Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts
Tunangku Tidak Tampan (3T)

Tunangku Tidak Tampan (3T)



Assalamualaikum wbt..

Lama betul rasanya tak berkongsi hobi aku yang satu ni.. MEMBACA ... Tapi kali ni buku yang aku baca ni adalah pinjaman semata-mata.. haha.. Aku pinjam ngan member opiz aku.. Dia beli buku ni melalui online.. Sampai aje parcel kat opiz terus dia bukak.. aku tengok buku, ape agik terus tanye buku ape... Aku kan hantu buku.. hehe..
_pinjam pic ye tt.. ---> encik google kasi pinjam_

"Tunangku Tidak Tampan"... hohoho.. tengok tajuk cam tak best aje.. Mula-mula tak berminat.. Pastu tengok lak penulis buku.. Eh.. cam penah dengo aje nama penulis ni.. Hah.. baru perasan.. Penulis ni rasa femes jugak... Terus cam berminat... Tetibanye kawan aku kasi aku baca dulu..

"Nah.. amek la kalau nak baca dulu.."' kata kawanku.

terpinga-pinga aku.. (dalam fikiran terus fikir.. eh dia beli takan tamo baca dulu )

"Eh, ei tamo baca dulu ke", aku lak tanye dia

"takpe baca la dulu, buku ei kat umah tu tak baca-baca agik", jawab dia balik kat aku

Haha.. ape agik, orang mengantuk disorongkan bantal.. terus la mauuuuuuuuuu.. Tapi aku belum habiskan lagik bacaan buku ni sebabnye buku ni agak tebal so amek masa sikit untuk dihabiskan.. Apa yang aku nak sampaikan disini adalah buku ni sangat la bagus sebab diterapkan ilmu agama didalamnya.. pendek kata, novel ni adalah novel islamik yang membawa banyak pengajaran disetiap kejadian...Diselitkan juga kisah-kisah nabi.. Sangat bagus lah untuk dibaca... 

Mula-mula bacaan memang rasa bosan sebab penulisan dia agak bercelaru sikit... mungkin ini novel pertama penulis kowt... aku agak la kan.. hurmm.. makin banyak aku baca makin seronok dan banyak betul pengajaran yang aku dapat dalam buku ni.. Ada jugak part-part dalam novel ni membuatkan aku menangis... huhu.. sedih ohh... Terutama saat dia ingin berubah kearah kebaikan tapi banyak rintangan dan juga saat dia bersama ibunya.. wahh drama sangat aku kann... Tapi serius beb..  novel ni best.. TQ la pada kawan aku sebab kasi pinjam kat aku.. haha..

Tamo la ulas panjang lebar.. korang nak merasai ape aku rasa baik korang p beli novel  ni.. Tak rugi ohh... P la beli... (aku je pinjam).. hehehe...

_pinjam agik sekeping kat tt & en. google_

K la.. nak sambung keje lak... 
bubaiiiii...~!!



Read more »
Lea Azleeya
9 Comments
Review Novel | Rahsia by Faizal Sulaiman

Review Novel | Rahsia by Faizal Sulaiman


Rahsia by Faizal Sulaiman  |  Asek bertangguh jerk nak review novel yang dah dibaca.. Sibuk aku tu mengalahkan pak menteri.. Harapnya ditahun baru ni perancangan hidup dan blogging aku lebih teratur hendaknya.. Hehe.. Kali ni aku nak review pula novel hasil lakaran cerita dari novelis Faizal Sulaiman iaitu Rahsia.. Bila dah tajuk pendek cenggini haruslah novel ni terbitan buku fixi.. Best ke tak novel Rahsia ni? Tak yah nak cipta soalan, sila baca entry ni sampai habis.. hiks..


Eceli novel Rahsia ni aku beli dah lama sebenarnya sebelum si Aqiff lahir lagi.. Time tu aku tiada keberanian untuk baca novel seram tahap cekik leher sendiri ni.. Now, bila dah mula ada kekuatan sikit, bolehlah aku habiskan semua novel seram aku yang banyak dok bertenggek kat rak buku aku tu.. Hehe.. 

