Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

Monday, January 20, 2014

No comments

Assalamualaikum..

Pagi-pagi lagi dah blogwalking... Jumpe kat Blog seorang sahabat berkenaan GA ni.. So rasa cam berminat nak mencuba nasib... So ape lagik terus juin GA Dunia Sebenar Shida dari rakan Blogger Shida yang dianjurkan oleh Nur Alja .... Hah kawan-kawan ape lagik jom la juin skali... Hadiah pown menarik yang ditawarkan... So jommm juin reramai....


Tekan Banner untuk Join 

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]


Blogger Nasz dan Blogger Al Kisah jomla juin skali GA ni.. Best tau... 
Gut Luck beb... Smile.... :)


Read More

Putera Multazam

Thursday, January 16, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

Berdebar-debar rasa hari ni... Baru kejap tadi aku terpijak kucing dengan kereta aku... Huwaaaa tak disangka-sangka bende ni terjadi.. Kesiannya dia... 


Ehsan Google


Kebiasaannya aku akan tengok bawah kereta sebelum bergerak...  Tapi arini camne entah lain sikit, masuk je kereta terus gerak... Hurmm... Dah sampai ajal dia la kot kan.. Tapi aku rasa bersalah sangat...
Adoiiii bersalah laaaa... ( mood sedeh sangat-sangat )

Ok lah.. Lupakan hal tu dulu.. Aku nak kasi tenang sikit ati aku.. Yang sebetulnya aku nak kongsi berkenaan sebuah buku ni hasil penulisan Ibnurijal... Kan hari tu aku dah janji nak kongsi berkenaan buku-buku hasil penulisan beliau.. So hari ni aku dah selesai baca sebuah buku beliau yang berjudul "PUTERA MULTAZAM"...




Buku ni sangat bagus... Sangat memberi kesan bila membacanya.. Banyak pengajaran didalam cerita buku ini.. Buku ini mengisahkan seorang putera daripada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada kampung halaman suatu ketika dahulu dengan membawa sinar islam kepada  penduduk kampung tersebut... Ayahnya seorang yang disegani dan dihormati oleh orang kampung kerana pegangan agama beliau.. Setelah kematian beliau, puteranya pula memikul amanah beliau untuk teruskan perjuangan beliau.. Beliau adalah Putera bongsu kepada Haji Idris. Beliau adalah Multazam...

Dipendekkan cerita, buku ni memang banyak memberi kesedaran dan pengajaran buat kita.. Sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh semua peringkat umur... Banyak kisah suka duka didalam buku ini yang dilalui oleh Multazam dalam memperjuangkan agama islam di kampung halamannya sendiri.... Ada sedih ada juga kegembiraan...  Tahniah buat saudara Muhammad Nazri bin Rijal ( Ibnurijal ) atas kejayaan buku ini... 

So korang boleh la serang kedai buku untuk dapatkan buku ni.. Rugi tak baca tau...



Jangan lupa tau dapatkan buku ni.. Malam karang aku nak start baca buku lain pulak.. Juga penulisan oleh Ibnurijal... hikhik.. Obses buku kan.. haaa..

Wokeh la... Aku nak uruskan kursus-kursus untuk staff sini pulak.. Tak urgent mana tapi tak nak tangguh-tangguh nanti boleh pusing kepala... 

Ok korang.. babai...

See u again.. SMILE... :)




Read More

Aku Terima Nikahnya

Wednesday, January 15, 2014

4 comments

Assalamualaikum

Lengang opiz rini.. Semua pergi program khidmat masyarakat... Huiii boleh bersenang-senang hari ni setelah bertungkus lumus beberapa hari bagi memastikan persiapan program tersebut mantap... Haiss bukan itu yang aku nak cerita ceriti ari ni.. Yang aku nak cerita sal Aku Terima Nikahnya.. hikhik.. Bagi pasangan baru nak kawen pasti berdebar-debarkan baca tajuk ni.. Hahaha..

