Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap!

Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap!


Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap!  |  Kemahennn tajuk aku kali ni ye.. Siap ada nyumm nyumm tu.. Haha!! Alah sekali sekala nak bertajuk hepi-hepi camni kan.. Hiks.. Ok, kali ni nak share Resepi Megi Goreng Simple.. Memang simple je aku buat kali ni.. Ikut bahan yang ada kat rumah je.. Almaklumlah pkp ni bahan-bahan yang ada sangat terhad.. 

Sorry ye gambar ni je sempat snap.. Tak sempat nak berlawa-lawa bagai, dah kene bedal megi goreng aku ni.. Nampak tak betapa nyumm nyumm sedap.. (masuk bakul angkat sendiri) Sape lagi yang nak puji diri sendiri melainkan dirinya sendiri.. Haha.. Ok lah, cukup la mengarutnye.. Jom aku share resepinya.. 

Resepi Megi Goreng Simple 

Bahan-Bahan :-

2 bungkus mi segera ( aku guna brand vit's)

1 biji telur - dipukul sedikit

2 biji bawang merah - dihiris

1 ulas bawang putih - dicincang halus

1 sudu besar cili kisar

1/2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

Sos ikan secukup rasa

Hirisan daun sup ( yang ni je ada dalam peti ais.. haha )

Hirisan cili besar merah


Aku guna mi segera ini..

Cara Masak :-

  • Celurkan mi segera hingga lembut dan toskan
  • Panaskan  sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing
  • Tambah sos cili, sos tiram dan sedikit sos ikan. kacau rata.
  • Tolak bahan-bahan tumisan ke tepi kuali dan masukkan telur. Biar sedikit mengeras dan kacau hingga hancur.
  • Masukkan mi segera dan kacau rata.
  • Masukkan hiris lada dan daun sup.
  • Last sekali padankan rasa.. Kalau kurang, tambahlah apa yang patut ye.. hehe
  • Siap!!


Selamat mencuba!




Read more »
Lea Azleeya
2 Comments
Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap

Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap


Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Lamanya tak share resepi kat sini.. Yang ada pun kat sini, banyak yang repost balik.. hehe.. Hari ni agak rajin sikit nak masak dan share resepi sebabnya resepi kali ni agak menjadi dan rasanya lebih sedap dari sebelum ni.. hehe.. 

Hari ni, kita masak menu telur itik.. Masak lemak kuning telur itik.. Ini merupakan kali kedua aku cuba masakan ni.. Kenapa baru kali kedua? Haaaa sebabnya sebelum ni aku tak makan telur itik.. Ada rasa geli.. Tak tahulah kenapa.. Tapi bila dah cuba, sedap rupanya.. Sampaikan dah jadi feberet aku dah masakan ni.. Hehe.. Jom aku share dengan korang resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap..


Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik

Bahan-bahan :-
  • 5 biji telur itik
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi kampung hijau + merah (ikut tahap kepedasan masing2 ye)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 kotak santan
  • 2 asam keping
  • garam & serbuk perasa
Cara memasak :-
  1. Tumbuk/mesin kunyit hidup dan cili padi.. Kalau bahan ditumbuk, bolehlah titik serai di dalam batu lesung..
  2. Masukkan bahan tumbuk/mesin tadi ke dalam periuk dan masukkan air sedikit. Masak seketika bersama serai yang  telah dititik tadi..
  3. Selepas itu boleh masukkan asam keping.. Ini juga bertujuan untuk hilangkan bau hanyir telur itu..
  4. Masukkan santan yang dicampur sedikit air.. Kalau tak campur air, nanti terlalu pekat pulak.. Hiks..
  5. Masak seketika, then barulah masukkan telur itik yang dipecahkan dalam mangkuk bagi mengelakkan terkena telur yang dah busuk. Masuk sebiji demi sebiji ye.. Jaga api dan jangan kacau terlalu kuat supaya telur tidak pecah.
  6. Bila dah hampir masak telurnya, bolehlah masukkan daun kunyit yang dihiris halus mahupun kasar.. Ikut citarasa masing-masing.. Macam aku lebih suka hiris halus.. hehe
  7. Last sekali baru masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.. 
Selamat mencuba guys!!





