Dipintu Syurga ost Ariana Rose

Thursday, February 13, 2014

No comments

Assalamualaikum..


Ariana Rose.. Dengar je nama tu mesti semua dah tahukan dengan ceritanya.. Mesti ramai peminat drama Ariana Rose kan.. Tapi sebaliknya aku.. Aku tak mengikuti langsung cerita ni.. Mungkin terlepas pandang atau mungkin waktu siaran dia tak berapa nak sesuai.. hehehe.. Tapi dari fedback kengkawan aku, cerita ni best.. Diadaptasikan dari sebuah novel.. hah sebut aje novelkan.. Harusla aku carik novel ni dan membelinya.. ekekeke.. Cerita tak tengok, janji novelnya dibaca...  Tak gitu???

Novel Drama Ariana Rose
The Wedding Breaker

Tajuk drama dengan tajuk novel berbeza kan.. Tapi nampak cam menarik je novel ni.. So, harus dibeli.. Tapi sebenarnya ari ni aku bukan nak bercerita sal novel atau drama ariana rose ni.. Sebenarnya aku lebih berminat dengan lagu cerita ni yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah yang sememangnya penyanyi yang aku minati... Suara dia unik.. Aku suka...


Lagu  ni best.. Lirik dia best.. Penyanyi dia best.. Melodi dia best.. Wah.. dah cam juri aku ni kan.. hehehe.. Pape pown jom kite layan lagu ni..


*****

Dipintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Lirik Dipintu Syurga


Selamat berhibur..

Smile... :)
Read More

Tuhan, Aku Kembali Semai Benih-Benih Syurga..

Monday, February 10, 2014

10 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hujung minggu aku baru-baru ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.. Sabtu malam baru ni, adik aku adakan majlis sambutan hari lahir anaknya yang pertama.. Dah setahun budak kecik kesayangan aku tu... Paling penting dapat berkumpul dengan semua adik beradik.. Seronok sangat-sangat..

Besday boy

Itu cerita sampingan aje.. Yang aku nak cite ni sal buku-buku yang dah lama aku beli dan dah selesai dibaca pown.. Baru nak hapdet sebab banyak sangat buku sampai tertinggal nk update yang ini.. Hahaha.. 

Koleksi Peribadi

Tu dia... 3 buah hokeh... Semua dah selesai baca... Paling best dalam 3 buah buku ni, buku Tok Guru - Semai Benih-Benih Syurga.. Huh.. Memang memberi kesan pada aku.. Sampai tahap aku gerun dengan dunia dan akhirat.. Gerun dengan dunia kerana takut untuk menambah koleksi dosa yang sedia ada.. Gerun dengan akhirat pulak kerana takut dengan azab siksa di akhirat nanti... MasyaALLAH.. Moga hidup aku dilindungi sehingga keakhirat... 

Semai Benih-Benih Syurga

Setiap orang seharusnya memiliki buku ni.. Sangat-sangat bagus untuk kite berubah kearah yang lebih baik dalam membaiki diri.. 


Tuhan, Aku Kembali


Buku Sham Kamikaze ni best jugak.. Tuhan, Aku Kembali.. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman Sham Kamikaze dalam berhijrah.. Best.. Jalan cerita dia best... Ramai dah artis-artis berhijrah sekarang.. Setakat ni yang aku tahu baru 2 orang artis yang dah berhijrah terbitkan buku... Dalam entry yang lepas aku ada update buku Diana Amir.. Klik SINI.. Sape-sape nak tahu cerita penghijrahan Sham Kamikaze boleh la beli buku ni.. 

Buku ketiga aku Bencana Akhir Zaman.. Bercerita berkenaan bencana-bencana akhir zaman.. So nak tahu lebih lanjut boleh la beli ye.. Tapi buku ni pada aku biasa-biasa saje.. hikhik..

Bencana Akhir Zaman





Read More

First Giveaway by Izni Sofia

2 comments

Assalamualaikum

Jom juin GA by Izni Sofia ni.. Hadiah Handphone taw... 


Sape-sape nak juin klik ajo banner tu ye... 

