islam itu indah
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

Amalan Harian Sepanjang Ramadhan

Tuesday, June 7, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Hai korang...!! Dah lunch ke belomm?? 0oopss..!! Lupa pulak puasa yek.. haha.. Ada yang tak puasa ke ni?? Huhu.. Jangan wehh.. Tak baik ohh tinggal puasa dengan sengaja... Kecuali la kaum wanita, ABC kan.. haha..

Eh korang, sepanjang bulan puasa ni, amalan apa yang biasa korang buat?? Cam aku kat opiz ni, ada buat tadarus al-Quran sepanjang ramadhan ni.... Setiap tahun akan buat tadarus bukan tahun ni aje yang sebetulnya.. Alhamdulillah la ada jugak amalan di bulan puasa ni untuk aku dan staff-staff kat sini lakukan..  ye dakk?? Kalau nak harap dekat rumah, jarang-jarang aje mampu... Dok membizi dengan kerja rumah dan anak.... Bila anak dah tidur boleh la baca Quran sekejap... Si kecik tu tidurnya kejap-kejap pulak tu.. Kalau ada masa panjang pown sebelum solat subuh.. Haaa time tu boleh la pulun habis-habisan baca Quran.. haha....

Kenapa aku tak baca aje Al-Quran depan anak?? Hoh, camne la nak baca ye kalau dia asek  nak merampas aje quran dari aku... Tak dapekkk nyee.. Semua yang aku buat dia nak buat.. Aku baca buku dia nak baca jugak.. Aku nak berHP.. Dia nak jugak.... Dah camnooo tuu... So, kene la carik waktu-waktu yang betul-betul sesuai kan... 

Ehhhhhhh.. dah terbabas dari tajuk sebenar pulak.. Yang sebenarnya aku cuma nak up kat sini amalan-amalan yang boleh kita amalkan sepanjang bulan ramadhan.... Boleh la kita beramal dan menambah pahala.... Juga boleh mencari keberkatan ye di situ kengkawan... haaaaaaaa..


Ada 5 amalan di situ ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian..... 

Qiamullail... Dah bangun awai-awai nak sahur tu leh la sekali rembat qiamullail dulu sebelum sahur.. Pastu dah setel baru sahur...  

Sahur dan berbuka.. Dah nama agik puasa, mesti la ada sahur dan berbuka kan.. Yang ni mungkin tak timbulkan masalah kowt.. Kalau ada pown sahur.. Mungkin ada yang terbabas tak bersahur.. Kalau bab berbuka tu tak mungkin la tak kowt kecuali tak puasa.. haha.. Tapi kengkadang yang tak puasa tu yang lagi lebih dari yang berpuasa... betol tak?? hiks.. 

Solat berjemaah... Yang ni keutamaannya untuk kaum lelaki la.. Tapi ramai jugakkan kaum wanita pergi terawih... Solat fardhu dulu, pastu terus solat terawih.. Banyak wehh tuu pahalanya solat berjemaah ni... Tak caye tanye ustaz.. hehe..

Membaca Al-Quran... Yang ni cam aku cakap tadi la... Banyak sangat kelebihannya bile kita membaca al-quran di bulan puasa ni.. Sebenarnya bukan bulan puasa aje.. Hari-hari biasa pown sama.. Tapi sekarang aku cakap pasal bulan puasa.. So, tumpu pada bulan puasa aje la yek.. Baca la Al-Quran, banyak kebaikan yang kita akan dapat...

Sedekah... Yang ni senjata bagi kita umat Islam.. Bersedekah la.. Terutama bagi mereka yang memerlukan.. Contohnya, Ibu bapa.. Kaum kerabat... Anak-anak yatim... Orang miskin... dan... Orang yang sedang dalam perjalanan... Bersedekah la.. Kita takkan miskin dengan bersedekah.. Bak kata pepatah...  "Jangan takut miskin dengan bersedekah"...


Read More

Hijrah Takkan Pernah Habis

Friday, June 3, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Hijrah Takkan Pernah Habis | Aku yakin ramai sebenarnya orang yang nak berubah dan nak berhijrah menjadi orang yang ALLAH  redha kan... Jadi orang yang baik dan menuju kearah kesempurnaan.. Semua orang yang 'hidup' atas muka bumi ALLAH ni hatinya pasti nak menjadi orang yang baik kan.. Itu dah menjadi fitrah hidup atas muka bumi tuhan ni....

Namun, kesilapan yang sering dilakukan kebanyakkan orang ialah cepat merasakan PUAS dengan HIJRAH yang dilakukan.. Merasa puas dengan perubahan yang dilakukan.. 

