Batuk Masih Tak Sembuh.. Petua Paling Mujarab......?

Assalamualaikum wbt..


Batuk Masih Tak Sembuh.. Petua Paling Mujarab......?  |  Allahuakbar.. Batuk aku masih tak sembuh juga.. Malahan makin menjadi-jadi.. Tak tahu lah kenapa kali ni agak lama batuk dan setiap petua yang aku amalkan tak menjadi jugak.. Mungkin inilah dikatakan jika dengan izin Allah akan sembuh.. So, aku masih perlu berusaha untuk mendapatkan izin Allah itu barangkali.. Hehe..

01 Oktober lalu aku ada up status dekat facebook bertanyakan kengkawan kalau-kalau dorang tau petua untuk hilangkan batuk.. Banyak jugak respon yang aku dapat daripada rakan facebook aku yang baik hati itewww!!


Tu dia.. Berjela dok ada.. Macam-maca petua diturunkan mereka untuk aku.. Aku dengan berterima kasihnya pada mereka sebab sudi bagi petua pada aku.. Banyak jugak yang aku cuba tapi nasib tak menyebelahi aku lagi untuk sembuh.. Kalau sebelum-sebelum ni, aku redah petua Kicap + Limau nipis aje dah boleh baik.. Kali ni, segala petua yang dicuba semua tak menjadik.. Adehh.. Buntu 5 minit..


Dah bila segala petua tak menjadi pada aku, adalah sorang kawan opiz ni suggest beli ubat batuk Wood's dan gula-gula Wood's... Beli la aku.. Makan la sampai kembung perut aku dok telan ubat aje dengan gula-gula.. Memang lega tekak aku bila pekena wood's ni tapi hanya seketika.. Kecewa jugak aku.. Ubat batuk ni dah nak habis aku makan tapi tak baik jugak.. Haddoiii.. Pedih tekak mak ni nakkkkk!! Apa harus ku buat lagi??

Dengan keadaan aku yang batuk agak teruk dan tanpa henti ni, boleh mengganggu orang sekeliling terutama kawan-kawan opiz aku yang sedang bekerja.. Hancussss tumpuan dorang pada kerja disebabkan aku memekak batuk dalam opiz.. Haha.. Sori la geng!! Tak dapek den nak nolong ehh!! Takan nak berkampung dekat luar opiz lak kan.. Ekeke..

Kawan opiz aku yang sorang ni kesian tengok aku agaknye, dia bawak madu tualang dari rumah dia untuk aku.. Aku dipaksanya minum madu tersebut... haha.. Aku ni bab minum madu ni la masalah sikit.. Tapi nak jaga hati kawan dan nak baik jugak batuk ni secepat mungkin, aku telan jugak la walaupown rasa madu tu sangatlah tak best pada aku.. Adeyyyy!! Madu yang dia kasi tu aku tinggal dekat opiz supaya dapat bantu aku dikala aku memerlukan.. Ahakz.. Bila aku makan madu tu, barulah rasa lega sikit batuk tapi masih tak baik la.. Cuma ada perubahan sikit. Tekak jadi selesa dan batuk tak de la non stop dah.. Kengkadang aje non stop... 

Madu Tualang

Bila dah ada perubahan dan mulalah aku terfikir untuk simpan madu sebotol dekat rumah.. Boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan macam sekararang ni.. Ye dak?? Makanya, terus aje aku order sebotol madu tualang dekat member satu tempat kerja aku.. Dah nama lagik madu tualang, harga pown bertulang-tulang la mahalnya.. Tapi tak pe la janji berbaloi-baloi khasiat dia kan.. 

Moga-moga lepas ni sembuhlah batuk aku ni dengan asbab madu tualang ni.. Makanan sunnah nabi jugak ni.. Banyak khasiat kowt.. Bukan takat leh baik batuk aje.. Macam-macam khasiat yang ada pada madu ni sebenarnya.. Aku je buat buta hati degil tak bertempat tak nak minum madu ni.. Hehe.. Tapi sekarang tekak dah serasi dengan madu.. So, lepas ni boleh minum selalu tanpa rasa was-was.. Ahakz..

Petua yang member aku kasi baru petang tadi di opiz.. Untuk mengekalkan khasiat madu ni, jangan gatai-gatai pi letak dalam peti.. Nanti habis semua terbang melayang khasiat yang dok ada pada madu itu... Hehe.. Aku yang tak tahu ni dah termasukkan madu yang kawan aku bagi tu dalam peti.. Haha.. Membebel setaman kawan aku tu.. Kikiki.. Sori bosss.. Tak sengaja.. Haha..

Ok, dah lewat nak tido.. Esok ada sukaneka kat tempat aku kerja.. Kang tak sedo lak pagi esok.. Bubey korang.. Selamat Malam..  Doakan aku sembuh cepat ye korang... Tq korang.. Huhuhu..


9 comments

  1. ekin sapu vick dekat dada n minum pati delima gulsan tahan la batuk dari melarat

    ReplyDelete
  2. Madu asli mmg mahal tak hengat, tapi tulah khasiat dia pun power habis.

    ReplyDelete
  3. Batuk ni paling susah nak sembuh perittt benor rasa tekak... madu memang berkhasiat tapi kena tahu yg betol2 asli ....senang jer tip dia bau madu tu masam sikit.. harap cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Boleh juga cuba minum minyak kelapa dara.. insha Allah.. natural antibiotik tu... Moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. ada orang cakap kalau rasa sakit tekak tu atau nk demam kena makan aiskrim cepat2..hehe

    madu mmg mujarab untuk semua penyakit. :)

    ReplyDelete
  6. mmg siksa kalau sakit tekak ni. huhu. sampai sakit anak tekak. yg penah busyra dngar minum madu.

    ReplyDelete
  7. bonde ada 1 petua nak share...

    cara makan ubat batuk dengan betul..
    1) lepas sudu ubat ke dalam mulut
    2)jangan terus minum air,
    3)tunggu 30 minit baru minum air..
    supaya ubat tersebut tidak terus ke perut.. selamat mencuba!

    ReplyDelete
  8. Madu asli payah nak jumpa. Kalau dikatakan madu asli pun kadang2 tak terbeli sebab takut kena tipu. Baguslah lea ada satu dalam simpanan. Banyak khasiat madu asli..

    ReplyDelete