Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Meatball Mat Bulat!!

Wednesday, October 26, 2016

Assalamualaikum wbt...

Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Meatball Mat Bulat!!  |  Throwback cerita semalam... Nak dijadikan cerita, semalam time balik kerja kitorang suami isteri berpakat tak nak makan petang tu... Kami plan malamnya nak pergi jenjalan dekat bandar Kuantan untuk cari makan.. Nak dijadikan cerita lagik, encik somi ternampak la post di FB yang agak ter-viral hehe tentang kesedapan Nasi Ala Kak Wok di Taman Kerang berhampiran masjid negeri.. Kitorang apa lagi terus kesana mencari-cari kereta yang menjual Nasi Ala Kak Wok itewww!!

Dekat situ ramai yang berniaga dengan hanya membuka bonet kereta.. Carbooth kata omputeh.. Ahakz.. Time tu hujan pulak.. Cari punya cari tak jumpa la pulak.. Aduii cam ada perasan frust la sikit time tu.. Encik somi selongkar balik FB tuan nasik tu.. Rupanya dorang tak datang lagi sebab hujan.. Katanya pukul 9 baru dorang buka 'kedai'... hehe.. Makanya, kami melilau dulu la kawasan tu.. Dah kenapa tetiba nampak pulak sesuatu yang menarik... Meatball Mat Bulat!!! Tak pernah cuba lagi... Encik somi nak try.. Nampak cam sodap katanye!!

Kios Meatball Mat Bulat at Taman Kerang, Kuantan

Aku tengok kat Menu Meatball Mat Bulat ni terdapat 3 set yang berbeza mengikut jumlah meatball itu sendiri... 

Set 1
5 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 5.90

Set 2
7 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 9.90

Set 3
10 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 11.90

Kami pilih set 3 untuk 3 orang makan.. Aku, Encik Somi dan Si Kecik tu.. Ahakz.. Sebenarnya kami tak pernah tahu pown tentang kewujudan Meatball Mat Bulat ni.. Yelah kami bukanlah peneroka makanan kan.. Pernah ternampak kios Meatball Mat Bulat ni di Jaya Gading tapi tak la pulak kami tahu tentang kefemesan meatballnya itewww!! Hehe.. Sehinggalah semalam kami mencubanya buat kali pertama dan barulah kami tahu yang Meatball Mat Bulat ni sebenarnya dah viral rupanya... Ketinggalan kapal terbang betul kami ni.. Haiss..

Dah siap beli Meatball Mat Bulat tu, kami mencari pulak kakak yang jual Nasi Ala Kak Wok tu... Alhamdulillah dorang dah bukak 'gerai' dorang.. hiks.. Secara Drive Thru kami mengoder Nasi Ala Kak Wok.. Encik somi tak nak sebab dia simpan perut untuk makan meatball nanti.. So, aku order untuk aku jerk la.. 


Siap beli semua, kami pown balik la kerumah untuk mengisi perut yang sedang lapar... Misi tercapai malam tu.. Alhamdulillah... Rasa tak sabar-sabar dah nak sampai umah kerana perut dah minta untuk diisi.. Jom tengok hasil tangkapan kami semalam..

Set 3 pilihan kami bertiga

Nasi Ala Kak Wok

Sampai umah, aku pekena nasi ala kak wok dan encik somi dan qhaliff pekene meatball.. Aku tengok encik somi dengan berseleranya dia makan Meatball Mat Bulat.. Sedap katanya.. Aku macam tak berapa nak percaya dia punya sembang tu.. Tapi untuk kepastian, aku suruh juga la dia simpan untuk aku sikit.. Pada mulanya dia nak simpan 5 ketoi untuk aku, tapi aku larang sebab banyak sangat pulak rasanya.. Dah la makan nasi dah seround, pastu nak makan pulak meatball 5 ketoi.. Mane nak sumbat tuuuuu.. So, aku suruh dia simpan 3 ketul aje.. Yang lain dia kongsi dengan anak.. Hehe..

