Masalah Sebenar..

Wednesday, March 19, 2014

3 comments

Assalamualaikum

Hai uols... hehehe rindu banget ni mau update buku-buku yang belum di update... Banyak tu.. Tapi tak boleh  nk update lagik sebab ada masalah sikit.. Intenet sangat-sangat lah teruk.. Kuasa mentransfer gambar-gambar tidak dapat dilakukan buat masa ni.. Bukan saje buku-buku nak update.. Adiah yang dapat dari penyertaan GA pown tak dapat lagik nak update.. Mane lagik dapat adiah dari member a.k.a rakan niaga agik... Entah bila la baru boley hapdet kan...

Sekarang ni pown aku pelik sebabnya aku tak boleh nak follow blog orang lain.. Tataw ape masalah.. Masalah dari aku ke? Masalah dari sistem blog ni ke? atau... Masalah intenet? haisss tak boleh nak tambah kenalan dah ni.. Sape-sape yang follow Lea tu, thankz naaa... Nanti dah ok, Lea follow back ye.. hikhik..

Bila semua ni akan ok??? hurmmm.. Jawapan nye....
.
.
.
ENTAH LA LABU......

Read More

Aku, Kau & Dia

No comments

Assalamualaikum..



Aku Kau dan Dia
:: Ella ::

Maafkanlah diriku ini
Perpisahan yang ku ingin ini
Sungguh ku tahu sayang kau kepadaku
Tapi semua tak mungkin
Oh sayangku lupakan aku
Apa jua kenangan lalu
Tiada kupinta oh jadi begini
Oh kasih pahamilah

Maafkanlah
Maafkanlah diriku
Walau kau masih di hatiku
Oh tinggalkan tinggalkan diriku
Sayang..
Maafkanlah diriku

Ku tahu sakitnya hatimu
Tapi percayalah kataku
Kau akan menemui teman yang baru
Yang kan lebih sayangimu

Tiada guna kau merayu lagi kasih
Kerna aku kini telah pun berdua


Read More

Ketika Cinta Tak Berjodoh

Tuesday, March 18, 2014

No comments

Assalamualaikum..

Lea nak tanye korang, sakit tak kalau kite mengharapkan seseorang menjadi milik kite, tetapi takdir berkata TIDAK!!..??

Sakit kan?? 

Sakitnya, ketika kite berharap seseorang tu menemani hidup kita, tetapi takdir berkata lain. Ianya hanya mendatangkan rasa sakit dan pedih...

Akan tetapi, percayalah bahawa hal ini sesuatu yang terbaik dari ALLAH SWT buat kita..

Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan dan hakikatnya telah ditentukan oleh ALLAH SWT sejak azali lagi..

Jangan pernah menangis dan menyesali akan takdir yang telah ditetapkan tuhan untuk  kita bahawa orang yang kita harapkan tak bisa selamanya bersama kita.

Namun, menangislah disaat kita lupa pada ALLAH SWT..

Segala perih di hati akan hilang bila sampai waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.. InsyaALLAH..

Percayalah pada kebesaranNYA..

Bahawa DIA lebih tahu akan yang mana terbaik untuk hamba-hambaNYA dan makhluk-makhlukNYA..

Jangan pernah sesekali kita menyalahkan atau berprasangka buruk terhadap ALLAH SWT sekiranya sesuatu yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan... Sebaliknya anggaplah ianya sebagai ujian buat kita untuk kita lebih mengingati dan mendekatkan diri padaNYA.

Percayalah, ada rahsia disebalik rahsia iaitu nikmat atau hikmah dari tuhan yang kita tidak ketahui disebalik setiap kejadian..

Maka ketahuilah bahawa :-

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; 
ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" - Surah al-Baqarah ayat 216


Read More

Doa-Doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser

Friday, March 14, 2014

1 comment
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada sahabat sekalin, tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Wallahua'lam....


Read More