Review Novel | Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah

Review Novel | Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah  |  Akhirnya aku dapat juga habiskan novel yang tersangatlah tebal ni.. Ketebalannya boleh membawa maut semasa membaca sekiranya tertimpa ke atas muka yang boleh menyebabkan sesak nafas.. Ekekeke.. Memang tebal gile oh! novel ni.. Rindu Awak Separuh Nyawa oleh Siti Rosmizah... Aku memang peminat karya beliau kerana karya beliau tak pernah menghampakan aku.. Jalan cerita superb ohsemmm!!

Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah
Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah
Dah lama sebenarnya aku start baca novel ni.. Bermula 16 Disember 2016 sehinggalah 28 Mei 2017 baru-baru ni aku berjaya tamatkan misi aku membaca buku ni... Memandangkan ianya terlalu tebal, membuatkan aku membacanya dalam tempoh yang agak lama.. Biasala, siang aku baca novel lain.. Malam baru aku hadap novel tebal  ni.. Malam pun hanya beberapa waktu aje aku spend untuk membaca.. Kengkadang sejam.. Kengkadang setengah jam.. Tu sebab lama sangat tempoh yang aku perlukan untuk habiskan pembacaan aku.. 


Tengok saja dari tepi novel ni.. Betapa tebalnya.. Kalau nak bawak kemana-mana memang tak terbawak oleh aku.. Tak larat ohh!! Bio le dia statik duduk dalam bilik aje dan aku habiskan membacanya dalam bilik aje.. Hehe.. Nak pegang masa baca tu dah sekian hal beratnya.. Sepanjang baca, berapa kali dah jatuh atas perut aku.. Hadoii.. 


Novel ni ada 156 chapter... Banyak gile.. Tu belum kira muka surat lagi tu.. Korang ghase, boleh habis tak dalam masa 1 hari kalau korang baca?? Kalau boleh, memang aku tabik spring kat korang.. Nak tengok berapa muka surat tak novel ni? Meh ikut ke gambar seterusnya..


Tu dia... 1225 muka surat hokeh!! Korang bayangkanlah ketebalannya.. Ehhh sori, aku terlebih review pulak pasal body novel ni.. Haha.. Biasala, nak la jugak aku bercerita tentang bodynya dulu kan.. Nanti baru review isinya pula.. Okeh, moh baca sinopsis novel ni dulu..


SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
************

Macam biasa, kemalasan menaip sinopsis masih tersisa pada jari jemari aku ni.. Jadinya, aku harap korang memahami akan jari jemari aku ni.. Hiks.. Nampakkan sinopsisnya kan.. Haa kalau tak nampak, leh baca kat sini jerk.. Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa...


REVIEW AKU
******

Rindu Awak Separuh Nyawa

My rating: 5 of 5 stars

Rindu Awak Separuh Nyawa.. Seperti karya Siti Rosmizah yang terdahulu, kisah cinta, kasih sayang kecewa, sedih diterapkan dalam novel ni.. Emosi sedih pasti ada yang membuatkan kita menitiskan air mata membacanye... Jalan cerita yang tak pernah mengecewakan dari penulisnya..

Permulaan cerita agak membosankan dan bergerak terlalu slow dengan kisah romantik antara Nazril dan Kasih Maisarah... Atau aku sendiri yang rasa bosan sebab dah lama tak baca novel romantik kan.. Haha... Sebab sebelum ni terlebih baca novel seram dan ngeri... Huhu.. Sampai di pertengahan novel, jalan cerita kembali menarik perhatian aku.. Aku makin serasi dengan kisah romantik mereka suami isteri... Disulami juga dengan kisah sedih mereka yang menyebabkan aku menitiskan air mata.. Nak tahu tak kisah apa novel ni?? Haha.. Moh aku cite sikit..

Orite, novel ni mengisahkan seorang student kolej, Kasih Maisarah berkahwin dengan seorang student lelaki kolej tersebut juga, Nazril Nazim atas dasar nak balas dendam dan nak menang betting... Pada awalnya, si Nazril ni memang tak suka dengan Kasih Maisarah kerana dia anak orang kaya yang kekwat, sombong, bongkak, bajet best dan bagai-bagailah perangai buruknya.. Lepas berlakunya satu insiden dimana Kasih Maisarah menyelamatkan dia dari dilanggar kereta dan Kasih Maisarah sendiri mengalami kecelakaan dalam kemalangan itu yang menyebabkan dia sukar untuk hamil, Nazril telah jatuh sayang dekat si minah kekwat tu.. Dan bersetuju untuk mengambilnya sebagai isteri... Kasih sayang dan cinta Nazril adalah tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura semata-mata untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu dan untuk menang betting..

Seperti cerita novel lain, akhirnya mereka jatuh cinta sesama sendiri.. Masing-masing berjanji setia.. Biasalah dalam sesebuah hubungan tu ada pasang surutnyakan.. Ada cemburu, benci, sakit hati dan bagai-bagailah dilalui mereka.. Sampai satu tahap, bila Nazril dapat tahu Kasih Maisarah tak ikhlas menyayanyinya, dia pergi dari hidup maisarah.. Padahal masa tu Maisarah dah ikhlas sayang dan cintakan dia.. Cuma terdapat salah faham dan mulut-mulut jahat yang menyampaikan cerita sehingga retak rumah tangga mereka..

Sekembalinya Nazril ke kampung halaman membawa diri, dia hendak ditunangkan dengan Huda pilihan uminya.. Uminya tak tahu menahupun dia dah kahwin sebab dia kahwin tanpa pengetahuan uminya.. Huda ni musuh si Maisarah tu sebenarnya,... Bila Maisarah dapat tahu, apa lagi dia pergi serang masa majlis tunang tersebut dan mengatakan dia mengandung untuk rancangan pertuangan tersebut..

Apa lagi jadi selepas tu.... Haaa korang baca sendiri la ye.. Penat aku menaip.. Takan nak cite semua.. Tebal kot buku tu.. Tapi jalan ceritanya memang best dan sedih... Aku siap menangis hokeh!! So, sila lah beli dan baca sendiri kesudahannya...

8 comments on "Review Novel | Rindu Awak Separuh Nyawa By Siti Rosmizah"
  1. Tebalnya...kalau kak PC mahu berminggu minggu ni Lea nak habiskan.. :) gigih...tapi baca sinopsisnya menarik..

    ReplyDelete
  2. Lama tak baca Novel Tebal2...

    Dulu zaman ada banyak masa, novel tebal macam nie, paling lagi 2 hari habis baca.

    ReplyDelete
  3. Tebal nya. Novel SR kalau tak tebal tak sah. Tp jln cerita dia semua best. Lamanya tak beli novel SR. Dulu gigih beli semua novel dia.

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya... 2 novel yang ada ada kat rumah tak abis2 baca lagi...


    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  5. Novel siti rosmizah ni semua tebal tebal. Haha. Sinopsis pun dah nampak menarikk..

    ReplyDelete
  6. Siti Rosmizah ni kalau tak bagi readers nangis, tak sah, hahahaha. Samala dulu baca novel SR kat hostel asrama, tekap muka kat dinding malu kat roomate.

    ReplyDelete
  7. Novel Siti Rosmizah memang best.. feel dia sampai pada pembaca..

    ReplyDelete