Tapi sebenarnya tu tajuk sebuah buku.. Aku ni kan obses buku... hakhak... Buku ni hasil tulisan Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil... Dengar cerita buku ni adalah buku BEST SELLER... Pada awalnya, kawan aku yang dok sibuk carik, katanya nak hadiahkan kepada saudaranya yang bakal mendirikan rumah tangga.. So, projek mencari buku ni pun dilancarkan.. Tetapi malangnya semua kedai yang dia kunjungi semua kehabisan buku ni.. Gile laju buku ni dijual.. Mesti bestkan?? So aku pun bercadang jugak nak memiliki buku ni.. Nak tahu jugak la ape istimewanya buku ni.. Mesti ada diantara korang-korang semua ni dah baca kan... Boleh la kongsi-kongsi kalau dah baca... hehehe...


Ehsan encik google

Operasi besar-besaran untuk mencari buku ni akan dijalankan lagi nanti.. Sebenarnya buku ni adalah gabungan 3 buah buku... Antaranya, Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Murabbi Cinta... Disatukan menjadi satu buku.. Aku ada jugak buat research berkenaan buku ni.. Kebanyakannya semua bagi fedback yang baik... So aku memang bercadang untuk memiliki buku ni... hehehe.. Tak sabar rasanya nak buat operasi mencari dengan sahabat aku yang juga obses buku.. ekekeke..

Ehsan encik google

Korang semua pun bolehlah mendapatkan buku ni sekiranya korang yang jenis obses dengan buku... Yang jenis suka baca buku dan suka menambahkan pengetahuan... Baru-baru ni aku baru je memborong semua buku tulisan Ibnurijal ... Aku memang peminat penulisan Iburijal.. Sebab penulisan dia sangat memberi kesan kepada aku... Nanti ada masa aku akan update berkenaan buku-buku penulisan Ibnurijal ye... Tungguuuuu...

Ehsan encik google

Oki la.. Sampai sini aje dulu... Nak blogwalking pulak lepas ni..

Oh sebelum lebih terlewat dan memang dah agak lewat nak ucap... Tapi nak ucap jugak tak kire.. hehehe..
Salam Maulidur Rasul 1435H

Ehsan encik google


Read More

Lenovo Vibe Z + LTE

Monday, January 13, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

Selamat petang... hehehe.. rajin kan saya hari ini... Dalam 1 hari 3 post saya buat.. hahaha..
Tangan ni tengah rajin so ape lagik.. mencari-cari ape yang terbaru... So hasilnye aku menjumpai Lenovo Vibe Z dengan LTE  yang akan keluar tak lama lagi... 

Ehsan dari Inchek google


Smartkan HP ni... Tak lama lagi di bawah jenama Lenovo akan mengeluarkan smartphone pertama mereka yang menyokong LTE dan mempunyai spesifikasi yang hebat.. Inilah dia Lenovo Vibe Z dengan LTE... ekeke...

Mari kite tengok kehebatan HP ni..

- Saiz skrin 5.5 inci dengan resolusi HD penuh 1080P
- Tebal HP 7.9mm
- Prosessor Quad-Core Snapdragon 800
- 2GB RAM
- 16GB memori
- Kamera utama 13 megapixel
- Kamera hadapan 5 megapixel

Tengok dia punye spesifikasi pown dah bestkan... Bukan itu aje.. Handphone ini juga menggunakan Android Jelly Bean 4.3... hah!! Ape agik.. stenbai duit la untuk beli hp ni.. Lenovo Vibe Z ni akan dipasarkan di beberapa negara termasuklah Malaysia dan dijangka akan mula dijual pada bulan Februari dengan harga rasminya $549 ( RM1650 ).. 




So yang selalu update dia punya HP dengan setiap keluaran  yang baru pasti tak nak ketinggalan kan untuk memiliki HP ni... Cepat-cepat kumpul duit.. ekeke

Ok la.. sampai sini aje... 

Chow cin cau.... 

Selamat menyopping....~!!







Read More