Top Social

Image Slider

Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!

Tuesday, December 03, 2019
6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!  |  Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kerana setiap wanita dalam dunia ini sudah pastinya ingin memiliki kulit yang cantik.. Tanyalah pada mana-mana wanita sekalipun dalam dunia ni, aku yakin semua akan menyatakan ingin memiliki kulit yang cantik, flawless dan glowing sepanjang masa.. Yang dah memang dilahirkan memiliki kulit yang cantik, korang kena bersyukur tau.. Tak perlu nak bersusah payah untuk mencari cara untuk mencantikkan kulit..

Kulit yang cantik adalah kulit yang sihat.. Jadi, korang kena perlu bijak dalam memilih sesuatu produk dengan mengambil tahu terlebih dahulu jenis kulit dan keperluan kulit korang.. Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis produk skincare yang dapat membantu kulit korang menjadi lebih sihat dan cantik.. Di sini aku senaraikan produk skincare terbaik di Malaysia yang berkesan dan selamat digunakan. (Psst.. Skincare ni semua tak sesuai bawa pergi umrah tau. Sebab ada pewangi)

6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia

1.  Nurraysa Collagen Soap



5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat

Sunday, November 24, 2019
Sebut saje pasal serum muka, akulah orang yang paling teruja ingin tahu dan ingin mencuba sendiri serum tersebut.. Serius, aku sangat fanatik terhadap serum muka..

5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat.

Kalau suatu masa dahulu, aku tak rasa serum ni penting untuk muka tetapi sekarang aku dah punyai kesedaran bahawa serum wajah banyak manfaatnye untuk merawat masalah kulit muka..



Rambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner

Saturday, November 23, 2019
Rambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner  |  Haritu ada la aku buat perangai pergi saloon muslimah untuk warna rambut.. Lama dah tak buang tabiat kan.. Haha... Dua tiga hari lepas tu aku perasan rambut aku sedikit kejung dan gugur... Adeh, terus rasa menyesal.. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian takde guna dah beb!!


Untuk selesaikan masalah aku ni, ada la kawan yang suggest aku pakai minyak argan baik untuk rambut katanya.. Isk, mana mahunya aku sapu minyak kat kepala.. Tak selesa woihh.. Jadi, bila dah macam tu ada pulak yang cadangankan aku guna aje syampu dan perapi Zen Garden sebabnya ia mengandungi Minyak Argan.. Haa cadangan ni boleh diterima pakai.. Haha..


Kembalikan Keremajaan Wajah Dalam Masa 3 Hari Dengan Eversoft Skinz Timeless Youth Baru

Tuesday, November 12, 2019
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth BAHARU Mengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari | Wanita Jepun mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Kini anda juga boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.


Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

Friday, November 08, 2019
Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam  |  Bab tona kulit tak sekata ni memang menjadi masalah pada aku sejak dulu.. Bukan senang oh nak dapat kulit cantik sekata kecuali ko dah dilahirkan berkulit cantik dan sekata.. Macam-macam produk dah aku pakai mahupun makan untuk kembalikan tona kulit yang sekata.. Setakat ni, hanya indah khabar dari rupa ceritanya.. Huhu..  Sungguhpun begitu, aku masih tak berputus asa untuk kearah itu.. Tidak kiralah sama ada aku guna skincare terbaik di Malaysia mahupun aku consume supplement terbaik untuk cantik.. 


Kitsui Puraria B-Up Membantu Menganjalkan Payudara Yang Kendur

Friday, October 11, 2019
Kitsui Puraria B-Up Membantu Menganjalkan Payudara Yang Kendur  |  Kemain serius lagi tajuk entry kali ni ye!.. Hehe..  Jangan tak tahu ye, masalah payudara kendur dan leper ini merupakan salah satu masalah terbesar bagi kaum wanita.. Masalah ini juga boleh menyebabkan hilangnya keyakinan diri dan lebih teruk bila perasaan rendah diri mula bercambah.. Selalunya ini terjadi dikalangan ibu-ibu yang telah melahirkan dan menyusukan anak dimana aset mereka tidak lagi secantik dan segah zaman anak dara dulu.. Betul tak? Haaa macam tanya pada diri sendiri jerk tu.. Haha!!

Bukan takat ibu-ibu jerk alami masalah sebegini, tetapi ada juga yang rasa 'down' bila mana aset mereka lebih kecik dan tak seimbang dengan saiz badan serta umur mereka sehinggakan nak cari pakaian dalam pun susah.. Silap-silap terpaksa pakai pakaian dalam budak-budak.. Haaaa siapa yang alami masalah ni, angkat tangan... Hiks.. Tak payah nak sedih sangat ye korang-korang semua, kali ni aku nak share dengan korang satu produk supplement yang boleh menganjal dan menyeimbangkan payudara iaitu Puraria B-Up dari Kitsui 1 jenama terunggul di hati pengguna..