Kemain berselera agik sikecik tu makan meatball.. Selalunya takde la selera sangat dia makan.. Kali ni lain sikit selera dia.. Aku agak sebab dia lapar mulanya... Sampailah turn aku pulak try Meatball Mat Bulat tu lepas aku makan nasi.. Pergghh patutlah si Qhaliff berselera sangat, rupanya sedap meatball ni... (Nasi tu aku kongsi jugak dengan en somi sebenarnya sebab dia pown nak try jugak Nasi Ala Kak Wok tu.. Haha.. Kira kongsi-kongsi la..)

Firstime meatball masuk mulut dan aku rasa dia punya sos, pergghhhh memang melatop arr!! SEDAP SANGAT WEHHH!!! Kalah meatball ikea... Perghhhh membuka selera aku dan kene dengan selera aku... Ehhh cam tak cukup jerk 3 ketul ni.. Haha.. Memang tak cukup la.. Rasa tak puas makan.. Terus cakap dekat encik somi, esok kene ripit order ni.. kihkih.. Serius babe, sedap sangat.. Takat hari ni yang pernah aku makan meatball, Meatball Mat Bulat ni la paling best aku rasa.. Paling utama TAK MUAK!! Sos dia terbaikkk!! Pendek kata memang selera aku la... 

Cawangan Meatball Mat Bulat ni yang aku tau yang utama di Indera Mahkota 6.. Selain tu ada juga di Jaya Gading.. Dekat tempat lain aku tak pasti sebab tak survey lagik.. Haha.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Meatball Mat Bulat ni korang boleh usha dekat facebook dorang ye..

Facebook Meatball Mat Bulat

Gerai Meatball Mat Bulat at Indera Mahkota 6

Sebelah tu ada orang jual Air Mangga

Nampak tak gambar dekat atas ni.. Haaaa ini bermakna aku dah ripit order ye untuk malam ini.. Haha.. Dalam pukul 8.30 tadi kami pergi mencari gerai ni untuk meripit order meatball yang sodap tu.. Huru hara sekejap mencari gerai ni tak berjumpa.. Tetapi akhirnya jumpa jugak lepas pusing sana pusing sini.. Ahakz.. Kali ni kami order 2 set.. 1 set yang 5 ketul dan 1 set lagi yang 10 ketul.. Gile arrr kan penangan Meatball Mat Bulat ni.. Encik somi dah cuak dan siap tanye, boleh habis ke ni?? Aku cakap mesti habis punya.. Sedap tuuu!! Haha..


Tu diaa.. Banyak gile kowt... Siap dapat extra 2 ketul agik sebab mesh potato + roti ada satu aje.. Kire dia ganti balik la kan.. Hehe.. Kali ni untuk aku dan anak 10 ketol dan encik somi 7 ketul.. Licin kami makan ohh!! Anak makan 2 ketul, aku bedal 8 ketul.. 

Kalau korang tinggal di kuantan dan terasa nak makan meatball dan tak tahu dekat mana sedap, haaa aku suggest korang try Meatball Mat Bulat ni.. Gerenti puas hati dan berbaloi-baloi.. Aku gerenti lagik korang akan ripit order.. Huhi.. Kat mana nak cari gerai ni?? 



Klik Maps SINI



PENANGAN MEATBALL MAT BULAT



Kawan aku pown terjebak sama.. Haha!!


4 comments:

  1. Nak rasa juga.. Tunggu datang Kuantan nampaknya.. :p

    ReplyDelete
  2. Ala.. Cam nak beli jugalah...
    Lea lah nie.. Kat tempat Sha nie puan ada gak Stall nie rasanya..
    Cam pernah nampak.. sebab dia kejap ada.. kejap x de..

    ReplyDelete
  3. Berkenan lah nak makan sini. Hope sempatlah kalau ke sana nanti. Kulacakes pun tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete