Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah  |  Bila sebut jodoh pertemuan ni, mungkin ada dikalangan kita yang merasakan yang dirinya dipertemukan dengan orang yang salah.. Lebih tepat, bukan seseorang yang mereka impikan... Manusia mana ada yang perfect ye dak?? Semua tak sempurna.. Pasti ada kekurangannya.. Cumanya, bila dah merasakan diri dipertemukan dengan orang yang salah tak kiralah x-kekasih ke, x-wife ke, x-husband ke atau apa saje xxx pasti akan membawa gundah sepanjang kehidupan mereka.. Rasa tak bahagia.. Rasa tak selesa dengan pasangan.. Mungkin ada juga yang timbul perasaan benci.. Betul tak?? Sesungguhnya ada sebabnya ALLAH SWT tu pertemukan kita dengan pasangan kita.... DIA lebih mengetahui segala-galanya.. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita..

sumber foto : rusydee artz

Yang kita suka itu belum tentu ianya baik buat kita.. Sebaliknya yang kita tak suka itu tak semestinya ianya buruk buat kita.. Sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih Maha Mengetahui..

Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah?

  • Memang ALLAH sengaha menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk megalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

10 comments on "Kenapa Kita Ditakdirkan Bertemu Orang Yang Salah"
  1. ada hikmah di sebalik semua ni kan kak lea.

    ReplyDelete
  2. I just posted the same thing, but more to avoiding. Anyways... Marriage/Relationship is hard because they are an aspect of this dunya and everything in this dunya is a trial for us. Same goes on this topic, why is the person we love/like is not the "right" person? Because separating is just one of those trials and tribulations in life.

    ReplyDelete
  3. segala yang berlaku ada hikmahnya. yang pasti, Allah knows the best for us ;)

    kc tag kak lea kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html :)

    ReplyDelete
  4. Dan mengapa Allah jodohkan kita denfan orang yang salah..kerana Allah tahu kita mampu hadapinya.Bersyukurlah kalau berasa bahagia dan dirasakan menemui jodoh yang betul.Sekiranya kira berasakan tersalah berjodohan..jangan terlalu mencari dan melihat salahnya pasangan..tetapi lihat juga diri sendiri kerana perkahwinan itu perjuangan dan perkongsian bukan mencari juara.

    ReplyDelete
  5. Setuju! Setiap sesuatu pasti ada sebab disebaliknya ๐Ÿ˜‰ Dan, memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita

    ReplyDelete
  6. Allah lah sebaik-baik perencana dalam dunia nie. Mesti ada something special yang Allah nak bagi untuk kita dibalik tu semua. Kita pun kena perbaiki diri juga, biar tak jadi salah satu orang yang salah tu

    ReplyDelete
  7. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia mungkin orang yang salah tapi pengajaran yang kita dapat selepas bertemunya akan dijadikan sempadan dan peringatan dalam kehidupan =)

    ReplyDelete
  8. Allah nak kita ambil hikmah.. hidup tak selalunya indah๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  9. in sha ALLAH, setiap yang berlaku ada hikmahnya. takdir Allah itu berseni
    JanjiKita

    ReplyDelete
  10. Setiap yang berlaku itu sudah ditakdirkan Allah.. Kita je kena berusaha untuk redha dan menerima seadanya.. Mesti ada sebab dan hikmahnya..

    ReplyDelete