Adakah Kita Bekerja Hanya Sekadar Nakkan Gaji??

Thursday, June 2, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Korang bekerja tak?? Kerja makan gaji?? Aku yakin yang kebanyakannya rakyat malaysia dizaman yang serba canggih dan taraf hidup pown makin meningkat sekarang ni tak kire lelaki atau wanita mesti bekerja makan gajikan.. Barang-barang pown dah serba mahal sekarang.. Tak bekerja macam mana nak hidupkan...

Tapi korang penah terfikir tak yang korang bekerja selama ni untuk apa?? Adakah hanya untuk mendapatkan gaji semata-mata?? Pernah tak korang fikir lagik keberkatan gaji yang korang dapat tu?? hehe.. Bukan korang jerk aku tanye ni sebenarnya.. Diri aku jugak aku sedang tanye ni.. haha.. Ye la.. Kita ni sebagai manusia selalu lupa dan leka dengan kelalaian kita sendiri dalam bekerja yang boleh menyebabkan gaji yang diperolehi tidak berkat kan.. Contoh senangnya, macam tak jujur dalam bekerja la.. Menguloo0o0o... Malassss... Datang lambat.... dan macam-macam lagik la.. 

Kita sepatutnya bekerja adalah bukan sekadar nakkan gaji yang Halal sahaja, malah kita kena fikir gaji yang kita perolehi tu bersih dan berkat... Kalau gaji halal tapi tak bersih dan berkat apalah gunanya kan.. Kalau dah kita dapat gaji yang TAK bersih dan TAK berkat, macam-macam bende buruk boleh berlaku pada kita... keluarga kita.. kadang-kadang tu kita sendiri tak sedar yang semua tu berpunca dari gaji yang tak berkat tadi... Contohnya ianya boleh menjadi punya kepada :-

1. Anak-anak yang nakal, degil, keras kepala sehingga tahap derhaka
2. Rumah tangga jadi hancur berderai-derai..
3. Hidup pulak selalu tak cukup ajee dengan apa yang ada
4. Rasa diri jauh dari Allah swt
5. Solat selalu lewat atau tinggal teruss...

Dan banyak lagik la efek yang kita dapat dari gaji yang tak berkat tu..

Kebiasaannya gaji jadi tak berkat ni apabila :-

1. CURI TULANG masa bekerja. 
Masuk kerja pukul 8.00 pagi, tapi kita suruh orang lain punch card untuk kita dan kita seronok je masuk pukul 9.00...  Pukul 8.00 tu pergi melepak minum kopi bagai... Itu belum tengah hari dan petang.... Lepas tu bergembira dapat gaji hujung bulan... Duit gaji memang halal, tapi TAK BERKAT...

2. MENIPU masa kerja.

3. Bersekongkol dengan majikan tentang perkara yang SALAH dan DOSA seperti rasuah, jual arak, etc.

4. TINGGALKAN solat dengan sengaja masa kerja KECUALI dharurat seperti pembedahan, etc.

dan banyak lagik la situasi yang menjadi punca gaji tak berkat..

Jadi mula dari sekarang kene la fikir elok-elok tentang perkara ni.. Sangat penting... Sebab duit gaji yang kita dapat tu mesti la nak bagi kat mak ayah dan anak-anak makan kan... So, kene la cari keberkatan di dalamnya.. 

Kekadang aku pown terbabas jugak.. Terlalai.. Terleka.. huhu.. Moga lepas ni aku lebih berhati-hati dengan rezeki yang aki perolehi.. Takut ohhh kalau tak berkat...


Read More

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi dok skrol-skrol update terbaru rakan-rakan blogger ternampak pulak ada yang join segmen dari blogger Hasrul Hassan... Bloglist Ramadhan 1437H oleh Hasrul Hassan.. Wahh terus rasa menarik tertarik kau memang debommmm!!.. Tengok syarat-syarat yang ditetapkan pown boleh dipertimbangkan untuk join.. hehe.. Ada masa terluang ni nak la join.. ahakzz..

Pape pown kasi up Print Screen dulu...

Klik banner ye untuk turut serta menjoinkan diri anda.. hehe..!!


Okeh jom selesaikan step by step syarat-syarat yang ditetapkan..

1. Wajib menjadi ahli KELAB BLOGGER BELIA  -  Done.

2. Mesti jadi rakan saya di FB @ Google Profile - Done kedua-duanya..

3. Like FB Page Himpunan Ayat-Ayat Indah - Done jugak..!!

4. Print Screen blog Hasrul Hassan.. - Done seperti di atas.. tapi nak jugak letak lagik print screen banner blog ni.. hehe..


