systema
Showing posts with label systema. Show all posts

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019

Sunday, March 17, 2019

5 comments
Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019  |   Systema telah melancarkan kempen kesedaran pemeriksaan kesihatan gusi untuk bantu menambah baik kesihatan oral rakyat Malaysia, kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia pada 15 Mac 2019 yang lalu di Petaling Jaya. Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi ? Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat.


Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas . Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan.

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi. Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, hari ini.

Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain. “Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian. “Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.


Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik.

Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi. Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif,” kata Foo.

Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik,” katanya.


Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. “Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita.”   

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini.

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal juga bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral. “Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.”   

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini. “Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simptom penyakit gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan bantuan. Pantau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, jumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan.


Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama sehingga Ahad, 17 Mac 2019. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain. Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat.


Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55


Read More

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE Memberi 4 Kali Perlindungan Selama 24 Jam

Saturday, October 20, 2018

3 comments
Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE Memberi 4 Kali Perlindungan Selama 24 Jam  |  Tahukah anda sekarang ini, penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa?  Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan dalam poket gusi berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh yang lama.


Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

Punca utama penyakit gusi adalah plak, iaitu lapisan lembut, dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin daripada bakteria tersebut akan merosakkan tisu gusi.

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang menyerang pada peringkat awal dimana gusi akan membengkak dan meradang akibat jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung.

Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu penjagaan mulut telah mejadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang dibuktikan melalui pengalaman lebih daripada 100 tahun bekerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri.


SYSTEMA memahami isu penyakit gusi yang meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan yang menyeluruh, SYSTEMA kini melancarkan penemuan inovasi terbesar Lion Japan; SYSTEMA ADVANCE, ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak, dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi, dan GK2 untuk melegakan gusi.

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE memberi perlindungan 24jam daripada bakteria mulut dengan mengamalkan memberus gigi dua kali sehari serta 4x perlindungan lebih baik terhadap masalah gusi berbanding ubat gigi biasa.


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE dengan teknologi Advance Plaque Buster bertindak dalam 3 cara :-
  • TDS meleraikan plak untuk memudahkan penyingkiran 
  • IPMP menembus masuk ke dalam lapisan bio di poket gusi dan membunuh 99.9% bakteria
  • GK2 untuk mengurangkan ketidakselesaan pada gusi


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE hadir dalam 3 variasi iaitu SYSTEMA ADVANCE Extra Gum Protection dengan perisa peppermint dan spearmint yang menyegarkan, SYSTEMA ADVANCE Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan SYSTEMA ADVANCE Extreme Clean Breath yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang tahan lama untuk kesegaran nafas yang lebih.


Kini SYSTEMA berupaya menyediakan Sistem Anti-Plak SYSTEMA yang menyeluruh agar gusi dan gigi sentiasa sihat. Sistem Anti-Plak SYSTEMA menggabungkan ubat gigi Anti-Plak Systema untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hujung tirus membantu menyingkirkan plak dari kawasan yang sukar dicapai terutamanya antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi bagi memastikan gusi dan gigi kekal sihat berpanjangan.

Lebih penting lagi, melalui Pergigian Penegahan, Systema berhasrat untuk mendidik dan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan tentang kesihatan mulut melalui kempen penjagaan mulut yang berterusan dan mampu beberikan anjakan perubahan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk semua.


Bersempena pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance, Systema turut melancarkan kempen kesedaran kesihatan gusi seluruh negara yang diadakan dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bertemakan “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” ataupun “SAYANGI GUSI, SELAMATKAN GIGI” kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Normah bt Taharim, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kempen kesihatan oral ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah awal ke arah mendapatkan gusi yang lebih sihat melalui pemeriksaan gusi sebagai usaha untuk mencegah penyakit gusi.


Sepanjang kempen berlansung, Klinik Pergigian Bergerak yang disediakan MOH dan UiTM akan mengadakan lawatan ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian dan mendapatkan pemeriksaan gusi secara percuma. Kempen ini akan menjadi peneraju misi Lion Corporation Japan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik komuniti mengenai menyakit gusi serta penjagaan mulut yang baik.


Dengan semangat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki gusi dan gigi yang sihat, SYSTEMA menjanjikan 30,000 sampel Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE berserta risalah pendidikan kesihatan gusi bersemepena KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH”. Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance akan diedarkan kepada orang ramai melalui MSP dan UiTM sewaktu aktiviti pemeriksaan gusi berlansung bagi membolehkan pengguna mencapai gusi yang sihat berpanjangan.

Systema Extreme Clean Breath

Systema Deep Clean Whitening

Systema Extra Gum Protection

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga RM12.55. Kini memiliki gusi yang sihat menjadi lebih mudah dengan SYSTEMA. Amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik bukan hanya sekadar melindungi gigi anda; ia adalah permulaan yang baik untuk gusi yang sihat yang akan membawa kepada kehidupan yang lebih sihat.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE atau bersama menyertai KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” sila layari www.southernlion.com.my dan laman Facebook rasmi di www.facebook.com/KeepSmilingMY



Read More