4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Friday, October 11, 2019
4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai | Baru-baru ni aku plan nak beli pencuci muka dekat satu website ni.. Tetiba aku jadi blur sekejap tak tahu nak pilih pencuci muka jenis apa sebabnya aku sendiri konfius dengan jenis kulit aku.. Apa jenis kulit muka aku yang sebenarnya.. Berminyak ke? Kering ke? Kombinasi ke? Haduii kusut jugak sekejap.. Haha!! Takkanlah aku nak pergi ke pusat rawatan kecantikan, semata-mata nak tahu jenis kulit aku kan.. Jadi, jalan penyelesaiannya aku mintak tolonglah encik google.. Dan hasilnya, aku terjumpa artikel ni dari website Hijab & Heels sebagai panduan aku.. Jom pakat kenal pasti jenis kulit wajah sebelum beli pencuci muka yang sesuai..

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Friday, October 11, 2019
6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab  |  Ramai wanita yang beranggapan, bila bertudung dah tak perlu nak menjaga rambut.. Tanggapan ini salah sama sekali ye kerana bila kita memakai tudung bukan hanya kita perlu menjaga tudung itu sahaja tetapi penjagaan yang rapi haruslah bermula dari dalam tudung itu sendiri iaitu rambut kita.. Bila rambut dijaga dengan rapi, barulah masalah rambut tidak timbul seperti rambut gugur, berbau, berkelemumur, berkutu dan sebagainya.. Aku yakin, korang tidak akan selesa memakai tudung sepanjang hari jika rambut korang tidak berada dalam keadaan yang terjaga dengan baik.. Betul tak?


7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Thursday, October 10, 2019
7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik  |  Ramai diantara kita pada hari ini yang nakkan kulit wajah yang cantik.. Tapi tahukan korang kulit cantik itu datangnya dari kulit yang sihat.. Hehe.. Ada juga yang terlalu obses nak cantik sehingga sanggup lakukan apa sahaja termasuklah melakukan pembedahan, suntik sana suntik sini, tak kurang juga yang membuat rawatan kecantikan kulit... Bagi yang berkemampuan tak salah untuk melakukan rawatan di pusat pakar kecantikan.. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan bagaimana pula? Haaa jangan risau, disini aku nak kongsikan dengan korang semua 7 langkah mudah yang boleh korang amalkan bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.


ARWA Minuman Tambahan Yang Sedap No.1 Untuk Kulit Berasaskan Makanan Sunnah

Tuesday, August 27, 2019
ARWA Minuman Tambahan Yang Sedap No.1 Untuk Kulit Berasaskan Makanan Sunnah  |  Assalamualaikum.. Hai korang! Ada bende yang aku nak share dengan korang ni.. Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan satu brand minuman tambahan ni.. Rasa dia memang best sangat.. Sekali minum, eh! rasa nak lagi.. Rasanya kalau ikut hati, habis sekotak sehari.. haha.. Serius sedap.. Nak tau tak minuman apa yang aku minum? Haa minuman itu adalah ARWA, minuman tambahan yang sedap No.1 untuk kulit berasaskan makanan sunnah..



ARWA Minuman Tambahan Yang Sedap No.1 Untuk Kulit Berasaskan Makanan Sunnah

Tidak dinafikan dipasaran sekarang terdapat pelbagai jenis minuman tambahan yang dijual.. Namun begitu aku nak korang tahu ARWA merupakan minuman tambahan yang agak special berbanding yang lain kerana ia adalah minuman yang boleh di minum setiap hari oleh seisi keluarga.. Apa yang menariknya lagi, minuman ini mengetengahkan penggunaan pelbagai jenis makanan sunnah di dalam satu sajian seperti kurma, madu, habbatus sauda, kismis, zaitun, delima dan lain-lain lagi yang benar-benar telah menjadikan minuman ARWA ini lain daripada yang lain. Boleh minum di rumah dengan keluarga.


Kalau korang nak tahu, minuman ARWA ini bukan sahaja sedap malah dapat memberi fungsi tambahan lain yang tidak disangka-sangka.. Sebagai contoh ARWA Coklat Kurma dapat membantu memulihkan pesakit ekzema terutamanya di kalangan kanak-kanak manakala ARWA Susu Kurma Strawberi pula dapat membantu menambahkan susu badan untuk para ibu yang sedang menyusukan anak dan ARWA Coklat Mocha pula dapat melawaskan perut bagi mereka yang menghadapi masalah kurang lawas sekaligus dapat mengempiskan perut yang buncit..

