Memories Last Forever..

Sunday, March 6, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt.


Satu perkara yang tak best bila dok sorang-sorang tanpa teman... Mesti ingatan lama atau lebih tepatnye kenangan lama-lama terimbau kembali.. Bila dah teringat mula la pelbagai perasaan datang menerjah hati dan minda.. sedih la.. hepi la.. duka nestapa la... dan bagai-bagai lagik la dok ada menyerang hati..

Untuk hilangkan semua tu, agak susah tapi cuba jugak usaha untuk lupa dan buat-buat sibuk walaupun tak berapa nak sibuk.. Terus aje bangun angkat baju dari sidaian dan lipat sampai habis... Buat-buat sibukk!!!!!!.. haha..

Tapi tu la kan... Bila fikir balik.. Kenangan akan kekal untuk selama-lamanya... Tak mungkin akan lupa.. Kecuali dah hilang ingatan.. haaa mungkin la leh lupa.. haha.. 

Tetiap manusia atas muka bumi ni tak mungkin la tak de kenangan lam hidup.. Mesti ada kenangan walaupun sikit untuk diingati.. suka.. duka... sepanjang kehidupan... Kenangan jugak boleh buat kite jadi kuat untuk meniti hari-hari mendatang.. mungkin jugak kite akan lemah.. Tapi takan selamanya lemah kan... kenangan gak leh wat kite lebih dewasa.. tol tak.. ?? Huhu..

Ok la... nak sambung lipat baju.. si kecik pown dah bangun.. ada la teman pasni... leh borak-borak ngan dia walaupun tak paham sepatah haram pe yang dia bebelkan.. haha.. 




Read More

Mengisi Masa Terluang..

Friday, March 4, 2016

4 comments

Assalamualaikum..

Rehat tadi sempat speed pergi bandar.. Biasa la, hari ni jumaat masa panjang sikit untuk merehatkan diri.. So, ape lagi... time ni la nak pergi jenjalan buat semak kat bandar.. Haha... Biasa pergi havoc-havoc dengan geng-geng opiz.. Arini lain sikit... Nak cuba rasa perasaan baru.. Keluar dengan sahabat gila-gila aku... Hayati... huhu... Lama tak  buat hal dengan dia.. Rasa rindu pulak nak kuau buat hal dengan dia.. hehe..

Dah dua tiga hari jugak wasap dia ajak keluar hari ni... Dia kene ingatkan sokmo, kalau tak lupa.. almaklumla faktor usia kan... Hahaha...So, tengah hari tadi kami keluar berdua.. Jenjalan taman gelora dan tengok ape yang ada kat sana.. Then terus p makan-makan... citcet-citcet... Seronok betul hari ni rasa... Masa diisi dengan sebaik mungkin.. cewahh.. Nanti plan nak pergi tengok cerita Munafik lak.. Tapi tataw la jadik ke idok... Plan aje dulu.. pape nak buat pown mesti kene ada perancangan... ye dak??

Tadi pas pergi cuci mata kat taman gelora, kami pergi makan kat Aida's.. Dia dengan selera pelik dia dok order bakso.. hohoho.. Tak minat aku.. hahaha.. Maknanya aku la yang pelik kan.. haha.. Aku cam biasa la kalau pergi makan kat aida's.. mesti order nasi air... Lupa pulak aku nak ambil gambar kedai... Syok sangat makan sampai tak hengat... Tapi kali ni kami cuba kedai aida's cawangan tanjung lumpur... Biasa dok makan dekat Centre point atau ECM aje... Kali ni try cawangan baru lak... Sebetulnya aku pun tataw aida's bukak cawangan dekat tanjung lumpur.. Kawan aku la yang kasi tau.. Dia kan kaki rayau.. hahaha...

Sesambil makan tu, kitorang sembang-sembang la kisah-kisah lama.. kisah-kisah baru.. kisah-kisah akan datang.. haha... Punya syok dok sembang sampai tak sedar jam dah dekat kol 3.. Sembang terlalu kencang bak hang.. cam dah bertahun tak jumpe.. abeh semua episod suka duka dok dibuka kembali.. huhu.. 


sori yek curik gambar tanpa kebenaran... kikiki
_segak bergaya lu dengan topi ada rambut terjuntai ni_


Ni la sahabat aku yang sangat sporting dan memahami aku.. sori geng publish gambar lu...  Pape pown moga ukhwah yang terjalin antara kami biarlah hingga syurga.... saya sayang kam0 sahabat.. Hayati Saari... ;)




Read More

Apabila Tua...

Thursday, March 3, 2016

No comments

Assalamualaikum..



Apabila dah tua... 
Isikan waktu bersama pasangan kerana seorang daripadanya akan pergi dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan.

Apabila dah tua...
Akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, lawatilah seberapa banyak tempat yang anda boleh.

Apabila dah tua...
Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan, mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan untuk selesaikan semua hutang sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang ditinggalkan.

Apabila dah tua...
Rebutlah peluang untuk bersama rakan-rakan lama kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Apabila anda tua...
Terimalah penyakit cara optimis. Samada kaya atau miskin, semua akan melalui proses yang sama iaitu lahir jadi kanak-kanak, dewasa, sakit dan seterusnya mati.


Qoute hari ini...

"Cari kawan biar macam cermin,
Kita gembira... Dia gembira..
Kita sedih... Dia sedih...
Jangan cari kawan macam duit syiling...
Depan lain... Belakang lain..."






Read More

Solat lah...

1 comment

Assalamualaikum..




Read More

Bila kita...

No comments

Assalamualaikum..



Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa

Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud)

Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran

Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya

Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk da ber-istighfar

Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah)

Bila kita dalam keadaan stress atau tertakan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'

Dan....

Bila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.


Read More