Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Kakitangan Kerajaan Dan Pesara  |  Alhamdulillah.. Tarikh bagi  Bayaran Khas Tahun 2017 untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara telah diumumkan.. Kebetulan pulak tarikh bayaran  tersebut dibuat sebelum tarikh ayah mertua aku berangkat ke tanah suci Mekah.. Jadi, dah tak perlu runsing pasal modal nak hantar beliau nanti... Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan olehNYA.. 

bonus 2018, bonus 2017, bayaran khas tahun 2017, bonus kakitangan kerajaan, bantuan khas 2018
Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

13 Disember 2017, Pekeliling bagi Bayaran Khas Tahun 2017 telah pun dikeluarkan dan tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 adalah pada 08 Januari 2018.. Bagi penjawat awam akan menerima sebanyak RM1,000 manakala bagi Pesara Kerajaan pula akan menerima RM 500.. Alhamdulillah rezeki tahun ni lebih sikit berbanding tahun-tahun sebelum ni.. Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, pastinya sangat mengharapkan bantuan khas ini kan, bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.. Haaa korang yang tak de anak sekolah tu, apa plan korang? Nak guna duit tu untuk apa? Atau sebagai tabungan untuk masa hadapan?

Hurmm bagi aku pula, dengan duit RM1000 yang bakal aku terima nanti, aku nak bayar hutang piutang aku seperti Cukai Tanah tanpa sedar yang dah 2 tahun tak berbayar... Adeh.. Kenapalah aku cuai sangat yek.. Cukai Pintu yang masih tertunggak tu pun aku nak settle semua sekali supaya tak mengganggu fikiran aku ni.. Haha.. Selebihnya, aku nak buat back up untuk hantar ayah mertua pergi umrah nanti... Bila hutang settle, barulah boleh hidup tenang dan bersenang lenang tanpa perlu fikir apa-apa dah pasal hutang..  Tak gitu? Haha... Serius weh, kalau berhutang ni rasa semak otak..

Ok, kalau korang nak tengok Pekeliling Bayaran Khas Tahun 2017 yang dikeluarkan oleh JPA pada 13 Disember 2017 yang lalu, korang boleh klik SINI ye..


11 comments on "Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan"
  1. Alhamdulillah, syukur ada juga advance di awal tahun ye

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Allah permudahkan..tepat pada ketikanya...betul la Lea...bila dapat selesaikan hutang...lega rasanya..

    ReplyDelete
  3. Tahniah PA dan pesara kerajaan dapat 2X income Januari ni.

    ReplyDelete
  4. Baru nak berserunuk dengan duit tu dah kena bayar hutang pulak tapi nasib baik ada duit lebih untuk selesaikan hutang yedak kak? Bertabah la Kak Lea dan selamat membayar :D

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah . tak sabar..plannya nak simpan utk bayar roadtax kereta yg tamat bulan 3 ni. hrap tak tergoda terguna nanti.hhuhu

    ReplyDelete
  6. tempat kerja sy jangankan bonus..duit raya pun takda hahaha
    btw nice sharing ^^

    ReplyDelete
  7. Ni pun dah plan nak buat apa... Org nampak RM1K tu macam byk... Tapi... Hmmm... Syukur lah dari takde kan..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, dalam fikiran nie dah bermacam-macam plan nak buat apa dengan 1k nie, hihi.. tapi bukannya nak beli benda yang kurang berfaedah.. =)

    ReplyDelete
  9. Bertabahlah Lea.. Yang penting hutang selesai, hati senang..

    ReplyDelete
  10. ohh..

    baru tahu.

    memang tak tahu pun bila dapatnya tu.

    ReplyDelete