Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap! Memang sedap & mudah disediakan.

Friday, October 11, 2019

Yeahhh main masak-masak aku hari ni.. Hari ni aku buat nasi lemak.. Mood rajin tu datang tetiba-tiba.. Kalau tak, memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai.. Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi.. Hari ni jerk pelik sikit.. hehe... Eceli, aku tak pernah okeh buat nasi lemak.. Mesti korang tak percaya kan..?? Tapi itulah kenyataannya.. Aku memang tak pernah buat nasi lemak sepanjang hidup aku... Haha.. Hari ni lah firstime aku buat.. Alhamdulillah menjadik.. Risau jugak tak jadi kan.. Yela, dah tak pernah buat.. Biasa beli kedai aje.. Kikiki..

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap!


Inilah hasilnya.. Nasi Lemak Dan Sambal Bilis terlebih sedap... Untuk pertama kalinya ni, aku masak Sambal Bilis menggunakan pressure cooker... Agak susah sikit nak masak sebab tak dapat nak kontrol kepanasan... Pressure Cooker aku bukanlah yang jenis noxxa ye.. Tapi jenis kenwood sahaja.. Hehe.. Kalau guna dapur gas ni rasanya lebih mudah... Sebab boleh kontrol api.. Abaikan telur goreng tu ye.. Guna pressure cooker, telur tak berapa nak cantik bentuknya.. Kikiki.. Janji boleh makan..

Bebel dah panjang berjela... Tapi resepi belum aku perturunkan lagi kat sini.. Moh le kite pakat tengok Resepi Nasi Lemak dan Sambal Bilis Sedap ni.. Aku dapat resepi ni dari Blog Azie Kitchen ye... Tq Kak Azie...

******************

Nasi Lemak Sedap & Tahan Lama

sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :-
Beras - dibasuh & toskan
1 - 2 helai daun pandan - carik & simpulkan
1 - 2 inci halia - hiris kasar
1 cawan santan pekat @ 1 kotak santan kotak (aku guna santan kotak aje)
Sedikit Garam

Cara-cara menyediakan nasi lemak yang sedap

Masak nasi dengan air secukupnya.. Bergantung kepada jenis beras masing-masing. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.

Masukkan sedikit garam dan juga daun pandan yang telah dicarik & disimpul tadi.. Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat.. Kacau rata.. Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya.

**Kak Azie siap sediakan video lagi uolls.. Memang terbaik..



Sambal Tumis Sedap

sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :-
1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris
2 - 3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah / gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa / asam keping
Garam 

Bahan kisar :-
1/2 mangkuk cili kisar / 20 tangkai cili kering - direbus dan ditoskan
2 biji bawang besar
1 inci halia (aku tak masukkan.. terlupa.. haha)
Sebesar ibu jari belacan bakar (ni pun terlupa nak masukkan.. huhu)

Cara-Cara menyediakan sambal tumis sedap

Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau.. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak dan pecah  minyak.

Ianya memakan masa yang agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tandanya dah garing.

Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.

Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa / asam keping, garam dan ikan bilis.

** Warna sambal akan lebih cantik jika menggunakan asam keping.

Kacau rata dan biarkan masak dengan api yang perlahan.

Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Siap masak boleh la diangkat dan dihidangkan..

**Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya.


******************

Camtu la resepinya.. Aku lebih suka guna ikan bilis yang dah digoreng dan dimasukkan kedalam sambal.. Kalau ikan bilis yang belum digoreng tak syok rasanya... Hehe.. Korang boleh la try resepinya.. Memang best... Kalau nak lebih detail kena terjah page Kak Azie Kitchen la.. Banyak kot resepi kat sana.. Selamat mencuba..



30 comments:

  1. SEDAPNYA.....BESOK NAK BT NASI LEMAK LAAA...MENAMBAH LEMAK DI BADAN NI HIHIHI

    ReplyDelete
  2. Sedapnya!! Dari haritu plan nak buat nasi lemak tapi tak terbuat busy punya pasal

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap... Lama gak tak buat nasi lemak nih...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Terus rasa nak cr nasi lemak esok :)

    ReplyDelete
  5. Nasi lemak ni....aromanya pun dah buka selera kan Lea...alhamdulillah tahniah menjadi...lepas ni boleh masak lagi nasi lemak...

    ReplyDelete
  6. adoi.. asal la terbukak entri nih untuk blogwalking.. kan pepagi buta dah lapar.. hee~

    ReplyDelete
  7. Sedap! tiba-tiba rasa mcm nak carik nasi lemak lepas ni. hihi

    ReplyDelete
  8. ala.. lambat baca.. kalau tak boleh datang bawak pinggan.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Akak...buat...saya...LAPAR! Hahahaha.

    ReplyDelete
  10. Jumaat haritu ira dah makan nasi lemak homemade tapi lepas baca post akak rasa mengidam tu datang balik pulak hmm telan ailioq

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa. nasib tak puasa hari ni :D

    ReplyDelete
  12. Sy xpernah reti masak nasi lemak. haha. Selalu tgok mak je masakkan. Hikhik

    ReplyDelete
  13. skrg ni anak bujang dah pndai request nak breakfast nasi lemak, pagi2 subuh belum gi kerja melemak la kita, request nak sambal sekali..pndai makan dah dia..
    zie pun klu nk msak refer blog azie kitchen

    ReplyDelete
  14. Samalah ngn Sha.. Suka guna ikan bilis goreng buat sambal.. Baru rasa dia umph.. hehehe

    ReplyDelete
  15. nampak sedapp nasi lemak ...buat lapar ja..haha

    ReplyDelete
  16. Haha saya juga suka tengok resepi-resepi di blog kak Azie. Masakan yang saya selalu buat memang selalu refer pada blog dia.

    ReplyDelete
  17. Nampak macam sedap ja kak! apa-apa pun kena bagi masterchef syed dulu untuk rasa hahahaha okay.

    ReplyDelete
  18. Alangkah seronok kalau terror masak nasi lemak ikut citarasa sendiri.. Akak suka nasi lemak lembut dan wangi, sambal kena sedap jugak baru kick..

    Malangnya akak masih belum dapat menguasai skill masak nasi lemak sedap Lea.. 😅

    ReplyDelete
  19. waa nampak sedap tu nasi lemak lea ni... fuh.. lapar pula rasa pgi ni.. :D :D

    ReplyDelete
  20. sedapnya makan pagi-pagi ni, ngam sangat lah ni esok boleh buat. Hihi tq

    ReplyDelete
  21. Nak try jugak nanti..dulu adala pengalaman sikit niaga nasi lemak

    ReplyDelete
  22. Wahhh menggiurkan betul rupa sambal nasi lemak tu. Saya dari haritu nak buat nasi lemak, memang takdan nak buat. Haha. Btw done follow blog lea. :)

    ReplyDelete
  23. Salam. Lin pun guna resepi kak Azie. Memang sedap! Especially sambal tumis tu.

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  24. ohh..baru tau lahh. cara masak nasi dia. ehwhwhw..sebelum ni main tibai aje. tp tetap menjadi.. nnt nak guna resipi lea la pulak.tq

    ReplyDelete