NutriBrownRice™ Minuman Berkhasiat Berasaskan Beras Perang

NutriBrownRice™ Minuman Berkhasiat Berasaskan Beras Perang  |  Sekarang ni kalau pergi ke kedai-kedai yang menjual minuman kesihatan, terdapat pelbagai jenis dan jenama.. Kadang-kadang sampaikan tak tahu nak pilih yang mane satu untuk di cuba dan yang mana satu lebih berkhasiat dan betul-betul baik untuk kesihatan.. Entry kali ni aku nak share dengan korang tentang satu minuman kesihatan iaitu NutriBrownRice™ minuman berkhasiat berasaskan beras perang.... Korang pernah dengar tak jenama minuman ni? Kalau tak pernah dengar, meh aku cite kat korang tentang minuman yang berkhasiat ni.. Aku dah cuba tau minuman ni.. Sedap..!!

NutriBrownRice™ Minuman Kesihatan Berasaskan Beras Perang
NutriBrownRice™ Minuman Kesihatan Berasaskan Beras Perang


"I hate Brown Rice and I really can't swallow oats!!"

Ada tak dikalangan korang yang macam ni? Haaa kalau korang tak suka makan beras perang dan tak boleh nak telan oats, apa kata korang cuba NutriBrownRice™ brown rice instant beverage ni.. Aku ni memang jenis yang tak suka makan oats.. Sebab tu aku cuba minuman ni supaya khasiat oat tu aku dapat daripadanya.. Hiks..

Kenapa NutriBrownRice™

Selepas bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan, Abrand Food Malaysia akhirnya mengeluarkan satu minuman segera berasakan beras perang yang digemari oleh setiap orang di serata dunia.. Minuman berkhasiat ini didagangkan sebagai NutriBrownRice™....

NutriBrownRice™ diperbuat daripada beras perang yang terpilih dan terbaik dari sawah padi di Utara Malaysia... Beras perang adalah bahan utama dalam minuman ini... NutriBrownRice™ juga diperkaya dengan vitamin dan mineral semulajadi.. Aku rasa korang sendiri pun tahu kan, manfaat kesihatan dari beras perang ni kan... Ia sangat bagus untuk kesihatan.. Pakar pemakanan sendiri pun mengesyorkan beras perang sebagai sumber pemakanan yang sangat baik untuk memenuhi pusingan nutrisi badan kita kerana ia mengandungi mangan, magnesium, zat besi, selenium,vitamin B1, B3, B6, E, fiber, protien dan gamma-oryzanol..

5 manfaat beras perang yang perlu korang tahu!!


Ok, manfaat beras perang korang pun dah tahu.. Mesti korang nak tahu tentang produk NutriBrownRice™ pulak kan.. Meh aku cerita...

Produk NutriBrownRice™ ini selamat untuk di ambil oleh semua peringkat umur.. Bukan setakat di Malaysia sahaja produk ini dijual tapi ia juga dijual di China, Singapura, Hong Kong, Korea dan Eropah.. Paling penting, produk NutriBrownRice™ ni mempunyai sijil HALAL dan memperolehi beberapa pengiktirafan dan anugerah antaranya ialah :-


Jadi, korang tak perlu ragu lagi untuk mengambil produk ini sebagai produk kesihatan korang... Minuman ini terdapat dalam 6 perisa utama.. Aku dah cuba 5 daripadanya.. Kebanyakannya aku suka rasanya.. Smooth and yummy... Jom aku tunjukkan satu persatu perisa yang ada..

NutriBrownRice™ terbahagi kepada 2 kategori iaitu Low Sugar Series dan No Sugar Added Series.... So, kita boleh pilih yang mana satu yang kita suka.. Sama ada yang kandungan gula rendah atau tiada gula tambahan..


Dibawah kategori Low Sugar ni terdapat 3 perisa iaitu Original, Oat with soy lecithin dan Chocolate...


Original Flavor
Serbuk beras perang tulen yang dihasilkan dengan teknologi state of the art American, tidak mengandungi addictives, pengawet atau pewarna tiruan.. Aroma asli beras perang semulajadi membuatkan anda terpukau... Sedikit gula perang membangkitkan rasanya untuk memberi dorongan kepada anda untuk mengambilnya dengan lebih kerap.. Sesuai untuk semua dan mempunyai rasa yang tersendiri..

Perisa Original ni aku dah rasa time aku breakfast tempoh hari... Rasa dia pure beras perang.. Kalau yang sukakan keaslian rasa pasti terpikat dengan perisa original ni.. Macam aku ni lebih suka yang ada perisa lain.. Biasa kalau makan apa aje yang mempunyai banyak perisa, pasti aku pilih yang berperisa dan bukan yang original.. Hehe.. Tapi aku tetap boleh minum perisa Original ni walaupun rasanya asli beras perang..


Oat with Soy Lecithin Flavor
Mengandungi emping Oat dan Soy Lecithin... Kalau anda seorang yang tidak suka oat, bila cuba minuman beras perang + oat ini pasti akan sukakanya.. Soy Lecithin dapat meningkatkan fungsi otak, merendahkan kolestrol dan ia adalah penting untuk kesihatan hati..

Aku sebenarnya teringin nak makan oat bila ramai yang cakap oat ni bagus untuk kesihatan.. Tapi bila aku makan, memang tak boleh nak telan sebab aku tak sukakan rasanya dan ia agak melekit.. huhu.. Bila aku cuba NutriBrownRice™ perisa Oat with Soy Lecithin ni, aku sukakan rasanya.. Kiranya lepaslah hajat aku nak makan oat kan.. Haha.. Walaupun dalam bentuk minuman, sekurang-kurangnya aku dapat khasiat dari oat yang ada dalam minuman kesihatan ni.. Terbaik..!!


