Buffet Ramadhan 2018 Di AnCasa Royale, Pekan Bertemakan 'Kampong Boy'

Buffet Ramadhan 2018 Di Ancasa Royale, Pekan Bertemakan 'Kampong Boy'  |  Pejam celik pejam celik, sekali lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Bila tu? Bulan depan je deknon oiii.. Tak lama dah!! Korang dah ganti ke puasa? Yang mana belum ganti tu, cepat-cepatlah ye ganti.. Nanti tak sempat ganti, susah pulak.. Apa yang bestnya bila dah dekat-dekat nak puasa ni, ramai kawan-kawan dok bercerita tentang buffet ramadhan.. Tengok gambar dorang post, amboiii sedap-sedap belaka.. Aku pun tak nak kalah hokeh!! Jadi, aku pun nak jugak bercerita tentang buffet ramadhan 2018 di AnCasa Royale, Pekan yang bertemakan 'Kampong Boy'...


10 April yang lalu, aku berkesempatan untuk menikmati hidangan istimewa sempena Ramadhan nanti di AnCasa Royale, Pekan.. Sudah menjadi kelaziman setiap tahun apabila menjelangnya bulan Ramadhan, banyak hotel yang akan memperkenalkan menu Ramadhan masing-masing... Begitu juga dengan AnCasa Royale, Pekan, Pahang dimana pada tahun ini mereka tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.. 

Jika tahun lepas bertemakan 'Selera Desa', pada tahun ini pula AnCasa Royale, Pekan masih mengekalkan konsep masakan bercitarasa kampung dengan  memilih tema 'Kampung Boy' bertepatan dengan kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018. Bagi aku sendiri, jika ingin memilih buffet Ramadhan, aku lebih suka memilih buffet Ramadhan yang berkonsepkan selera kampung kerana ianya menepati citarasa aku yang agak kemelayuan ni.. Memang melayu pun kan.. Haha!!


Bertemakan 'Kampong Boy', merupakan gabungan idea chef-chef dari AnCasa Royale, Pekan yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional negeri Pahang yang bakal menampilkan kelainan dalam setiap resepi dan menu yang disajikan pada kali ini.. Yang bestnya, pada tahun ini AnCasa Royale akan menyajikan lebih dari 120 menu masakan melayu yang pasti akan membuatkan korang tersenyum disaat menikmati setiap hidangan yang ada nanti.. Menu apa yang ada?

AnCasa Royale, Pekan Memperkenalkan Lebih Dari 120 Sajian Masakan Tradisional Kampung Sempena Ramadhan 2018

120 menu sajian masakan melayu? Wahhh banyak tu.. Apalah agaknya yang akan disajikan tu ye.. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah menu yang akan dihidangkan oleh pihak AnCasa Royale, Pekan sepanjang bulan Ramadhan nanti kan? Ok, aku tak nak bagi korang kusut lama sangat, meh aku tunjukkan korang setiap menu yang akan disajikan nanti..

Kambing Golek, salah satu daya tarikan menu Ramadhan di AnCasa Royale

Kambing Golek Chef Pak Tam

'Seafood Kandar' ala AnCasa Royale

Ikan Patin Masak Tempoyak

My Feberet - Gulai Kawah!

Gulai Kawah Pahang

Daging Salai Masak Lemak

 Kailan Goreng Ikan Masin

 Sambal Tumis Ikan Bilis Terong Pipit

 Ayam Panggang Madu

Lala Masak Daun Selasih

Satay

Seperti biasa, ada satay ayam dan juga daging.. Sedap!!

 Ikan Masin, Telur Masin, Ayam Goreng, Tauhu Sumbat

Pelbagai jenis kerabu

Kerabu Kaki Ayam menjadi pilihan aku..

 Pelbagai Jenis Sambal

ShellOut jangan lupa untuk dicuba.. 

Selain itu, AnCasa Royale, Pekan turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih tradisional dan turut menyediakan gerai-gerai yang menjual murtabak, roti canai, pisang goreng, cucur serta 'Churros'... Manisan pun banyak tau yang terdiri daripada ais kacang, aneka bubur serta puding yang pastinya mengubat rindu korang semua pada masakan bonda di kampung halaman..

Kuih Muih Tradisional

Puding Raja

Pelbagai jenis kek dan manisan


Dekorasi menarik di bahagian manisan

Coklat Strawberry

Ehh cookies pun ada laa..

Ais Kacang

Boleh campur macam-macam

 Gerai 'Churros'

 Firstime makan churros.. 
Sedap rupanya churros ni.. Lebih enak bila cicah dengan coklat.. 

 Kueh Teow pun ada tau.. 
Gerai Aneka Mee pun ada dibuka, cuma tak sempat nak snap gambar..

 Murtabak & Roti Canai


Buah-buahan tempatan pun ada.. Boleh cuci mulut.. hehe

Yang ni bagi peminat jeruk ye..