Soalan wajib jawab :-

Kenapa anda suka blog anda dimasukkan kedalam bloglist blog saya (Hasrul Hassan)?

Okeh.. Ni jawab dari Lea ye Brother Hasrul Hassan.. Hikhik.. 

Sebab musababnya lea sukaaaaa sangat blog sotskirt.blogspot ni dimasukkan ke dalam bloglist blog blogger Hasrul Hassan adalah kerana lea memang dah meroyan tahap gaban dah menjoin segmen bloglist sejak dua menjak ni.. Tataw la kenapa.. Mungkin rasa seronok dan teruja kowt.. hiks..

Se agik lea suka sebab bloglist ni untuk ramadhan, makanya boleh la update banyak-banyak entry, barulah aktif aje blog lea di bloglist tu nanti.. ehh ehh berkaitan keh??? haha.. aduyaii... Ape agik ekk?? haaa ada satu agik sebab rasa teruja nak join sebabnya blog Hasrul Hassan adalah antara blog yang femes dan ramai pengikut... Selain tu leh la kenal dengan tuan punya blog tersebut iaitu brother Hasrul Hassan dan menambah kenalan yang memang tak berapa nak ramai ni.. ngeeee....

Pape pown dikesempatan ni lea nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada blogger Hasrul Hassan.. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih diberkati hendaknya.. InsyaALLAH... 

************

Selesai sudah semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.. Korang-korang sume takmo join sekali ke.. Mai le join sekali.. Meriahkan lagik segmen tersebut... Kalau nak join klik aje ekk banner kat atas nunnn.... Syarat pown tak susah sangat.. Mudah-mudah ajee... Selamat menjoin untuk korang semua..



Read More

Amalan Yang Dipilih Oleh Si Mati Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Mati itu pasti dan akhirat itu realiti.. Kembali padaNya sesuatu yang hakiki cuma cara, bila dan bagaimana kita mati itu mungkin berbeza-beza... Ianya bukan pilihan kita sendiri.. Jodoh, ajal dan maut terletaknya ditangan tuhan... Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?? Dah cukupkah amalan kita untuk dibawa ke sana nanti?? Cuba teliti dan tanye diri, sudahkah kita bersedia untuk itu...

Okeh, aku nak tanye korang.. Bukan korang jerk aku nak tanye... Malahan diri aku sendiri.. hehe.. Katakanlah kan kita dah mati... Kalaulah Allah swt beri kita peluang untuk kita hidup kembali dan boleh buat satu sahaja amalan... Apakah amalan yang korang akan buat??

Adakah solat??

Baca Al-Quran??

Selawat??

Sedekah??

Puasa??

Korang rasa ape yang akan korang buat?? Satu aje amalan yang diberi peluang..

Jom kita baca apa yang dikupaskan dalam Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti) tentang perkara ini..


Kenapa Si Mati Lebih Memilih Untuk BERSEDEKAH Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?




Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.... Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.... Oleh itu, realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah....

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah....

Korang pernah baca tak tentang faedah BERSEDEKAH?? Banyak sebenarnya faedah bersedekah ni sebenarnya.. Apakah?? Meh kita baca sesama...

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

14. Org yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung..

Fuhhh... Banyakkan kebaikan daripada amalan bersedekah... Aku ada seorang kawan yang rajin sangat bersedekah... Kadang-kadang aku sendiri rasa konfius dengan diri dia, walaupun dia dalam keadaan yang tiada duit pown dia tetap mahu bersedekah.. Aku memang tabik spring la dekat dia.. Mungkin sebab itu la kowt rezeki dia sentiasa cukup walaupun tak de la melimpah ruah... Dia juga suka tolong kawan-kawan dan orang sekeliling yang dalam kesusahan tanpa memikirkan kesusahan diri dia sendiri... Dia disenangi orang sekelilingnya.. Itulah sikap terpuji kawan opis aku yang sorang ni, Rahifah binti Abu Bakar.... Respect tahap gaban kat dia.. haha..!!

Dah tau kelebihan bersedekah kan.. Marilah kita sama-sama mula mengamalkannya.. Moga kita mendapat kebaikan daripadanya.. InsyaALLAH...


Read More

Assalamualaikum Cinta Episod 2

Wednesday, June 1, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..


Assalamualaikum Cinta | Ohh!! rupanya dah sampai episod 2 cerita ni.. Aku baru je terhegeh-hegeh nak tengok episod 1... hehe.. Aku linkkan sekali lagi kat sini untuk episod 2 ekk.. Leh nonton sesama.. huhu...




credit to :-

myflm4u

Read More