Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest  |  Seperti tahun sebelumnya, Lazada sekali lagi mengadakan Lazada Online Revolution 2017 dan kali ini bertemakan "Shop The Universe" yang akan berlangsung sepanjang bulan bermula 11 November sehingga 14 Disember 2017.. Pelbagai tawaran menarik dan produk popular dari jenama terkenal ditawarkan sempena Online Revolution ini..


Bersempena dengan Lazada Online Revolution 2017 ini, Lazada Malaysia juga telah menganjurkan Lazada Online Revolution Blogger Contest khas buat Blogger-Blogger di Malaysia dan mencari seramai lebih kurang 111 orang pemenang.. Waahhh ramai tu.. Jadi, apa tunggu lagi, jom pakat join contest ini.. Manalah tahukan ada rezeki untuk menang shopping voucher dari Lazada..

Lazada Online Revolution Blogger Contest, lazada contest, lazada online revolution 2017, lazada online revolution sales, online revolution sales

Oleh itu, aku juga tak mahu lepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta dalam contest anjuran Lazada Malaysia ini.. Rugi tau tak join.. Bak kata pepatah 'untung sabut timbul, untung batu tenggelam'.. hehe.. Berperibahasa pulak ye.. Ok, dengan lafaz Bismillah aku join contest ini.. Apa syarat-syaratnya? Yeahh, syaratnya kena jawab soalan la seperti tahun-tahun yang lalu.. Jom kita jawab soalan yang ada satu persatu..

Soalan 1
Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?  
Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apakah dan bagaimanakah pengalaman anda?

Ok, produk pertama yang pernah aku beli secara online di Lazada adalah smartphone.. LENOVO PHAB PLUS DUAL SIM... Tapi, time tu aku belum tahu lagi macam mana nak membeli secara online di Lazada dan untuk tidak mengambil sebarang risiko kecuaian aku sendiri, aku mintak pertolongan dari kawan aku untuk belikan aku smartphone tersebut..

Selepas itu baru aku belajar selok belok untuk membeli secara online di Lazada Malaysia dan produk pertama aku beli dengan jayanya adalah Pampers Drypers untuk anak aku.. Tapi tak up entry la pulak.. Adeh.. Bermula dari situlah baru aku tahu, membeli di Lazada sangat mudah dan websitenya adalah mesra pengguna..

Soalan 2
Which types of products would you prefer buying online?   
Jenis produk mana yang anda lebih suka membeli dalam talian?

Soalan yang paling aku suka jawab.. Haha!!

Produk yang paling aku suka beli secara online terutamanya di Lazada adalah produk kecantikan dan barangan anak.. Kebiasaannya produk-produk inilah yang biasa akan aku usha di laman web Lazada.. Kalau harga 'cantik', mesti aku grab punye..

Biasanya untuk produk kecantikan aku akan tengok BBCushion dan Lipstick.. 2 produk ni wajib aku usha terutama time Lazada buat sale... Untuk barangan anak pula, kebiasaannya aku akan tengok dan beli pampers.. Selalunya kalau Lazada buat sale, harga pampers memang memikat hati.. Murah gila-gila.. So, memang tak lepas peluang terus aje beli..

Soalan 3
What to you love about online shopping?  
Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?

Bagi aku, beli belah secara online ni lebih menyeronokkan berbanding shopping di kedai-kedai kerana bila shopping online, aku tak perlu buang masa untuk jelajah dari satu kedai ke satu kedai untuk cari barang yang diperlukan dan bersesak-sesak di shopping mall.. Lagi pula, itu semua sangat memenatkan, buang tenaga, membazir masa dan membazir duit untuk isi minyak kereta dan makan-makan.. Huhu..

