win
Showing posts with label win. Show all posts

Yey!! Menang Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah

Tuesday, September 20, 2016

20 comments
Assalamualaikum wbt..



Yey!! Menang Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah  |  14 Julai 2016 yang lalu aku ada join Giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Eyqin dan Ecah ni... [SINI] Nak dijadikan cerita, pada 15 September 2016 iaitu hari Khamis minggu lepas, nama pemenang dah diumumkan... Adalah seorang sahabat aku ni, Blogger Sha maklumkan aku yang aku dah menang GA ni.. Seingat aku dah 2 GA dah dia maklumkan pada aku yang aku menang.. Thankz sangat-sangat buat Sha.... Sayang kam0 ketat-ketat.. Haha..!!

Okeh, nak tahu tak hadiah apa yang aku menang kali  ni?? Jom terjah..!!


Aku bernombor 62... Hadiah yang bakal aku dapat adalah shawl... Alhamdulillah... Rezeki dari tuhan.. Apa-apa pun aku berterima kasih sangat kepada penganjur GA tersebut iaitu Eyqin dan Ecah kerana sudi memilih aku sebagai pemenang... Alhamdulillah syukur tak terhingga.. Detail dah aku emel kepada pihak penganjur... Tak sabar nak menggayakan shawl tersebut nnti.. Hiks.. Moga mereka berdua dilimpahi rezeki yang melimpah ruah... Amin.. 


Read More

Menang Segmen : Hang Komen Hang Bertuah

Tuesday, September 13, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..


Menang Segmen : Hang Komen Hang Bertuah  |  Ingat lagi tak dengan banner kat atas ni?? Kalau korang join mesti korang ingat punye kan.. hehe.. Keputusan dah diumumkan tau..10 pemenang telah dipilih oleh Blogger Mek zumbie selaku penganjur segmen.. Siapakah yang tersenarai?? Haaa jom tengok kat SINI ye.. 


Ehhh aku ada jugak laaa.. Haha.. Alhamdulillah.. Sebagai hadiah untuk pemenang, Blogger Mek Zumbie akan buat review blog para pemenang... Sehari satu blog katanya.. 

Nak baca klik SINI yep...

Alhamdulillah blog aku dah direview pada 12hb aitu.. Rasa terharu pulak bila ada blogger yang sudi pilih aku sebagai pemenang dan review pulak blog aku ni.. Thankzz sangat-sangat pada Blogger Mek Zumbie...


Read More

Keputusan Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Sept 2016

Thursday, September 1, 2016

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Keputusan Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Sept 2016  |  Selamat pagi korang... Okeh pagi ni aku nak umumkan keputusan bagi Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot bagi bulan September 2016.. 

Menandangkan hanya 15 orang peserta bagi segmen bloglist kali ni, aku buat keputusan untuk masukkan kesemua senarai peserta dalam bloglist aku.. So, ini bermakna semua peserta adalah pemenang... hehe.. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta yang sudi join segmen ini.. Korang memang ohsem..!!

Muaxxxx cikeboommm!!



Read More

Fridge Magnet dari Anis Khalilah Dah Sampai

Wednesday, August 31, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt.


Fridge Magnet dari Anis Khalilah Dah Sampai  |  Yey...!! Pelekat peti dah selamat sampai ke tangan.. Sebenarnya pelekat peti ni hadiah aku menang GIVEAWAY anjuran blogger Anis Khalilah... Kebetulan aku memang tengah gile mengumpul pelekat peti sekarang ni.. Mungkin korang dah berjaman dulu dah hobi kumpul pelekat peti.. Yang aku ni baru ajer nk start kumpul.. hehe.. Bila banyak-banyak pelekat peti yang dok melekat kat peti tu dengan pelbagai pulak design, seronok pulak tengok.. 


Nampak tu nama makcik no. 2 tu.. hehe.. Alhamdulillah ada rezeki untuk menang... Thankz too Anis sebab sudi pilih Lea sebagai pemenang.. Hiks...


Acecece dah melekat kat peti nampaknye tu.. Siap dengan kad ucapan sekali tu melekat.. Sebagai kenang-kenangan hehe.. Paling jauh pown yang ada dekat peti aku tu adalah dari Korea.. Tu pown kawan yang kasi.. Nak sampai sana memang tataw le bila yekk.. Huhu... 