Oklah, tak nak bebel panjang lebar lagi, meh aku kenalkan korang serba sedikit tentang penulis novel Rahsia ni..
Nama penuhnya Muhammad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 28 April 1985. Beliau membesar sepenuhnya di Kota TInggi, Johor. Tidak pernah menganggap hobi penulisan akan membawanya sejauh ini.. Beliau salah seorang peminat tegar Maya Karin dan suka mengambil gambar makanan.

Tajuk : Rahsia
Penulis : Faizal Sulaiman
Muka Surat : 266
Penerbit : Buku Fizi Sdn. Bhd. 
Tahun Diterbitkan : Julai 2017


Sinopsis Rahsia


ARIF berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia.

Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan Seri Panggung bernama Dewa Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau.

Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?


Review Rahsia


Starting cerita aku dah dapat rasa novel ni mesti berkaitan dengan saka... Cumanya aku tak pasti saka yang bagaimana.. Bila dah dapat tahu, ye ternyata ianya agak menggerunkan.. Terlalu kuat untuk dibuang sehingga mengorbankan nyawa-nyawa yang ingin membantu membuangnya.. Ada yang menolak untuk membantu kerana takut keluarga diganggu..

Sememangnya bende-bende macam ni ada berlaku dikalangan kita.. Sama ada nak percaya atau tidak sahaja.. Dalam novel ni, ada perkara yang boleh kita ambil pengajaran daripada mereka yang suka bercakap besar tentang kewujudan 'mereka'.. Bila dah kena 'sergah' baru nak sedar dan beringat.. Jadi, kita tak perlulah nak bercakap besar ye walaupun kita tak percaya sekalipun kewujudan 'mereka'

Aku suka jalan cerita novel ni.. Dari awal hingga akhir semuanya berjalan dengan baik dan tersusun tanpa memerlukan aku memerah otak aku untuk memahami setiap plot yang ada.. Ada rasa suka, duka, takut, gelisah, seram dan bimbang.. Uiss bercampur baur perasaan bila baca novel ni.. Aku sendiri rasa tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya..

Dalam novel ni aku suka dengan kata-kata ini..

Dalam hidup ini kita semua tidak ada jaminan. Kalau kita kaya, harta tidak menjamin kita senang di dunia mahupun akhirat. Jika kita berpendidikan, kebijaksanaan tidak menjamin kita untuk berlaku adil sesama manusia dan seandainya kita warak, keimanan kadangkala tidak menjamin seseorang masuk ke syurga

Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Bagi korang yang suka novel seram dan mistik, hah inilah novelnye yang boleh korang hadam dengan pelbagai perasaan.. Bila dah start baca memang tak sabar nak tahu kesudahannya.. Baca, baca dan terus membaca sampai habis tanpa melepaskannya..

Moga penulis lebih success menghasilkan karya yang lebih ohsem dimasa akan datang..


Read more »
Lea Azleeya
4 Comments
Review Novel | SPLIT by Nurul Ain Syuhada

Review Novel | SPLIT by Nurul Ain Syuhada


SPLIT by Nurul Ain Syuhada  |  Holaaaa!! Hi korang.. Selamat berhujung minggu.. Pergi mana wiken ni? Mesti plan korang gempak-gempak kan.. Aku setakat ni ada beberapa plan dah untuk anak-anak tapi sampai detik ini masih belum berjalan lagi.. Haha.. Lagi pun si kecik tu tengah tidur, jadi dapatlah aku luangkan masa untuk coretkan review novel yang dah pun selesai aku baca tempoh hari.. Novel apa pula kali ni ye? Yes, novel SPLIT by Nurul Ain Syuhada.. Nak tahu best atau tak novel ni, kenalah baca sampai habis ye... Hiks..


Novel SPLIT ni aku beli bersekali dengan Novel Psiko di Shopee.. Memandangkan review di Goodreads tentang novel Split ni sangat ohsem, jadi secara automatiknya aku sendiri tak sabar-sabar nak membacanya.. Lagi menarik novel ini telah diadaptasikan kepada drama iaitu Split TV Series yang ditayangkan di saluran Astro Citra dan Video On Demand. Nasib baik aku belum tengok drama Split ni, kalau tak spoil nak baca novel..