Good Luck Frens..~!!

137

Read More

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Friday, February 7, 2014

2 comments

Assalamualaikum..

Jom join GA dari rakan blogger Shad... Hadiah yang ditawarkan pown agak menarik.. Selain tu dapat jugak kite berkenal-kenalan dengan blogger yang lain kan.. Menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim kata orang... Bak kata Shad, hasrat beliau untuk mengadakan1st Mini Giveaway 2014 by Shad untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. So, Jom juin sekali dengan Lea Azleeya.. Hikhik..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!

Selamat berjaya ye kepada semua peserta yang men-join GA ni..
Good Luck UoLLs...~!!

Smile...

Read More

Meggi Ketam

6 comments

Assalamualaikum..

Bila sebut meggi mesti terfikir makanan ketika malas kan.. Hakhak.. Cam entry aku yang lepas.. SINI ... Tapi kali ni nak cite sal masakan meggi yang agak mahal harganya.. Bila tengok kan meggi tu rasa cam murah kan... Tapi menu ni harganya agak mahai kalau nak dibandingkan dengan harga meggi tu sendiri.. Tapi berbaloi-baloi la sebab sedap... 

Tahun lepas aku dapat tawaran untuk menghadiri kursus di Kelantan... Teruja jugak la.. Sambil kursus leh jugak jalan-jalan tempat orang kan.. Cuma masa agak terhad la.. Yang ada pown cuma waktu malam aje kalau nak jalan-jalan.. Time tu aku bertiga termasuk pemandu.. Yang berkursusnye aku berdua je... So, malam tu dok jalan-jalan carik makan terus terfikir nak makan meggi ketam.. Sebab sepanjang perjalanan mencarik kedai makan, banyak jugak kedai yang menyediakan menu meggi ketam ni... 

Pilih punye pilih kedai, berhenti la sebuah kedai tepi pantai (PCB).. Kedai tu memang boleh dikatakan bersih dan agak menarik la.. Siap order, kitorang tunggu la hidangan sampai.. Punye la lama menunggu.. Tetiba datang sorang akak ni cakap kat kitorang "Meggi Ketam tak de la hari ni"... Wah menyirap gak la time tu sebab perut tengah lapar dan tunggu sikit punye lama.. Sampai masa cakap takde pulak.. Haiss.. Terus bangun carik kedai lain..

Last-last jumpa jugak kedai yang ada menyediakan Meggi Ketam... Tak sabar rasanya nak menyantap meggi ketam yang agak femes ketika itu.. hakhak... Aku dah lupa ape nama kedai tu... Tapi masakan dia memang best..

Meggi Ketam Mabeles

Tengok pown dah menyelerakan.. Bila makan memang indah rupa indah rasa.. Wahh camtu skali kan.. Kalau korang pegi kelantan boleh la test rasa.. Tapi sori la aku dah lupa nama kedai dia.. 

LA & Pemandu yang sporting

Tengok tu siap ada tungkul besi untuk ketuk ketam-ketam yang sedap tu... hikhik.. Tu muka cover je tu.. Dalam ati sebenarnya tak sabar-sabar dah nak makan.. Hahaha..~!!


Member opiz aku - Eifah

Dah start memenuhkan mangkuk masing-masing... Sampai licin kami balun.. Memang terbaik.. Pas makan terus p wakaf che yeh.. Carik buah tangan untuk dibawa pulang.. Aku terus menuju dekat kedai kain pasang.. Gile bebes aku jadinya tengok kain pasang yang bagai-bagai corak.. Tapi aku lebih suka kain cotton... 

Wakaf Che Yeh, Kelantan

Tu dia... Sume kain kalau boleh nak dibelinya... Kawan aku tengah promot kat aku tu... Ekeke..
Kalau korang pergi kelantan boleh la carik Meggi ketam... Meggi ketam kat sana memang best... Tapi mesti ramai dah biasa makan meggi ketam kan... Aku je lambat sikit dapat merasanya.. Aku kan selalu terlambat.. HAhahhaa..~!!


Read More