healthy
Showing posts with label healthy. Show all posts

Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Monday, April 9, 2018

9 comments
Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat | Kalau difikirkan tentang umur sekarang ni yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, jadi risau jugak.. Mana tak risau, pemakanan pun tak jaga.. Main makan aje apa saja.. Belum sampai masa, dah sakit sana sakit sini, lenguh sana lenguh sini.. Bila dah mula rasa semua tu, barulah timbul kesedaran untuk jaga diet pemakanan.. Kalau tak, memang tak insaf lagi.. Haha!! Nak dijadikan cerita, baru-baru ini LA diperkenalkan dengan satu produk minuman kesihatan berkhasiat dari jenama Genlife.. Jadi sekarang ni, LA tengah amalkan Multi Grains With Black Fungus untuk gaya hidup yang lebih sihat..

Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Bersesuaian dengan jenamanya Genlife yang membawa maksud 'Generation of Healthy Lifestyles' minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang mula sedar dan mahu mengubah gaya hidup dan diet yang sihat.. Macam LA la sekarang.. Bila dah timbul kesedaran, barulah nak ambil tahu tentang diet dan pemakanan yang sihat.. Jadi, sebab itulah LA memilih untuk mengamalkan Multi Grains with Black Fungus ni kerana ianya memberi banyak manfaat kepada kesihatan LA disamping mengamalkan juga senaman dan memastikan air masak diminum dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari...

Nahhhh itu dia rutin harian LA sekarang ni.. Minum Multi Grains With Black Fungus, Senaman dan Minum air putih secukupnya.. Nak sihat punya pasalkan.. Kenalah berubah dan berusaha.. Oh, ya dengan mengamalkan Multi Grains With Black Fungus ni, LA juga boleh kekalkan berat badan sebab minuman ini boleh mengenyangkan.. Biasa LA akan ambil sebelum sarapan pagi dan rasa kenyang tu agak lama.. Jadi, LA dah tak perlu kudapan sampingan lagi selepas makan.. Seronok wehh!! Ok, mesti korang dah tak sabar nak tahu tentang Multi Grains With Black Fungus ni kan? Jom LA story kat korang..

Multi Grains With Black Fungus Minuman Yang Berkhasiat


Multi Grains With Black Fungus adalah minuman yang sangat berkhasiat yang diperbuat daripada 23 jenis bahan semulajadi. Dalam pek nutrisi ini mengandungi bijirin, kekacang dan bahan utamanya Black Fungus atau dalam bahasa melayunya adalah Kulat Hitam.. Black Fungus ni bagus tau.. Ia adalah sumber Vitamin B1, B2 dan D, protien, lemak, polysaccharides dan zat besi.. Minuman yang berkhasiat dan enak ini sangat sesuai untuk seisi keluarga termasuklah mereka-mereka yang prihatin tentang kesihatan seperti LA.. Haha!!

Bahan-Bahan Utama Multi Grains With Black Fungus

Sepertimana yang LA dah nyatakan diawal tadi, Multi Grains With Black Fungus ni dihasilkan dari 23 bahan semulajadi dan 6 daripadanya adalah bahan yang paling utama iaitu :-


1.  Black Fungus (Kulat Hitam)
  • Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah


2.  Beras Perang
  • Kaya dengan Protien, Vitamin B1, Kalsium, Magnesium, Serat dan kalium


3.  Kacang Soya
  • Sumber untuk Protein, Vitamin B dan Mineral


4.  Buckwheat (Gandum Kuda)
  • Kaya dengan Protien, Serat, Vitamin dan Mineral
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan menurunkan kolestrol dan tekanan darah
  • Membantu mencegah diabetes


5.  Barli
  • Mengurangkan kolestrol
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu dalam penurunan berat badan


6.  Kacang Hitam
  • Kaya dengan Serat, Kalium, Folat, Vitamin B6 dan Phytonutrient.. Kandungan ini baik untuk kesihatan jantung
  • Mengurangkan kolestrol.

Selain 6 bahan utama di atas, Multi Grains With Black Fungus ini juga mengandungi bahan lain seperti Black Sesame, Red Bean, Green Bean, Rice Bean, Flower Bean, Green Pea, Corn, Pine Nut, Gingko, Walnut, Lotus Seed, Creeping Lily Turf, Chinese Yam, Gorgon Fruit, Tuckahoe, Medlar dan Chinese Wolfberry.


Apa Itu Black Fungus (Kulat Hitam)

Mungkin ada diantara korang yang tak familiar dengan Black Fungus ni kan.. Atau ada yang tak pernah tengok dan tak tahu langsung akan kewujudannya.. Macam LA sendiri, mula kenal dengan Black Fungus ni masa LA makan Yong Tau Foo... Mula tu macam geli nak makan sebab rupa dia agak pelik.. Bila sekali rasa, perghh memang sedap..


