Jom Makan McFlurry Durian Sampai Lebam Di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry

Jom Makan McFlurry Durian Sampai Lebam Di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry  |  Asal bukak facebook aje mesti gambar durian yang aku nampak dulu.. Sana sini dok up gambar durian.. Naik stresssss aku jadinya.. Yelah, aku nak jugak merasa makan durian.. Nak beli durian, gaji belum lagi... Huhu... Nasib baik ada McDonalds... Hilang stresss aku... Eh, apa kene mengena dengan McDonald's pulak ni? Haaaa jangan tak tahu ye, McDonald's pun ada jual durian tau.. Dah la murah, sedap pulak tu... Durian apa tu???? Ye, semestinya D24 Durian McFlurry!!!


Kalau korang masih ingat, tahun lepas viral tentang kewujudan McFlurry Durian ni di McDonald's yang mendapat sambutan diluar jangkaan daripada rakyat Malaysia terutamanya peminat durian.. Mana taknya, dengan menggunakan durian D24 sebenar sebagai perasa, ternyata ia mampu menarik perhatian pelanggan untuk mencuba keenakannya sehinggakan hampir kesemua cawangan McDonald's kehabisan stok McFlurry Durian ini dalam masa yang singkat..

Sebenarnya, aku sendiri pun tak berkesempatan untuk merasai keenakan D24 Durian McFlurry ini tahun lepas.. Setiap kali ke McDonald's tak kirala cawangan yang mana, pasti pulang dalam kehampaan dek kerana kehabisan stok.. Aku hanya mampu melihat gambar dan review dari kawan-kawan sahaja yang telah merasai sendiri keenakan McFlurry Durian ni.. Kata mereka, memang sedap dan rasa duriannya memang seperti rasa durian sebenar... Ini membuatkan aku bertambah kecewa.. Sob Sob Sob..


Selepas memendam rasa kecewa yang agak lama, kini D24 Durian McFlurry kembali lagi!! Hajat yang tak kesampaian tahun lepas terbalas pada tahun ni.. Aku berjaya juga akhirnya merasai sendiri keenakan D24 Durian McFlurry ini dengan hanya RM7.90 untuk satu bekas.. Sebagai peminat durian yang tak berapa nak tegar, aku dah menjadi tegar setelah merasai McFlurry Durian dari McDonald's ni.. Memang sedap dan enak.. Seolah-olah tengah makan durian D24 sebenar.. D24 tu bukan durian biasa-biasa tau..! Yang mana belum rasa tu, bolehlah terjah cawangan McDonald's yang berhampiran dengan korang dan rasai sendiri keenakan McFlurry Durian ni... 

Nak lagi best tak? Haa kalau nak lagi best, yang mana masih memendam rasa kecewa tak dapat makan McFlurry Durian ni tahun lepas atau yang tak pernah rasa puas makan McFlurry Durian ni, Jom makan McFlurry Durian sampai lebam di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry.. Apa tu?? Ya, McDonald's akan mengadakan event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry di semua cawangan McDonald's seluruh negara pada hari selasa, 17 Julai 2018 dan korang boleh makan McFlurry Durian ni sampai muntah!!

Jom Makan McFlurry Durian Sampai L ebam Di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry


Seperti yang aku maklumkan, event ni akan diadakan pada hari selasa, 17 Julai 2018.. Tak lama dah weh!! 2 hari aje lagi.. Di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry event ini, korang boleh makan MCFlurry Durian sebanyak mana yang korang nak dengan bayaran hanya RM10 sahaja..!! Murah gila kan!.. Makan banyak-banyak, bayar sikit-sikit.. Hehe.. Tetapi ianya terbuka hanya kepada 20 orang sahaja bagi setiap sesi dan sesinya terbahagi kepada 2 sesi sahaja.. Jadi, siapa cepat dia dapat...

Ok, disini saya kongsikan serba sedikit info mengenai event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry ini sebagai rujukan korang nanti..



All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry Event

Tarikh
17 Julai 2018 (Selasa)

Masa
Sesi 1 (3.00 pm - 4.00 pm) & Sesi 2 (5.00 pm - 6.00 pm)

Tempat
Semua Restoran McDonald's seluruh negara

Masa Pendaftaran
30 minit sebelum setiap sesi bermula

Bilangan Peserta
20 orang bagi setiap sesi

Bayaran Pendaftaran
RM10/orang & percuma bagi kanak-kanak 3 tahun kebawah



Jadi, jangan lupa temujanji korang dengan #DurianMcFlurry pada 17 Julai 2018 nanti ye.. Pastikan korang orang pertama yang mendaftar di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry sebagai peserta.. Pastikan juga, perut korang kosong time tu.. Boleh makan banyak sikit.. Hehe.. Orite, kalau nak lebih detail tentang event ini,. korang bolehlah layari Facebook page : McDonald's... Jangan lupa ye temujanji kita.. Jumpa disana!!!


12 comments on "Jom Makan McFlurry Durian Sampai Lebam Di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry"
  1. Mula2 kak PC buat tak tau je Lea...tapi bila macam ni...aduh...teruja pulak rasanya....kenkonon buat keras dah cair ht ni..cubaan betullah...hehe..nangis penjuru bilik air gini kekdahnya.

    ReplyDelete
  2. Tadi pergi McD tapi dah habis aiskrimnya.. Sedih je tak dapat rasa.. Kikiki..

    ReplyDelete
  3. makan masa musim panas ni memang sedap kan kak

    ReplyDelete
  4. oh 20 org je per session ..sure rmi nk try tu utk yg blum try dh bli ms awal kuar aritu time raya tp yg 2nd time mcd kuarkan ni tk seummmppphhhh ms yg 1st time dlu....yg 1st time dlu lg sodap rsnya..

    ReplyDelete
  5. alamakkkk ada timimg ke...kira tak boleh beli bila-bila masa ya...wuhuaaa tak merasa lah nampaknya

    ReplyDelete
  6. ramai yang puji aiskrim ni best. rasa pure durian. saya sendiri tak pernah cuba sebab tak suka durian. hehe

    ReplyDelete