Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol!

Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol!  |  Masalah yang sering dialami oleh ibu menyusu yang bekerjaya, anak tak mahu menyusu dengan botol.. OMG!! Aku dah lalui saat-saat getir dimana kedua-dua anak aku tak nak hisap susu botol... Masa tu kemain aku risau.. Tak keruan jadinya aku.. Aku ingat dengan pengalaman anak pertama dulu, aku dah boleh handle untuk anak kedua ni.. Rupanya aku silap.. Ternyata setiap baby tu, berbeza caranya..


Masa Qhaliff dulu, aku memang tak punya pengalaman dan pengetahuan yang banyak dalam dunia penyusuan ni.. Yelah, anak pertama kan.. Cuma boleh baca sahaja untuk kutip serba sedikit tentang penyusuan ibu.. Kalau tak silap, aku ajar Qhaliff minum susu menggunakan botol seawal 2 minggu sebelum aku hantar ke pengasuh.. 

Qhaliff

Pada peringkat awalnya, memang agak kritikal keadaan kami.. Qhaliff langsung tak nak hisap susu botol.. Disebabkan itu, aku mula kumpul maklumat tentang masalah ini.. Aku baca di blog-blog orang lain yang mempunyai pengalaman seperti aku dan tips yang boleh dipraktikkan bagi menyelesaikan masalah ini.. Maklumat yang aku dapat pada awalnya ialah baby mungkin tak serasi dengan puting.. Botol susu pertama Qhaliff adalah Tommee Tippee.. Aku beli masa time mengandung lagi sebenarnya botol ni.. Time tu aku tak pernah tahu pun tentang masalah baby tak nak hisap susu botol ni.. Haha.. Main ikut mood jerk la beli botol susu time tu..

Botol susu Tommee Tippee

Bentuk puting Tommee Tippee

Percubaan pertama, dia memang tolak terus puting Tommee Tippee.. Lepas tu aku beli botol lain pulak.. Dia tak nak jugak.. Bermula dari situlah bermacam-macam jenis botol susu aku beli.. Tetap juga sama keadaannya.. Memang berlaku pembaziran disitu.. Botol susu bukan murah harganya.. Hadoi.. Aku dah mula buntu.. Lastnya, aku tanye encik google untuk sekian kalinya, botol susu apa yang paling sesuai untuk baby bagi masalah ini dan aku dapatlah jawapannya.. Ramai yang menggunakan botol susu Pigeon Softouch Peristaltic Plus.. Jadi, aku belilah botol susu Pigeon dan hasilnya memang superb.. Qhaliff menyusu dengan baik lepas tu.. Yeyyy berjaya akhirnya.. Senang hati aku nak tinggalkan dengan pengasuh.. Walaupun botol susu pigeon tu harganya agak 'berada', tapi aku redha asalkan anak aku boleh menyusu dengan baik.. 

Aqiff

Bila tiba anak yang kedua ni.. Aku ingatkan bila dah ada pengalaman, semuanya bisa diatur.. Nahh kau!! Aku lalui sekali lagi fasa-fasa sukar untuk menyusukan Aqiff menggunakan botol.. OMG!! Apakah?? Huhuhu.. Untuk Aqiff, awal-awal lagi aku dah beli botol susu Pigeon kononnya tak nak ulang nasib yang sama seperti anak pertama.. Rupanya, keadaannya berbeza.. Aqiff tetap tak nak susu botol walaupun dah guna puting Pigeon.. Hehe kali ni aku lebih bijak.. Aku beli botol yang murah tetapi boleh guna puting Pigeon.. Haha!! Berjimat cermat wehhh..

Botol Baby King + Puting Pigeon

Puting Pigeon

Bila Aqiff tak nak menyusu botol, aku dah mula gelabah sebab time tu tinggal seminggu jerk lagi masa untuk aku hantar Aqiff ke pengasuh.. Hadoiii.. Masalah negara betul la.. Fikir punya fikir, mungkin dia nak puting jenis lain kot.. Beli lah aku botol lain.. Botol Tommee Tippee... Tetap jugak dia tak nak.. Oh, mungkin susu kot.. Hurmm sebenarnya aku dah start nak ajar Aqiff minum susu formula time tu sebab susu aku kurang dan aku tak buat stok langsung susu badan.. Tak macam Qhaliff dulu, stok susu penuh peti.. Huhu..



Mula-mula aku beli susu jenama Dupro.. Dia tolak.. Tak nak.. Hurmm tak sedap kot.. Andaian aku.. Haha..!! Cari lagi puncanya.. Kenapa Aqiff tak nak susu botol.. Nak cakap puting, macam tak jerk.. Jadi, andaian aku kali ni mungkin disebabkan susu.. Jadi, kami decide untuk tukar susu Dutch Lady pulak sama macam abang dia.. Manelah tahu, dia tak puas hatikan sebab tak sama susu dengan abang dia.. Haha!! Boleh camtu ekk.. Kehkehkeh..


Kenapa aku tak guna susu Dutch Lady terus untuk Aqiff? Hurmm ada orang cakap susu Dutch Lady ni manis.. Tu sebab aku cuba Dupro pulak untuk Aqiff.. Lastnya, kena jugak try kasi Dutch Lady sebab dia tolak Dupro.. Haiss.. Nak tahu apa terjadi bila aku bagi susu Dutch Lady? Hah, dia tolak jugak wehhh!! Tak mahunya dia.. Habis tu, apa yang tak kena ni?? Hadoiyaiii... Pening lorrr... 

