1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.

Tuesday, January 28, 2014

3 comments

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak ni rajin betul aku p jelajah blog2 orang... Sampaikan bermacam-macam GA yang aku jumpa.. Pagi ni sekali lagi aku berkenan nak juin Giveaway setelah aku sekali lagi terlambat sedar akan giveaway ni... GA ni pun aku terperasan kat blog seorang sahabat aku ni... Giveaway ni juga menarik minat aku... Nak tahu Giveaway nya tak.. Jom ikut aku....
.
.
1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.

** Sila klik banner di atas ye kalau korang berkenan nak juin jugak.. he3x..


Ok.. meh aku cite sikit berkenaan giveaway ni.. Giveaway ni sebenarnya diadakan sempena ulang tahun pertama bagi BLOG JANA HAZANA ni.... Giveaway ni telah berlangsung pada 15 Januari 2014 yang lalu dan akan tamat pada 31 Januari 2014 sehingga jam 12 tengah malam.. Keputusannya akan diumumkan pada 03 Februari 2014 dan pemenang akan dipilih berdasarkan random.org... 

Wah detail tak aku kasi tau sal GA ni... Tak detail agik kan.. mesti korang nak tau jugak adiah yang disediakan untuk pemenang-pemenang kan.. Meh aku story sikit sal adiahnya... Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah... jeng jeng jeng...

5 peserta bertuah akan memenangi hadiah
 bernilai RM450
+
Buku mini
+
Tasbih digital

Haaaa best tak... So jom la juin.. Belum terlambat lagi tu... Syarat-syaratnya pun mudah dan simple aje...

Syarat-syarat penyertaan

1. Buat entri bertajuk 1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.
2. Copy banner diatas kedalam entri tersebut dan linkkan semula ke entri ini

3. Follow blog janahazana.blogspot.com (@ klik di side bar)

4. Follow google Jana Hazana (@ klik di side bar)

4. Like fanpage Inspirasi Sihat Semulajadi (@ klik di side bar)


Mudahkan??? So jom serbu blog Janahazana.blogspot.com


Selamat mencuba & Good Luck Uolll......~!!
Smile....
Read More

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Monday, January 27, 2014

10 comments

Assalamualaikum..

Tadi jenjalan kat blog kawan-kawan.. Terjumpa lak Giveaway ni :: Handphone Giveaway by Syuhada1981.com ::.. Hadiah yang ditawarkan agak menarik dan unik... Handphone uolss... Handphone ni cute gile.. Comel.. Nak juin jugak la.. Mane la tahu ada rezeki aku dapat handphone yang kiut tu.. hahaha... Tak cuba tataw kan... 


:: Boley la klik banner ni untuk menjuin ye ::


Giveaway ni dah lama bermula tau.. Aku je terlambat tahu.. Giveaway ni start 01 Januari 2014 dan berakhir 31 Januari 2014.. Kat bawah ni adalah senarai adiah yang ditawarkan... ~


Top Referral

Louis Vuitton @ Gucci Handphone
( bernilai RM450.00 setiap satu ) + RM 50.00 x 4 Pemenang







Random

Solat Perfume 
( RM 50.00 setiap satu ) x 6 pemenang




Hah.. menarik tak... Jom la juin korang-korang semua.. Masih ada masa tu... Syarat-syarat dia pown sempoi aje...

Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entri yang bertajuk Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

2. Copy banner diatas dan linkkan semula ke entri ini.

3. Like Fanpage Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

4. Follow Blog Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

5. Follow Google SyuhadaBaharudin (boleh klik di sidebar)

6. Follow Twitter @JustSyuhada (jika ada)


Selamat mencuba..

Gut Luck korang....~!!


Read More

Beli Lagi...~

2 comments

Assalamualaikum..

Teruja aku nak update berkenaan buku baru aku ni.. Lagik tak update lagi tu la aku rasa tak senang ati.. hik3x.. Jumaat lepas ( 24.01.2014 ) aku dengan member aku Liza pergi serbu kedai buku 1Malaysia.. Almaklumlah baru gaji kan 23hb ritu... Terus buat plan baik punya untuk memborong buku yang dah lama berada dalam senarai kami.. Jumaatkan rehat yang panjang.. So time tu la nk keluar lama sikit.. Takde la ganggu waktu kerjakan... Kebiasaan kami pergi shopping buku pun mesti hari Jumaat.. Plan ni kami dah rancang sebelum gaji lagi.. Biasa la, akhir bulan aje dekat-dekat nak gaji mesti dah ada senarai buku yang hendak dibeli... Kamikan obses sangat dengan buku.. Obses kami pun baca untuk mengumpul ilmu tau... Kalau korang pun minat baca buku mesti korang faham kitorang kan.. 

Dalam perjalanan jalan jem pulak.. haiss.. Ni dah kire melambatkan masa kami.. 1 jam nak boleh ke sampai di kedai buku tu... Tak ke haru.. Biasa x sampai pun 45 minit.. Silap percaturan betul la... Ingat lalu highway boleh save masa.. Sekali lagik lambat.. hehehe.. Dugaan betul... 

