viral
Showing posts with label viral. Show all posts

Luahan Terakhir Adik Thaqif

Thursday, April 27, 2017

23 comments
Luahan Terakhir Adik Thaqif  |  DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.. Takziah buat keluarga Allahyarham Adik Thaqif yang kini telah kembali ke rahmatullah... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...  Sebelum pergi mengadap ilahi, katanya Adik Thaqif ada menulis luahan perasaan di dalam buku latihannya.. Aku dah baca luahan terakhir Adik Thaqif.. Sayu sangat rasa... Aku doakan dia tenang disana.. Amiin.. 

Luahan Terakhir Adik Thaqif
Luahan Terakhir Adik Thaqif
Sumber : Amazingnara

Al-Fatihah.. 


Read More

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare

Monday, January 16, 2017

16 comments
Assalamualaikum wbt..

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare  |  Hi korang.. Kecoh baru-baru ni tentang produk skincare yang mempunyi merkuri menyebabkan wajah seorang penggunanya menjadi teruk.. Tak pasti produk apa yang dimaksudkan kerana tidak didedahkan nama produk tersebut.. Sehingga produk Tati Skincare terpalit sama dengan viral tersebut.. Aku pon tak pasti yang mana satu kebenarannya.. Moga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.. 

Memandangkan Tati Skincare juga terviral sama dengan isu tersebut, makanya Pengasas Tati Skincare  pun dah memberikan maklumbalas terhadap kes viral yang melanda itewwww!!.. Jom tengok kenyataan Pengasas Tati Skincare..

Pn. Nurhayati Hashima, Pengasas Tati Skincare

Kalau korang mengikuti setiap isu viral dalam Malaysia ni mesti korang tahu apa kes yang dah diviralkan baru-baru ni.. So, ini maklumbalas dari pengasas Tati Skincare terhadap isu tersebut..



Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan baik.. 


Read More

Kes 'Curi' Bayi Di Hospital - Tahap Keselamatan Hospital Dipersoal

Thursday, November 17, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Kes 'Curi' Bayi Di Hospital - Tahap Keselamatan Hospital Dipersoal  |  Allahuakbar.. Terkejut aku baca berita dalam paper pagi tadi tentang kes culik bayi 5 hari di Hospital Tanah Merah (HTM) kelmarin.. Kabarnye, bayi yang baru berusia 5 hari itu dilarikan oleh sepasang suami isteri dari wad penjagaan bayi hospital tersebut... 

Alhamdulillah dengan kecekapan dan tindakan pantas pihak polis, bayi itu dapat dikesan semula beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.. Pasangan suami isteri tersebut telahpun ditahan reman untuk siasatan lanjut.. 

Keratan akhbar - Harian Metro 17 November

Haisss camnelah boleh jadi camni yek.. Camne pulak orang lain boleh daftar keluar anak orang lain.. Konfius aku.. Kalau aku la berada tempat ibu bayi tu, tataw la camne.. Leh gile aku jadinya.. Huhu.. 

Keratan akhbar - Berita Harian 17 November

Bila berlaku kes macam ni, dah semestinya tahap keselamatan hospital dipersoalkan.. Kenapa boleh terjadinya kejadian seperti ini.. Longgarkah tahap kawalan keselamatan di hospital kerajaan?? Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?? Wahh banyak benoo soklannya ye... 

Mehlah kite tengok macam maca sebenarnya prosedur dan proses kawalan keselamatan bayi di hospital bagi mengelakkan kejadian pertukaran atau penculikan bayi.. Aku dapat info ni dari akhbar Harian Metro [17 Nov 2016].. 


PROSEDUR DAN PROSES KAWALAN KESELAMATAN BAYI DI HOSPITAL BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN PERTUKARAN ATAU PENCULIKAN BAYI
sumber : Harian Metro - 17.11.2016


SEBELUM KELAHIRAN
  • Menerima maklumat kemasukan dan status ibu ke wad bersalin yang akan dipakaikan tag nama oleh Pejabat Daftar Masuk
  • Tag nama sementara untuk bayi disediakan dan sentiasa dikepilkan bersama laporan perubatan ibu
  • Untuk ibu yang menjalani kelahiran pembedahan, pengesahan nama akan dibuat di hadapan ibu sebelum dibius di dewan bedah.

SEMASA KELAHIRAN
  • Kelahiran disambut oleh pegawai perubatan, bidan bertauliah atau pelatih
  • Selepas dilahirkan, bayi terus ditunjukkan kepada ibu untuk pengesahan jantina dan diletakkan dalam pelukan ibu sebelum dipasangkan tag nama pada pergelangan kaki bayi.

SELEPAS KELAHIRAN
  • Ibu dan bayi akan dipindahkan ke post-natal, bayi diperiksa dan disahkan berpandukan dokumen iaitu borang kemasukan bayi, kad pengenalan/passport ibu.
  • Tag nama ibu dan nama bayi akan dipastikan betul ketika penyerahan kepost-natal dan kedua-duanya dipakaikan tag nama.

PROSES DISCAJ
  • Pemeriksaan dibuat oleh jururawat yang akan menyediakan borang pengenalan discaj bayi untuk semakan pengawal di pintu keluar dan ibubapa atau waris akan mengisi maklumat dan menandatangani dalam buku rekod.
  • Jururawat akan memberi arahan supaya ibubapa atau waris menunjukkan 'Borang Pengenalan Discaj Bayi' untuk semakan pengawal di pintu wad dan pintu utama bangunan hospital.
  • Bagi bayi yang tiada ibubapa, penjaga yang sah perlu mendapat kebenaran bertulis Pegawai Kebajikan atau Pengarah Hospital. Pengawal di pintu keluar wad akan menyemak dan ibubapa perlu menurunkan tandatangan dalam buku rekod.
  • Tag nama ibu dan bayi akan dipakai hingga sampai ke rumah.


Keratan akhbar - Harian Metro

Alhamdulillah time aku bersalin dulu, prosedur dan kawalan keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sangat ketat.. Time nak discaj tu banyak betul nak kene sign dan isi borang itu dan ini.. Mengikut prosedur katanya.. Alhamdulillah semuanya terkawal dengan baik.. Nak keluar dari bangunan HTAA tu pown kena tunjuk borang discaj bayi dulu dekat pengawal.. Tak boleh sewenang-wenangnya keluar sembrono aje..

Mungkin bagi yang tak tahu prosedur ni, mereka akan rasa menyusahkan dan cerewet.. Tapi itulah pentingnya prosedur ini bagi memastikan tidak berlakunya kejadian tak diingini seperti ini...


Read More

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Amar Baharin & Amyra Rosli

Tuesday, November 15, 2016

13 comments
Assalamualaikum wbt..


Seperti yang semua dah maklum, pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli telahpun selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat yang lalu dengan sekali lafaz sahaja dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur..

Cantiknye mereka.. Sama cantik sama padan.. 

Majlis resepsi bagi pihak perempuan telah pown berlangsung pada hari sabtu, 12 November 2016 di hotel yang sama.. Manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan berlangsung pada 19 November 2016 ini di Ampang, Kuala Lumpur..

Moh le kite tengok gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka di pihak perempuan yang belangsung semalam tu.. Cantik ke hidooookkk?? 


Semoga mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah.. Amin..
















Read More