6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut

Sunday, March 7, 2021

Assalamualaikum wbt..


6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut  |  Pergghhhh.... !! Kalau bab kasut berbau ni memang tak boleh blah... Boleh pengsan baq hang!! Tengok kucem tu sudah leee.. Mati terlentang penangan bau kasut... Haha..

Bila kasut hapak, kaki pown turut serta berduet hapak sama.. Kalau nak menyinggah kemana-mana yang memerlukan kita membuka kasut, mesti fikir banyak kali sama ada nak singgah atau tak kan.. hehe.. Contohnya kalau nak ke butik yang memerlukan kita membuka kasut sebelum masuk.. Mahu pengsan semua yang ada dalam butik tu bau kaki kita.... Dah kasut berbau, automatik membawak sampai ke kaki... Ye dak??



Oleh itu, jom kita cuba carik jalan penyelesaian bagi masalah kronik ini... Dekat sini aku nak share beberapa tips yang boleh korang cuba bagi menghilangkan bau kasut yang hapak.. Cuba la mane tau menjadikkan.. Tak cuba tak tahu.. Yang penting kita usaha dan mencuba... Jom kita cuba tips dibawah ni..

1.  SODA BIKARBONAT

Taburkan sedikit soda bikarbonat di dalam kasut.. Soda bikarbonat berfungsi menyerap bau busuk dan membuatkan kasut kembali segar.. Taburkan danbiarkan semalaman dan keesokan harinya keluarkan baki soda bikarbonat tersebut.. Insyaallah, bau hapak akan hilang...

2.  BEDAK BABY

Bedak baby juga boleh menghilangkan bau hapak kasut dan mempunyai fungsi yang sama seperti soda bikarbonat.. Sekiranya soda bikarbonat tiada, bolehlah menggunakan bedak baby sebagai ganti..

3.  LETAK BELAKANG PETI AIS

Cara ni memang femes time sekolah dulu.. Basuh petang, pastu letak belakang peti, esok pagi dah kering sekering keringnya.. Bila kasut betul-betul kering, bau hapak pown susah nak hinggap pada kasut.. Hehe..

4.  SURAT KHABAR

Balut kasut dengan surat khabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin.. Kertas surat khabar dapat menyerap bau hapak pada kasut..

5.  BIJI KOPI

Ambil beberapa biji kopi dan balutkan dalam tisu.. Letakkan balutan kopi tadi ke dalam kasut dan biarkan semalaman..

6.  JANGAN PAKAI KASUT KETIKA KAKI BASAH

Untuk mengelakkan kasut daripada berbau hapak, jangan pakai kasut ketika kaki basah atau lembab kerana ianya membolehkan bakteria membiak dan merebak.. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat....


6 tips yang boleh korang cuba.. Tapi yang paling penting, kebersihan kaki perlu dijaga agar kaki sentiasa sihat dan segar.. Baru lah tiada lagi bau hapak pada kaki mahupown kasut..

Selamat mencuba.. :)




6 comments:

  1. Nak nagis tengok gambar kucing tu haaa.. laaa banyak rupanya tip2 nak elak bau hapak kasut

    ReplyDelete
  2. biji kopi tu mmg berkesan :) dulu dulu je hadapi situasi ni. time skolah. masuk library semerbak stokin --'

    ReplyDelete
  3. selalu buat yang no 3 masa sekolah dulu.. hehe

    ReplyDelete
  4. Bagus tips nie.. Sha bookmark.. nanti boleh cuba.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Nak pengsan bau kasut suami haha. Kasut futsal/bola terutamanya.😂😂 tq share tips

    ReplyDelete