viral
Showing posts with label viral. Show all posts

Tahniah..! Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Monday, November 14, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..

sumber : google

Tahniah..! Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua  |  Wohaa!! Tahniah buat pasangan serasi Yusry dan Lisa Surihani kerana bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi.. Baru kejap tadi aku terbaca tentang hal ni.. Wahh tumpang gembira aku dengan berita mengejutkan ni.. Terus aje aku stalk Instagram YusryKRU untuk mengesahkan berita gembira ni.. 


Bila dah baca status di IG Yusry, barulah aku percaya yang berita ni memang benar.. Yela, kengkadang ada jugak cerita yang tak betul disebarkan.. Ye dak?? Ini bermakna Yahaira Leanne akan dapat adik.. Hiks.. Mesti secomel kakaknya nanti.. InsyaALLAH.. Aku memang selalu mengikuti perkembangan pasangan bahagia ni.. Semoga dipermudahkan segalanya buat Lisa dan Yusry serta menjadi keluarga yang paling  bahagia hingga ke jannah.. Amin..


Read More

Maksud Sebenar Nama DAMIA Terjawab

Sunday, November 13, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt

Maksud Sebenar Nama DAMIA Terjawab  |  Kecoh dan viral sekejap semalam dilaman sosial tentang nama 'Damia' dimana seorang individu yang membuat permohonan pertukaran nama kerana nama DAMIA tersebut dikatakan mempunyai maksud yang tidak elok..

sumber : Sinar Harian

GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.

Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.

“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.

“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.

Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.

Surat berkenaan kemudiannya tersebar luas di laman sosial sehingga menjadi perbalahan di kalangan netizen.

Malah ada ibu-bapa yang mempunyai nama anak Damia tidak bersetuju dan menganggap maksud sebenar Damia ialah bijaksana.

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.

“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.

Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.

“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Namun begitu, menerusi sumber lain pula, satu penerangan dipercayai dari Dr Maza mempunyai pendapat yang berlainan mengenai maksud nama-nama yang digunakan.
Anda boleh baca penjelasan penuh beliau dibawah:
Penjelasan Dr. Maza Mengenai Maksud Sebenar Nama DAMIA

Okey, ini pula adalah penerangan dan penjelasan daripada Dr. Maza tentang isu ini... Sumber ini aku dapatkan di laman facebook beliau.. [ FB DR. MAZA ]

Jom baca penjelasan penuh daripada beliau :-

Okeylah.. Isu ini dah pun terjawab.. So, lepas ni terpulanglah pada diri masing-masing pula sama ada nak tukar atau nak kekalkan nama tersebut.. Yang penting kita doakanlah yang baik-baik sahaja untuk anak kita...

Apa-apa pown lepas ni berhati-hatilah dalam memberi nama untuk anak-anak kita agar tak timbul lagi isu seperti ini.. Kekadang buku nama-nama indah dekat pasaran tu belum tentu betulnya lagi maskudnya.. Jadinya, untuk mengelakkan kejadian seperti ini, eloklah korang rujuk kepada pakar yang arif dalam hal ini.. Nama yang sedap disebut dan didengar belum tentu maksudnye seindah yang kita sebut dan dengar itu... Jangan hanya nak mengikut trend, anak pula yang menjadi mangsa kepada nama yang diberikan oleh ibu bapa.. Sama-samalah kita fikirkan ye..



Read More

Senarai Scammer Online Malaysia

Tuesday, August 23, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Senarai Scammer Online Malaysia  |  AWAS..!!! Peringatan buat pembeli-pembeli online... Scammer ada dimana-mana.. Sebelum membeli pastikan ianya bukan scammer!! Jom check senarai scammer online legend di malaysia yang aktif melakukan penipuan jual beli..

Klik link dibawah untuk check senarai scammer online malaysia :-


Read More

Tikar Beracun Mengakibatkan Kanser!!

Wednesday, August 17, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Tikar Beracun Mengakibatkan Kanser!!  |  Allahuakbar...  Semalam keluar kat akhbar-akhbar tempatan tentang berita tikar beracun... Tikar Evamatik.. !! Korang tau tak tikar evamatik ni macam mana rupanya?? Meh aku tunjuk..


Khabarnya, tikar ni beracun dan boleh mengakibatkan kanser.. Sepertimana yang korang sendiri maklumkan, tikar ni memanglah sangat murah, cantik dan mudah didapati... Tambahan pula pelbagai lukisan yang dok ada atas tikaq tu bagi menarik perhatian para pembeli.. huhu... Harga yang ditawarkan untuk sebidang tikar ni adalah diantara RM10 hingga RM45... 

Huh murah kan, jika nak dibandingkan dengan kelebihan tikar ni yang kalis air.. cantik.. Tapi, tanpa kita sedar dan tanpa kita tahu pown, rupanya terdapat kandungan bahan kimia yang bahaya pada tikar tu..  huhu.. Bahaya wehhh!! 

Dalam penghasilan tikar tersebut, 2 bahan berbahaya yang dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan walaupun telah diharamkan penggunaanya di banyak negara kerana ianya memberi kesan sampingan ohh!! Kedua-dua bahan ni banyak digunakan dalam penghasilan pembungkusan bekas makanan dan minuman, losyen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air..  Bahan ni juga telah diharamkan dibanyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah..

Khabarnya juga, ia boleh mengakibatkan kanser payudara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak... Wallawehhh... Sangat mengerikan perkhabaran ni...!!


Aku rasakan setiap rumah mesti ada tikar ni.. Termasuklah umah aku ni.. Aku siap beli 2 bidang agik weh... Mane nak tau beracun bagai.. adoii.. Risau pulak aku jadinya... Lepas ni jawabnya kene sedekah dekat Alam Flora la.. huhu.. Korang camne pulak?? Ada jugak ke beli tikar ni..?? Kalau ada, fikir-fikirkan lah apa yang patut dibuat dengan tikar tersebut ye.. Hiks..

Ni salah satu tikaq beracun yang dok ada kat umah aku



Untuk keterangan yang lebih detail korang boleh klik [ SINI ]  ye...!!


Read More