AJL 28 Milik Bahagiamu Deritaku

Monday, January 27, 2014

No comments

Assalamualaikum


Nampaknya bahang AJL28 telah reda.. Semalam telah pun berlangsungnya Juara Lagu 28 dimana 12 lagu berentap untuk merangkul gelaran JUARA... Tema untuk AJL kali ni adalah GAME ON...  AJL 28 diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG HotFM, majlis berjalan lancar...Wah teruja aku bila dapat tahu Scha dah pregnant.. Lambat kan aku ni.. hehehe.. Pembukaan AJL 28 dihiburkan oleh Mus May dan Shila Amzah dengan lagunya Mahakarya Cinta dan diikuti oleh DJ Fuzz..

Seperti yang ramai jangkakan, Lagu Bahagiamu Deritaku telah merangkuli gelaran juara untuk AJL 28.. Tapi memang tak dinafikan lagu tersebut memang best... Persembahan pada malam itu semuanya mantap-mantap.. memang melatop lah.. Berikut adalah keputusan AJL 28 :-

Juara
Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Naib Juara
Hanya Aku - Hyper Act

Tempat Ketiga
Kalau Aku Kaya - Awi Rafael ft Altimet

Vocal Terbaik
Jaclyn Victor - Ikut Rentakku

Persembahan Terbaik
Bahagiamu Deritaku - Hafiz



Tahniah kepada Hafiz.. Persembahan hafiz pada malam tu memang terbaik.. Lagu pun best.. Lirik syahdu habis.. hehehe... Tahniah juga kepada LY dan Baiduri... 

Aku suka gile la vocal Jaclyn.. Memang patut dia menang untuk Vocal Terbaik.. Dia sampaikan lagu dengan begitu mantap... huiii.. Terpegun dengan vocal tinggi dia.. Boleh pecah anak tekak... Tu kalau aku la.. Bagi dia selamba badak je... Ha3x..

Penutup AJL 28 pun bestttttttt.. Kak Ziana... Lama sungguh tak tengok Kak Ziana kita perform.. Rindu sey... Aku memang peminat Ziana Zain... Terbehek la Kak Ziana... Masih mantap seperti dulu...

Ok la.. jom kite layan lagu hafiz ni......



Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Lagu/Lirik : LY & Baiduri

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama



Aku tak tahu menilai cintamu

Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Read More

Khutbah Terakhir Rasulullah bersama Shawl...~

Monday, January 20, 2014

2 comments

Assalamualaikum...

Sunyi sepi opiz hari ni.. Ramai bercuti... Ada yang cuti-cuti malaysia.. Ada jugak yang cuti sakit... Tinggallah aku dan seorang lagi kerani dalam opiz ni... Pergi makan pun sorang-sorang aje pagi ni.. Pas makan tadi terus buat Solat Dhuha... Korang dah selesai keh?? hehehe..

Pejam celik pejam celik kite dah menghampiri penghujung bulan Januari kan.. Masa terlalu pantas berlalu sekarang.. Sampaikan aku terlupa nak update satu bende ni kat sini...  Ape agik kalau bukan berkenaan buku kan... Aku ni kan 'ulat buku'... kihkih.. Tapi kali ni spesel sikit sebab buku ni aku dapat hadiah daripada seseorang... Daripada Adik Angkat aku... Khutbah Terakhir Rasulullah dan sehelai shawl... Wah rezeki daripada ALLAH SWT untuk aku.. Terima kasih Ya ALLAH dan terima kasih juga kepada Adik Angkat aku itu kerana sudi menghadiahkan buku yang istimewa ni dan juga shawl yang cantik.. :)

** Klasik betul gambar ni kan.. 


Buku ni aku dapat beberapa bulan yang lalu.. Cuma aku terlepas pandang untuk di-apdet kat sini.. Buku ni juga telah habis aku baca... Penulisan Ibnurijal... Buku ni memang dah lama aku cari.. Cumanye sebelum aku dapat dari Adik Angkat aku tu, aku dah carik di serata kedai buku kat Kuantan ni.. Semuanya tiada... Haiss.. Tetiba dapat adiah... Wah amat-amat bersyukur sangat...

Buku ni memang sepatutnya dibaca oleh semua orang kerana buku ni menerangkan berkenaan isi khutbah terakhir daripada Rasulullah SAW... Amat berguna kepada kita sebagai panduan.. 

Saya dah baca... Anda bila lagik??
hehehe..



Read More

Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

No comments

Assalamualaikum..

Pagi-pagi lagi dah blogwalking... Jumpe kat Blog seorang sahabat berkenaan GA ni.. So rasa cam berminat nak mencuba nasib... So ape lagik terus juin GA Dunia Sebenar Shida dari rakan Blogger Shida yang dianjurkan oleh Nur Alja .... Hah kawan-kawan ape lagik jom la juin skali... Hadiah pown menarik yang ditawarkan... So jommm juin reramai....


Tekan Banner untuk Join 

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]


Blogger Nasz dan Blogger Al Kisah jomla juin skali GA ni.. Best tau... 
Gut Luck beb... Smile.... :)


Read More

Putera Multazam

Thursday, January 16, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

Berdebar-debar rasa hari ni... Baru kejap tadi aku terpijak kucing dengan kereta aku... Huwaaaa tak disangka-sangka bende ni terjadi.. Kesiannya dia... 


Ehsan Google


Kebiasaannya aku akan tengok bawah kereta sebelum bergerak...  Tapi arini camne entah lain sikit, masuk je kereta terus gerak... Hurmm... Dah sampai ajal dia la kot kan.. Tapi aku rasa bersalah sangat...
Adoiiii bersalah laaaa... ( mood sedeh sangat-sangat )

Ok lah.. Lupakan hal tu dulu.. Aku nak kasi tenang sikit ati aku.. Yang sebetulnya aku nak kongsi berkenaan sebuah buku ni hasil penulisan Ibnurijal... Kan hari tu aku dah janji nak kongsi berkenaan buku-buku hasil penulisan beliau.. So hari ni aku dah selesai baca sebuah buku beliau yang berjudul "PUTERA MULTAZAM"...




Buku ni sangat bagus... Sangat memberi kesan bila membacanya.. Banyak pengajaran didalam cerita buku ini.. Buku ini mengisahkan seorang putera daripada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada kampung halaman suatu ketika dahulu dengan membawa sinar islam kepada  penduduk kampung tersebut... Ayahnya seorang yang disegani dan dihormati oleh orang kampung kerana pegangan agama beliau.. Setelah kematian beliau, puteranya pula memikul amanah beliau untuk teruskan perjuangan beliau.. Beliau adalah Putera bongsu kepada Haji Idris. Beliau adalah Multazam...

Dipendekkan cerita, buku ni memang banyak memberi kesedaran dan pengajaran buat kita.. Sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh semua peringkat umur... Banyak kisah suka duka didalam buku ini yang dilalui oleh Multazam dalam memperjuangkan agama islam di kampung halamannya sendiri.... Ada sedih ada juga kegembiraan...  Tahniah buat saudara Muhammad Nazri bin Rijal ( Ibnurijal ) atas kejayaan buku ini... 

So korang boleh la serang kedai buku untuk dapatkan buku ni.. Rugi tak baca tau...



Jangan lupa tau dapatkan buku ni.. Malam karang aku nak start baca buku lain pulak.. Juga penulisan oleh Ibnurijal... hikhik.. Obses buku kan.. haaa..

Wokeh la... Aku nak uruskan kursus-kursus untuk staff sini pulak.. Tak urgent mana tapi tak nak tangguh-tangguh nanti boleh pusing kepala... 

Ok korang.. babai...

See u again.. SMILE... :)




Read More

Aku Terima Nikahnya

Wednesday, January 15, 2014

4 comments

Assalamualaikum

Lengang opiz rini.. Semua pergi program khidmat masyarakat... Huiii boleh bersenang-senang hari ni setelah bertungkus lumus beberapa hari bagi memastikan persiapan program tersebut mantap... Haiss bukan itu yang aku nak cerita ceriti ari ni.. Yang aku nak cerita sal Aku Terima Nikahnya.. hikhik.. Bagi pasangan baru nak kawen pasti berdebar-debarkan baca tajuk ni.. Hahaha..

Tapi sebenarnya tu tajuk sebuah buku.. Aku ni kan obses buku... hakhak... Buku ni hasil tulisan Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil... Dengar cerita buku ni adalah buku BEST SELLER... Pada awalnya, kawan aku yang dok sibuk carik, katanya nak hadiahkan kepada saudaranya yang bakal mendirikan rumah tangga.. So, projek mencari buku ni pun dilancarkan.. Tetapi malangnya semua kedai yang dia kunjungi semua kehabisan buku ni.. Gile laju buku ni dijual.. Mesti bestkan?? So aku pun bercadang jugak nak memiliki buku ni.. Nak tahu jugak la ape istimewanya buku ni.. Mesti ada diantara korang-korang semua ni dah baca kan... Boleh la kongsi-kongsi kalau dah baca... hehehe...


Ehsan encik google

Operasi besar-besaran untuk mencari buku ni akan dijalankan lagi nanti.. Sebenarnya buku ni adalah gabungan 3 buah buku... Antaranya, Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Murabbi Cinta... Disatukan menjadi satu buku.. Aku ada jugak buat research berkenaan buku ni.. Kebanyakannya semua bagi fedback yang baik... So aku memang bercadang untuk memiliki buku ni... hehehe.. Tak sabar rasanya nak buat operasi mencari dengan sahabat aku yang juga obses buku.. ekekeke..

Ehsan encik google

Korang semua pun bolehlah mendapatkan buku ni sekiranya korang yang jenis obses dengan buku... Yang jenis suka baca buku dan suka menambahkan pengetahuan... Baru-baru ni aku baru je memborong semua buku tulisan Ibnurijal ... Aku memang peminat penulisan Iburijal.. Sebab penulisan dia sangat memberi kesan kepada aku... Nanti ada masa aku akan update berkenaan buku-buku penulisan Ibnurijal ye... Tungguuuuu...

Ehsan encik google

Oki la.. Sampai sini aje dulu... Nak blogwalking pulak lepas ni..

Oh sebelum lebih terlewat dan memang dah agak lewat nak ucap... Tapi nak ucap jugak tak kire.. hehehe..
Salam Maulidur Rasul 1435H

Ehsan encik google


Read More