Biasanya kalau novel yang telah diadaptasikan kepada drama dan aku telah tengok dramanya sebelum membaca, memang aku tak akan baca dah novelnye.. Kalau baca novel dulu baru tengok drama, kira ok lagi sebabnya dengan membaca novel kepuasannya lebih berganda kerana cerita dalam novel lebih detail.. Lebih mengecewakan sekiranya drama adaptasi sedikit berbeza jalan ceritanya daripada jalan cerita novel.. Fuhh lagik frust weh!!

Ok, jom kenali serba sedikit latar belakang penulis iaitu Nurul Ain Syuhada..
Rosnurul Ain Syuhada Rosli merupakan nama sebenar bagi pemilik nama pena Nurul Ain Syuhada. Beliau dilahirkan pada 08 Jun 1993 di Kangar, Perlis dan telah menamatkan pengajiannya di Universiti Kuala Lumpur Busniss School dalam bidang Bachelor of Management and Entreprenuership. Berbintang Gemini, penulis yang berusia 20-an ini amat gemar membaca. Disinilah berputiknya minat untuk menulis. Beliau mula menulis karangan ringkas dari tingkatan empat. 
SPLIT merupakan buah tangannya yang ke-4 dengan Karyaseni dan Penulisan2u. Buku ini merupakan buku kegemarannya sendiri diantara buku-buku yang sebelum ini yang pernah diterbitkan.

Tajuk : SPLIT
Penulis : Nurul Ain Syuhada
Muka Surat : 528
Penerbit : Karyaseni Sdn. Bhd.
Tahun Diterbitkan : Ogos 2017



Sinopsis SPLIT


MARYAM, Gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan.. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik biacaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!


"Kenapa saya tak pernah nampak awak?" - MIKAEL

"Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak." - MARYAM


Hari demi hari pun berganti sehinggalah karekter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!


"Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez." - HAFEZ

"Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun." - MARYAM


Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM?

Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam SPLIT.


Review SPLIT


Sesuatu yang tak dijangkakan.. SPLIT memang best!! Jalan cerita superb ohsem!! Tak tipu, novel ni memang best gile.. Mula-mula, ingatkan novel ni ada unsur-unsur seram ke apa.. Rupanya novel ni sweet-sweet gitu disamping dihiasi dengan sedikit aksi, kecewa, sedih, dan kekeliruan.. Eh, ada jugak babak romantik tau.. Haha..

Serius, mula-mula baca novel ni aku sendiri jadi keliru dengan personaliti dalam novel ni.. Nama lagik split kan.. Maka muncullah pelbagai personaliti.. Semakin lama aku baca semakin aku mengenali dan serasi dengan setiap personaliti yang wujud.. Eh, kadang rasa cam aku yang berada di tempat Maryam.. Ahakz.. Memang agak memeningkan kepala untuk menghadam setiap personaliti yang ada.. Sekejap jadi baik, pastu jadi jahat, ada ketika jadi kanak-kanak, then jadi pakcik-pakcik lepas tu jadi pulak remaja kembar dengan dua personaliti berbeza.. Lagi mengharukan bertukar menjadi wanita bernama Dhia.. Haha.. Punah jadinya.. Memang huru-hara hidup weh kalau jumpa orang yang SPLIT personality ni..

Yang aku paling suka dan boleh tabik spring la, ketabahan Maryam menangani dan menghadapi dengan tenang setiap pesonaliti yang berbeza ini.. Dapat menerima setiap yang muncul.. Cuma, paling dia tak tahan dengan personaliti pakcik-pakcik tu, Encik Pian yang suka membebal macam ayah-ayah sangat.. Hehe.. Dia jadi rimas..

Personaliti yang bernama Hafez, seorang yang agak kasar, pemarah dan agak ganas.. Tetapi yang sweetnya dia menjaga dan melindungi Maryam dengan baik walaupun kadangkala Maryam tidak tahan dengan perangai Hafez itu sendiri.. Setelah kemunculan Hafez, nampaknya Maryam lebih mencintai dan menyayangi Hafez berbanding Mikael walaupun ianya orang yang sama cuma sikap mereka sangat berbeza..