Black Fungus atau Kulat Hitam ini dikenali juga sebagai wood ear, cloud ear atau tree ear.. LA pun ada nama sendiri untuk Black Fungus ni tau.. Haha!! Tapi biarlah LA guna sendiri nama tu..  Black Fungus ni adalah sejenis kulat yang berwarna coklat gelap hingga hitam dan sering digunakan dalam masakan Asia terutamannya masakan cina.. Seperti yang LA katakan tadi, ia mungkin kelihatan menakutkan tetapi jangan tak tahu ye, ia telah dilabel sebagai makanan perubatan selama beribu-ribu tahun disebabkan kandungan nutrien yang ada padanya seperti Zat Besi, Protien, Lemak, Vitamin, Polysaccharides dan Mineral..

Black Fungus ini juga bermanfaat untuk darah kerana ia dapat menyuburkan, mengaktifkan dan sekaligus dapat membersihkan darah. Ia selalunya digunakan dalam ubat herba cina untuk meningkatkan daya tahan darah dan meningkatkan peredaran darah.. Oleh itu, ia dapat mengurangkan kolestrol tinggi dalam darah.. Bukan itu sahaja tau, Polysaccharides yang ada dalam Black Fungus juga mampu mencegah pembekuan darah dan trombosis.. Penggambilan yang berterusan boleh membantu mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung koronari..

Satu lagi kebaikan Black Fungus ini ialah ia kaya dengan Zat Besi.. Jika korang makan secara teratur ia dapat memekatkan darah dan mencegah anemia disebabkan kekurangan Zat Besi.. Barulah LA tahu yang Black Fungus ni tinggi kandungan Zat Besinya.. Masa mengandung dulu, LA memang mengalami anemia, HB rendah.. Kalau tahu time mengandung ritu, memang LA pergi cari Black Fungus ni untuk naikkan HB LA.. hehe.. Kalau korang nak tahu, Black Fungus ini juga mempunyai serat pemakanan yang tinggi dan ia boleh menyerap toksin dalam sistem pencernaan kita dan boleh membersihkannya melalui perkumuhan..

Manfaat Multi Grains With Black Fungus


  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Membantu mencegah diabetes
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membuang toksin dalam sistem pencernaan melalui perkumuhan.

Banyak manfaatnya kan Multi Grains ni untuk kesihatan kita.. Sebab itulah LA yakin untuk consume minuman berkhasiat ni.. Sekurang-kurangnya ada minuman sampingan yang boleh membantu LA dalam menjaga kesihatan..

Multi Grains With Black Fungus Selamat Diminum

Bab selamat tak selamat ni perlu dititikberat dalam pemilihan produk.. Tak kiralah sama ada produk makan, minum atau pakai.. Untuk minuman Multi Grains With Black Fungus ni, ia memang selamat diminum dan diamalkan kerana minuman ini tanpa kolestrol, tiada trans lemak,, tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan tiada krimer.. Bukan itu saja ye, minuman berkhasiat ini juga telah mendapat status HALAL dari JAKIM.. Alhamdulillah.. Jadi, dah tak perlu nak risau dan was-was untuk consume produk ini..



Cara Pengambilan


Cara bancuh :-
  • Letakkan 1 paket ke dalam cawan
  • Tambah 200ml air suam
  • Kacau dan sedia untuk dinikmati

Multi Grains With Black Fungus ni boleh diminum untuk sarapan pagi mahupun tea break dan boleh diambil oleh seisi keluarga... LA biasa ambil semasa sarapan supaya perut kenyang sampai tengahari.. Kalau tidak sebelum ni, dah breakfast tetapi masih jugak lapar.. Lepas consume Multi Grains ni, waktu makan pun terjaga dengan baik..

Ok, secara jujurnya LA tak gemar sangat akan rasa minuman ini kerana ada sedikit rasa beras.. Yela kan, kandungannya pun ada beras perang, mestilah ada rasa beras tu sedikit sebanyak.. Jadi, untuk menyedapkan rasanya supaya LA boleh telan dengan aman, LA blend dengan buah-buahan.. Selain itu, minuman ini juga boleh dicampurkan dengan oat, nestum dan lain-lain mengikut citarasa sendiri.. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak consume Multi Grains With Black Fungus ni kan.. Hehe..

Bagaimana Untuk Mendapatkan Multi Grains With Black Fungus ini?


Orite, kalau korang berminat untuk dapatkan Multi Grains With Black Fungus ni, korang boleh beli secara online di :-

Genlife Online Store

Lazada

11Street

Shopee

Ataupun korang juga boleh dapatkannya di farmasi-farmasi terpilih (dikawasan Lembah Klang/Seremban) seperti :-
  • Multicare Health Pharmacy
  • Mediconstant Pharmacy
  • Alpha Pharmacy
  • Alpro Pharmacy
  • BE Pharmacy
  • Health Lane Pharmacy
  • MPlus Pharmacy
  • Hai-O

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya!!

Untuk menghargai semua pembaca Blog Lea Azleeya ini, LA nak bagi korang diskaun 20% untuk setiap pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store - www.genlife.my dengan menggunakan kod diskaun seperti dibawah ini :-

LEA20M

Sah sehingga : 1 April - 1 Oktober 2018

Terma & Syarat :-
  • Tidak sah dengan mana-mana promosi Genlife yang berlanjutan atau item diskaun
  • Kod diskaun hanya terpakai untuk pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store Sahaja..

