Review Novel | Meh, Sandar Pada Aku!


Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah... Semalam baru habis pembacaan aku untuk novel Meh, Sandar Pada Aku! ni... Sekian lama aku baca, semalam baru habis baca... Sebelum aku review tentang novel ni, jom kita kenal-kenal dulu penulis novel ni...


BIODATA PENULIS

Penulis : Aifa Batrisya
Blog : Belog Biru - aifabatrisya.blogspot.com

Penulis merupakan anak kelahiran parit buntar dan kini menetap di selangor. Suka menulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman disekelilingnya. Kisah meh, sandarkan pada aku! Adalah karya kedua setelah karya kahwin ganti. Kahwin ganti adalah berdasarkan pengalaman sahabat kembar sendiri, meh, sandarkan pada aku! Adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri.



Meh, Sandar Pada Aku!
"Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?"
Penulis : Aifa Batrisya
Terbitan : Karya Seni
Pengedar Tunggal : Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Ketebalan : 581 m/s


************************************

SINOPSIS

"Kata orang, tak kenal maka tak cinta... Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja... buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat.. Kehadirannya dia institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kene buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"
"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

Dalam marah, dalam herdik... Tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"
"Tak ada apa-apa, Doktor Syed.."
"Aku tanya sekali lagi, Aku apa?"
"Errr... Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah...

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

************************************

Meh aku review sikit novel ni..

Afnan Tasneem, watak utama selaku heroin dalam novel ini.. Menjalankan praktikal di sebuah institusi penyelidikan dibawah seliaan Dr. Syed Nadzhan bagi menyempurnakan pengajiannya.. Dr Syed Nadzhan tu hero ye dalam cerita ni... Bila dah ada heroin mestilah ada heronye kan.. hehe..

Afnan Tasneem ni seorang yang lurus bendul.. Selalu kene buli dengan Dr. Syed ni sepanjang dia praktikal dibawah seliaannya... Tapi lurus bendul dia pun, dia suka menjawab ape saja yang org cakap... Bukan sikit-sikit dia menjawab.. Panjang leboooo....

Bila dah hari-hari dok gaduh, dok benci membenci.. last-last sekali masing-masing tetiba terjatuh suka sesama sendiri tanpa sedar... Tapi perasaan tersebut hanya dipendam oleh Dr. Syed..  Ego seorang lelaki kan.. Pulak tu Dr. Syed ni seorang yang jenis anti perempuan... Sepanjang dia bertugas disitu, student-student praktikal dibawah seliaannya adalah lelaki.. Afnan Tasneem lah satu-satunya student perempuan pertama yang dia amek sebagai student praktikal dia.. Dr. Syed anggap perempuan ni hanyalah menyusahkan.. Sebab tu jugak la Afnan Tasneem ni gelarkan dia "spesis terancam".. haha..

Sebenarnya ada cerita disebalik ketidaksukaan dia terhadap kaum hawa tu.. Kesnya, apabila mama dia pernah tinggalkan dia dan papa dia selepas melahirkan dia.. membesarlah dia hanya dengan kasih sayang seorang papa sahaja.. Sebab tu la dia benci sangat dengan kaun wanita ni..

Dalam pada praktikal tu, Afnan berkenalan dengan Adam Naufal.. dia sukakan Adam sebab Adam seorang yang lemah lembut.. sopan terhadap perempuan.. baik.. Berbeza sangat dengan sikap Dr. Syed terhadapnya yang berlagak.. sombong.. ego.. bajet bagus tu.. Oleh sebab itu, Afnan dah jatuh hati dengan Adam kerana keperibadian Adam yang sopan santun tu.. Tapi ada la cerita yang tak best lepas tu antara dia dan Adam.. Kalau nak tahu kene la baca sendiri ekk.. ekekek..

Korang nak tahu macam mana Afnan dan Dr. Syed boleh duduk sebumbung.. haaa. Sebabnya, emaknya Afnan Tasneem ni kawen dengan papa Dr. Syed.. haha.. Gitu la cite nye.. Jadi la dorang adik beradik tiri.. Makanya, hancur luluhlah hati Dr. Syed.. Tak kesampaian hajat nak menjadikan Afnan sebagai kekasih mahupun isterinya.. Tapi mereka hanya adik beradik tirikan... Tak seibu dan sebapa.... Ape salahnya... hehhe

Cerita tak habis disitu.. bila dah duduk sebumbung, makin keraplah dorang bergaduh.. bertekak.. Sampai la Afnan dirancang oleh family untuk ditunangkan dengan Syed Emil.. Sepupu Dr. Syed.. Syed Emil sentiasa menghiburkan hati Afnan.. Mendengar luahan hati Afnan dikala Afnan memerlukan... Tapi Afnan hanya menganggap Syed Emil sebagai seorang abang sahaja.. Tak lebih dari itu.. Manakala Dr. Syed pula ditunangkan dengan Dr. Aleesya tanpa pengetahuannya.. Dr. Aleesya juga adalah sepupu Dr. Syed yang terlalu obses dengan Dr. Syed sejak kecil lagik... Selalu dok kejar-kejar Dr. Syed dan menagih cinta Dr. Syed.. Tanpa jemu... Cumanya Dr. Syed aje yang tak layan dan memang tak mahu dijodohkan dengan Dr. Aleesya..

Dipendekkan cerita.. mama dan papa Afnan dan Dr. Syed ke Jepun dan meninggal disana akibat bencana alam yang melanda bandar tokyo.. Makanya tinggallah Afnan dan Dr. Syed sahaja dirumah tersebut.. Amanat yang telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya untuk dia menjaga Afnan sebaik mungkin membuatkan dia bertindak memutuskan pertunangan dia dengan Dr. Aleesya dan mengahwini Afnan..

Disebabkan kejadiaan tersebut, Dr. Aleeya mendapat tekanan yang kronik dan menjadi gila.. Dia mendapat rawatan pakar psikitrik akibat tidak dapat menerima kenyataan tersebut....

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Bagaimana seterusnya hubungan antara Afnan dan Dr. Syed serta Syed Emil..? Kalau nak tahu kene la beli dan baca ye.. Cerita dia best.. Tak rugi beli dan baca....



2 comments