Sampai aje kat Kedai Buku 1Malaysia tu terus terkam.. Tak sabar-sabar rasanya nak jumpa buku-buku kami tu... hahaha.. Gila kan... Masuk aje terus sambar buku Imam-Iman Yang Benar.. Buku tu aku dah nak beli lama dah.. So dah tahu kedudukan dia kat mane.. Kawan aku ni melilau-lilau tengok buku-buku... Sebelum tu kami dah call kedai tu soh dorang simpan 2 buah buku Aku Terima Nikahnya.. Buku ni kan laris, takut-takut la tak berkesempatan dengan kitorang.. Pergi-pergi tengok berlambak lagik buku tu.. Siap boleh pilih-pilih lagik.. Aku rembat 1 lagik buku yang pernah aku baca.. Kire buku ni aku dah khatam tapi aku saja nak buat koleksi dan nak baca lagik.. Sebab buku ni best.. Buku yang aku maksudkan Biografi Rasulullah..  3 Buah buku aje dulu aku beli.. Tu pun dah mencecah RM150 untuk 3 buah buku tersebut.. Dalam senarai ada lagi nak beli tapi ditahan dulu... Akan datang pulak aku beli... hahaha...


Aku tercari-carik 1 buah buku ni berkenaan Firaun.. Tajuk buku tu Misteri Firaun Musuh Para Nabi... Carik punya carik rupanya dah habis.. So pekerja kat situ terus syorkan supaya aku booking dalu.. Nanti dah sampai dia akan call aku... Wah bagus gak gitu kan... Aku apee lagik terus kasi buking la... Aku sebenarnya dah lama nak tahu kisah-kisah firaun dengan lebih detail.. Itu sebab la aku carik buku tu.. Masa aku tanye pasal buku tu kat pekerja kedai tu, boleh pulak kawan aku ni gelak kan aku.. hahaha.. kuang ajaq betoi.. hahaha.. Sampai pekerja tu pun gelak kan aku.. hahaha.. Tak pe la, janji aku dapat pengetahuan tentang kisah sebenar Firaun.. Tak gitu... Eh, aku lak rasa cam lucu... hahahaha..~!!

Ehsan google


Satu lagik buku aku booking.. Untukmu Wanita... Buku ni berkenaan soal jawab tentang wanita.. Paling penting berkenaan aurat.. haaa..Tak sabar nak dapatkan buku-buku tersebut.. :)

Ehsan google


Nanti aku dah baca semua buku tu aku apdet untuk korang ek.. Tungguu tau...
Pasti Melatop..!!!



Read More

AJL 28 Milik Bahagiamu Deritaku

No comments

Assalamualaikum


Nampaknya bahang AJL28 telah reda.. Semalam telah pun berlangsungnya Juara Lagu 28 dimana 12 lagu berentap untuk merangkul gelaran JUARA... Tema untuk AJL kali ni adalah GAME ON...  AJL 28 diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG HotFM, majlis berjalan lancar...Wah teruja aku bila dapat tahu Scha dah pregnant.. Lambat kan aku ni.. hehehe.. Pembukaan AJL 28 dihiburkan oleh Mus May dan Shila Amzah dengan lagunya Mahakarya Cinta dan diikuti oleh DJ Fuzz..

Seperti yang ramai jangkakan, Lagu Bahagiamu Deritaku telah merangkuli gelaran juara untuk AJL 28.. Tapi memang tak dinafikan lagu tersebut memang best... Persembahan pada malam itu semuanya mantap-mantap.. memang melatop lah.. Berikut adalah keputusan AJL 28 :-

Juara
Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Naib Juara
Hanya Aku - Hyper Act

Tempat Ketiga
Kalau Aku Kaya - Awi Rafael ft Altimet

Vocal Terbaik
Jaclyn Victor - Ikut Rentakku

Persembahan Terbaik
Bahagiamu Deritaku - Hafiz



Tahniah kepada Hafiz.. Persembahan hafiz pada malam tu memang terbaik.. Lagu pun best.. Lirik syahdu habis.. hehehe... Tahniah juga kepada LY dan Baiduri... 

Aku suka gile la vocal Jaclyn.. Memang patut dia menang untuk Vocal Terbaik.. Dia sampaikan lagu dengan begitu mantap... huiii.. Terpegun dengan vocal tinggi dia.. Boleh pecah anak tekak... Tu kalau aku la.. Bagi dia selamba badak je... Ha3x..

Penutup AJL 28 pun bestttttttt.. Kak Ziana... Lama sungguh tak tengok Kak Ziana kita perform.. Rindu sey... Aku memang peminat Ziana Zain... Terbehek la Kak Ziana... Masih mantap seperti dulu...

Ok la.. jom kite layan lagu hafiz ni......



Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Lagu/Lirik : LY & Baiduri

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama



Aku tak tahu menilai cintamu

Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Read More

Khutbah Terakhir Rasulullah bersama Shawl...~

Monday, January 20, 2014

2 comments

Assalamualaikum...