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Email
enquiry@genlife.my 

No Telefon
 603-56123303


Read More

Masalah Resdung? Amalkan Tablet Resdung Tok Melah Dijamin Berkesan

Wednesday, March 21, 2018

8 comments
Masalah Resdung? Amalkan Tablet Resdung Tok Melah, Dijamin Berkesan! |  "Asal bangun pagi aje mesti bersin.. Lepas tu gatal-gatal hidung...". Antara keluhan yang sering kita dengar bila seseorang mengalami resdung.. Aku sendiri pun, kadang-kadang lalui situasi tersebut.. Walaupun kadang-kadang mengalaminya, tetapi sekali resdung menyerang macam nak tercabut hidung ni aku garu.. Haha.. Alhamdulillah, selepas aku diperkenalkan dengan satu produk resdung ni, dah terlalu jarang aku gatal-gatal hidung.. Nak tahu produk apa aku amalkan? Aku amalkan Tablet Resdung Tok Melah, dijamin berkesan uolls!!


Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyumbang kepada penyakit resdung ni.. Contohnya, faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.. Jadi, korang kena peka dengan keadaan kesihatan diri korang sendiri.. Lebih-lebih lagi tentang tanda-tanda resdung supaya korang boleh kenalpastinya lebih awal.. Apakah tanda-tandanya? Ok, kat sini aku kongsikan 12 tanda-tanda resdung yang selalunya korang abaikan.. Please alert ok!!

12 Tanda-Tanda Resdung


Kalau korang nak tahu, resdung ni bukan sahaja berlaku dikalangan orang dewasa malahan kanak-kanak juga berisiko... Jadi, korang kena ambil tahu tanda-tanda resdung ni supaya korang boleh rawat dari awal.. Macam aku sendiri, memang tahu aku ada resdung, jadi aku cuba cari alternatif yang boleh membantu mengurangkan dan sekaligus merawat resdung yang aku alami ni.. Untuk rawatan kali ini, aku memilih untuk mencuba Tablet Resdung Tok Melah (TRTM) ni.. Ternyata, ianya serasi dengan aku.. Korang mesti tak sabar nak tahu tentang tablet ajaib ni kan? Jadi, stay dan baca sampai habis ye..

Tablet Resdung Tok Melah Cara Paling Mudah Rawat Gejala Resdung

tablet resdung tok melah, sabun resdung tok melah, penawar resdung, penawar resdung viral, kemam-kemam rasberi, ubat resdung, cara paling mudah rawat gejala resdung, cara rawat resdung berkesan, Masalah Resdung? Amalkan Tablet Resdung Tok Melah, Dijamin Berkesan

Tablet Resdung Tok Melah ini adalah produk resdung istimewa yang diformulasi khas dalam bentuk tablet supaya mesra kanak-kanak.. Tablet resdung ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti Habatussauda/Jintan Hitam, Serbuk Jus Epal, Kulit Kayu Manis, Serbuk Jus Delima, Serbuk Jus Kurma, Serbuk Jus Rasberry, Serbuk Jus Limau dan Vitamin C.. Produk ini telah terbukti berkesan seawal 3 hari dan boleh diamalkan oleh kanak-kanak seawal usia 6 tahun sehinggalah orang dewasa..

Kanak-kanak pun boleh amalkan tau.. Kalau korang nak tahu, yang best lagi tentang produk ni, rasa tabletnya sangatlah sedap seolah-olah macam tengah makan gula-gula.. Rasa rasberry yang masam manis.. Aku suka sangat rasanya.. Kalau boleh sekali makan, nak kemam berbijik-bijik aje.. Haha!! Gile sedap wehh... Aku kategorikan Tablet Resdung Tok Melah ni adalah produk yang mudah amal sebab rasanya tak pahit seperti ubat-ubat yang lain sebaliknya rasa masam manis buah.. Sebab itulah produk ini dikatakan produk mesra kanak-kanak.. Gerenti kanak-kanak akan menyukainya..

10 Sebab Kenapa Anda Perlukan Tablet Resdung Tok Melah (TRTM)


Setiap produk pasti ada keistimewaan dan kebaikannya.. Begitulah juga dengan Tablet Resdung Tok Melah ni.. Banyak kebaikan yang korang akan perolehi dari mengamalkan tablet ini.. Bagi korang yang mengalami masalah resdung, bolehlah cuba produk ini.. Kenapa korang perlu cuba? Disini, aku berikan 11 sebab kenapa korang perlukan Tablet Resdung Tok Melah (TRTM) ni.. Jom check!!
  • Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata, tekak dan badan
  • Menghentikan kekerapan bersin
  • Melegakan hidung tersumbat
  • Meningkatkan prestasi imunisasi badan dan sistem pernafasan
  • Melegakan selesema
  • Mencegah serangan asma (Lelah)
  • Mengurangkan kolestrol dan anti toksid
  • Membantu merawat masalah kelemumur berkerak
  • Merawat jerawat di wajah dan badan akibat resdung
  • Merawat masalah kahak dan nafas berbau
  • Anti radang

Cara Pengambilan


Cara pengambilannya sangat mudah.. Korang hanya perlu kemam seperti gula-gula sahaja.. Mudah kan? Bukan setakat mudah sahaja tetapi sedap rasanya.. Hehe.. Ok, sukatan pengambilan pula adalah seperti berikut :-
  • Makan bila perlu sahaja 
  • Dewasa : 1 - 2 tablet sebelum makan
  • Kanak-kanak (6 tahun dan keatas) : 1 tablet sebelum makan

Apa Kata Aku Tentang Tablet Resdung Tok Melah?