Ok, sepertimana yang aku katakan tadi, minuman ARWA ni didatangkan dalam 3 perisa iaitu :-
  • ARWA Susu Kurma Strawberi
  • ARWA Minuman Coklat Kurma
  • ARWA Minuman Coklat Mocha
ARWA Susu Kurma Strawberi

ARWA Minuman Coklat Kurma

ARWA Minuman Coklat Mocha

Aku suka ketiga-tiga perisa ARWA ni.. Setiap perisa memberi rasa istimewa yang tersendiri.. Selalunya aku hanya layan minuman bercoklat sahaja.. Tapi untuk ARWA, perisa strawberinya pun aku layan sebabnya sedap sangat rasa dia.. Sweet-sweet gitu!!


ARWA Berasaskan Makanan Sunnah

Sebut sahaja makanan sunnah, kita dah dapat bayangkan betapa berkhasiatnya setiap makanan sunnah itu.. Bila digunakan di dalam minuman tambahan, sudah pastinya minuman tersebut memberi banyak manfaat kepada kita kan.. Jadi, ARWA sememangnya minuman tambahan yang kaya dengan makanan sunnah.. Jom kita lihat khasiat bagi setiap makanan sunnah yang terkandung di dalam minuman ARWA ini..


Kurma
  • Menguatkan memori
  • Membekalkan tenaga dengan segera
Madu
  • Melembapkan kulit
  • Menyembuhkan luka
Kismis
  • Mencerdaskan minda
  • Membaiki tona wajah dan keanjalan kulit
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
Delima
  • Baik untuk kesihatan usus
  • Mampu melindungi dan memperbaiki sel kulit mati dari dalam
  • Mengatasi kulit bermasalah dan mengatasi kulit kering
Buah Zaitun
  • Merawat kerosakan rambut
  • Mencegah kulit daripada penuaan
  • Mengatasi masalah kulit jerawat dan parut
Habbatus Sauda
  • Meningkatkan stamina
  • Menambahkan susu badan
  • Merawat ekzema dan asma
Za'faran
  • Menguatkan daya ingatan
  • Menghindarkan batuk dan selsema
  • Merawat kulit bermasalah secara lembut dan semulajadi
Al Manna
  • Mampu merendahkan tahap kolestrol
  • Amat sesuai untuk pembesaran kanak-kanak
  • Meredakan ketidakselesaan perut dan tekak

Kebaikan Minuman Tambahan Arwa

Bila dapat tahu dalam minuman ARWA ni terkandung pelbagai jenis makanan sunnah, aku memang terus aje decide untuk cuba.. Alhamdulillah memang tak mengecewakan bilamana rasanya sangat sedap.. Tambahan lagi minuman ini sememangnya berkhasiat dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan terutama kulit.. ARWA ni minuman no.1 untuk kulit tau.. Haaa jangan tak tahu.! Jom lihat kebaikan yang ada pada setiap minuman ARWA ini..


1. ARWA Susu Kurma Strawberi

ARWA Strawberi ini merupakan susu kambing berperisa strawberi. Ia mengandungi vitamin C dan 8 makanan sunnah seperti delima, madu, habbatus sauda, kismis, buah zaitun, al manna dan za'faran. Antara kebaikan yang ada pada minuman berperisa strawberi ini antaranya :-
  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Membatu meningkatkan sistem imun badan
  • Anti-Penuaan
  • Imunisasi badan
  • Memberi tenaga
  • Menaikkan hemoglobin (Hb)
  • Membantu masalah penghadaman antioksidan


2. ARWA Minuman Coklat Kurma

ARWA Coklat Kurma ini pula merupakan keluaran terbaru daripada Imanni Skinz, sebuah syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan. ARWA Minuman Coklat Kurma tanpa gula putih dan maltodekstrin ini bukan saja sedap malah boleh membantu memberikan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.. Apa specialnya dengan minuman coklat kurma ini adalah ia boleh diminum oleh kanak-kanak.

Kalau korang nak tahu, ARWA Coklat ini bukanlah susu coklat biasa-biasa tetapi ianya minuman coklat yang di ekstrak dari buah koko dan di tambah dengan 8 jenis makanan sunnah seperti delima, madu, habbatus sauda, kismis, buah zaitun, al manna dan za'faran. Antara kebaikannya :-
  • Penggalak susu ibu
  • Memberikan tenaga
  • Melegakan sembelit
  • Membantu merawat ekzema dan gatal-gatal
  • Khasiat untuk ibu hamil / menyusu meningkatkan IQ anak
ARWA Coklat Kurma ni special sikit sebabnya ia berkesan sebagai milk booster hingga boleh ke tahap bengkak susu.. Dah ada tau testimoni dari pengguna ARWA ni dimana susu badan mereka tidak drop walaupun berpuasa malahan semakin bertambah.



