others
Showing posts with label others. Show all posts

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia

Wednesday, February 17, 2021

No comments

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia  |  Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan seperti Orang Asli. 

Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama, mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka meneruskan persekolahan demi menjamin masa depan. 


TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah , dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini. 


Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik Ling.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal.

Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik Hanim.


Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.

Walaupun terdapat sekatan pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis, kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban kewangan para ibu bapa.


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO, pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang kepada kempen ini.

Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa, memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000 orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo.

Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200 karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk bersekolah.

TOP dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean yang termasyhur menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.

TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka kain.

Serbuk pencuci TOP Super Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria * untuk perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau peluh  dari pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,” tambah Cik Ling. 


Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.

Menurut Tok Batin masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang, ahli komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila kembali ke sekolah.

Terima kasih kepada TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong. 


Cerahi Kehidupan Bersama TOP, 2015 to 2020

Tahun

Jumlah Pelajar yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

2020

420

6

Total

2,873

85

 


Read More

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

Thursday, December 24, 2020

No comments

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat  | Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.

Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.

TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.

Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.


Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.

Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan - Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li. 

Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.

Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa - Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.


Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP


Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Tahun

Bil. Pelajar Yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

Jumlah

2,453

79







Read More

Oxwhite Launches X Performance Collection

Thursday, November 26, 2020

2 comments
Oxwhite Launches X Performance Collection  |  Bundle deals and free workout tips for Malaysians to unleash their potentials in the comfort of their own homes in style. Unable to hit the gym due to the on-going Conditional Movement Control Order (CMCO)? No problem!

Oxwhite Launches X Performance Collection

Oxwhite collaborated with Anytime Fitness Eco Sky to put together an easy to follow 30-minute high intensity exercise routine video for Malaysians to stay safe and healthy at home.

The video was released in conjunction with the launch of Oxwhite X Performance Collection which consist of moisture absorbing, sweat wicking and cool fit activewear -- training tees, training shorts, sports bra launched today.

Oxwhite Launches X Performance Collection

Oxwhite Launches X Performance Collection

Oxwhite Launches X Performance Collection

Oxwhite Launches X Performance Collection

With the launch, Oxwhite is offering a limited-offer bundle deal exclusively for the first 2,000 customers. With the bundle deal, Oxwhite customers are able to purchase Oxwhite X Performance range in sets of two at a price point that  starts at RM98 and get an Oxwhite Breatheasy face mask worth RM19.90 free! 

About Oxwhite

Oxwhite is an e-commerce lifestyle brand that operates on a direct-to-consumer model, providing an accessible alternative to luxury brands that maintains the premium quality at a fraction of the cost.

Oxwhite first launched in Malaysia in 2018 with a single hero product, a classic white shirt. Since then, the brand has expanded its selection to offer a wide array of products tailored to the daily needs of the modern Asian: from business wear to casual wear, and from travel to home & living essentials.

As a brand, Oxwhite aims to continually improve its offerings to become the e-retailer of choice for Asians who want to look good and feel good affordably. For more info, visit www.oxwhite.com




Read More

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Thursday, November 19, 2020

4 comments

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts | Insya'Allah.. Dengan izin Allah swt... Satu ungkapan yang sering kali bermain di bibir.. Itulah daya tarikan yang ada pada produk keluaran Dua Gifts ini.. Bercirikan Islamik yang superb cute..  Ada beberapa produk dari Dua Gifts yang tertulis 'Insya'Allah' menjadikan ianya lebih bermakna pada aku.. 

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Dua Gift ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memperkenalkan pelbagai hadiah bercirikan Islamik yang eksklusif bagi mereka yang mencari hadiah berbentuk moden, kontemporari dan inspirasi.. Idea ini terhasil dek kerana di pasaran sekarang tawaran hadiah khusus untuk masyarakat muslim masih berkurangan.. Jadi, Dua Gifts dibuat dengan produk yang disusun dengan teliti untuk menyebarkan mesej positif kepada umat Islam di seluruh dunia..

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Antara gift set yang ada di Dua Gifts yang boleh dijadikan hadiah :-

  • Daydream Gift Collection
  • Moroccan Gift Collection
  • Be The Light Gift Collection
  • Sweet Moon Gift Collection
  • Blessed Gift Collection
  • Bismillah I Got This Collection
  • Mashallah Gift Collection
  • Do What Is Beautiful Gift Collection
  • Do Insha'Allah Gift Collection
  • Doas Do Come True Gift Collection
  • Bismillah Gift Collection
  • Love Faith Hope Gift Collection
  • Keep Calm Gift Collection
  • Be The Light Collection 2.0 Gift Set
  • Moroccan Collection 2.0 Gift Set
  • Daydream Collection 2.0 Gift Set
  • Sweet Moon Collection 2.0 Gift Set
  • Every Hardship Come Ease Home Decor Gift Set
  • Sabar Decor Home Gift Set
  • In Your Light Home Decor Gift Set
  • Doas Do Come True Home Decor Gift Set
  • Do What Is Beautiful Home Decor Gift Set
  • In Him I Put My Trust Home Decor Gift Set
  • Keep Calm Home Decor Gift Set
  • Bismillah Home Decor Gift Set
  • Bismillah I Got This Home Decor Gift Set
  • Moroccan Collection Full Set

Sweet Moon Gift Collection Menjadi Pilihan Aku

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Banyak gile gift set yang boleh dijadikan pilihan di Dua Gifts.. Dalam banyak-banyak aku pilih Sweet Moon Collection sebabnya ofkoslah ianya sangat cute dengan warna pink.. Hehe.. Nampak lembut dan comel.. Boleh dikatakan kesemua koleksi di Dua Gift sangat cantik dengan warna yang menarik.. Namun, untuk kali ini warna pink lebih menarik pada mata aku ni.. Hiks.. 

