Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co

Friday, April 6, 2018

5 comments
Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co  |  Sebelum ni LA agak fanatik dengan K-Beauty.. Dari produk kosmetik hinggalah kepada skincare, semuanya kalau boleh nak yang K-Beauty.. Almaklumlah nak cantik macam artis korea.. Haha!! Tetapi baru-baru ini, LA diperkenalkan oleh seorang teman ni, satu brand make up dari Taiwan.. Bila LA usha, perghh memang menarik dan banyak pilihan.. Jadi, apa lagi, LA rembatlah satu, dua produk dari brand tersebut.. Huhu.. Brand apa tu? Brand makeup yang LA maksudkan tu, adalah Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co...


Mesti korang tertanya-tanya kan, CheriCheri.co tu ape? Ok, jangan risau, LA akan story semuanya disini.. Korang jangan kemana-mana ye, sila duduk dengan tertib di depan PC korang tu dan baca entry ni sampai habis.. Kalau tak baca, rugi tau.. Banyak yang LA nak ceritakan ni tentang Beauty Maker dan juga tentang CheriCheri.co.. Hehe..

Apa Itu CheriCheri.co?

Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co, beauty maker, kosmetik taiwan, produk taiwan, cheri cheri, chericheri.co

CheriCheri.co telah ditubuhkan pada tahun 2017 merupakan sebuah platform e-dagang dalam talian (online shop) yang diwujudkan dengan tujuan untuk memasarkan pelbagai jenis produk untuk penjagaan rambut, penjagaan kulit dan produk kecantikan. Di CheriCheri.co, anda boleh mendapati pelbagai pilihan produk baru dan inovatif, dengan tip berguna untuk diaplikasikan semuanya ke rutin kecantikan harian anda. Matlamat mereka adalah untuk memberi anda pengalaman membeli-belah dalam talian yang menyeronokkan, menarik dan mudah.
Sebenarnya LA pun baru tahu tentang kewujudan online shop CheriCheri.co ni.. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan LA.. Jadi, lepas ni mudahlah LA nak shopping sakan produk kosmetik mahupun skincare sebab di CheriCheri.co pelbagai pilihan produk dan jenama boleh kita pilih.. Ada juga produk dari jenama yang memang dah familiar dengan kita seperti Loreal, Laneige, Redken, Hadalabo, Innisfree dan banyak lagi.. Pendek kata, buka aje CheriCheri.co dah boleh shopping macam-macam jenis produk dari jenama yang berbeza.. Best sangat!!

Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co

Ok, kali ni LA tak nak cerita pasal skincare mahupun hair care tetapi nak cerita pasal produk kosmetik yang sempat LA rembat di CheriCheri.co seperti yang LA katakan diawal entry tadi.. Tak sabar rasanya nak tunjukkan kat korang tau.. Menunjuk sangat!! Haha... Jom kita lihat satu persatu produk Beauty Maker yang dah menjadi milik LA.. 


Didatangkan bersama kotak comel bereben maroon.. Serius comel sangat!!! Mula-mula parcel sampai tu, ingatkan ada orang bagi hadiah kat LA.. Rupanya kotak dari CheriCheri.co.. Teruja badak jadinya dapat kotak cantik macam ni.. Tu belum lagik tengok isi dalamnya.. Tak nak bebel panjang-panjang, jom kita unbox item yang ada dalam kotak indah ni.. 



💙 Beauty Maker Magic Concealer


Mula-mula buka kotak Beauty Maker Magic Concealer ni, LA dah blur dah cara guna bende alah ni.. Yela, sebelum ni pakai concealer yang jenis stick tetapi kali ni kononnya nak try yang jenis lain pulak.. Nah kau, sekali sampai dah tak tahu nak guna macam mana.. Jadi, LA cubalah usha di laman web CheriCheri.co cara guna dan akhirnya berhasil.. 
This easy-to-use, twist-up pen with brush applicator is eye-perfecting, hydrating and hypoallergenic. For Conceal, Cover Dark Circles, Cover Eyebag, Hydrating, Minimize Fine Lines, Sculpting
Beauty Maker Magic Concealer ni didatangkan dalam 2 warna iaitu Ivory dan Pink Base...


Memandangkan kulit tak berapa nak cerah, jadi LA lebih prefer warna pink base... Lepas ni LA dah boleh senyum sampai telinga la sebab 'mata panda' LA boleh hilang sekelip mata dengan Beauty Maker Magic Concealer ni.. Nama lagik 'magic' kan.. Hiks..


💙 Beauty Maker Contour Shading Stick


Kalau MUA rasanya memang dah familiar dengan contour shading stick ni.. LA jerk baru firstime nak try sebab nak dapatkan muka V-shape kononnya.. Pandai ke tidak tu, kita boleh belajar cara-cara nak buat shading kan.. Youtube pasti dapat membantu nanti.. Haha.. Beauty Maker Contour Shading Stick ni dari jenis matte dan mampu menjadikan muka kita menjadi V-shape dengan sempurna.. 


Apa yang LA suka sangat dengan Beauty Maker Contour Shading Stick ni ialah ianya menyegarkan dan tak melekit, waterproof dan sangat sesuai untuk kulit asia.. Manakala teksturnya pula mempunyai 3 ciri unik iaitu creamy, Gel-like dan powder...
Soft Yarn Gel Powder - Very fine powder with special texture conversion technology without having any thick makeup finish. Amplifies your look with ease.
High Moisturizing Ingredients - With added rosehip oil, shea butter and other moisturising ingredients.

💙 Beauty Maker Highlight Glow Stick


Kalau nak hasil makeup yang mantap, boleh gunakan Beauty Maker Highlight Glow Stick ni bersama Contour Shading Stick tadi.. Hasilnya memang superb.. Kedua-duanna mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk muka.. Didatangkan dalam warna pink untuk memberi impak glowing pada muka..

Apple Light Powder - Very fine powder, immediately enhances skin radiance through the refraction of light. 
Designed For Asian Skin Tones - Unique champagne tone, highlights your facial features and creates rosy apple cheeks.

Cara Pakai Beauty Maker Contour Shading Stick & Highlight Glow Stick


Kalau ada yang tak tahu cara guna 2 produk ni, meh sini LA ajarkan.. Cewahhh, macam pandai sangat kan.. Padahal baru jugak nak belajar ni.. Jom kita belajar sama-sama ye.. Boleh rujuk gambar kat bawah ni untuk panduan penggunaan.. 


💙 Beauty Maker Photoshop Perfecting Concealer Brush

Bila dah ada concealer mestilah ada berusnya kan.. Barulah perfect..!! Betul tak..? Jadi, untuk sempurnakan makeup LA nanti, tools yang menjadi pilihan LA untuk blend concealer adalah Beauty Maker Photoshop Perfecting Concealer Brush.. Amboii panjang betul namanya.. Eceli brush ni memang sangat recommended sebab berusnya lembut dan dapat cover segala masalah kulit muka dengan baik.. 


Untuk melihat tutorial makeup dari produk Beauty Maker, boleh tonton video dibawah ni ye..


3 Brand Dari Taiwan Di CheriCheri.co

Kalau korang nak tahu, di CheriCheri.co terdapat 3 brand produk dari Taiwan.. Selain Beauty Maker, Dr. Douxi dan Annie's Way juga merupakan brand dari taiwan.. Cumanya, 2 brand ini menawarkan produk skincare di bawah labelnya.. Mungkin akan datang LA akan cuba pula produk skincare dari Dr. Douxi dan juga Annie's Way pula... 



Berita baik buat korang!! Jika korang berminat untuk mendapatkan kosmetik atau skincare dari 3 brand ini, korang boleh dapatkan sekarang kerana CheriCheri.co sedang mengadakan jualan hebat... Dengan pembelian produk dari Beauty Maker, Dr. Douxi dan Annie's Way ini korang akan menikmati potongan sehingga 30%... Murah gile wehh!! Rugi tak grab tau!! Bukan itu sahaja ye, penghantaran juga adalah percuma!! Promosi berlangsung dari 19 Mac hingga 30 April 2018... jadi, dapatkan sekarang sebelum terlambat... 




Menangi Tiket Penerbangan Ke Taiwan

Oh ya, satu lagi berita baik buat korang.. Dengan pembelian produk dari jenama Beauty Maker, Dr. Douxi atau Annie's Way di CheriCheri.co, korang berpeluang untuk memenangi 2 keping tiket penerbangan ke Taiwan dengan menyertai giveaway yang dianjurkan di laman web CheriCheri.co.. Setiap penyertaan akan diberikan berdasarkan nombor pesanan.. Apa terma dan syaratnya? Jom check kat sini..


Terms and Conditions :  

BUY and WIN two tickets to TAIWAN with CHERICHERI! 