Read More

Menang Perencah Ikan Bakar Azatiesayang

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Menang Perencah Ikan Bakar Azatiesayang  |  20 Mei 2016 yang lalu aku ada join Giveaway anjuran blogger Azatiesayang... [SINI] dannn pada 10 Ogos 2016 yang lalu, nama pemenang telah diumumkan dan aku adalah salah seorang pemenang bagi GA tersebut.. Alhamdulillah.. hehe.. 

Aku peserta no. 6 ye.. hehe.. Nampak tuuu nombor 6 terpilih.. Thankz Kak Atie.. Aku memenangi sebotol perencah Ikan Bakar Tengku Tie.. Masa parcel sampai tu, tak sabar nak buka.. Time buka tu, wahh bau dia kemain laaaa sedap ohh!! Sangat menyelerakan bau dia.. Tu belum agik makan tu... 

Tak sabar jugak sebenarnya nak masak ikan bakar guna perencah ni.. Tapi keadaan tak mengizinkan lagik.. Memandangkan aku baru balik bercuti, tak punya masa lagi nak pergi beli barang dapur.. So, sabar aje lah dulu nak merasa perencah ikan bakar yang ohsem ni..


Haa dekat botol perencah ikan bakar ni ada tersedia cara-cara memasak ye.. Kalau yang macam aku yang jenis tak berapa nak pandai memasak ni, sangatlah berguna cara-cara memasak tersebut untuk aku bila nak masak nanti.. Haha.. Tak perlu susah-susah nak mengoogle.. Terus aje ikut cara dekat botol tu... Terbaik la kak Atie.. Memahami diri ini.. Hiks..

Kalau korang berminat untuk membeli dan mencuba perencah ikan bakar ni, korang boleh la terjah blog Kak Atie ni ye.. Meh aku kasi detail kat korang untuk korang dapatkan Perencah Ikan Bakar ni..


Untuk pembelian boleh berhubung dengan Kak Atie di :-

Facebook

Blog


Read More

Menang Hadiah Giveaway by Syazwani Mazlan 2016

Thursday, July 28, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Menang Hadiah Giveaway by Syazwani Mazlan 2016  |  Wohaaa..!! Mownink korang... Aku nak kongsi kegembiraan ngan koram-koram sume.. Baru-baru ni aku dah selamat terima parcel iaitu hadiah giveaway dari blogger Syazwani Mazlan... Kemain seronok lagik aku.. Haha.. Bukan senang nak menang giveaway tau.. Haha..!!


16 Jun 2016 yang lalu aku ada menyertai Giveaway by Syazwani Mazlan 2016... [ SINI ].. Tak sangka pula diumumkan sebagai salah seorang pemenang [ SINI ].. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih tak terhingga pada Wanie selaku penganjur GA tersebut.. hiks.. 

Hadiah GA yang aku menangi..

Hadiah yang aku terima sehelai shawl yang sangat cantik dan sekeping mask.. Wahhh teruja aku nak menggayakannya nanti.. 

Thankz Wanie.. :)



Read More

Kad Raya Pertama

Monday, July 11, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Kad Raya Pertama |  Hi korang.. Selamat hari Raya Aidilfitri.. Mesti korang masih dalam mood raya kan.. Aku dah kembali bekerja hari ini setelah sekian lama bercuti selama 6 hari.. Mood raya masih bersisa bila dengar lagu raya.. huhu.. Korang masih bercuti atau dah mula bekerja cam aku ni..?? 

Dah 6 hari kowt rasanya aku tak apdet blog aku ni.. Yela bila aku bercuti maka blog pown akan bercuti juga di apdet... Hari ni dah raya ke-6.. Rasanya tak terlambat agik kowt aku nak apdet berkenaan kad raya yang aku terima... Jom tengok dari siapa aku dapat kad raya..


Kad raya ni aku terima pada hari isnin.. Hari selasa aku dah cuti sebab itu la aku lambat apdet pasal kad raya ni.... Okeh kad raya ni daripada Blogger Alin... Hari tu aku menang giveaway yang dianjurkan oleh beliau.. SINI.. Kad raya adalah antara yang tersenarai bersama hadiah buat pemenang giveaway tersebut.. 

Dah lama rasanya tak dapat kad raya.. Sekarang teknologi dah semakin kedepan sehinggakan kad raya dah dilupakan.. Ucapan raya dan maaf hanya dihantar dengan menggunakan whatsapp dan lain-lain medium sosial yang ada... Dulu-dulu sebelum dan selepas raya meriah dengan kad raya yang dihantar oleh member-member.. Sekarang dah tiada lagi... Budaya lama telah dilupakan.. huhu..

Korang masih dapat kad raya tak dizaman serba canggih ni??


Read More