Apa yang ada dalam set Sweet Moon Collection ni? Haaaa antaranya ialah :-

1. Sweet Moon Pencil Case (Do What Is Beautiful..)


Pencil Case dari koleksi sweet moon ni saiz dia kecik comel jerk.. So, mudah sangat nak sumbat dalam handbag aku.. Dengan materialnya yang berkualiti, membuatkan pencil case dari Dua Gifts ni boleh tahan lebih lama.. Kiranye tahan lasak la tak mudah koyak.. Kecuali la korang hiris dengan pisau, kompom koyak.. Hehe.. Time mesyuarat atau kursus, pencil case ni sangat membantu sebab saiz dia yang kecil mudah aku bawa kemana-mana.. 


2. Sweet Moon Pouch (Insha'Allah)

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

OMG! Aku dah ada pouch make up yang superb comel.. Pink colur uolls.. Materialnya sama dengan pencil case tadi, membolehkan aku isi apa saja jenis makeup dalam pouch ni.. Ketahanannya dijamin.. haha.. Serius aku suka pouch ni.. Lagi pula, dihiasi dengan perkataan yang baik.. Insha'Allah.. Aku guna pouch ni untuk isi makeup harian aku je sebab saiznya tak la besar mana untuk aku isi kesemua makeup yang aku ada.. hehe.. Lagi pun, aku bukan jenis yang bermakeup lengkap.. Lebih tepat, bermakeup tebal.. Kihkih..


3. Sweet Moon Wire-O A5 Note Book (Love & Doas)


Serius buku nota Love & Doas ni sangat membantu aku menulis nota-nota kerja aku.. Dah la cover dia cute sangat siap boleh print nama atas buku ni.. Thank you Dua Gifts.. Kalau buat hadiah untuk yang tersayang ni sangat bermakna.. Boleh request, isi nama di kulit hadapan.. Kiranya ada sentimental value la kat situ kepada penerima kan.. 

4. Sweet Moon Luxe A6 Notebook (Insha'Allah)

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Comel sangat notebook A6 ni.. Kecik molek je.. Lahai semua la comel dalam koleksi sweet moon ni.. Luxe A6 Notebook ni aku jadikan buku untuk aku catat setiap task job aku... Cewahh macam banyak sangat je kan dapat job.. Haha.. Insyaallah kalau ada rezeki tak kemana.. Rezeki pasti tak salah alamatnye.. Hiks..


5. Sweet Moon Key Ring

Idea Hadiah Bercirikan Islamik Yang Eksklusif Dari Dua Gifts

Satu lagi benda yang kiut aku dapat iaitu sweet moon key ring.. Nampak tak lengkap semuanya dalam satu set ni... Penggantung kunci pun ada.. Dah la comel.. Semangat tu lain macam bila pegang kunci sekarang ni.. Boleh camtu ek? Haha.. Aku gantung kunci kereta je kat Key Ring ni.. Kalau rasa nak tambah aksesori beg, boleh ke nak gantung kat bag.. Sebab Key Ring ni memang kiut boleg mencantikkan bag... Hah Gittchewww!!

6. Sweet Moon Bookmark (Do What Is Beautiful..)


Yang ni paling aku suka sebab minat aku adalah membaca buku.. Jadi, bookmark sangatlah penting bagi aku.. Tambah lagi bila ada bookmark yang cantik dari Dua Gifts ni.. Bookmark pun warna pink, nampak la ciri-ciri kewanitaan disitu.. Hiks.. Bookmark ni bagus tau kerana covernya plastik.. Jadi, susahlah sikit nak rosak dan tak mudah patah.. 

7. Sweet Moon Sticky Notepad


Aku suka Sticky Notepad ni.. Serius cantik dengan warna pastel.. Kalau ikutkan kerja hakiki aku sangat memerlukan sticky note.. Tapi bila tengok sticky note Dua Gift ni, sangat nak pakai.. Haha.. Jadi aku decide guna untuk planner 2021 aku nanti sebagai remark perkara penting.. 

8. Every Hardship Come Ease A4 Print Art


Last sekali adalah A4 Print Art ni.. Kata-kata yang positif.. Aku memerlukan frame terlebih dahulu untuk gantung Art yang cantik ni.. Bolehlah aku jadikan hiasan dinding work station aku ni.. Tambahan pula warna purple adalah warna feberet aku.. Hiks..

Jom Dapatkan Hadiah Eksklusif Bercirikan Islamik di Dua Gifts

Oklah, bagi korang yang tengah mencari-cari atau tiada idea untuk hadiahkan seseorang, korang boleh dapatkan hadiah eksklusif ini di Dua Gifts yang bercirikan Islamik.. Banyak sangat pilihan yang ada.. Warna pun boleh korang pilih.. Sama ada warna kegemaran korang sendiri atau yang tersayang. . Kalau nak dijadikan cenderahati untuk majlis-majlis tertentu pun boleh.. Pasti ia lebih menarik dan bermakna..

Berita baik buat korang, guna code promo ini : LEA15 time korang checkout untuk dapatkan diskaun 15%.. Sah sehingga 30 November 2020.. Cepat grab uolls.. 


Untuk info lanjut, boleh layari :-

💧 Website : https://bit.ly/3kJsefV

💧 Facebook : https://www.facebook.com/duagifts

💧 Instagram : https://instagram.com/dua_gifts



Read More