3. ARWA Minuman Coklat Mocha

Di awal tadi aku dah cite tentang ARWA Coklat Mocha ni kan dimana ia dapat melawaskan perut bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman dan juga perut buncit.. So, kalau rasa ada masalah tersebut bolehlah try coklat mocha ni.. Sedap tau.. Selain mengandungi 8 jenis makanan sunnah, ARWA Coklat Mocha ni juga terkandung bahan aktif Garcinia Cambogia dimana ia terkandung Asid Hidroksi Sitrik (HCA) yang bertindak sebagai bahan yang merencat selera makan dan mengurangkan berat badan serta HCA pula mengurangkan aktiviti penting enzim ATP-Citrate Lyase yang terlibat dalam metabolisme lemak. Antara kebaikannya pula :-
  • Mempercepatkan pengecutan rahim semasa proses berpantang dan menambah susu badan
  • Meningkatkan hormon sorotonin dalam otak untuk mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga
ARWA Coklat Mocha ini tidak sesuai untuk ibu hamil dan kanak-kanak dan ianya hanya sesuai untuk kaum lelaki dan wanita dewasa yang tidak hamil dan tidak menyusu sahaja.. 

Oh ya, untuk ARWA Coklat Kurma dan ARWA Susu Kurma Strawberi pula ia sesuai untuk diminum oleh seisi keluarga beermula dari usia 10 bulan dan ke atas. Untuk kanak-kanak dalam usia yang masih kecil, disarankan hanya diberi 1/2 sachet sahaja.. ARWA Coklat Kurma boleh membantu masalah ekzema dan turut membantu dalam menambahkan susu ibu (milk booster) begitu juga dengan Susu Kurma Strawberi boleh dijadikan sebagai milk booster.

Testimoni Pengguna Minuman ARWA





Minuman Tambahan ARWA Untuk Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Apa maksud ARWA ni ye? Haa kalau korang nak tahu, ARWA ni maksudnya adalah memberi minum sampai puas, segar, terpenuhi dan menyenangkan. Dok bercerita pasal  ARWA dari tadi, last-last baru nak cite tentang maksudnya kan.. Hehe..

Happy gile kan bila dapat minum minuman yang super duper sedap ni dan dalam masa yang sama juga dapat memberikan semua khasiat yang ada untuk tubuh kita.. Serius sedap sangat minuman ARWA ni dan rasanya pun tak terlalu manis.. Ngam-ngam kata orang.. Selain rasanya yang sedap, aku juga tertarik dengan packagingnya terutamanya kotak minuman ini sangatlah menarik perhatian.. Designnya saja dah boleh menambat hati pengguna.. Tu belum rasa lagi.. Kalau dah rasa memang  nak lagi dan lagi..


Didatangkan dalam bentuk sachet yang mudah dibawa kemana-mana sahaja.. Jadi, tak perlu nak bawak botol yang besar atau bekas yang besar semata-mata nak menikmati ARWA ni.. Ambil dua tiga sachet, campak jerk dalam handbag.. Bila-bila masa saja boleh bancuh dan minum.. Kalau korang nak tahu, minuman ini sangat bagus kerana tanpa Maltodekstrin, tanpa gula putih dan rendah kalori. Ia digantikan dengan gula nano yang lebih rendah kalori dan lebih selamat.

Jom rawat masalah ekzema dengan ARWA, insyaallah dengan izin ALLAH.. Setidak-tidaknya anak akan minum dengan rasa sedapnya dan semakin sihat dalam satu masa. Bagi penggemar minuman coklat dan susu macam aku ni, jom pakat cuba produk ARWA yang ohsemnessss ni.. Aku yakin korang akan sukakannya.. Sekali cuba pasti nak lagi! Moh kita pakat sokong produk muslim yang diusahakan oleh anak tempatan ini..

Cara Penyediaan Minuman ARWA


Boleh juga dipelbagaikan sajian dengan lebih menarik.. Ikuti resepi smoothie dibawah..




Harga Minuman ARWA
Harga Asal : RM35
Harga Promosi : RM28

( 1 kotak : 10 sachet x 25gram )


Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Monday, August 26, 2019
Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan | Hola!! Hi guys.. Cuaca sekarang ni tak menentu kan.. Kejap panas terik, kejap hujan.. Kalau time panas tu memang nak kena minum air masak banyak-banyak.. Kalau tak kering habis bibir dan kulit.. Untuk bibir, alhamdulillah sekarang aku dah ada 'teman' sebagai penyelamat bibir kering dan merekah.. Nak tau siapakah teman itu? Hehe.. Now untuk jaga bibir aku supaya sentiasa lembap dan helok, aku guna Legend Age Lipstick.. Bagus tau lipstick ni.. Gincu bibir 4 dalam 1 tau diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat digunakan.. 4 dalam 1 tu yang menarik!!


Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Apa yang 4 dalam 1 tu.. Haa kalau korang nak tahu keistimewaan Legend Age Lipstick ni fungsinya 4 dalam 1 iaitu boleh digunakan sebagai lip balm atau dalam bahasa melayunya pelembap bibir.. hiks.. Selain itu, boleh digunakan juga sebagai natural colour lipstick, hidrating lip mask dan juga sunscreen dengan SPF... Guna satu lipstik aje dapat 4 manfaat.. Bagus kan? Wajib standby kat rumah kita dan juga dalam handbag.


Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermanfaat seperti beeswax, west indian cherry essence, minyak vitamin E dan titanium dioxide.. Yang bestnye lipstik ni dapat merawat bibir kering, pecah, merekah dan kusam.. Walaupun ianya diberi gelaran lipstik, tak semestinya hanya untuk kaum hawa ye.. Ia sesuai untuk wanita dan juga lelaki tak kira peringkat umur dan juga selamat digunakan oleh kanak-kanak serta wanita hamil.

Kelebihan Legend Age Lipstick

Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi artificial and harmful chemicals seperti parafin atau plumbum.. Teksturnya yang berwarna kuning juga diperbuat daripada bahan semulajadi yang menjadikan bibir sihat dan menarik..


Setiap produk yang kita pakai mesti kena tau kandungannya sama ada bahaya atau tidak digunakan.. Macam lipstik jugak, kenalah tau apa kandungannya kan.. Cuma kadang tu, kita ni jenis malas nak amek tahu pun.. Janji cantik jerk, kita onz terus.. Haa kalau korang nak tahu, kaum wanita yang memakai lipstik ni menelan antara 4 hingga 9 paun gincu tau sepanjang hayat.. Jangan tatau ye kaum hawa... Sekiranya lipstik yang kita pakai tu mengandungi bahan kimia, maka yang kite telan itu adalah bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan kita dan sekiranya mengandung, akan membahayakan juga kandungan kita..

Untuk itu, Legend Age Lipstick ini telah diuji dan diyakini selamat digunakan kerana ramuan semulajadinya yang sihat dan bermanfaat sesuai untuk kanak-kanak dan juga wanita hamil.. Lipstik ini juga tidak diuji pada haiwan sama sekali.. Itu yang bagusnya..


Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ini adalah sebagai penyelamat bagi aku mungkin bagi korang jugak kerana ia boleh merawat bibir merekah, kering, gelap, kusam dan pecah.. Madu lebah yang terkandung dalam lipstik ini menghasilkan penghalang yang membantu mengunci kelembapan, meningkatkan penghidratan dan menghasilkan pertumbuhan semula sel kulit.. Manakala ekstrak ceri pula kaya dengan zat besi dan vitamin C yang mudah menyerap ke dalam kulit, meningkatkan warna merah jambu yang sihat pada bibir..

Cara Guna Legend Age Lipstick

Nak guna Legend Age Lipstick ni nak kene betul juga caranya.. Kalau tak betul caranya mau rosak lipstiknya... Jadi, korang kene baca step cara guna kat bawah ni ye..

  • Putar lipstik hanya 1cm sahaja kerana lipstik ni tiada bahan kimia yang digunakan untuk menguatkan tekstur lipstik.. Jadi, ianya sangat lembut seperti lilin.. Jangan putar lebih dari 1cm kerana ia boleh patah atau rosak semasa digunakan..
  • Apply 2-4 layer pada bibir.. Lapisan yang pertama untuk menghidratkan bibir manakala lapisan yang seterusnya untuk memastikan intipati ceri diserap supaya bibir kelihatan merah jambu.. Untuk bibir lebih merah, boleh sapu lebih dari itu.. 
  • Tunggu 2 minit untuk dapatkan kesan.. Untuk mendapatkan warna yang sebenar, kene tunggu kira-kira 2 minit.. Warna akan kelihatan berbeza berdasarkan kepada tahap pH kulit setiap individu.. Sekiranya warna merah menjadi lebih gelap menandakan tubuh seseorang itu berasid manakala merah jambu menunjukkan badan seseorang beralkali..

Best ke Legend Age Lipstick ni?