Chocolate Flavor
Mengandungi Zat Besi dan Kalsium, baik untuk pembentukan darah dan kesihatan tulang kerana bahan utamanya adalah beras perang dan bukannya coklat/malt.. Ia tidak menyebabkan "kepanasan" kepada badan anda.. Mungkin lebih lazat daripada minuman coklat yang lain! Sesuai untuk kanak-kanak..

 My favorite flavor

Yeahh ni adalah flavor kegemaran aku.. Haruss up gambar lebih sikit untuk flavor ni.. Hehe.. Aku ni memang penggemar perisa coklat sebenarnya....  Jadi, tak hairanlah kalau flavor ini yang menjadi pilihan aku dalam banyak-banyak perisa yang ada.. Rasanya ofkos lah sedap.. Tak perlu tunggu lama untuk habiskan secawan minuman ni.. Nampak sangatkan aku suka perisa coklat.. Haha..



Yang ini pula kumpulan minuman tiada gula tambahan.. Juga terdapat 3 flavor iaitu Original (no-sugar added), Original (with inulin) dan Honey.. Hanya original (with inulin) sahaja aku belum cuba.. Mungkin akan datang...


Original (no sugar added) Flavor
Sesuai untuk semua, terutama bagi orang-orang yang mengamalkan low sugar diet... Ia mengandungi inulin yang bertindak sebagai prebiotik untuk menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.. Ia sangat lazat.. Sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan makan malam.. 
Yang ni memang tak de gula tambahan tetapi mengandungi inulin.. Flavor ni sesuai untuk mereka yang mengidap diabetes.. Aku dah cuba, rasa dia memang agak tawar.. Mungkin sebab itu ia bagus untuk kesihatan kita ni.. Yela kalau gula berlebihan tak ke mengundang penyakit... Biasa yang tak sedap tu la ubat kan.. hehe..


Honey Flavor

Madu dalam paket berasingan
100% semulajadi dan disertakan bersama sepaket madu bunga asli dibungkus secara berasingan.. Jadi terpulang kepada anda untuk menambahkan madu tersebut mengikut kesukaan anda.. Madunya juga mempunyai rasa yang semulajadi.. NutriBrownRice™ (honey) masih dikategorikan sebagai minuman yang rendah gula walaupun anda menambah sepaket madu bunga tersebut.. Madu dapat menggalakkan tidur yang lebih baik, ransangan memori dan ini merupakan minuman tenaga yang sangat baik.. Ia adalah gabungan yang sempurna dengan beras perang.. Menjadi kegemaran wanita..

Betul tu.. Menjadi kegemaran wanita.. Aku pun suka perisa ni.. Yang bestnye, kita boleh sukat sendiri madu dalam minuman ni.. Sebab madu diberi secara berasingan.. So, kite boleh letak berapa banyak yang kite nak.. Nak letak satu paket terus pun boleh sebab ianya masih dalam kategori kurang gula.. Rasanya sedap.. Memang satu gabungan yang sempurna.. Sungguh pun begitu, pilihan utama aku tetap perisa coklat ok.. Haha!!



Untuk perisa yang terakhir ni aku up gambar ni je la ye.. Sebab aku tak ambil perisa ni.. So, aku nak komen rasanya pun tak boleh coz aku tak rasa lagi... Mungkin akan datang kalau aku beli perisa Original (with inulin) ni aku akan review.. Yang pastinya, untuk flavor ni, sesuai untuk ibu-ibu mengandung..

Okey lah.. Rasanya semua dah aku ceritakan kat sini tentang minuman kesihatan NutriBrownRice™ ni.. Aku sangat recommended produk ni untuk korang cuba.. Selain sedap diminum, ianya sangat berkhasiat dan memberi manfaat kepada tubuh badan kita.. Yang paling penting, ianya HALAL dan diiktiraf.. So, tak perlu was-was untuk mengambilnya..

Jom tengok feedback dari pengguna produk NutriBrownRice™ ini..


Kalau korang nak mendapatkan produk NutriBrownRice™ ni, korang boleh dapatkannya di Pasaraya Aeon (bukan Aeon Big okeh!!), Cold Storage, Sam's Gloceria dan Popular Bookstores.. Haa dekat kedai buku pun ada jual.. Kalau ada yang jenis ulat buku, sesambil cari buku tu leh usha produk ni terus dekat kedai buku popular tu.. Hehe..


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Email
info@abrandfood.com

Skype ID
abrandfood

No. Contact
012 797 7723



13 comments on "NutriBrownRice™ Minuman Berkhasiat Berasaskan Beras Perang"
  1. Mrs pip pun suka minum minuman berasaskn beras perang,
    Nnt nak try pula brand ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la yg ni pulak Mrs Pip.. Rasa kelainannya..

      Delete
  2. perisa cekelat tu macam sedap. selalu imeji minuman berkhasiat ni tak berapa sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat perisa coklat mesti menyukainya.. hiks..

      Delete
  3. brown rice ni bagus kalau orang menghidap kencing manis..

    ReplyDelete
  4. pernah minum lama dulu..tak ingat brand apa..tp sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba yang ni pulak.. Memang ada kelainan..

      Delete
  5. Replies
    1. Hehehe kene cuba dulu sha baru tau.. Hiks..

      Delete