Contohnya... 

Bila dari pakai pakaian seksi kepada pakaian yang lebih sopan, mereka akan rasa puas dan berhenti hanya setakat itu sahaja...



Ada juga yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tetapi baju ketat.... mereka dah rasa puas dengan perubahan tersebut..


Ada orang lagi dari pakai tudung dan baju ketat kepada pakai tudung dan baju longgar... berhentinya setakat itu sahaja..

Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh... naahhhh setakat itu juga berhentinya..

Ada orang dari tudung labuh dan berjubah kepada purdah juga berhenti setakat itu sahaja..

Begitu juga dengan solat... Ada yang rasa dah dapat melaksanakan solat 5 waktu tu dah cukup untuk meraka untuk merasakan diri mereka baik.. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup.. Dah dapat melakukan tahajud, dah merasa cukup..

Korang tahu takk dengan merasakan  cukup dan puas dengan amalam itu adalah tipu daya syaitan wehhh korang ehh...!!

Untuk korang dan diri aku jugaakkk... Nak pesan ni... Baca ekk...!!

Marilah kite berusaha dan terus mengejar syurga, mengejar redha Allah.... Jangan sekali-kali kita merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan.... Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.... Teruskanlah berubah, sehingga kita mati....

Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amalan wajib dan banyakkanlah amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya. Janganlah kita pernah dan mudah rasa cukup dengan amalan yang kita lakukan... Kerana, "Hijrah takkan pernah berhenti!!"


  




Salam jumaat korang sumee...!!


Read More

Nikmat Bermujahadah

Monday, May 30, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

24 Mei 2016 hari tu aku terima emel dari team Tarbiah Sentap yang menyentuh berkenaan Kenikmatan Bermujahadah... Kata-kata yang disampaikan sangat terkesan... Jadinya, aku nak kongsi pulak kat sini untuk korang semua yang sudi membaca kat blog aku ni.. Semoga bermanfaat untuk kita.. InsyaALLAH...


Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh... Cukup didikan agama.... Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara.... Bacaan al-Quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu.... Kau jangan rasa kau bahagia! Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian semata-mata ingin berubah.

Mereka yang berasal dari keluarga porak peranda.... Jahil ilmu agama.... Aurat tak terjaga.... Tak tahu solat.... Hanyut dengan dunia.... Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah.... Sungguh! Kau tak akan mampu nak rasai macam mana hebatnya mereka bermujahadah.... Kejap tenggelam.... Kejap timbul.... Nak pakai tudung labuh kena maki.... Nak pakai stokin kena caci.... Nak jaga ikhtilat kena marah..... Nak ubah akhlak kena perli....

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini, sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah!

Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-Quran hingga lancar....

Mereka belajar rukun demi rukun dalam sembahyang.....

Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna.....

Mereka korbankan kemesraan dalam berikhtilat demi menjaga maruah....

Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah.....

Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah....

Ya. Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh.... Jangan sesekali kau sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah! Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau, tingginya songkok atau serban kau! Jangan kau takjub dengan taranum kau yang mendayu.... Jangan bangga dengan ceramah kau yang disukai ramai.....

Kerana belum tentu engkau yang lebih dicintai Allah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasulullah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka!

Buat engkau, engkau, dan engkau yang sedang merasa peritnya mujahadah, terus cekalkan hati! Allah sedang melihat usaha kau!

Yakinlah dengan sepenuh keyakinan, 1 hari nanti Allah akan bawa engkau keluar dari jalan gelap kau.

Menuju cahaya dari syurga!

Sumber :-








Read More

Rahsia Di Sebalik Al-Fatihah

Friday, May 27, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Salam Jumaat buat korang... Kembali bekerja setelah semalam seharian berseminar.. huhu.. Kalau dah hari ni hari Jumaat makanya, buat kaum Adam jangan lupa ye untuk menunaikan Solat Jumaat hari ni.. hehe.. Sebelum aku share tentang Rahsia Di sebalik Surah Al-Fatihah, meh aku share dulu sunnah-sunnah yang dianjurkan pada hari Jumaat untuk rujukan kita semua... 



Boleh la lepas ni kita praktikkan sunnah-sunnah seperti diatas dan menjauhkan diri dari membuat kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan pada hari Jumaat...

Okeh, jom aku share lak Rahsia Di Sebalik Surah Al-Fatihah... Mungkin ada yang dah tahu tentang rahsia-rahsia ni dan mungkin juga yang masih belum tahu kan..  Jom belek-belek, selidik-selidik.. 


RAHSIA AL-FATIHAH
1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.

Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baraqah yg berterusan hingga ke jannah.


Read More