Setelah ditipu hidup-hidup oleh kekasihnya Aryan selama 7 tahun, Maryam bangkit setelah mengetahui perkara sebenar.. Kebangkitannya semula adalah disebabkan Mikael.. Mikael dan Hafez banyak menyedarkannya dari terus berada dalam kekecewaan.. Dia menjadi wanita yang berjaya.. Plot sedih bermula apabila ayahnya meninggal dunia akibat kanser.. Maryam tidak diberitahu sehinggalah diakhir hayat ayahnya baru dia mendapat tahu.. Alhamdulillah, dia bersyukur kerana dia sempat menunaikan hasrat ayahnya yang ingin melihatnya berkahwin..

Dengan siapa dia kahwin? Ya, dia berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai split identiti.. Mempunyai banyak personaliti iaitu Mikael..

"Siapapun aku, sayang itu tetap untukmu"

Oh ya, dalam novel Split ini juga terselit kisah aksi dimana berlakunya konflik dalam keluarga Mikael.. Kisah ibu tiri dan abang tirinya yang tamakkan harta sehingga sanggup membunuh ayah kandung Mikael.. Muaz sentiasa memburu Mikael kerana risau akan hartanya dirampas semula oleh Mikael, pemilik yang sah.. Terjadinya beberapa aksi pergaduhan antara mereka dan akhirnya muaz di tembak mati oleh polis..

Bagi aku setiap plot yang disusun penulis sangat menarik dan tidak berbelit walaupun novel ini menceritakan tentang split personaliti.. Selepas habis sahaja baca novel ni aku rasa puas dengan jalan cerita yang disampaikan oleh penulis dan pengakhiran ceritanya juga adalah happy ending.. Itu yang kita mahukan.. Haha..


Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟

Yeah aku bagi 5 bintang untuk novel Split ni sebabnya aku sangat puashati dengan jalan ceritanya.. Dari awal hingga akhir, memang tak mengecewakan aku.. Dari satu plot ke satu plot menjadikan ceritanya menarik dan mengujakan.. Sehingga aku sendiri tak sabar nak tahu kesudahan cerita ini.. Setiap personaliti yang muncul membaca seribu satu cerita.. Jadi, korang perlu kenali sendiri setiap personaliti yang ada... Menarik tau! Rugi tak baca..

Bagi yang suka novel yang sweet tetapi mencabar minda dan perasaan, bolehla baca novel SPLIT ni.. Korang akan merasai ketabahan Maryam menghadapai semua personaliti yang ada.. Silap-silap lepas baca korang boleh jadi tabah cam Maryam.. Hehe..

Terdapat juga adegan romantik dan mencuit hati dalam novel Split ni yang boleh membuatkan korang tersenyum dan geli hati.. Serius weh, tak rugi beli dan baca novel ni..

Aku doakan semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih ohsem lepas ni untuk menjadi santapan aku.. Ahakz.. Gut luck penulis.. :)


Read more »
Lea Azleeya
6 Comments
Review Novel | Psiko by Rosa Nur

Review Novel | Psiko by Rosa Nur


Psiko by Rosa Nur  |  Hi korang! Memandangkan sekarang aku punya sedikit masa terluang untuk membaca, makanya banyaklah review novel yang akan muncul di blog aku ni.. Dah alang-alang aku berjaya menghabiskan novel yang aku baca, apa salahnya kan aku terus review di blog usang aku ni.. Hehe.. Manalah tahu ada yang tengah mencari novel ni, bolehlah hadam review aku ni dulu sebelum beli.. Tak gitu.. Hiks.. Orite, tak nak menceceh panjang lebar lagi, jom ikut aku review novel Psiko by Rosa Nur ni.. Ramai yang cakap best novel ni.. Betul ke? Haaa stay sampai noktah terakhir ye!