Campaign period is from: 19th March 2018 to 30th April 2018 
  • One entry is given per purchase of any BeautyMaker/Dr Douxi /Annie’s Way products 
  • Giveaway is only valid for purchases through our official website, www.chericheri.co 
  • One winner will be chosen to win two return tickets to Taiwan 
  • Open to Malaysians only 
  • Like our facebook page [Cheri Cheri], and like+share the campaign post pinned at the top of our fb page.  
  • The winner will be announced live on our facebook page!  
  • Remember Like and Follow our fb page [CheriCheri] to find out if you’re the lucky winner!!

Wahh bestnya kalau menang kan.. Boleh la melancong ke Taiwan.. Jadi, korang-korang semua, jangan lepaskan peluang keemasan ni tau.. Beli dan menang!! Mudah sahaja... Manalah tahu, ada rezeki korang untuk menang.. Bolehlah melawat tempat orang.. Seronok uhh!!

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram

Youtube


Read More

Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine

Wednesday, April 4, 2018

8 comments
Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine  |  Annyeonghaseyo! Ewaahh speaking korea pulak kali ni ye.. Almaklumlah tengah bercinta dengan produk dari korea, jadi kenalah belajar cakap korea walaupun sepatah.. Haha..!! Ok, sebelum ni LA dah pernah review produk kosmetik dari Althea dan kali ni sekali lagi LA nak bergossip tentang produk Althea yang diterbangkan terus dari Korea.. Bukan kosmetik tetapi skincare.. Kalau korang nak tahu, skincare ni sedang hangat diperkatakan di media sosial.. Sana sini orang dok bercerita tentangnya.. Dah viral uolls... Produk apa tu?? Memperkenalkan the new babies dari Althea, Bare Essentials - 3 easy step Korean Skincare roution... 

3 Easy Step Korean Skincare Routine , Althea, Bare Essentials, 10 step rutin penjagaan kulit yang orang korea

Sebelum tu, LA nak ucapkan tahniah buat Althea dengan kelahiran barunya ini, Althea Bare Essentials yang kini menjadi sebutan ramai orang disana sini.. Apa yang bestnya Bare Essentials ni? Haaa kalau nak tahu kenalah baca sampai habis ye sebab LA akan kongsikan dengan korang semua segalanya tentang Bare Essentials ni.. Rugi tau tak baca sampai habis.. Hehe.. Tak nak cakap banyak, jom kita unbox dulu kotak Althea yang sentiasa comel tak pernah tak comel ni.. 


Setiap kali dapat Althea box, perasaan teruja tu lain macam sikit... Tak sabar-sabar nak tengok isi dalamnya.. Bila dah buka kotaknya, automatik senyuman pasti terukir sampai ke telinga.. Hiks..! 


Warna putih bertulisan hitam.. Simple Packaging but nice.. I loikeeee!! Tetap nampak eksklusif... Orite, dalam box ni ada 6 item kesemuanya iaitu :-

Bare Essentials 3 Step Skincare Routine
♥♡ The Contour Cleanser (150g)
♥♡ The Primer Water (200ml)
♥♡ The Fixer Cream (50g)

+

♥♡ Bare Essentials Sample Sachet
♥♡ Mirror
♥♡ Althea Marble


LA kalau bab memlilih skincare ni memang cerewet sikit.. Kena pastikan produk tu betul-betul bagus dan tak memudaratkan sebab dulu pernah tersalah pakai skincare, habis muka naik jerawat.. Jadi, untuk langkah selamat LA memilih produk keluaran Althea ni sebabnya produk ni tak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Lagi pun LA dah jatuh cinta sebenarnya dengan produk dari korea ni.. Bukan sahaja selamat digunakan tetapi ada banyak pilihan.. Tambah lagi bila tengok kulit orang korea semuanya cantik-cantik, nak la jugak jadi macam mereka kan.. Terpengaruhhhh sangat aku ni kan.. Haha!!


Dulu sebelum wujudnya Bare Essentials ni, LA pernah la jugak risik-risik rutin harian penjagaan kulit orang korea.. Terjumpalah 10 step rutin penjagaan kulit yang orang korea selalu amalkan untuk kekal cantik dan glowing.. 10 step tu weh.. Bukan sikit-sikit.. Tetapi dengan tabah dan rajinnya, LA amal lah jugak beberapa darinya.. Hehe.. Kengkonon nak acah-acah Kpop.. Sanggup amalkan tu.. Tetapi bila dah ada Bare Essentials ni, selamat tinggallah 10 step tersebut sebab dengan Bare Essentials ni, hanya perlu amalkan 3 step penjagaan kulit sahaja setiap hari.. Mudah dan cepat... Tak perlu dah bersusah payah.. Thank You Althea.. 

3 Langkah Rutin Penjagaan Kulit Yang Mudah Dan Cepat Dengan Bare Essentials


Cuba tengok skincare korang, ada berapa item semuanya? Mesti lebih dari 3 item kan.. Ok, kalau korang nak tahu, sebenarnya dalam step penjagaan wajah ni, perlu ada 3 perkara asas iaitu pembersih, penyegar (toner) dan pelembab.. Ini item wajib yang perlu ada dalam setiap skincare untuk memastikan wajah mendapat penjagaan yang sempurna.. Sekiranya terdapat item lain selain 3 step asas ini, itu hanyalah sebagai tambahan sahaja.. Jadi, dengan hanya menggunakan set skincare Bare Essentials ni dah memadai untuk menjaga kulit wajah kita.. Dah lah mudah, cepat pulak tu.. Ok, jom tengok 3 step mudah penjagaan kulit wajah yang LA amalkan setiap hari dengan Bare Essentials ni...


♥♡ The Contour Cleanser (150g)


Step pertama!! Harussss cuci muka dulu sebersih-bersihnya dengan Contour Cleanser... Kalau muka tak bersih, macam mana kulit muka nak sihat kan? Jadi, jangan abaikan dan pandang remeh step pertama ni ok! Best tau cleanser ni sebabnya masa cuci muka kulit terasa nyaman dan sejuk aje.. Syiokk sangat!! Cara guna macam biasa, cuci muka dengan air dulu, picit sedikit Contour Cleanser atas tapak tangan dan urut perlahan di wajah.. Kemudian Bilas..


Masa cuci muka dengan Contour Cleanser ni, LA perasan yang teksturnya ada bijik-bijik halus seolah-olah seperti skrub muka.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, Contour Cleanser ni mengandungi mikro kapsul dimana ia berfungsi menyah segala kotoran dan sel-sel kulit mati pada wajah.. Contour Cleanser ini mengandungi beberapa bahan aktif seperti Ice Plant, Lemon Myrtle dan Verbana Leaf.. Ice Plant bertindak sebagai penenang yang boleh mengurangkan kesan kemerahan pada kulit manakala Lemon Myrtle pula berfungsi sebagai detoks untuk menyahtoksik kulit muka..

Satu lagi keistimewaan Contour Cleanser ni yang perlu korang tahu.. Dengan penggunaan yang berterusan, ia boleh 'merampingkan' bentuk muka korang memberi kesan 'V' shape pada wajah.. Kalau korang mengimpikan bentuk muka yang 'V' shape, bolehlah guna Contour Cleanser ni.. Sebab itu jugalah pembersih muka ni diberi nama 'Contour Cleanser'.. Selain itu, pembersih muka ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit halus bak sutera gituuu!!

Ehhh satu lagi, kalau korang yang suka make up tebal-tebal tu, LA suggest sangat pakai pencuci muka ini sebab Contour Cleanser ni juga mampu menanggalkan solekan dan membersihkan muka dengan sempurna.. Tak payah dah nak sental muka dengan make up remover bagai.. Cukup hanya dengan Contour Cleanser ni aje... LA sendiri memang pengguna tegar make up remover.. Lepas guna Countour Cleanser ni dah tak perlu Make up remover lagi dah.. Dah boleh skip satu step lagi kan.. Jimat masa dan tenaga.. Hehe..

Harga  :  RM23.00


♥♡ The Primer Water (200ml)



Step kedua!! Seterusnya.... Lepas cuci muka, LA pekena pulak Primer Water sebagai toner.. Macam rutin kebiasaan kitalah kan... Lepas cuci muka mesti nak kene pakai toner.. Eceli, sebelum ni memang LA tak suka pakai toner hokeh!! Rasa tak selesa dan melekit.. OMG!! Memang tak suka!! Tapi tidak dengan Primer Water ni, LA suka sebab baunya wangi dan lembut.. Lagi pulak lepas apply kat muka, rasa segar jerk muka dan ofkos tak melekit serta selesa..


Water Primer ni bukan sekadar toner biasa ye, ia berfungsi 2 in 1 iaitu sebagai toner dan juga primer.. Nama lagik Primer Water kan.. Haruslah untuk primer juga... Primer Water ini juga dihasilkan dengan Macro Fluidic Dispersion Tecnology yang dipatenkan dimana ianya mambantu mengecilkan liang pori dan memberi kelembapan pada kulit..

Diperbuat dari Ekstrak Snow Lotus, Primer Water ini menjadikan kulit lebih licin dan lembut bak sutera dimana ianya dapat meningkatkan sinar semulajadi kulit serta menjadikan kulit lebih sihat sempurna.. Cara guna mudah sahaja sama seperti korang apply toner kat muka korang... Titikkan Primer water di tapak tangan atau di atas kapas muka kemudian sapu atau dapkan ke seluruh wajah.. Best tau Primer Water ni sebab ianya mudah serap...

Harga  :  RM43.00


♥♡ The Fixer Cream (50g)


Step ketiga!! Last step... Muka dah cuci.. Penyegar pun dah apply... Apa lagi ye?? Haa untuk step seterusnya kena lah apply Fixer Cream pula untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah.. Fixer Cream ni tidak berminyak tau dan mudah menyerap ke dalam kulit wajah.. Dengan menggunakan Fixer Cream ni, dapat menghalang kehilangan lembapan dan memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam.. Krim yang hebat ini sangat berkhasiat kaya dengan antioksida yang diperolehi dari minyak biji Sinensis (Teh Hijau) dan membantu menghasilkan semula kolagen melalui ekstrak pokok Baobab.. Yang bestnya dengan Fixer Cream ni, semasa penggunaannya, kulit akan kelihatan berseri dan anjal...

Harga  :  RM50.00

Pelembab terbaik yang pernah LA cuba.. Tekstur mudah serap dan tak berminyak.. 

Hanya dengan 3 step sahaja dah boleh jadi cantik persis artis korea.. Hehe.. Lepas pakai Fixer Cream ni dah boleh make up seperti biasa.. Yang penting basicnya kita dah apply dekat muka untuk melindungi muka dari kerosakan.. Pastikan korang juga tak skip 3 step asas ni ye.. Penting tau!!

Dapatkan Bare Essentials Dengan Harga Berbaloi-Baloi!!

Untuk cantik tak perlu berhabisan sampai beribu-ribu ringgit.. Paling penting, kena jaga asasnya terlebih dahulu.. Itu pun dah mampu menjadikan kulit sihat dan bersinar.. Tak perlu lagi amalkan 10 step rutin penjagaan kulit orang korea, hanya perlu 3 step mudah sahaja dengan Bare Essentials dah mampu kelihatan cantik ala-ala artis korea.. Tak percaya, silalah cuba ye... Hehe..


Dapatkan sekarang Bare Essentials dengan harga berbaloi-baloi, hanya dengan RM116, korang akan dapat 3 step mudah penjagaan kulit dari Althea... Oh ya, Althea juga tawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition.. Cepat tau selagi stok masih ada... Kalau lambat, jawabnya tengok ajelah orang lain cantik.. Haha!!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Read More

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Saturday, March 31, 2018

7 comments
Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes |  Aku kalau pergi kemana-mana mesti bawa tisu basah.. Bukan apa, untuk persediaan awal sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.. Contohnya, bila bawa anak ke pasaraya, aku pastikan troly yang aku bawa tu, dilap dahulu pemegang dan tempat duduk kanak-kanak dengan tisu basah supaya terhindar dari kuman yang membawa penyakit.. Kalau dulu aku cuma pakai tisu basah dari jenama biasa-biasa sahaja, sekarang tidak lagi sebab aku lebih percaya kepada jenama Carrie Junior kerana aku akan rasa bersih sepanjang hari dengan Carrie Junior Funtime Wipes.. Jom aku cerita serba sedikit tentang keistimewaannya.. 

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.  


Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.  


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.  

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal. Produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. 

 Cheeky Cherry

Smoothie Berries

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.   

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST.


Read More

Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge

Sunday, March 25, 2018

7 comments
Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang! Orite, baru-baru ni aku ada update tentang Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge kan.. Boleh baca di SINI.. Memandangkan diketika itu aku sedang menternak beberapa ketul jerawat di dagu dan di atas bibir aku ni, maka aku tak lepaskan peluang untuk sahut cabaran tersebut bagi menghapuskan jerawat yang sedang melepak dekat muka aku ni.. Dalam cabaran ini aku dibekalkan satu produk iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.. Berjayakah aku? Jom kita throwback balik dari hari pertama menggunakan produk ini... hehe

Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge , Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

08 Mac 2018 adalah hari pertama aku menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment... Petang tu dapat produk, malamnya terus aku pakai.. Nampak sangat excited kan.. Haha!! Firstime guna, aku dah jatuh cinta dengan produk ni.. Mana taknya, bila dah sapu dekat  muka terutamanya pada jerawat, kemain selesa lagik rasa.. Teksturnya ringan dan paling penting tak melekit.. Ia menyerap dengan baik kedalam kulit.. Tentang baunya pula, masih boleh diterima dek hidung aku ni walaupun tak sewangi minyak wangi..


Cara guna Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni sebenarnya perlu dipakai pada waktu malam ketika muka betul-betul bersih... Tetapi aku gunakan 2 kali sehari iaitu selepas aku solat zohor dimana aku tak mengenakan make-up dah lepas tu, aku akan sapu dan urutkan krim ini pada wajah.. Selain boleh menghapuskan jerawat, krim ini bertindak untuk memudarkan parut jerawat juga tau.. Pada sebelah malam pula, selepas cuci muka sebersih-bersihnya sebelum tidur, aku akan sapu krim ni sekali lagi..

Tekstur Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Berwarna kekuningan.. Free oil tak melekit.. Siapa yang boleh guna Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni? Mereka yang berumur 10 tahun dan keatas.. 10 tahun kebawah tidak dibenarkan ye.. 


Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge


DAY 1

Ini gambar hari pertama aku.. Kenapa separuh je gambar tu? Hehe Sebab bila aku snap gambar penuh, maka jerawat tu tak nampak.. Jadi, untuk bagi nampak jelas, aku kena snap separuh aje.. Haha!! Time ni, atas bibir dekat hidung tu tak ada lagi.. Hari kedua baru ia muncul..

Sebenarnya, muka aku ni jarang-jarang jerawat berkunjung.. Kalau masa muda remaja tengah membujang dulu memang jerawat penuh satu muka.. Sekarang jerk muka ok sikit.. Kadang-kadang je jerawat singgah.. Kebetulan pulak dia singgah kali ni, time cabaran ni diadakan.. Jadi, apa lagi, terus la join.. Hiks.. 


DAY 4

Hari ke-4 banyak perubahan berlaku.. Jerawat semakin mengecut dan mula mengering.. Yang berhampiran hidung tu pun dah kecut dah.. Tapi aku lebih fokus pada jerawat di dagu tu sebab agak besar dan terasa sakit.. Alhamdulillah, dengan menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni, cepat aje ia mengecut.. Memang terbaik..


DAY 14

Final Day!! Hari terakhir pada 21 Mac 2018.. Inilah hasilnya.. Gambar ni memang tak edit hokeh.. Real foto.. (kecuali edit letak watermark aje.. Haha).. Korang tengok, jerawat dekat dengan hidung tu dah tak de.. Dah bertempiaran lari dari muka aku.. kehkehkeh!! Yang dekat dagu tu pun dah totaly mengecut dan mengering.. Bahagia rasa hidup lepas jerawat hilang.. Tak de la rasa sakit-sakit dan pedih bila cuci muka.. Syukur alhamudlillah.. Terima kasih Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment kerana merawat muka daku dengan hebat sekali.. Muaxxxxx..!!

Jom Cabar Diri Hilangkan Jerawat Di Muka Dengan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment Sekarang!


Aku sudah.. Korang bila lagi? Bagi korang yang mempunyai masalah jerawat, cepat-cepat dapatkan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni kerana ia mampu merawat jerawat korang dalam masa 14 hari dengan berkesan.. Kalau korang nak tahu, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ini adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (Eucerin® ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang.

Bagi korang ingin mencuba produk ini, korang boleh dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.


Jangan lupa pastikan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment sentiasa berada di dalam handbag korang supaya dapat digunakan bila-bila masa apabila diperlukan.. Setiap handbag mesti ada satu tiub Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment barulah jerawat segan nak singgah kat muka kita.. Hehe..

Untuk mengetahui lebih detail mengenai produk ini, korang boleh baca di entry terdahulu aku di SINI ye ataupun untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.

Baca juga dari Blogger Ayunie Ramli

Read More