LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Bersiaran Di TV3

LAZadaStyle Fashion Reality TV Show Di TV3  |  Lazada Malaysia merupakan sebuah nama  besar yang tidak asing lagi bagi mereka yang gemar membeli belah secara online. Lazada Malaysia kini melangkah setapak lagi kehadapan bagi meluaskan kemasyurannya dengan melancarkan sebuah program realiti tv iaitu LazAdaStyle Fashion Reality TV Show yang bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad jam 3 petang bermula 8 hingga 27 Mei 2018 dengan menampilkan Selebriti Tempatan seperti Rizman Rozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan dan ramai lagi..


LazAdaStyle Fashion Reality TV Show ini merupakan sebuah rancangan realiti tv yang pertama di negara ini untuk Fashionistas Tempatan dan Pereka Fesyen.. Ia disiarkan khas sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini..

Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, LazAdaStyle Fashion Reality TV Show ini akan diacarakan oleh seorang pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan. Rancangan realiti tv ini disiarkan bertujuan untuk meletakkan Lazada sebagai destinasi membeli belah rakyat Malaysia bagi produk kecantikan dan juga fesyen.

"Kami sedang memulakan perjalanan yang menarik untuk memperdalamkan rayuan kami kepada pengguna yang berpusatkan fesyen. LazAdaStyle Fashion Reality Show ini merupakan cara kami untuk terus melibatkan mereka dalam cara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis barangan. Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama kami untuk Hari Raya tahun ini kerana fashion merupakan salah satu elemen penting untuk keluarga Melayu semasa hari perayaan ini." - kata Christophe Lejeune, Ketua Pegarai Eksekutif Lazada Malaysia.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 1

Rancangan LazAdaStyle ini terdiri daripada 4 episod dengan menggabungkan 8 pereka fesyen tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka dalam program ini.. Mereka juga akan dibekalkan dengan bahan atau material mengikut tema yang akan diberikan pada setiap minggu.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 1

Reka bentuk yang mereka hasilkan akan dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen seperti Rizman Rozaini dan Wirda Adnan.. Sepanjang pertandingan ini berlangsung, para peserta akan diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 1

Selain itu, para penonton juga dapat melihat selebriti undangan seperti Siti Sarah, Elfira Loy, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan pereka kegemaran mereka.. Para peserta juga akan melalui proses penyingkiran secara berperingkat sehinggalah pemilihan pemenang dibuat di akhir rancangan ini.

Apa yang bestnye, pemenang LazAdaStyle ini akan membawa pulang wang tunai dan hadiah yang cukup lumayan bernilai sehingga RM100,000.00.

Menerusi rancangan ini juga, Lazada turut menawarkan tawaran Hari Raya dan promosi khas di lazada.com.my. Jadi kepada korang semua di luar sana, jangan lupa ikuti episod LazAdaStyle pada setiap hari Ahad jam 3.00 petang bermula 6 hingga 27 Mei di TV3.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 2

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 2

8 peserta telah disenarai pendek melalui uji bakat tertutup yang diadakan selepas pertandingan yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Instagram yang menerima lebih daripada 300 penyertaan di seluruh negara..

Apa yang menarik, korang boleh membeli setiap barangan penampilan kegemaran korang di rancangan realiti tv tersebut di aplikasi Lazada.. [ KLIK SINI ].

Korang juga boleh terus muat turun Lazada App bagi memudahkan korang untuk membuat sebarang pembelian di Lazada kerana kesemua alatan dan material yang digunakan di dalam rancangan ini adalah daripada barangan yang terdapat di Lazada.. Manalah tahu kan, ada yang berkenan di hati korang.. Bolehlah terus beli secara online di Lazada..


"Shake Shake" Contest

Ada sesuatu yang istimewa menanti korang sepanjang rancangan ini disiarkan.. Semasa rancangan LazAdaStyle Fashion Reality TV Show ini ditayangkan, korang berpeluang untuk menyertai "Shake Shake" Contest dimana Lazada Malaysia akan menyediakan voucher untuk dimenangi.. Jadi, pastikan anda telah memuat turun LazadaApp di dalam smartphone korang bagi membolehkan korang menyertai "Shake Shake" Contest ini..

Korang seller? Haaa kalau korang adalah seorang seller dan berminat untuk dipaparkan dalam LazadaStyle, korang bolehlah terus daftar sebagai seller di lazada.com.my.. Manakala bagi pelanggan Lazada yang membuat pembelian di Lazada pula, korang berpeluang untuk kongsikan gambar OOTD korang dengan menggunakan #mylazadastyle dan korang berpeluang untuk muncul di dalam LazAdaStyle.

Saksikan Episod Ke-4 LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Di TV3

Jangan lupa saksikan Episod ke-4 pada hari Ahad ini, 27 Mei 2018 dengan tema "Raya Couple Collection".. Sudah pastinya pada minggu ke-4 ini cabaran dan persaingannya lebih sengit.. Hanya 3 finalists sahaja yang akan tercalon pada minggu akhir nanti.. Siapalah agaknya juara LazAdaStyle ini ye?.. Nak tahu siapa juara, kenalah saksikannya nanti..

Video Teaser - Episod 4


Mungkin ada yang terlepas menyaksikan episod yang sebelumnya.. Jadi, untuk menyaksikan semula episod pertama, kedua dan ketiga, korang boleh tonton video dibawah ni..

Episod 1
Tema : Hijabista Collection



Episod 2
Tema : Mother & Me Collection



Episod 3
Tema : Bold & Curvy Collection - Plus Size


Jumlah Keseluruhan Peserta adalah 8 orang


  • Episode 1: 2 teams, 2 eliminated from losing team 
  • Episode 2: 2 teams, 2 eliminated from losing team 
  • Episode 3: 1 eliminated out of remaining 4 contestants. Contestants to push their own style in this episode! 
  • Episode 4: 3 finalists

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram




6 comments on "LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Bersiaran Di TV3"