Orite, ni pendapat aku sendiri selepas aku amalkan tablet ini selama sebulan.. Selain rasanya yang sedap, tablet ini telah berjaya mengurangkan kadar kegatalan hidung aku.. Tak payah dah aku nak garu hidung aku sampai tahap nak tercabut hidung.. Haha!! Selain tu, aku perasan juga yang aku dah jarang mengalami hidung tersumbat.. Kalau tak, dulu bila bangun pagi aje mesti hidung tersumbat.. Bukan pagi aje, malam time nak tidur pun kerap sangat hidung tersumbat.. Lepas amalkan tablet ajaib ni, hidung tersumbat dah jarang aku alami.. Alhamdulillah..

Mungkin kesan bagi setiap individu adalah berbeza-beza.. Apa yang penting korang kena cuba terlebih dahulu barulah korang tahu kesannya pada korang kerana tahap resdung setiap orang tak sama.. Ada yang mengalami satu atau dua sahaja tanda-tandanya dan mungkin juga ada yang mengalami hampir semua tanda-tanda resdung.. Jadi, kita perlulah berusaha untuk merawatnya.. Betul tak? Paling utama, korang perlulah konsisten dalam pengambilan Tablet Resdung Tok Melah ni.. Barulah kesannya ohsem!! Kalau korang sekadar angat-angat tahi ayam, kejap makan kejap tak, tak yah nak haraplah resdung korang tu boleh baik ye.. Hehe..

Testimoni Pengguna Tablet Resdung Tok Melah

Bukan aku sahaja yang telah mencuba Tablet Resdung Tok Melah ni, malah ramai yang telah mencubanya dan memberi feedback yang positif.. Jom kita lihat apa kata mereka..







Kesan Berganda Dengan Sabun Resdung Tok Melah


Ok, untuk mendapatkan kesan yang lebih mabeles, aku syorkan pada korang supaya gunakan sekali Sabun Resdung Tok Melah (SRTM) ni.. Aku suka sabun ni sebab, setiap kali selepas cuci muka, kulit akan rasa sangat selesa dan tak kering.. Biasanya kalau aku pakai pencuci muka yang jenis sabun, mesti kering kulit muka aku.. Tapi dengan Sabun Resdung Tok Melah ni, kulit muka aku lembap dan rasa halus sangat lepas pakai.. Memang best!!

Sabun Resdung Tok Melah ini dirumus khas dari bahan semulajadi seperti Kulit Kayu manis, Essential Oil Cengkih dan Ekstrak Kunyit.. Sabun ini boleh digunakan oleh mereka seawal usia 12 tahun.. Oh ya, ibu hamil pun boleh menggunakannya tau kerana sabun ni tidak mengandungi bahan kimia..

Kebaikan Sabun Resdung Tok Melah (SRTM)

  • Dapat mengurangkan masalah kegatalan di muka, hidung dan mata
  • Mencerah dan melembapkan kulit wajah
  • Menghalus dan menganjalkan kulit wajah
  • Mengecutkan jerawat
  • Mengembalikan kulit ke tona asal
  • Mengurangkan cela pada wajah
  • Mencegah kedutan dan kulit kusam

Jadi, untuk dapatkan kesan yang berganda, korang boleh amalkan kedua-dua produk ini iaitu Tablet Resdung Tok Melah (TRTM) dan Sabun Resdung Tok Melah (SRTM).. Barulah dapat rawat resdung korang dengan lebih berkesan dan cepat.. 

Dapatkan Tablet Resdung Tok Melah Dan Sabun Resdung Tok Melah Sekarang Untuk Rawat Resdung Dengan Berkesan


Dengan mengamalkan Tablet Resdung Tok Melah ini dengan konsisten, resdung korang boleh dirawat dengan berkesan disamping penggunaan Sabun Resdung Tok Melah yang teratur.. Aku sudah, korang bila lagi? Jom rawat resdung sebelum terlambat.. Dapatkan Tablet Resdung Tok Melah dan Sabun Resdung Tok Melah sekarang untuk rawat resdung dengan berkesan.. 

Harga

Tablet Resdung Tok Melah (TRTM)
RM 49.00 (SM)
RM 59.00 (SS)

Sabun Resdung Tok Melah (SRTM)
RM 15.90 (20g)

Berita baik untuk 2000 orang terawal.. Setiap pembelian Tablet Resdung Tok Melah, korang yang terawal akan diberikan PERCUMA Sabun Resdung Tok Melah yang bernilai RM 15.90.. Jadi, dapatkan segera dari stokis dan agen mereka yang sah..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Facebook Page

Instagram
#PenawarResdungViral #KemanKemanRasberi

No. Telefon
013-4942566 (HQ)

Read More

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit

Monday, February 19, 2018

8 comments
Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit  |  Korang pernah tak terkena penyakit panau..? Bercerita pasal panau ni teringat pulak zaman sekolah dulu.. Aku pernah terkena panau kat muka.. Perghh masa tu tak yah cakaplah rasa malu tu sangatlah menebal.. Hehe.. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh ada panau dekat muka.. Tapi orang cakap, kalau time berpeluh kita mandi memang mendapatlah panau.. Haha!! Dengan gigihnya aku waktu tu mencari ubat dan cara untuk hilangkan panau.. Bukan senang tau nak hilangkan panau ni.. Memakan masa jugak.. Tapi time tu, aku hanya mampu menggunakan cara tradisional saja untuk hilangkan panau.. Huhu..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit, glow gelenggang, cara hilangkan gatal-gatal kulit, cara rawat penyakit kulit, cara hilangkan panau, cara rawat ekzema, daun gelenggang

Sekarang dah tak payah susah-susah dah macam dulu-dulu sebab banyak pilihan ubat yang ada dijual di pasaran untuk hilangkan penyakit panau.. Salah satunya Glow Gelenggang berkesan hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit termasuklah panau.. Hari tu anak aku Aqiff terkena Kurap Susu dekat dahi dia.. Mula-mula tu aku ingatkan panau.. Siap beli ubat panau lagi dekat farmasi.. Tapi tak jugak hilang.. Bila dirisik-risik dengan orang tua, rupanya kurap susu sebabnya bila susu terkena bahagian dahi, aku tak terus kesat sebaliknya dibiarkan kering camtu jerk.. Maka terjadilah kurap susu.. 

Nampak tak dekat dahi Aqiff ada putih-putih.. Tulah kurap susu.. 

Rimas jugaklah aku tengok kurap susu tu dok melepak dekat dahi anak aku ni.. Macam-macam cara juga mula tu aku cuba.. Ada yang syorkan letak ubat gigi.. Aku pun dah lakukan.. Tapi keadaannya tetap sama.. Ada yang cakap, biarkan aje, lama-lama akan hilang sendiri... Aku pulak yang tak boleh nak tengok dahi anak aku ada tompok-tompok putih macam tu.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan produk Glow Gelenggang yang diformulasikan dari 100% bahan semulajadi ni.. Alhamdulillah berkesan hilangkan kurap susu pada dahi anak aku tu.. Produk ni memang bagus tau.. Meh aku story sikit tentang produk ni..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Glow Gelenggang merupakan produk herba organik yang dapat membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, ekzema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap..Produk ini diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi.. Ianya BEBAS BAHAN KIMIA dan BEBAS STEROID.. Jadi, korang tak perlu risau akan keselamatannya kerana ianya terbukti selamat digunakan dan sesuai juga untuk kulit yang sensitif.. Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba.

Daun Gelenggang

Sesuai dengan namanya Glow Gelenggang, produk ini diperbuat dari daun gelenggang (cassia alata) yang berfungsi sebagai agen anti-bakteria yang powerful untuk menghilangkan gatal-gatal dan merawat penyakit kulit.. Kalau korang nak tahu, Daun Gelenggang ni sangat dikenali sebagai agen anti-kulat yang sangat tinggi.. Ia sebenarnya telah digunakan berabad-abad lamanya oleh nenek moyang kita, masyarakat Arab dan orang eropah untuk mengatasi masalah kulit..

Tahukah Anda?
Petua orang dulu-dulu, mereka akan menumbuk Daun Gelenggang ni sampai lumat dan dicampur bersama sedikit belerang atau minyak tanah.. Kemudian, campuran tersebut ditampal pada anggota badan untuk mengubati panau, kurap atau kudis buta..

Sekarang dah moden.. Korang dah tak perlu nak cari dan tumbuk bagai Daun Gelenggang ni.. Hanya perlu dapatkan set Glow Gelenggang ni aje dah boleh rawat penyakit kulit yang korang alami.. Senang kan? Formula terkini Glow Gelenggang ni berasaskan 6 ramuan istimewa untuk 'mengghaibkan' gatal-gatal kulit dengan mudah.. Tidak seperti kebanyakan produk lain dipasaran yang tinggi bahan kimia yang boleh memudaratkan, Glow Gelenggang adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih.. Jadi, dengan adanya Glow Gelenggang ni, korang dah tak payah nak menggaru lagi.. Hehe..

Bahan-Bahan Premium Terbaik Dalam Glow Gelenggang

  • Daun Gelenggang (Cassia Alata)  - Untuk kurangkan gatal-gatal dan masalah kulit
  • Habbatus Sauda (Black Seed Oil) - Untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran
  • Minyak Argan (Argan Oil) - Menjadikan kulit halus dan licin.. Mudah menyerap ke dalam kulit
  • Minyak Zaitun (Olive Oil) - Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit
  • Susu Kambing (Goat Milk) - Untuk mencerah, melembut, melembap, mencegah kulit kasar, kering dan kusam
  • Crystal Menthol - Untuk menyejukkan kulit. Tidak panas.



