbydol , De'Ayu Boutique & MMP
5. Copy code dibawah dan paste diruangan HTML okey !! 

** Maaf tak dapat copy code tersebut**

6. Tinggalkan link di Comment di bawah ini 
7. Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang


Jom join ramai-ramai support member kita ni.. :)


Tarikh GA

07 Jun 2016 - 30 Jun 2016


Read More

Bantuan Khas RM 500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

No comments

Assalamualaikum wbt..


Bantuan Khas RM 500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri | Semalam kecoh-kecoh berkenaan pengumuman bonus raya.. Bertebaran gambar-gambar screen shot yang dihantar melalui whatapps dan telegram.. huhu... 






Bila dah pengumuman di buat, ini bermakna berita tersebut adalah benar-benar belaka.. Bukan lagi palsu.. hehe.. Syukur Alhamdulillah.. Ada rezeki untuk sambut raya nanti.. Korang apa plan untuk dibuat dengan duit RM 500 nanti?? Untuk raya atau ada plan lain?? hiks..


Untuk baca artikel penuh berkenaan bonus raya ni boleh klik SINI ye... 
Read More

Maafkan Saya....

Wednesday, June 8, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Hai korang.. Selamat petang... Korang dok wat pe tu?? Tidoq kaa... Kalau tidoq tu jangan lelama.. Tak elok untuk kesihatan di bulan puasa ni... haha.. Ehh kenapa yek aku mintak maaf tu?? 

Ankel Jonni pinjam komik lagik sekali ye.. Halal ekk.. hiks..

Cam ni citenye.. Aku nak mintak maap kat korang yang sudi menjelajah kat blog pinggiran aku ni sebabnya waktu aku berblog agak terhad.. Mungkin tak berkesempatan nak berblogwalking kat blog rakan-rakan.. Kadang-kadang terkejar-kejar aku jelajah blog yang mane sempat... Kebiasaannya aku akan jelajah blog kengkawan melalui komen-komen yang diberikan di entry blog aku dan juga yang tinggal jejak dekat ruangan Cit-Cet aku yang berbunga-bunga segar tu.. Haha..

Hurmm tu pown kalau ada masa yang agak terluang.. Kadang-kadang bukak blog pown semata-mata nak update blog.. Pastu terus tutup.. Nak approve comment pown melalui hp.. Huhuhu.. Kerana masa aku hanya di opiz ye.. Kat rumah nan had0o0o.. Kalau guna hp mau kematu mata aku mengadap skrin... Kang tak pasal-pasal berspek lak mak nakkk...!! Tak nokkk leeeeee temannn.. Bio le dulu...


Pape pown aku berterima kasih sangat-sangat pada pengunjung-pengunjung blog aku yang usang ni.. Korang memang best... Dan aku nak mintak maaf sekiranya tak berkesempatan nak blogwalking blog korang yek.. Aku akan usahakan jugak untuk blogwalking walaupown dalam kadar yang terhad... 


Sudi-sudikanlah korang tinggalkan jejak korang dekat ruangan cit-cet aku tu supaya aku mudah nak jejak balas blog korang walaupun korang tak tinggalkan komen kat entry aku... Rasa bersalah bila tak dapat nak balas jejak korang tau.. huwaaa....

Babai korang...!!


Read More