Selain itu, shopping online ni pun lebih pantas dan mudah,... Yelah semuanya dihujung jari je kan.. Main klik-klik aje dah boleh membeli belah dan tunggu aje barang sampai depan pintu rumah.. Gile mudah..!! Lagipun semua barang keperluan ada dijual secara online... Sebut aje nak beli apa, pasti ada dijual.. Satu lagi, harganya lebih murah berbanding shopping di luar dan banyak tawaran hebat dengan diskaun yang berbaloi-baloi dan sales besar-besaran juga selalu diadakan.. Memang best!!

Soalan 4
Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?
Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk membeli di Lazada semasa Online Revolution sales?

Kalau diikutkan hati dan nafsu bershopping ni, macam nak memborong semua sekali yang ada kat Lazada tu.. Haha...!! Mane tak nye semua menarik dan murah-murah harganya.. Memang rambang mata jadinya.. Tak tahu mane satu yang nak diutamakan dulu.. Jadi, sempena Lazada Online Revolution sales ni, aku dah mark 3 barang untuk dibeli.. Nak tahu apa? Jom tengok..


Produk pertama yang aku akan usha bila bukak laman web Lazada Malaysia adalah Pampers!! Anak-anak aku dah bertukar ke jenama Petpet sekarang.. Memandangkan stock pampers anak aku yang baru mencecah usia 2 bulan tu dah nak habis, jadi aku bercadang untuk memborong Petpet saiz S ni.. Harganya agak menarik dan bolehlah aku buat stock.. Hiks..


Memandangkan baru-baru ni aku dah terlebih dahulu membeli BBCushion dan Lipstick di Lazada, jadi kali ni aku tak usha lah produk kecantikan ye.. Hehe.. Menyesal pulak beli awal sangat.. Kalau tak dapat lagik murah.. Tak pe la, keperluan mendesak masa tu kan.. So, produk kedua yang aku cadang untuk beli adalah Pensonic Chef's Like Air Fryer.. Dah lama aku idam-idamkan air fryer ni sebenarnya dan dah lama juga berada dalam wishlist aku menunggu masa sesuai aje untuk membelinya.. Bila tengok ada potongan 55% sempena Online Revolution sales ni, terus aje rasa nak beli.. Rugi tak grab tau.. Haha!!

Orite, nampaknya untuk kali ni, aku cuma nak dapatkan 2 barang ini sahaja di Lazada Online Revolution Sales yang bermula 11 November hingga 14 Disember 2017.. Nasib baik tempohnya masih panjang.. Sempatlah aku grab masa gaji nanti.. Tak sabar rasanya nak tunggu gaji untuk dapatkan barang-barang ni terutamanya Air Fryer tu.. Hehe.. Korang tak nak usha sama ke? Jomlah, jangan lepaskan peluang ni..

Oklah, semua soalan pun aku dah jawab.. Mesti korang nak tahukan hadiah yang ditawarkan dalam Lazada Online Revolution Blogger Contest ni.. Meh tengok hadiah-hadiahnya..
Prizes – More Participants, More Winners! 
Depending on the overall number of participants there will be either 25, 50, 80 or 111 winners :-

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners)
  • 1st Prize: 1 x RM300   
  • 2nd Prize: 9 x RM150   
  • 3rd Prize: 15 x RM100   

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners)
  • 1st Prize: 1 x RM500   
  • 2nd Prize: 15 x RM150   
  • 3rd Prize: 34 x RM100   

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners)
  • 1st Prize: 1 x RM750   
  • 2nd Prize: 35 x RM150   
  • 3rd Prize: 44 x RM100  

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners)
  • 1st Prize: 1 x RM1,000   
  • 2nd Prize: 50 x RM150   
  • 3rd Prize: 60 x RM100 

Menarik gila kot hadiahnya.. Buat blogger-blogger semua, jomlah join beramai-ramai contest ni.. Lagi ramai join, lagi banyak peluang untuk menang.. Rugi tak join..!! Kalau korang nak join, boleh klik link di bawah ini...





13 comments on "Lazada Online Revolution Blogger Contest"