Kalau korang tanya aku best ke idok Legend Age Lipstik ni, ofkoslah best.. Lipstik 4 dalam 1 tu!! Mana mungkin guna satu lipstik aje dalam 4 manfaat dalam 1 masa.. Pengalaman aku sendiri dengan Legend Age Lipstick ni, pada mulanya aku nak tak nak jugak pakai sebabnya kebiasaan bila aku pakai lipbalm ni, aku akan rasa tak selesa, bibir jadi berminyak yang amat dan rasa tebal jerk bibir.. Memang tak best.. Lastnya aku cuba jugak dan hasilnya aku sangat suka dengan lipbalm ni.. Teksturnya tak berminyak dan sangat selesa bila digunakan.. Paling best bibir jadi lembap jerk..


Sebenarnya memang aku ada masalah bibir kering dan ada kalanya sampai merekah luka.. Ada yang suggest aku guna lip balm tapi aku sendiri tak selesa dengannya.. Sampailah aku diperkenalkan dengan Legend Age Lipstick ni barulah tergerak hati nak cuba.. Yess bila aku cuba aku memang sukakannya.. Bibir aku lebih terjaga dan sentiasa lembap.. Tak de dah bibir kering sebabnya lipstik ni merawat bibir aku dengan baik.. Alhamdulillah.. Lagi pun lipstik ni selamat digunakan.. So, tak de la risau sangat..

Selain itu, aku suka packagingnya.. Casing lipstik ni sangat kemas dan teksturnya pun terjaga dengan baik.. Bila tengok teksturnya, aku sebenarnya tak sangka yang ia memberikan kesan pinkish bila kita apply kat bibir.. Tetapi ikut atas bibir jugak ye.. Cam bibir aku agak gelap, so tak nampak la sangat pinkishnye.. hehe.. Siapa yang bibir cerah tu mesti nampak lebih cantik bila pakai lipstik ni.. Its ok, walaupun bibir gelap aku tetap bersyukur sebab tiada cacat cela pada bibir aku.. Hiks..

Atasi Masalah Bibir Kering Dengan Legend Age Lipstick


Ok, bagi korang yang mempunyai masalah bibir kering, merekah, pecah, kusam ataupun gelap cam bibir aku ni, korang boleh settlekan masalah tersebut dengan Legend Age Lipstick ni.. Nama pun dah Legend, haruslah boleh selesaikan masalah bibir dengan baik.. Bibir akan terawat dengan baik.. Tapi janganlah korang harapkan dengan penggunaan sekali saja bibir korang dah sihat dan cantik.. Agak-agak la wei!! Kenalah konsisten pakai, barulah dapat bibir yang menawan.. hehe.. Tapi kesan melembap tu memang terbaik.. Jangan lupa dapatkan Legend Age Lipstick tau..


HARGA LEGEND AGE LIPSTICK
RM 135.00 MYR
$32.30 USD


Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram



Miniel Skinlab | Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum Review

Wednesday, August 07, 2019
Miniel Skinlab  |  Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum Review  |  Sejak akhir-akhir ini kesihatan aku tak berapa nak mengizinkan dek kerana cuaca yang agak panas sekarang ni.. Kadang nak keluar rumah pun fikir banyak kali.. Aku pulak jenis yang susah nak minum air masak.. Ini menyebabkan kulit aku menjadi kering dan kusam terutamanya kulit muka selalu terdedah kepada sinaran matahari.. Aku juga bekerja dalam bilik berair-cond dan ini menjadikan kulit aku bertambah kering.. Sebab itulah pentingnya untuk kita minum air masak secukupnya setiap hari dan satu lagi pastikan kita memilih skincare yang sesuai untuk memastikan kulit kite sentiasa terhidrasi dengan baik..


Sebut pasal skincare ni, korang nak tau tak produk ape yang aku pakai sekarang ni untuk atasi masalah kulit kering aku ni..? Haaa jom aku share produk yang aku pakai untuk tujuan tersebut.. Ok, selain aku tengah usaha untuk mencukupkan liter air masak aku setiap hari, aku juga telah memilih produk yang terbaik untuk menghidrat kulit aku ni supaya kulit aku sentiasa terlindung, sihat dan terhidrat.. Produk apakah?


Ok, produk yang aku maksudkan adalah koleksi Hydraque dari Miniel Skinlab yang terdiri daripada 2 jenis produk iaitu Hydraque Gel mask dan juga Hydraque Boost Serum.. 

Hydraque Gel Mask dan Hydraque Boost Serum dari Miniel Skinlab


Kalau korang nak tahu, koleksi Hydraque ni adalah produk yang boleh menyelesaikan masalah kulit kering yang dihadapi oleh kebanyakan dari kita.. Kebiasaannya kulit kering ni disebabkan beberapa faktor seperti aircond, sinaran matahari, cuaca, diet seharian kite juga dan lain-lain.. So, menghidrat kulit ni merupakan sebahagian daripada langkah paling penting dalam rutin penjagaan kulit kita.. Sebab itulah aku memilih untuk mencuba produk dari Miniel Skinlab ini kerana ia mempunyai ciri-ciri penghidratan yang bagus sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif..

Hydraque Gel Mask


Hydraque Gel Mask ni ibarat minuman untuk kulit muka aku.. Kenapa aku cakap camtu? Haa sebabnya gel mask ini memberi penghidratan yang maksimum pada kulit aku seperti aku meminum air masak secukupnya setiap hari.. Hah gitu!! 

Ok, Hydraque Gel Mask ni didatangkan dalam jar kaca dimana tekstur gelnya berwarna kebiruan seperti air laut.. Aku suka warnanya.. Nampak menyamankan seperti aku memakainya.. Segar muka! hehe.. Gel mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering dan kusam macam kulit muka aku.. Hehe.. Antara bahan utama yang terkandung dalam gel mask ini adalah :-

1.  Ekstrak Kudzu
  • Menenangkan, menghidrat dan melembapkan serta mengurangkan kemerahan dan keradangan
2.  Ekstrak Tembikai
  • Menggalakkan regenerasi sel, membersih dan membuang sel kulit mati serta melembapkan
3.  Ekstrak Epal
  • Kaya antioksidan, merawat kulit berminyak, jerawat, kulit kusam dan penuaan
4.  Ekstrak Lentil
  • Melembapkan kulit, penghidaratan dari dalam, kurangkan garis halus dan antioksidan
5.  Natrium Hyluronate
  • Menghidrat dan melembapkan kulit, Anti-penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus.


Manfaat Hydraque Gel Mask
  • Melegakan keradangan kulit
  • Menghidupkan semula kulit yang kelihatan kusam dan tak berseri
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  • Anti-kemerahan dan kekeringan
  • Melembutkan kulit dan mengurangkan garis halus
  • Meningkatkan keanjalan kulit


Cara Guna

Apply Hydraque Gel mask dalam kuantiti yang secukupnya pada kulit wajah yang telah dibersihkan dengan sempurna.. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih.. Gel mask ni boleh digunakan 2 kali seminggu.. Macam aku, selalunya weekend baru aku guna.. Time tu adalah time untuk aku manjakan diri aku.. hehe..


Apa Kata Aku Tentang Hydraque Gel Mask?

Aku sendiri dah cuba Hydraque Gel Mask ni.. Serius best sangat dan sesuai dengan kulit aku yang kering dan kusam ni.. Sebenarnya aku tak pernah pakai mask jenis gel sebelum ni.. Ini firstime aku pakai dan agak teruja.. Tambahan pula warna gelnya kebiruan macam air laut membuatkan aku lagi excited untuk cuba.. Firstime apply dekat kulit muka, rasa sejuk jerk dan segar.. Lepas gel kering, muka jadi tegang seperti memakai putih telur tetapi yang bestnya bila sentuh ia sangat lembut..

Selepas 20 minit aku bilas muka dengan air bersih dan hasilnya, kulit nampak cerah, lembut dan licin.. Memang sangat lembut weh.. Pastu lembap jerk tak kering macam selalu.. Rasa nak melompat bintang jerk.. Produk ni memang membuatkan aku happy dan jatuh cinta dengannya..

Hydraque Boost Serum


Satu lagi produk dari Miniel Skinlab yang ingin aku kongsikan dengan korang iaitu Hydraque Boost Serum.. Aku memang seorang yang agak fanatik dengan serum.. Asal ada sahaja serum yang bagus, aku pasti tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. Termasuklah dengan Hydraque Boost Serum ini.. Kalau korang nak tahu, serum merupakan 'kawan baik' kepada aku.. Rasanya tanpa serum, rasa tak lengkap hidup aku..

Sebenarnya serum ni sangat penting untuk kulit.. Jadi untuk rutin harian penjagaan kulit wajah aku, serum sangat diperlukan.. Tambahan pula serum tersebut banyak manfaat dan sangat bagus untuk kulit muka seperti Hydraque Boost Serum ni.. Sebab itu aku agak teruja untuk cuba serum ini untuk lihat transformasi kulit muka aku ini selepas menggunakannya..


Apa yang menarik dengan Hydraque Boost Serum ini adalah ia cepat menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menjadikan kulit menjadi lembut dan terhidrat dengan baik.. Teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit menjadikan ia serum yang menjadi kegilaan ramai.. Bila pakai, memang  tak rasa aku memakai serum kerana teksturnye betul-betul ringan dan senang menyerap tanpa meninggalkan kesan melekit.. Fungsi utama serum ini adalah untuk penghidratan dan juga menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit..