2 Minggu lepas mood menambah koleksi novel muncul lagi.. Puaslah aku dok cari novel yang best-best untuk dibeli.. Lastnya aku buntu tak tahu nak beli novel apa.. Jalan terakhir, aku whatsapp la kawan ulat buku aku, Sha Mohamad bertanyakan tajuk novel yang best dan mengancam jiwa... haha!! Jadi, Psiko ni merupakan advice dari Sha Mohamad untuk aku beli.. Katanya novel ni memang best jalan ceritanya.. Memang takkan menyesal.. Uiss, terus teruja badak aku untuk beli novel Psiko ni.. Tajuk pun dah menarik kot.. Hehe..

Psiko merupakan novel thriller karya Rosa Nur.. Ini adalah novel pertama Rosa Nur yang aku baca.. Jom kenali Rosa Nur.

Penulis berasal dari Jasin, Melaka dan mula melakar nama dalam dunia penulisan tanah air setelah terbitnya novelet pertamanya yang bertajuk Berakhirnya Mimpi pada tahun 1996. Kini Rosa Nur telah berjaya menghasilkan 22 buah novel pelbagai genre di bawah pelbagai syarikat penerbitan. Psiko merupakan novel ke-23 beliau dan mempunyai elemen thriller dan aksi serta turut diselitkan dengan sedikit pergolakan cinta di dalamnya.

Selain menulis novel, beliau juga bergiat aktif di dalam dunia penulisan sajak dan cerpen. Beliau telah pun mempunyai 3 buah buku antologi cerpen bersama. Sajak-sajaknya pula turut dimuatkan di dalam 2 buah buku antologi sajak. Moto yang menjadi pegangan beliau 'Kalau hendak menulis, tulislah sampai siap'.. Maka siaplah Psiko.. Yeah!! Haha..


Tajuk : Psiko
Penulis : Rosa Nur
Muka Surat : 483
Penerbit : Penulisan Enterprise
Tahun Diterbitkan : September 2018


Sinopsis Psiko


Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka.

Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...

"Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? 
Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!"

"Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau.
Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit.
Ada faham?"


Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat.

Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu...

Seorang gadis obesiti sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir si gadis obesiti!.

Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini?

"Bulat macam belon tu kau kata comel? 
Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!" - RAZMAN

"Eh, tak payahlah. Nantitak cukup pula bihun goreng itu.
Kau kan kuat makan!" - BAIZURA

"Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje hah?" - MAIZATUL AKMA


Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional.

Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, suspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini.


Review Psiko


Psiko BEST! Satu perkataan yang keluar dari mulut aku selepas habis baca Psiko ni.. Jalan cerita memang superb.. Kejam dia tu, memang tahap dewa... Start baca aku dah rasa teruja nak tahu cerita seterusnya.. Plot yang disusun sangat kemas dan teratur.. Jadi, bila baca tu tak berselirat jalan ceritanya.. Kasi jalan terussssss aje.. Cuma throwback tu memang ada..

Berdirinya novel Psiko ni hanya dengan satu sebab sahaja iaitu DENDAM! Dalam satu novel kita sebagai pembaca boleh rasai pelbagai gelombang didalamnya.. Thriller, aksi, kekejaman, penyiksaan, kesakitan, penderitaan, tekanan, stress, emosi, sedih, gembira, pergolakan dan percintaan. Pendek kata Psiko ni berjaya menghuru-harakan perasaan pembaca.. Jaga-jaga anda korang pulak yang Psiko.. Haha!!

Psiko bermula dengan kisah seorang gadis obesiti yang bernama Suriati yang selalu diejek dan dihina dek kerana saiz badannya yang besar.. Setiap hari dia dikeji dan dipersendakan oleh rakan-rakan terutamanya Razman, Baizura dan Hanna Hanani.. Sungguhpun begitu, dia sebagai manusia tak lepas dari perasaan ingin mencintai dan dicintai.. Dalam diam dia meminati Rayyan Firdaus yang merupakan rakan baik kepada Razman, Baizura dan Hanna Hanani tadi..

Mereka mengetahui akan hal itu dan sekali lagi Suriati dihina dan dikeji kerana tidak sedar akan dirinya yang gemuk ingin mendampingi seorang lelaki yang kacak dan digilai ramai.. Mereka suka mempermainkan Suriati sehingga tibalah satu hari, sesuatu yang buruk terjadi kepada Suriati disebabkan niat jahat mereka berempat yang menyebabkan Suriati bertindak turun ke Sungai tanpa sedar dia dihanyutkan arus deras Sungai Gasing.. 

