Wordless Thursday #5 - Bini Cantik

Thursday, November 24, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..



Motivasi Pagi Khamis

-SMiLe-

sumber : google
Read More

Wordless Wednesday #3 - Ramalanku Benar Belaka

Wednesday, November 23, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt


Awas!! Haha..

-SMiLe-



Read More

Cirit-Birit Punca Awal Radang Usus

Tuesday, November 22, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Cirit Birit Gejala Awal Radang Usus  |  Perghhhh azab gile kowt kalau terkena cirit-birit.. Dok berulang ke tandas sampai nak pitam sebab dah tiada apa dah dalam perut.. Tapi perut masih memulas-mulas.. Korang mesti pernah alami jugakkan.. Kebiasaannya kalau mengalami cirit-birit ni mesti dikaitkan dengan keracunan makanan... Yelah, kengkadang kita tak tahu makanan dekat luar tu bersih ke tak kan.. Kita main bedal aje.. 

Contohnya makan makanan yang tak dibasuh dengan bersih.... Bukan saja boleh menyebabkan keracunan makanan tetapi boleh juga mendedahkan kepada komplikasi serius termasuk kegagalan buah pinggang..

pinjam komik Ankel Jonni


Gejala Keracunan Makanan

 Loya
 Muntah
 Cirit-birit berair
 Buang air besar berdarah
 Sakit pada abdomen dan kejang
 Letih dan lesu

Bagaimana Cirit-Birit Terjadi

 Usus besar tidak dapat menyerap air garam kerana terdapat jangkitan atau luka pada dinding
 Usus besar terpaksa menolak air dan garam keluar dalam bentuk pembuangan air besar


Rawatan

 Masuk air untuk merehatkan usus tanpa makan dan minum
 Pengambilan najis untuk menentukan jenis kuman
 Pengambilan antibiotik


Langkah bagi mencegah daripada berlakunya keracunan makanan adalah :-

ELAK SIMPAN MAKANAN TERLALU LAMA !!!
  • Penyediaan makanan dan minuman hendaklah dilakukan dengan rapi mengikut standard kebersihan
  • Jangan simpan makanan terlalu lama dan tidak melebihi daripada 24 Jam dan sebaiknya elakkan menyimpan makanan di dalam peti sejuk sehingga berhari-hari kerana menggalakkan pembiakan kuman.

Perlu Tahu :-
➽ Peti sejuk adalah tempat sempurna untuk kuman membiak kerana terdapat kuman yang menggemari suhu serendah empat darjah celsius.

➽ Peti sejuk juga adalah kawasan yang paling banyak terdapat kuman..

➽ Makanan yang disimpan sehari dua didalam peti sejuk walaupun dipanaskan tetap tidak dapat membunuh keseluruhan kuman kerana kuman telah membiak dengan banyak..


NIKMATI SAJIAN SEGAR SELEPAS MASAK

sumber foto : google

Sebaiknya, makanlah makanan yang segar selepas di masak berbanding makanan yang disimpan berhari-hari di dalam peti sejuk...



Info Radang Usus :-

➽ Cirit-birit yang berterusan juga menandakan seseorang itu berkemungkinan mengalami radang usus yang turut menunjukkan gejala yang salam seperti keracunan makanan..

➽ Radang usus boleh dirawat tetapi kebanyakan pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana menjangkakan hanya mengalami cirit-birit atau keracunan makanan..

➽ Cirit-birit yang melebihi daripada 4 - 6 minggu kebanyakannya bukanlah keracunan makanan kerana keracunan makanan biasanya berlaku kurang daripada tempoh tersebut...

➽ Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah Endoskopi iaitu dengan memasukkan kamera melalui dubur bagi melihat keadaan Usus Besar..


Tip Penjagaan Usus

 Makan makanan sihat dan seimbang
 Lebihkan makanan yang berserat tinggi
 Kurangkan pengambilan lemak
 Kurangkan pengambilan gula
 Minum air kosong secukupnya

 Lakukan aktivit fizikal 3-4 kali seminggu
 Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok, minuman beralkohol dan minuman bergas


Bahaya juga ye cirit-birit yang terlalu lama.. Boleh mengakibatkan radang usus.. So, lepas ni kena berjaga-jaga lah.. Kalau mengalami cirit-birit yang terlalu lama, kenalah mendapatkan rawatan doktor lebih awal.. Jangan bertangguh-tangguh.. Nanti lain pulak yang jadi... Huhu..


Read More

Wordless Tuesday #3 - Paras Rupa

13 comments
Assalamualaikum wbt..


Paras rupa bukan ukuran

sumber : Rusydee Artz




-SMiLe-

sumber : google



Read More