Hydraque Boost Serum ini didatangkan botol kaca berpump yang bersaiz 30ml.. Teksturnya berbentuk gel juga berwarna kebiruan seperti air laut.. Tengok akan warna teksturnya menjadikan aku bertambah teruja untuk mencubanya.. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Jadi, tak perlu risau dengan jenis kulit korang ye.. Semua orang boleh pakai.. Antara bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan serum ini adalah :-

1.  Ekstrak Yis
  • Antioksidan, mengurangkan kemerahan, menenangkan, menghidrat dan melembapkan
2.  Natruim Hyaluronate
  • Menghidrat dan melembapkan, anti-penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus


Manfaat Hydraque Boost Serum
  • Menjadikan kulit lebih muda
  • Kulit menjadi licin dan lembut
  • Melegakan dan menenangkan keradangan kulit
  • Menghidupkan semula kulit yang kelihatan kusam
  • Meningkatkan kecergasan kulit semulajadi
  • Reaktivasikan semula regenerasi tisu


Cara Guna

Ok, cara gunanya mudah sahaja.. Sekiranya rutin harian penjagaan kulit korang memakai toner, korang boleh pakai Hydraque Boost Serum ini selepas pemakaian toner.. Kalau macam aku memang tak pakai toner, jadi aku memang akan pakai serum ini untuk step pertama rutin aku dan seterusnya baru aku akan apply pelembab muka untuk waktu siang sebelum aku makeup.. Kalau belah malam pula, aku akan apply serum ini selepas cuci muka sebelum tidur.. Itulah rutin harian penjagaan kulit wajah aku.. Serum ini boleh digunakan 2 kali sehari ye iaitu pada waktu siang dan juga malam..

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Hydraque Boost Serum

Selepas Hydraque Gel Mask, aku tak sabar nak berkongsi keseronokan aku dalam menggunakan Hydraque Boost Serum pula.. Kedua-dua produk ni membuatkan aku teruja dan jatuh cinta padanya.. Serius, aku memang suka sangat dengan serum ini.. Serum ini memenuhi ciri-ciri serum yang aku cari..


Firstime guna serum ni, aku dapat feel dari kesan sejuk yang diberikan oleh serum ini.. Muka aku terasa segar dan tenang.. Bukan itu sahaja, kulit aku menjadi lembut dan licin.. Teksturnye yang mudah menyerap membuatkan aku selesa menggunakan serum ini tanpa perlu aku gelisah dengan rasa melekitnya kerana serum ini tidak meninggalkan kesan melekit.. Itu yang aku suka!!

Apa yang lagi best, korang yang berkulit senstif pun boleh guna serum ni tau kerana ia bukan sahaja memberikan penghidratan pada kulit malah serum ini juga dapat menenangkan kulit dimana ia membantu melegakan ketegangan dan tekanan kulit.. Kulit yang kusam pun boleh hilang kekusamannya tau kalau pakai serum ni.. Lepas guna kulit akan jadi lembut dan lebih cerah.. Memang best sangat!!

Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum Memberikan Penghidratan Lebih Sempurna


Selepas kenal dengan produk Miniel Skinlab ni, rutin penjagaan wajah aku berubah serta merta.. Aku memang tak dapat nak lepaskan 2 produk yang hebat ini.. Manfaat penghidratan yang sempurna membuatkan aku akan setia dengannya..

Dengan menggunakan kedua-dua variasi Hydraque ini iaitu Gel Mask dan juga Boost Serum, kulit aku yang kusam kembali bercahaya dan glowing kerana kedua-dua produk ini mampu menghidratkan kulit aku dengan sempurna menjadikan kulit lebih cerah dan lebih muda.. Bukan itu sahaja, kedua-dua produk ini membekalkan vitamin dan botani berkhasiat kepada kulit serta asid hyluronicnya membantu mengunci kelembapan kulit dan mengurangkan garis halus dan kulit kering..

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya!!


Aku dah cuba kedua-dua produk dari Miniel Skinlab ini dan sangat berpuashati dengan hasilnya.. Korang tak nak try ke? Rugi tau kalau tak try.. Kelembapan kulit muka ni kita kena jaga betul-betul tau supaya kita tak nampak tua sebelum usia.. So, bagi korang yang ingin mencuba produk Miniel Skinlab ni bolehlah ke laman web mereka di https://minielskinlab.com/ untuk sebarang pembelian kerana kini mereka sedang mengadakan promosi sehingga 31 Ogos 2019.

Nak lebih diskaun?

Haaaa, untuk dapatkan diskaun tambahan sebanyak 5%, korang boleh guna code diskaun dibawah ini semasa checkout produk..

CODE : SFVC-LEA

Aku dah cuba! Korang bila lagi?


Untuk info lanjut, sila layari :-

🔁 Website

🔁 Instagram

🔁 Facebook