adaptasi
Showing posts with label adaptasi. Show all posts

Tonton Si Kolot Suamiku Full Episod

Thursday, August 18, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Si Kolot Suamiku Full Episod  |  Holaaaaa...!! Wehh ada drama baru dekat Astro Ria... Korang dah tonton belom?? Apaaaaa!!! Korang dah tontonnn..!! Oh, Korang terlebih cepat ke atau aku yang terlampau slow ni.. Haha..!! Tak pe la mane-mane pown kan.. Semalam aku dah up sinopsis drama ni dekat SINI ... Hari ni aku nak up pulak full episod dramanye pulak.. Ahakz..

Ohh, Episodnya baru aje masuk Episod 3 ye... Jangan pulak korang ajet-ajet dah ada full episod sampai Episod 16 pulak.. Haha.. Memang nan hado0o0oo leee..!! Jom tonton bersama..


Tonton disini



Read More

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Wednesday, August 17, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt


Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku  |  Wohaaa drama adaptasi lagi..!! Drama Si Kolot Suamiku adalah sebuah lagi drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel "Si Kolot Suamiku" karya novelis Fazlyn Ridz yang bersiaran di Astro Ria bermula 15 Ogos 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 10 malam. Drama komedi romantik ini adalah dibawah arahan pengarah Eyra Rahman. Sebelum menghadam sinopsis drama ini, jom suaikenal dulu dengan para pelakon drama ni.. hehe

JUDUL
Si Kolot Suamiku

EPISOD
16 Episod

TARIKH TAYANGAN
15 Ogos 2016

HARI / MASA
Isnin - Khamis / 10 Malam

SIARAN
Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

PENGARAH
Eyra Rahman

TERBITAN
MIG Production Sdn. Bhd

PELAKON
Amar Baharin
Siti Elizad Sharifuddin
Faizal Hussein
Waris
Kuza
Atikah Suhaime
Fahmy Reza
Shiela Mambo
Kismah Johar
Aizat Hassan
Dayang Areeda
Dania Azmi
Vicha Saywho
Epy Kodiang
Tengku Fiella
Syaa Nasir
Lisdawati
Kazar
Zila Bakarin




SINOPSIS SI KOLOT SUAMIKU

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?



Read More

Tonton Sayangku Kapten Mukhriz [2016] Full Episod

Friday, August 12, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Sayangku Kapten Mukhriz [2016] Full Episod  |  Holaaaaa.. Selamat petang korang..!! Ngah buat ape tuuuu?? Ehh korang, tengok tak drama Sayangku Kapten Mukhriz?? Best tak??... Drama ni ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia... Drama ini juga adalah adaptasi sebuah novel yang berjudul Anugerah Terindah yang ditulis oleh novelis Sophilea... Ehh ehh ada 'Lea' la kat nama novelis tu.. hiks.. Sebelom menonton, jom baca sinopsis drama ni dulu..

Pelakon Utama
Hero - Raja Afiq ( Kapten Mukhriz )
Heroin - Amaniena Baharun ( Dr. Ariana Dahlia )


SINOPSIS

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz


JOM TONTON SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
( 23 Episod )

>>>>> DISINI <<<<<


Selamat Menonton..~!!


Read More

Tonton M.A.I.D [2015] Full Episod

Monday, August 8, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton M.A.I.D [2015] Full Episod  |  M.A.I.D, drama adaptasi novel ini dah bersiaran tahun lepas sebenarnye.. Tapi sekarang disiarkan balik di Astro Prima... Aku rasa cam tak pernah tengok lagik cite ni.. Sebab apa yekk?? Haha tentu la sebabnye dulu drama ni bersiaran di Astro Ria.. Mak ada Njoi aje nakkk kat umah.. Tak koserrr mak nak langgan Ria semata-mata nak tengok drama ni.. Haha.. Dulu tak boleh tengok tapi sekarang dah boleh tengok.. Walaupun dah ketinggalan zaman.. Ye dakk..??


Eceli, aku dah baca ye novel M.A.I.D ni.. Novel M.A.I.D ni juga salah sebuah novel yang aku suka jalan ceritanya.. Ada kelakar.. Ada sedih.. Ada gembira.. Best novel  ni.. Kebanyakan novel keluaran Kaki Novel memang best.. Tak caye sila beli dan baca ye... Haha..

Okeh.. Untuk drama M.A.I.D ni, watak utama dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat.. Pasangan sensasi lagik serasi.. hehe.. Manakala pengarahnya pula adalah Michel Ang.. Nak tahu cite ni best ke tak.. sama hebat dengan novel ke tak... Jom tonton full episod drama ni... Tonton sama-sama dengan aku yek.... Tak de geng ni.. Ahakzz..


>>>>> M.A.I.D FULL EPISOD <<<<<
( 20 episod )


Read More