Jalan terakhir, aku cuba pump susu aku dan bagi menggunakan botol susu puting pigeon tadi.. Pada awalnya, memang dia tolak tapi tak seperti sebelum ni.. Dia boleh terima walaupun agak sukar.. Dia minum tapi dalam kuantiti yang sikit... Maksudnya, tak habis pun 2oz.. Tapi sekurang-kurangnya ada perubahannya kan.. Rupanya dia nak susu ibunya jugak.. Tak nak susu formula.. Hehe..


Untuk memantapkan lagi penerimaannya terhadap susu botol, aku berusaha juga pump susu dan bagi menggunakan botol tanpa menyusu direct selama seminggu lebih.. Paling dasyat, bila dia tak nak menyusu dia meraung sekuat hati seolah-olah dia didera.. Perghh time tu, tuhan aje tahu aku punye gelabah dan tak keruan.. Pada awalnya, aku terpaksa buat cara mengelat dengan menyusu direct dan perlahan-lahan aku masukkan puting botol kedalam mulut dia.. Hehe.. Alhamdulillah menjadi cara ni.. Dia menyusu dengan baik lepas tu.. Satu lagi cara aku, time dia sedap tidur, aku angkat dan terus menyusu botol.. Hah, dia memang isap dengan baik sekali time ni sebab dia tengah mamai lagik kan.. Hiks.. 

Masa hantar ke pengasuh, hari pertama dan kedua keadaan tetap sama, dia meraung tak nak menyusu.. Sampai pening kepala pengasuh.. Haha.. Tapi yang bagusnya pengasuh anak aku ni, dia tetap berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak aku.. Sampailah anak aku dapat terima botol dengan baik.. Alhamdulillah.. Jadinya, sekarang aku akan pump susu untuk kegunaan terus anak aku tanpa membuat stok beku.. Alhamdulillah susu semakin meriah.. Aku banyakkan minum air masak dan makan jamu.. Nak amek milk booster sebenarnya, tetapi belum jumpe yang betul-betul menarik minat aku.. Moga rezeki Aqiff melimpah ruah.. Kalau boleh biarlah sampai umurnya 2 tahun... Masa Qhaliff dulu, sampai 6 bulan sahaja.. Lepas tu susu drop, dia sendiri pun dah tak nak menyusu badan.. 


Sebenarnya aku dah beli 2 botol susu Pigeon untuk Aqiff.. Aku beli masa aku tengah mengandung lagi.. Ini pun aku beli dengan menggunakan voucher Lazada yang aku menang Contest Lazada.. Jadi apa lagi, terus aje aku Shopping Sakan Di Lazada Dengan Voucher Merdeka Contest tu.. Alhamdulillah rezeki anak dan kami sekeluarga juga..

Kalau korang ada masalah anak tak mahu menyusu dengan botol, korang bolehlah try cara aku ni yek.. Langkah pertama yang perlu korang ambil adalah ajar anak menyusu menggunakan botol seawal mungkin agar anak terbiasa dengan puting botol... Ini adalah paling penting.. Jangan jadi macam aku, seminggu lagi nak hantar ke pengasuh, baru terhegeh-hegeh nak ajar botol.. Memang susahlah..

Seterusnya, cari puting yang sesuai untuk anak anda.. Jadilah seperti aku, beli botol murah tetapi guna puting mahal.. Haha.. Leh la jimatkan.. Kalau anak korang boleh carry on dengan puting murah, lagik bagus.. Tapi puting pigeon ni bagus tau.. Ianya lembut dan safety.. Aku suka.. Selain tu, korang boleh cuba taktik-taktik kotor seperti direct feeding beberapa saat, pastu terus masukkan puting botol.. Hehe.. Paling mujarab yang pernah aku buat, time baby tengah tidur sedap tu, korang angkat dan terus menyusu botol.. Gerenti dia hisap susu dengan jayanya.. Insyaallah..

Oklah, itu aje yang aku nak kongsikan dengan korang.. Moga ini dapat membantu korang yang menghadapi masalah yang sama.. Di entry lain nanti aku akan kongsikan pula 8 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya.. Tunggu tau.. Hehe..

8 comments on "Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol!"
  1. bagusnya pengasuh lea..sama-sama berusaha. ni sesetengah pengasuh asyik suruh tukar botollah, tukar susu lah. adeh..

    btw good job lea!!moga meriah susu sampai aqiff umor 2 tahun..amin...

    ReplyDelete
  2. gitu lerrr..huhuh..saat mendeborkan bila dh nk masuk kerja inilah dia

    ReplyDelete
  3. masa Naura dulu kan,alhamdulillah,.dia tak kisah pakai botol,tapi susu umi dia pulak tak meriah mana,cuba dah buat power pumping,hari2 bawa beg susu,setiap masa dok pam,tapi tulah,takde rezeki dia sampai dua tahun.Cuma dapat sampai umur 8 bulan,tu pun dah campur dengan susu formula...

    sedih tau

    ReplyDelete
  4. Aqiff...lain anak laonkan bawaannya Lea..insyaAllah ada rezeki susu untuk Aqiff..

    ReplyDelete
  5. Lain anak lain ragamnya...
    Anak mrs pip pun mcm ni juga...

    ReplyDelete
  6. Seronok pula baca pengalaman ni. anak saya pun memilih susu formula juga. berapa banyak kali tukar. At last dia nak enfalac jer. tp susu botol mesti nak Avent. Tommy Tippee awal2 dia dah kuarkan balik

    ReplyDelete
  7. comelnya baby. cerdik la kalau takmau guna botol tu

    ReplyDelete
  8. Adoi.. Ragam anak-anak kan lea.. Setiap anak berbeza ragamnya.. Tabah lea menguruskan mereka.. Chayook.. Chayook..

    ReplyDelete