Cerita Raya 2016


Assalamualaikum wbt..

Cerita Raya 2016  |  Holaaa...!! Mownink uolls.. Dah masuk raya ke-7 baru  nak bercerita pasal raya tahun ni... hehe.. Rasanya raya tahun ni tak de ape yang menarik aku lakukan.. Tiada aktiviti yang best kerana korum tak cukup.. hehe.. Kakak aku yang dok KL tu beraya kat kedah tahun ni.. So, tak de kepala untuk plan aktiviti menarik tahun ni.. Ahakz.. Aku nak bercerita sal raya aku tahun ni pown rasa segan dan malas.. Tapi nak jugak bercerita.. Haha..!!

Pagi raya pertama bertemakan dusty pink..


RAYA PERTAMA 

Okeh untuk raya tahun ni tema kami adalah warna dusty pink.. Gambar kat atas nun tak macam dusty pink pown kan.. Mungkin sebab dek pencahayaan yang agak melampau.. hiks.. Pagi raya macam biasalah pergi beraya umah mak ayah kitorang.. Tak tidur pown umah mak ayah sebab umahnye dokat ajo0o ehh..!! 

Aktiviti raya pertama bagi tahun ni cuma pergi beraya kat umah kakak aku dan anak saudara mak aku aje.. Kebiasaannya kalau kakak KL aku tu beraya bersama kami, mesti plan beraya jauh akan dilancarkan.. Haha.. Selalunya kami akan beraya ke Jengka 1.. Kemaman.. Cheneh... Dungun... Pekan... Memandangkan dia tiada tahun ni, hanya sekitar kuantan aje la kami beraya..

Bergaya di pagi raya dengan baju melayu upin ipin..

 yey..!! adik dapat duit raya.. hehe

Gambar raya pown tak banyak yang di-snap-kan.. (oh... apakah).. Yang hado aje la aku up kan disini ye.. Buat kenang-kenangan.. huhi.. Korang mesti seronokkan beraya tahun ni.. Aku tak de pape yang best untuk tahun ni melainkan dapat bermaaf-maafan dengan mak ayah dan adik beradik... Tahun ni, kawan sekolah aku yang dok muar datang beraya.. Wah seronok bukan main dapat jumpe dia.. Bukan senang nak jumpa tu.. Last jumpa pown masa aku bersalin dulu.. Dah lebih kurang setahun lebih jugak... Raya pertama baru ni baru dapat jumpa balik.. 

Okeh la.. Tu aje la cerita raya aku untuk raya pertama.. Bosan kan.. huhu..


RAYA KEDUA

Raya kedua tak kemana juga.. Asalnya plan nak beraya umah kawan-kawan opiz tapi ramai yang balik kampung... Bila dah tak kemana terasa pulak nak makan KFC.. Reraya layan KFC.. huhu.. Pelik jerk.. Pergi la kami terjah KFC makan kari-kari rangup tu.. Si kecik tu kemain lagik sama naik makan dengan ummi dia ni.. Selera betol dia makan..

Berselera adik makan kentang goreng..

Petangnya kitorang beraya umah owner kantin tempat aku kerja ni.. Pokya..!! hehe.. Selebihnya cam biasa dok umah mengadap tv.. huh..

Bosan kann!! huhu..


RAYA KETIGA

Raya ketiga kami beraya di samsung service centre ye.. Haha.. Apa kepeliknya kan.. Mane taknye, hp rosak laa... Pergi la check dekat sana apa sakitnya.. Time-time raya ni la dia nak rosak ye.. Siap check, result yang kami dapat, hp tak dapat diselamatkan lagik.. hadoiii.. Kecewa... Balik dengan perasaan yang penuh kekecewaan.. cewahh...


RAYA KE-4

Raya ke-4, kami siap-siap untuk ke bandar Kuantan untuk survey harga hp baru... Apa-apa pown survey harga dulu walaupown tak dapat beli lagik.. Hiks..

Orang paling xcited bila nak p jenjalan..

Yang paling seronok bila dapat tau nak p jenjalan si kecik ni laa... Kemain dia bergumbireeee.. hehe.. Banyak jugak kedai HP yang kami jelajah survey hp baru.. Kemain lagik harga HP sekarang ni ye... Meriah betul harga nya.. Sampai ada yang terbeliak mata kami tengok harga yang dipamerkan.. huhu.. Almaklumla lama dah tak survey harga-harga hp dipasaran...

Bila dah penat menyervey harga hp, balik la rumah rehat-rehatkan badan... Lepak-lepak tengok tv.. Tiba malamnya terasa lak nak makan nasi kukus.. Oh tidakkk!! Lepas puasa ni selera makan makin menjadik-jadik lak.. Asek makan je kerja nya.. Risau jugak berat badan naik... Aduhai.. Tapi tekak nak makan.. Nak buat camno kan..

Untuk tidak menghampakan tekak yang berselera lain macam ni, pergi la kami mencari nasi kukus.. Kami makan di Nasi Kukus My Mama dekat Taman Tas.. Nasi kukus dia memang ohsem sedapnye... Ramai jugak orang raya-raya ni makan dekat situ... Pangjang beraturnya..

Nampak tak si kecik tu.. Kemain lagik dia tak sabar nak makan..

Paling berselera makan adalah si kecik ni.. Banyak betul dia makan... Sampaikan ummi dia ni tak terasa makan nasi kukus.. hehe.. Dok suap dia aje.. Separuh jugak dia makan nasi.. Sangat berselera... Ahakz..

Tamat sudah cerita raya aku bagi tahun 2016... Tunggu raya haji pulak kita tengok cerita apa yang dok ada nanti... Moga-moga lebih seronok dari yang ini.. huhu...

Adik & Ummi serasi bersama.. Ahakz..~!!

Raya kali ni lebih bermakna bila budak kecik ni semakin membesar... Macam-macam keletah yang aku dapat lihat time raya bila dia dah besar ni... Raya tahun lepas dia masih kecik.. 

Cerita korang pasti lagik menarikkan dari cerita aku... hehe..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



4 comments

  1. Comelnya Adik berbaju melayu 😍 Raya siqah pun lebih kurang je lea. Yang penting seronok bersama keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thankz antie.. hiks.. tulanye.. raya kali ni tak berapa nk meriah.. tapi seronok dpt berkumpul dengan keluarga..

      Delete