Read more »
Lea Azleeya
4 Comments
Mee Goreng Basah Sedap

Mee Goreng Basah Sedap


Mee Goreng Basah Sedap  |  Nampak tajuk! Hehe lama dah tak up entry pasal makanan.. Yang hado semua tentang beauty.. Eh! Dah nama lagi niche pun Lifestyle and Beauty kan... Hiks.. Hari ni aku lari  tajuk sikit... Aku nak kongsi resepi Mee Goreng Basah Sedap.. Memang sodap weh.. Biasa buat mee goreng biasa jerk.. Baru ni teringin nak makan mee goreng basah.. So, kita buat sampai jadi.. Moh tengok resepinya.. Simple tapi sedap meletop.. Hehe..

Mee Goreng Basah Sedap

Oh ya, resepi ni aku cuba dari resepi kak Azie Kitchen, blogger masakan yang aku selalu kagumi.. Boleh dikatakan semua resepi yang beliau kongsi, semuanya menjadi dan sedap.. Termasuklah resepi kari daging.


Resepi Mee Goreng Basah Sedap


Bahan-Bahan
1 bungkus kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 tangkai sawi
2 biji tomato
1 biji lada besar
Ayam
1/2 gelas air
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

Cara-Cara menyediakan mee goreng basah yang sedap!

  • Panaskan  minyak.. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing
  • Setelah itu, masukkan sos cili, sos tiram, kicap, dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak. (1/2 gelas air dimasukkan sedikit-sedikit supaya mee tidak terlalu lembik)
  • Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan batang sawi.. Kacau rata
  • Kemudian masukkan mee dan daun sawi..  Kacau rata..
  • Seterusnya, bolehlah masukkan tomato, hirisan lada besar, garam dan serbuk perasa.. Kacau rata..
  • Siap! Kalau nak best lagi, boleh perah limau nipis time nak makan tu.. Perghh memang meletop toq!!


Mee Goreng Basah Sedap
Ni dah kering sikit.. hehe

Selamat mencuba!


Read more »
Lea Azleeya
10 Comments
Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih

Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih


Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih  |  Hari ni agak keletihan.. Balik kerja agak lambat sikit hari ini siapkan kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.. Balik dah rasa keletihan yang amat bercampur dengan letih semalam yang masih belum hilang.. Huhu.. Sampai rumah cepat-cepat mandi dan terus ke dapur untuk siapkan menu berbuka.. Rasa tumpul dah idea nak memasak hari ini.. Untuk meringkaskan menu dan masa yang ada pun sangat terhad, jadinya aku masak sayur kacang panjang masak lemak dan goreng ikan jerk.. Untuk menyedapkan lagi mulut ni masa berbuka, aku buatkan sambal tumis ketagih.. Kenapa ketagih? Haaa memang ketagih bila makan sambal ni.. Haha.. Itu aku la.. Mesti nak ada sokmo.. Hiks..

Resepi Sambal Tumis Ketagih

Jom check resepi yang teramat mudah nak buat ni.. Tu belum isi ikan bilis lagi.. Kalau isi ikan bilis lagik sedap sambal tumis ni.. Next aku akan isi ikan bilis lak.. Hehe..

Resepi Sambal Tumis Ketagih 

Bahan-bahan :-
  • 6-8 biji Cili Padi
  • 1-2 biji Lada Besar
  • 2-3 biji Tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan
Cara-cara :-

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Goreng semua bahan-bahan tadi dengan minyak yang banyak sampai layu.

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Kemudian blend bersama garam, gula dan serbuk perasa..

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Siap blend, tumis seketika hingga naik minyak

Resepi Sambal Tumis Ketagih
  • Nak rasa lebih meletop, sebelum makan perah limau sedikit..

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..


Read more »
Lea Azleeya
6 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)