Sunyi sepi opiz hari ni.. Ramai bercuti... Ada yang cuti-cuti malaysia.. Ada jugak yang cuti sakit... Tinggallah aku dan seorang lagi kerani dalam opiz ni... Pergi makan pun sorang-sorang aje pagi ni.. Pas makan tadi terus buat Solat Dhuha... Korang dah selesai keh?? hehehe..

Pejam celik pejam celik kite dah menghampiri penghujung bulan Januari kan.. Masa terlalu pantas berlalu sekarang.. Sampaikan aku terlupa nak update satu bende ni kat sini...  Ape agik kalau bukan berkenaan buku kan... Aku ni kan 'ulat buku'... kihkih.. Tapi kali ni spesel sikit sebab buku ni aku dapat hadiah daripada seseorang... Daripada Adik Angkat aku... Khutbah Terakhir Rasulullah dan sehelai shawl... Wah rezeki daripada ALLAH SWT untuk aku.. Terima kasih Ya ALLAH dan terima kasih juga kepada Adik Angkat aku itu kerana sudi menghadiahkan buku yang istimewa ni dan juga shawl yang cantik.. :)

** Klasik betul gambar ni kan.. 


Buku ni aku dapat beberapa bulan yang lalu.. Cuma aku terlepas pandang untuk di-apdet kat sini.. Buku ni juga telah habis aku baca... Penulisan Ibnurijal... Buku ni memang dah lama aku cari.. Cumanye sebelum aku dapat dari Adik Angkat aku tu, aku dah carik di serata kedai buku kat Kuantan ni.. Semuanya tiada... Haiss.. Tetiba dapat adiah... Wah amat-amat bersyukur sangat...

Buku ni memang sepatutnya dibaca oleh semua orang kerana buku ni menerangkan berkenaan isi khutbah terakhir daripada Rasulullah SAW... Amat berguna kepada kita sebagai panduan.. 

Saya dah baca... Anda bila lagik??
hehehe..



Read More

Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

No comments

Assalamualaikum..

Pagi-pagi lagi dah blogwalking... Jumpe kat Blog seorang sahabat berkenaan GA ni.. So rasa cam berminat nak mencuba nasib... So ape lagik terus juin GA Dunia Sebenar Shida dari rakan Blogger Shida yang dianjurkan oleh Nur Alja .... Hah kawan-kawan ape lagik jom la juin skali... Hadiah pown menarik yang ditawarkan... So jommm juin reramai....


Tekan Banner untuk Join 

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]


Blogger Nasz dan Blogger Al Kisah jomla juin skali GA ni.. Best tau... 
Gut Luck beb... Smile.... :)


Read More

Putera Multazam

Thursday, January 16, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

Berdebar-debar rasa hari ni... Baru kejap tadi aku terpijak kucing dengan kereta aku... Huwaaaa tak disangka-sangka bende ni terjadi.. Kesiannya dia... 


Ehsan Google


Kebiasaannya aku akan tengok bawah kereta sebelum bergerak...  Tapi arini camne entah lain sikit, masuk je kereta terus gerak... Hurmm... Dah sampai ajal dia la kot kan.. Tapi aku rasa bersalah sangat...
Adoiiii bersalah laaaa... ( mood sedeh sangat-sangat )

Ok lah.. Lupakan hal tu dulu.. Aku nak kasi tenang sikit ati aku.. Yang sebetulnya aku nak kongsi berkenaan sebuah buku ni hasil penulisan Ibnurijal... Kan hari tu aku dah janji nak kongsi berkenaan buku-buku hasil penulisan beliau.. So hari ni aku dah selesai baca sebuah buku beliau yang berjudul "PUTERA MULTAZAM"...




Buku ni sangat bagus... Sangat memberi kesan bila membacanya.. Banyak pengajaran didalam cerita buku ini.. Buku ini mengisahkan seorang putera daripada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada kampung halaman suatu ketika dahulu dengan membawa sinar islam kepada  penduduk kampung tersebut... Ayahnya seorang yang disegani dan dihormati oleh orang kampung kerana pegangan agama beliau.. Setelah kematian beliau, puteranya pula memikul amanah beliau untuk teruskan perjuangan beliau.. Beliau adalah Putera bongsu kepada Haji Idris. Beliau adalah Multazam...

Dipendekkan cerita, buku ni memang banyak memberi kesedaran dan pengajaran buat kita.. Sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh semua peringkat umur... Banyak kisah suka duka didalam buku ini yang dilalui oleh Multazam dalam memperjuangkan agama islam di kampung halamannya sendiri.... Ada sedih ada juga kegembiraan...  Tahniah buat saudara Muhammad Nazri bin Rijal ( Ibnurijal ) atas kejayaan buku ini... 

So korang boleh la serang kedai buku untuk dapatkan buku ni.. Rugi tak baca tau...



Jangan lupa tau dapatkan buku ni.. Malam karang aku nak start baca buku lain pulak.. Juga penulisan oleh Ibnurijal... hikhik.. Obses buku kan.. haaa..

Wokeh la... Aku nak uruskan kursus-kursus untuk staff sini pulak.. Tak urgent mana tapi tak nak tangguh-tangguh nanti boleh pusing kepala... 

Ok korang.. babai...

See u again.. SMILE... :)




Read More