Carrie Junior Kini dalam Pek Isian Semula Lebih Mudah Digunakan

Wednesday, March 29, 2017

Assalamualaikum wbt..

CARRIE JUNIOR Kini dalam Pek Isian Semula Lebih Mudah Digunakan  | Sebut aje tentang mandian kanak-kanak ni, mesti ada yang tengah dok runsing untuk memilih jenama yang sesuai untuk digunakan kepada anak masing-masing kan... Cam aku dedulu.. Kemaheeennn risau nak pilih mandian yang sesuai untuk anak aku tu.. Ye la, risau tak sesuai, nanti kulit anak jadi kering ke, tumbuh bintik-bintik ke, tak ke haruu jadinya..

Lepas dah mencuba beberapa jenis mandian, nampaknya CARRIE JUNIOR lebih sesuai untuk kulit anak aku.... Kulit pun tak kering dan paling best, wangi wehhh bau dia.. Aku suka!! Haha...

"Ini semua Adik yang punyeeee", kata Qhaliff.. hehe

Ok, kalau korang nak tahu jenama CARRIE JUNIOR ni dah lebih daripada 20 tahun mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi.. Sebagai jenama yang dipercayai dan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti..

Memandangkan sekarang ni kos sara hidup semakin meningkat, aku sebagai pengguna ni harusssss mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan aku setiap bulan... Almaklumlah, gaji tak berapa nak lumayankan.. Kene la cari cara nak kurangkan perbelanjaan tu.. Tapi, walaupun bajet aku ni agak ketat tak bermaksudlah aku perlu korbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya keperluan penjagaan diri untuk anak aku.. Jadi, untuk 'meng-kurus-kan' sedikit perbelanjaan bulanan, aku memilih untuk membeli mandian CARRIE JUNIOR Refill Packs.. Jimat ohh!! Dah la jimat, mudah untuk digunakan pula tu.. Hiks..


Orite, kalau korang nak tahu CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula sebagai satu pilihan untuk penjimatan kos.. Pek isian semula mudah guna dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.. Haaa korang kalau nak berjimat macam aku, belilah CARRIE JUNIOR Refill Packs ni ye.. Hidup ni kenalah pandai berjimat cermat.. ye tak??.. hehe

Selain itu juga, kelebihan pek isian baru ini adalah turut membantu memulihara alam sekitar kita kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.... Wahhh 2 in 1 tuu uollsss... Boleh berjimat dan juga boleh menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik..

Ok, CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.. 


CARRIE JUNIOR 
BABY HAIR & BODY WASH
( 500g )

Harga
RM 9.90 (SM)
RM 10.40 (S/S)
( Termasuk GST )



CARRIE JUNIOR
BABY BATH
( 500g )

Harga
RM 8.90 (SM)
RM 9.30 (S/S)
( Termasuk GST )



INFO CARRIE JUNIOR
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito-E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut di manja.
Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. CARRIE JUNIOR yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf HALAL, rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion dan Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. 

Okeh, itu serba sedikit tentang CARRIE JUNIOR yang perlu korang tahu... Hah, tentang produk ni korang dah pun tahu, mesti korang nak tahu kat mane boleh korang beli produk CARRIE JUNIOR ni kan?? Produk CARRIE JUNIOR ni boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.. 


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook


17 comments:

  1. yes..bila dah ada isian semula ni lagi jimat

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Biras kak PC pun guna carrie junior untuk anak buah kak PC..hihihi..tengok tu kalau balik kampung banyak je stok dia beli..

    ReplyDelete
  3. Anak Amy pun suka carrie junior ni.... kalau beli isian semula ni memang lebih jimat

    ReplyDelete
  4. Groovy grape memang pilihan dari dulu..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. Wah.. menarik.. boleh jimat banyak nih...

    ReplyDelete
  6. Yes ! Nnt tkde la berbotol botol kat rumah. Ni penuh botol. Recycle pun tk dtg rumah dh skang --' Tp carrie junior ni memang best bau dia !

    ReplyDelete
  7. mmg best sabun ni
    anak2 lah paling suka
    jenuh main sabun dlm bilik air
    jimat dah satu hal kan

    ReplyDelete
  8. Wah.. bestnya.. Sha suka bau dia.. wangi..

    ReplyDelete
  9. harga yang mampu milik... Bonde suka bau yang warna purple

    ReplyDelete
  10. amboi. model dia handsome sungguh :)

    ReplyDelete
  11. Umur elsa boleh lagi tak pakai jenama nie hakhakhak. Rindu nak pakai masa kecik

    ReplyDelete
  12. oo baguslah buat camni. harga pun tak mahal dah

    ReplyDelete
  13. memang ni jadi pilihan ibu2.. kak ipar pun suka guna

    ReplyDelete
  14. mesti wangi ni kan sabun carrie junior yang baru ni.

    ReplyDelete
  15. cutenya model carrie junior tuu.. hehe. comel diaaa

    ReplyDelete
  16. banyk nya carrie junior. wangi la dia nnti.

    ReplyDelete