Glow Gelenggang Penawar Hilangkan Gatal-Gatal Kulit

Sebenarnya kalau korang nak tahu, Glow Gelenggang ni berkesan hilangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh :-
  • Gatal-gatal kulit
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Kurap
  • Panau
  • Kayap
  • Bedang
  • Bisul
  • Kudis Buta
  • Kurap Susu Bayi
  • Resdung
  • Kutu Air

Siapa Yang Boleh Guna Glow Gelenggang?

Oleh kerana Glow Gelenggang ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia, jadi ianya selamat digunakan oleh :-
  • Lelaki mahupun wanita
  • Kanak-Kanak
  • Orang dewasa
  • Orang tua
  • Wanita Hamil
Istimewanya Set Glow Gelenggang


Keistimewaan Set Glow Gelenggang ni yang perlu korang tahu adalah ianya tidak pedihkan kulit, tidak panas, tidak berbau busuk, tidak berbau ubat dan tidak keringkan kulit.. Serius, memang produk ni tak berbau busuk sebaliknya bau wangi.. Aku suka baunya.. 

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba. Sabun Herba bersaiz 50gm manakala Minyak Herba pula bersaiz 30ml.. 

Untuk penggunaan sabun herba, korang boleh gunakannya pada muka dan badan.. Tak perlu was-was.. Kalau nak jimat, korang boleh potong kecil-kecil.. Aku sendiri pun potong kecil-kecil supaya tak membazir.. Apa yang bestnya sabun ni, ianya tak mudah cair, tak menjadi 'putih' dan tak mudah lembik.. Sabun herba ni bertekstur scrub.. Rasanya nyaman dan sejuk yang mild bila digunakan.. Sangat selesa!!


Bentuk dan warna Sabun Herba Gelenggang

Tekstur scrub Sabun Herba Gelenggang

Minyak Herba Gelenggang didatangkan dalam botol pump yang mudah digunakan

Cara Guna Set Glow Gelenggang

Cara menggunakan set Glow Gelenggang ni sangat mudah dan tak perlu mengambil masa yang lama.. Jom lihat step yang betul cara guna set Glow Gelenggang ini.. 
  • Mula-mula guna Sabun Herba semasa mandi
  • Kemudian, picit dan sapu Minyak Herba selepas mandi sebelum masuk tidur dan bila perlu atau lebih tepat bila korang rasa gatal-gatal..
  • Guna 2 - 3 kali sehari secara konsisten untuk hasil yang lebih optimum
Peringatan untuk semua pengguna set Glow Gelenggang!
Pastikan sabun tidak terendam dalam air dan simpan di tempat yang kering. Manakala Minyak Herba pula simpan pada suhu bilik.. Elakkan simpan di tempat yang panas dan terkena sinaran matahari supaya khasiatnya sentiasa berkekalan.

Testimoni Aku Sendiri

Secara keseluruhan aku sangat berpuashati dengan set Glow Gelenggang ni.. Aku dah gunakan pada anak aku untuk hilangkan kurap susu dan hasilnya sangat bagus.. Kurap susu pada dahi anak aku semakin pudar.. Aku sendiri pun dah cuba untuk hilangkan gatal-gatal dibahagian hidung akibat resdung.. Yesss kesannya sangat best.. Rasa gatal hilang lepas guna set Glow Gelenggang ni.. Memang terbaik..

Walaupun resdung aku ni jarang-jarang muncul tetapi sekali di datang, gatalnya memang tak tertahan.. Sampaikan merah hidung aku garu.. Hehe.. Lepas ada Glow Gelenggang ni, masalah gatal hidung dapat diatasi dengan mudah.. Tak perlu dah nak garu-garu sampai merah hidung.. Hiks.. Paling penting baunya best tak busuk.. Kalau bau busuk, rasanya aku sendiri tak sanggup nak pakai dekat muka aku ni.. Hehe.. Nasib baik bau Glow Gelenggang ni wangi.. Sampai excited nak guna.. Haha!!


Satu lagi yang aku suka tentang Glow Gelenggang ni adalah packaging dia.. Masa mula-mula sampai parcel tu, aku jadi excited sebab bungkusannya superb cute.. Tengoklah gambar kat atas ni.. Betapa kiutnya plastik pembungkus tu.. Hehe.. Dilengkapi sekali dengan beg hijau tu menjadikan set ini eksklusif..

Testimoni Pengguna Glow Gelenggang







Untuk lihat testimoni lain boleh klik SINI



Dapatkan Glow Gelenggang Sekarang Untuk Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Dengan Glow Gelenggang masalah gatal-gatal kulit dapat diatasi dengan mudah.. Jadi, untuk hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit yang korang alami dengan berkesan, dapatkan Set Glow Gelenggang sekarang juga!!

HARGA

SABUN HERBA
1 unit Sabun Herba Organik RM47
2 unit Sabun Herba Organik RM70 (Jimat RM24)
4 unit Sabun Herba Organik RM140 + FREE 1 unit Sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

MINYAK HERBA
1 unit Minyak Herba Organi RM47
2 unit Minyak Herba Organik RM70 (Jimat RM24)

SET GLOW GELENGGANG
1 set RM70 (Jimat RM24)
2 set RM140 + FREE 1 unit sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

**Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dari Glow Gelenggang

CAS POSTAGE
FREE Postage untuk seluruh Malaysia
RM50 untuk luar dari Malaysia

Berita Baik Untuk Anda!!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Glow Gelenggang ni, korang boleh dapatkan sekarang dengan harga yang lebih rendah.. Bagaimana tu? Ok, hari ni aku nak bagi korang semua code diskaun yang boleh korang gunakan semasa membuat pembelian Glow Gelenggang ini..



Jom order sekarang dengan menggunakan CODE DISKAUN : LEA10 untuk mendapatkan potongan sebanyak RM10 bagi setiap pembelian set Glow Gelenggang.. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu buat order Set Glow Gelenggang melalui whatsapp ke nombor 014-544 5951 dan nyatakan sekali kod diskaun tersebut untuk menikmati potongan yang diberikan..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Whatsapp
014-544 5951




Read More

Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat

Sunday, January 28, 2018

11 comments
Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat Nak sangat turunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan pengambilan oat macam kengkawan yang lain, tetapi tekak pulak tak boleh nak terima makanan yang bernama 'OAT'..  Rasanya yang tak sedap dan teskturnya yang melekit-lekit tu memang tak tertelan la dek tekak ni.. Habis macam mana ni?? Mesti ada yang tengah ataupun pernah terperangkap dalam situasi yang macam ni kan.. Jangan bimbang, sebab sekarang ni dah ada oat yang sedap dimakan.. Jadi, lepas ni korang dah boleh capai hasrat untuk turunkan berat badan secara sihat dengan hanya mengamalkan pengambilan Kayliz Granola Oat.. Granola for fitness!!

Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat, oat, granola, kayliz, cara turunkan berat badan berkesan, turunkan berat badan, diet sihat, diet untuk kurus

Kayliz Granola Oat adalah sejenis snack atau kudapan harian yang semakin popular di Malaysia. Malah ia juga telah mendapat tempat dikalangan mereka yang kurang menggemari oat.. Granola Oat ini merupakan produk keluaran syarikat bumiputera iaitu Care Liz Resources yang bertapak di Negeri Sembilan sejak 16 September 2015 lagi.. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang menghasilkan makanan kesihatan yang berasaskan oat... Kayliz merupakan bijirin oat dengan gabungan rasa ubi keledek ungu, chia seed dan juga madu...


4 Bahan Utama Kayliz Granola Oat 

Bahan utama yang terkandung dalam Kayliz Granola Oat ini adalah terdiri daripada bahan-bahan yang berkhasiat yang mampu memberi manfaat kepada tubuh badan kita.. Antara bahan utamanya ialah :-

1. Oat


Oat adalah antara bijirin yang paling sihat dan bebas gluten, mempunyai sumber vitamin penting, serat, mineral dan antioksidan berbanding bijirin yang lain.. Ianya mampu menjaga kesihatan dan juga jantung..


2. Sweet Potato (Ubi Keledek Ungu)


Sweet Potato adalah sumber vitamin yang sangat baik (dalam bentuk beta-carotene). Ia juga merupakan sumber vitamin C, manganese, copper, pantothenic acid dan vitamin B6 yang sangat baik...


3. Chia Seed


Chia Seed adalah bijian organik yang berasal dari tumbuhan Salvia hisvanica yang biasanya hidup di kawasan panas dan bergurun pasir seperti di negara Mexico, Amerika Latin. Sehingga kini, Chia Seed terkenal sebagai makanan bernutrisi tinggi untuk menambahkan energi seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal bebas.

Chia Seed merupakan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protien, serat, antioksida dan kalsium. Satu ouns (kira-kira 2 sudu besar) mengandungi 139 kalori, 4 gram protien, 9 gram lemak, 12 gram karbohidrat dan 11 gram serat serta vitamin dan mineral..


4. Madu 


Sepertimana yang kita ketahui, madu adalah makanan sunnah yang banyak khasiatnya.. Antaranya ialah mampu mengawal kadar gula dalam darah, untuk kulit lebih sihat, mencegah kanser dan masalah jantung, meningkatkan daya ingatan dan sebagainya..

Madu mengandungi tahap antioksida untuk menggalakkan kesihatan yang baik di dalam badan.. Antioksida dapat membantu menghalang radikal bebas dalam badan yang menyebabkan penyakit.. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegah terhadap sebarang penyakit yang boleh melemahkan..

Jom tengok video ni dulu!!

Tentang Kayliz Granola Oat

Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat


Sebenarnya aku sendiri pun bukan seorang penggemar oat.. Tak lalu tekak aku nak telan oat walaupun tahu manfaat oat untuk kesihatan.. Tapi lepas wujudnya Granola ni, aku adalah antara penggemar oat yang tegar.. Haha!! Tapi granola oat la ye, bukan oat yang semata-mata oat yang perlu dibancuh tu... Yang tu tetap tekak aku ni tak boleh nak terima.. Hiks.. 

Sekarang ni aku dalam proses menurunkan berat badan aku... Berat badan makin naik lepas bersalin ni.. Jadi, untuk turunkan berat badan aku ni secara sihat, aku mengambil Kayliz Granola Oat ni.. Bukan sahaja berat badan boleh turun tetapi kesihatan pun terjaga... 

Pada awal diperkenalkan dengan Kayliz Granola Oat ni dulu, aku tak yakin aku boleh tersuka dengannya sebab kat dalam granola ni ada oat.. Jadi, aku buat andaian sendiri yang granola ni pun tak sedap sepertimana oat yang biasa tu... Huhu.. Tetapi bila kawan aku menyakinkan aku yang granola ni super sedap, aku pun try la.. Lepas sahaja cubaan pertama, fuhhh terus aku jatuh cinta.. Berpeket-peket aku repeat order..  Mula-mula dulu buat kudapan harian jerk.. Lepas tahu boleh turunkan berat badan, bertambah-tambah jatuh cinta dekat granola ni.. Haha!!

Manfaat Kayliz Granola Oat



Antara manfaat Kayliz Granola Oat adalah :- 
  • Mampu menurunkan kolestrol dalam badan
  • Mengawal pencernaan 
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan jantung 
  • Meningkatkan tenaga 
  • Mencegah anemia  
  • Menggalakkan fungsi organ dalam badan berjalan sempurna
  • Menstabilkan tekanan darah  
  • Meningkatkan aktiviti kognitif  
  • Meningkatkan kualiti kulit  
  • Membina tulang yang kuat  
  • Mengelakkan kencing manis  
  • Merangsang pertumbuhan tisu baru  
  • Mencegah kanser


Itu dia 14 manfaat yang dapat kita perolehi daripada pengambilan Kayliz Granola Oat ni.. Bukan saja boleh turunkan berat badan, malah banyak lagi manfaat yang lain kita perolehi dengannya.. Ianya tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan, tiada gula tambahan dan kurang gula... Kalau korang nak tahu, granola ni sangatlah sedap rasanya.. Boleh dimakan dalam pelbagai cara.. Ikut selera masing-masing... Makan macam tu saja pun sedap tau..

Cara Makan Kayliz Granola Oat


Korang juga boleh makan bersama susu segar, yougurt, campuran buah-buahan ataupun boleh dibuat kudapan dimakan begitu sahaja.. Macam aku sendiri lebih suka makan macam tu aje buat snack tanpa campur bahan-bahan lain.. Rasanya sedap dan sangat rangup... Makan dengan susu segar pun best tapi pilihan aku lebih kepada makan terus tanpa campuran.. Hehe.. 

Granola + Susu Segar

Tekstur Granola masih lagi rangup meskipun terendam dalam susu segar

Kayliz Granola Oat ni sangat sesuai untuk meraka yang menjalani gaya hidup yang sibuk terutamanya wanita yang bekerjaya, student dan atlet. Kalau korang adalah seorang terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk menguruskan jadual makan, korang boleh jadikan granola ni sebagai makanan segera korang.. Ia mudah disediakan dan boleh dimakan begitu sahaja.. Disamping itu juga, dapat menjaga kesihatan dan memberi tenaga kepada korang... Granola ini juga bagus untuk sistem pencernaan tau sebab ia kaya dengan serat.. Sistem pencernaan bagus, berat badan pun dapat turun dengan baik.. Hehe..

Kayliz Granola Oat Rasanya Terlebih Sedap!!



Overall, aku suka rasa Kayliz Granola Oat ni.. Rasanya lain dari yang lain dan tak sama langsung dengan oat yang biasa yang tak sedap tu.. Haha.. Korang yang tak suka makan oat tu patut cuba granola ni.. Aku yakin korang mesti sukakan rasanya.. Disulam pula dengan rasa rangup sweet potato.. Perghh memang terangkat habisss... Sampai tak sedar dah habis 1 peket.. Hehe..

Kebiasaannya aku akan ambil granola ni semasa sarapan pagi dengan susu segar... Waktu malam pula aku akan buat kudapan sambil tengok tv.. Time tu, kami 3 beranak akan berebut-rebut makan sebab sedap sangat... Haha!! Jadi, aku sangat recommend kat korang untuk cuba granola ni.. Serius sedap.. Makan sepeket gerenti tak cukup.. Percayalah!! 

Dapatkan Kayliz Granola Oat Sekarang!!

Dengan Kayliz Granola Oat ni korang bukan saja boleh kurus tetapi boleh menjaga kesihatan korang disamping mengamalkan diet yang sihat.. Jadi, untuk mencuba granola super sedap ini, korang boleh dapatkannya sekarang dengan harga yang sangat berbaloi-baloi...

Harga
RM 17.90

Sekarang tengah berlangsungnya promosi.... Jadi korang boleh dapatkannya dengan harga RM15.90/pack.. Cepat sebelum promosi berakhir...


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Whatsapp
011-10906902 / 019-6255010


Read More