Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie

Tuesday, August 9, 2016

Assalamualaikum wbt


Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie  |  Holaaa.. Korang tengok tak telemovie ni semalam kat TV9.. Bibah Bebel lakonan mantap dan comel adik Puteri Balqis sebagai Bibah yang suka membebel.. hehe.. Comel jerk watak yang dibawa... Kuat membebel.. Habis semua orang dalam rumah dia bebelkan.. Tapi bebelan dia bukanlah bebelan kosong tetapi berisi... Cam mak-mak kite dedulu.. Ahakzz.. Jom baca sinopsis cerita ni dulu sebelum menonton telemovie nye..

Sinopsis Telemovie Bibah Bebel, Skrin TV9

Judul : Bibah Bebel
Penerbit : Zeel Productions
Pengarah : Shuhaimi Lua Abdullah
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2016 / 8.30 Malam
Slot : Skrin Di 9, TV9
Pelakon :- 
Puteri Balqis, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Maisara, Fendi Seman, Norhayati Talib

Telemovie BIBAH BEBEL bergenre komedi ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Bibah (Puteri Balqis) yang telah ditinggalkan dalam jagaan datuk dan neneknya di kampung. Kedua ibubapanya iaitu Daud (Fahrin Ahmad) dan Jamilah (Elly Mazlein) baru sahaja habis belajar di London, dan mereka membawa bersama abang dan kakak Bibah iaitu Danial dan Arissa bersama ke sana. Dan setelah pulang semula ke Malaysia, Daud dan Jamilah, mengambil semula Bibah untuk tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur.

Malangnya, Bibah terlalu terikut-ikutkan perangai neneknya yang kuat membebel. Bibah terlalu pembersih, dan mahukan keluarganya lengkap serba serbi semuanya. Malangnya, abang dan kakaknya pula rimas kerana Bibah selalu membebel dan menasihatkan mereka setiap masa, tidak kira siang dan malam, sehinggakan kedua mereka meluat dibuatnya dengan sikap Bibah.

Hari ke hari, sikap Bibah yang semakin bertambah rancak ‘membebel’ menambahkan pula tekanan pada Daud dan Jamilah, yang semakin hari pula dibebani dengan beban kerja. Akibatnya. Bibah sering dimarahi. Namun, Bibah langsung tidak mengambil hati kerana apa yang dia bebelkan itu demi kebaikan keluarganya yang tersayang. Pelbagai aksi lucu terjadi sepanjang Bibah membebelkan keluarganya di rumah.

Sehinggalah pada suatu hari, apabila berlakunya kejadian yang tidak disangka sehingga menyebabkan Bibah tercedera dan koma beberapa hari. Keadaan itu, menyebabkan ahli keluarganya berasa sunyi dan rindukan bebelan semula Bibah. Namun, adakah Bibah akan kembali membebel dan menceriakan kembali keluarga Daud dan Jamilah?  

Sumber : [SINI]


Jom tonton full telemovie BIBAH BEBEL..




2 comments:

  1. Saya pun dah tengok filem nie semalam, memang kelakar filem nie... Nak2 masa Bibah bebel pada abang dia yang baru lepas main bola sepak, di mana baju abangnya terlalu kotor... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la.. Potpetpotpet mulut dia.. mengalahkan makcik2 tu.. comel jerk..

      Delete