Mayatnya tidak ditemui.. Kehilangannya menjadi tanda tanya.. Selepas 10 tahun dia muncul kembali dengan penampilan yang berbeza.. Rupa yang cantik dan tubuh yang langsing.. Apakah rahsianya? Semuanya kerana Puan Chempaka yang menyeksanya untuk cantik dan kurus.. Wajahnya yang berparut telah dibuat pembedahan plastik sehinggakan dia menjadi cantik menawan.. Semua tidak mengenalinya kerana dia adalah Suriati yang baru dikenali sebagai Aurora.. 

Bukan setakat dicantikkan sahaja tetapi Puan Chempaka telah mengajarnya untuk berdendam.. Dendam kesumat dia simpan untuk menghancurkan rakan-rakannya yang pernah mengeji dan mencacinya sehingga dia hilang kehidupannya selama 10 tahun dek kerana dikurung oleh Puan Chempaka..

"Kalau berdendam biar sampai mati"


Dia sanggup menyamar, berlakon seterusnya menculik.. Bukan setakat itu sahaja, malah dia menyiksa mereka berempat sebelum dibunuhnya dengan kejam.. Allahuakbar..

Besar sungguh kuasa dendam ni kan.. Kadang kita tidak sedar dimana tersilap percaturan, orang akan menyimpan dendam terhadap kita.. Jadi, berhati-hatilah dengan percakapan mahupun perbuatan kita agar tidak menyakiti hati orang lain.. Kelak padah akibatnya.. Moga kita dijauhi dengan sikap dendam dan dijauhi juga dengan orang-orang yang suka berdendam.. 

Ending Psiko ni buat aku tak keruan kerana ceritanya seolah-oleh akan ada sambungannya dimana si bongkok masih hidup dan menjejak Suriati dan Jimi.. Haa mesti korang tertanya-tanya siapa si bongkok dan jimi kan? Kalau nak tahu kenalah baca sendiri weh.. Cerita ni panjang kot.. Takan aku nak cerita A to Z kat sini kan.. Tak best la camtu.. Baca sendiri baru best.. Hehe.. 


Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 

Psiko ni aku sebenarnya nak bagi 5 bintang tapi aku terpaksa bagi 4 1/2 bintang sahaja sebabnya ending dia aku tak puas ati seolah-olah ada sambungan.. Kalau ada sambungan ok gak kan.. Hehe..  Bolehlah tau apa jadi seterusnya dengan Suriati yang dah kudung sebelah kaki, Jimi, Rayyan Firdaus yang hilang ingatan dan Baizura yang kehilangan sekerat lidahnya sehinggakan dia murung dan mental.. Uiss best la kalau ada sambungan.. Si bongkok pun tengah cari si Suriati ni.. Nak jugak tau kesudahannya.. Hehe..

Bagi yang suka novel thriller, bolehlah cuba baca Psiko ni.. Korang mesti suka dengan jalan cerita novel ni.. Plot demi plot menuntut korang baca tanpa henti.. Sebabnya, ia berkait antara satu sama lain..

Dalam Psiko ni juga ada kisah cinta yang perlu korang tau kesudahannya.. Cinta terlarang dengan suami orang.. Cinta monyet.. Cinta penuh dendam.. Haaa macam mana tu? Hehe...  Korang tak teringin ke nak tahu.. Hehe.. Wajib baca tau novel ni..

Ok la, pape pun aku nak ucapkan tahniah kepada penulis yang dah berjaya membawa kecelaruan dalam minda dan jiwa aku dek kerana plot cerita yang penuh dendam ini.. Kekejaman dalam novel ni sangat mengerikan sehingga aku rasa tak sanggup nak baca.. Tahniah penulis.. Kejam sangat sehhh!!

Moga dimasa akan datang penulis dapat menghasilkan karya yang lebih kebabommm...!! Serius Psiko ni best gile!! Rugi tak baca weh!!..


Read more »
Lea Azleeya
4 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)