Antara barisan air yang disediakan untuk menghilangkan dahaga

Seperti tahun lepas, konsep gerai dan 'live cooking' masih dikekalkan supaya pelanggan mereka dapat merasai 'homely dining experience' semasa berbuka puasa di sini.. Sambil menikmati sajian masakan istimewa ala kampung, hasil air tangan chef yang berpengalaman ditambah pula dengan dekorasi ala kampung, pasti ianya dapat menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda..


Sambil makan sambil dengar muzik, barulah best kan? Berbuka puasa di AnCasa Royale, korang tak kesunyian kerana korang akan dihiburkan dengan nyanyian yang akan didendangkan oleh artis jemputan AnCasa Royale.. Barulah tak bosan sangatkan.. Sambil makan sambil layan lagu, baru meriah suasana.. 

Di Buffet Ramadhan 'Kampong Boy' tempoh hari, aku berkesempatan bersua muka dengan beberapa orang blogger dari pahang.. Alhamdulillah, sebelum ni hanya bertegur sapa di media sosial sahaja tetapi bila ada majlis seperti ini, kami dapat berjumpa dan bersua muka.. Dapatlah kenal dengan lebih rapat kan.. Siapa yang aku jumpa? Ye mereka adalah Zaza Iman, Cik Renex, Ina Azlina, Ray, Iris Myra dan kak Ita.. Eceli Kak Ita memang aku kenal dan pernah jumpa dah sebelum ini.. 

Antara barisan Blogger Pahang

Iris Myra

Dari kiri - Ray, Zaza Iman, Lea Azleeya & Cik Renex
Belakang - Ina Azlina


Oklah, rasanya semuanya dah aku kongsikan disini... Overall, aku sangat suka dengan menu yang disediakan oleh AnCasa Royale.. Selain menepati citarasa aku yang ala-ala kampung ni, mereka juga memberikan servis dan layanan yang baik serta sangat friendly.. Bukan sahaja di tempat makan tetapi bermulanya di pintu masuk utama, aku telah disambut dengan penyambut tetamu dengan sapaan yang ramah beserta senyuman yang manis.. Sejuk hati aku memandang.. Cewahh!! Bukan itu sahaja ye, chef-chef yang ada juga turut turun padang bagi merai tetamu yang hadir..

Terima kasih diucapkan kepada pihak AnCasa Royale, Pekan, Pahang kerana sudi menjemput aku untuk merasai sendiri kemeriahan dan keenakan juadah berbuka puasa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan nanti.. Rasanya tak rugi spend duit untuk berbuka di AnCasa Royale, Pekan ni kerana hidangannya superb enak, pelbagai dan sangat berbaloi-baloi..


"Meh la kita nyinggoh berbuke di Hotel AnCasa Royale... Yek".... Bagi korang yang ada plan nak berbuka di hotel tahun ni, jangan lupa masukkan sekali Hotel AnCasa Royale, Pekan dalam list tempat berbuka puasa korang tu yek.. Rugi tau kalau tak berbuka di AnCasa Royale, Pekan ni sebabnya selain menu hidangannya lebih dari 120 jenis sajian masakan tradisional kampung, harganya juga sangat berbaloi-baloi.. 

Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bahan mentah yang semakin meningkat, AnCasa Royale, Pekan masih lagi menawarkan harga yang murah iaitu RM58 sahaja  kepada pelanggan yang membeli baucer sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak..

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati lebih dari 120 juadah berbuka puasa di AnCasa Royale Pekan, Pahang dengan HARGA ISTIMEWA tersebut.... Dapatkan baucer sekarang sebelum 12 Mei 2018... Nikmati hidangan berbuka puasa dengan harga yang berbaloi-baloi..  


Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila layari :-

Website 

No. Telefon 
09 - 424 6600  (Saffron Brasserie)  
09 - 424 6700  (Faks)  

Alamat  
No. 2670, Jalan Pekan - Kuantan,  
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur  


9 comments on "Buffet Ramadhan 2018 Di AnCasa Royale, Pekan Bertemakan 'Kampong Boy' "
  1. oic. review blogger.
    patut la byk kali aida baca entry pasal ni, lea.
    pekan. lom pernah aida sampai. one day maybe.
    kampung boy. masakan kampung is the best lah pada aida.
    masak lemak tempoyak tu wajib la ada kat pahang kan.
    feveret kami anak-beranak tu lea.

    ReplyDelete
  2. Berserinya muka Lea :) Agaknya berapa lama nak stay kat sini untuk makan ek. banyak sangat makanan tu. Semua tempting tengok!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya tengok makanan tu..affordable price pulak tu. Tapi jauh pulak nak pi..

    ReplyDelete
  4. semuaaa sedap2 la tngok makanan tu.. harga pun brpatutan.

    ReplyDelete
  5. kalau 1 perut tak muat ni, sedap2 nyaaa menuu..

    ReplyDelete
  6. Lapar semula bila tgok makanan2 ni. Sedap2 semuanya

    ReplyDelete