pregnant
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Masalah Berat Badan Berlebihan

Friday, April 21, 2017

37 comments
Masalah Berat Badan Berlebihan  |  Salam Jumaat buat semua... Semalam aku ada temujanji klinik check kandungan aku ni yang sepatutnya sebulan sekali dah jadi 2 minggu sekali gara-gara masalah berat badan berlebihan... Huhu.. Semalam check berat, masih melebihi dari yang sepatutnya.. Sepatutnya berat badan aku hanya naik 0.5 kilo sahaja dalam masa sebulan.. Tetapi berat badan aku naik sebanyak 2.5 kilo ye.. Hadoii.. Banyak tu naik.. 


Bukan masalah berat badan aje yang aku hadapi, malahan aku juga hadapi HB rendah.. Mula-mula check dekat jari aje.. Result 10.7.. Dah masuk bilik nurse, sekali nurse tu suruh aku pergi amek darah pulak.. Katanya, manelah tahu kot-kot result dia lebih tinggi.. Aku pun ikutkan aje la.. Dah dapat result, tengok-tengok lagik rendah laaa dari yang dekat jari tu.. 10.3 aje.. Berhuhu la aku.. Kena la bebel sekarung guni dengan nurse sebab tak makan ubat yang diberi.. Bukan tak makan langsung, makan.. Tapi bila ingat makan la.. Hehe.. Lepas ni kene konsisten la makan ubat... Risau jugak HB rendah ni.. Bahaya untuk baby..

Dah bila banyak sangat masalahnye, step seterusnya terpaksa la mengadap doktor pulak.. Sekali lagi nak hadap bebelan maut.. Hehe.. Bila dah siap disiasat oleh doktor, makanya, keputusan yang aku dapat adalah kena MINUM AIR GULA.. Arghhhh tidakkkkk!! Nightmare for me!!

sumber foto : http://nadiamusa.net/

OMG.. Aku tak pernah minum air gula lagi sebelum ni.. Mengandungkan Qhaliff aku tak kena minum air gula pun.. Kali ni aku kena hadap dengan penuh tabahnya.. Huwaaaaaaa... Belum rasa lagi aku dah dapat bayangkan macam mana keadaan aku ketika itu nanti.. 

Tarikh untuk minum air gula tu belum ditetapkan lagi.. Nurse akan call aku bagi tarikhnya.. Moga ianya dipermudahkan buat aku yang tak berapa nak kental anak tekak ni.. Ekeke.. Jangan muntah berjelanak nanti sudah la.. Huhuhu

Masalah Berat Badan Berlebihan
Masalah Berat Badan Berlebihan


Dua tiga hari ni aku rasa terlalu letih tak bermaya.. Bila dikaji-kaji mungkin disebabkan cuaca sekarang yang agak panas dan aku kurang minum air.. Tambahan pulak HB aku rendah.. Mungkin faktor-faktor nilah yang buatkan badan aku rasa terlalu letih dan tak larat.. Aku rasa nak baring aje sepanjang hari.. Kepala pun berdenyut-denyut... Moga lepas ni keadaan aku bertambah baik lepas aku disiplinkan diri dengan menelan ubat yang ada.. Hehehe..

Aku tengah kuatkan semangat untuk buat beberapa lagi entry untuk job review aku.. Harapnya aku dapat buat secepat mungkin... Ikutkan ketidaklarat sekarang ni, memang tak sanggup nak mengadap pc lama-lama.. Sakit kepala oh!! Tapi kene jugak siapkan.. Gambar dah siap edit, cuma perlu draft sahaja.. Sekejap jerk kot.. Hehe.. Doakan aku ye kengkawan semoga cepat baik.. 



Read More

Berjaya Goreng Keropok Keping

Tuesday, April 11, 2017

17 comments
Berjaya Goreng Keropok Keping  |  Hi korang... Aku bercuti mengapdet blog lebih kurang 2 hari kalau tak silap aku, sebabnya nak siapkan entry untuk job review aku... Ada yang rindu aku tak?? haha Perasan tak sudah aku ni ye.. Entry kali ni, saje je nak kongsi dengan korang berita baik bahawasanya aku dah berjaya goreng keropok keping pada hari ahad lepas... Apa yang bestnye dengan cerita ni??

berjaya goreng keropok keping
Aku berjaya goreng keropok keping tanpa pengsan.. haha!!
Sumber foto : 
http://www.iklaneka.net.my/keropok.htm

Apa yang best ye?? Haaa mane taknye, aku ni kan tengah mengandung.. Memang tak boleh masuk dapur langsung sebelum ni.. Tak boleh bau orang menumis, menggoreng dan apa sajelah yang berkaitan dengan memasak.... Boleh muntah aku.. Kecuali masak air la.. haha... Ahad baru ni aku cuba nasib dengan menggoreng keropok keping.. Harap-harap alahan aku tu 100% dah pergi meninggalkan aku.. Alhamdulillah, semuanya ok.. Aku dah pulih dari alahan sepenuhnya.. So, lepas ni bolehlah cuba menumis pulak.. Nak tengok betul tak peratusan kepulihan aku tu.. Fuhh ayat cam doktor.. Haha!!

TQ pada yang sentiasa mendoakan kepulihan aku selama ni yek.. Korang memang baik hati.. Muaxxxx... Hiks..


Read More

Berat Terlebih 300g!!

Saturday, April 8, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Berat Terlebih 300g!!  |  Hari khamis baru ni aku ada temujanji klinik.. Biasa la check up bulanan aku.. Sebagaimana rutin kebiasaan, first kena check urin dulu dan baru jumpe nurse untuk pemeriksaan.. HB belum sampai masa lagi untuk diperiksa.. Huhu... Time timbang berat badan tu, nurse cakap berat badan naik banyak dan terlebih 300G okeh!! Terkejut beruk aku.. Sampai nurse tegur, "hah! kenapa terkejut ke?"... haha.. Harussss la terkujat... Adoiii masaklaaahhh aku pasni..

Aku dah tahu kenapa berat badan aku naik mendadak... Kesnye aku berselera makan sejak alahan dah tak ade ni.. Risau jugak aku.. Kang tak pasal-pasal kena minum air gula.. Hadoii.. Nurse siap pesan kat aku, jangan amalkan makan waktu malam.. Jangan makan makanan berlemak.. Kurangkan minuman manis.. Hehehe.. Itu yang aku makan sebenarnya sebelum ni.. So, lepas ni aku kene jaga pemakanan aku.. Bahaya ohh kalau berat badan berlebihan semasa mengandung ni.. 

Boleh ke aku tahan selera aku yang tengah naik ni.. hehe.. Harap-harap aku dapat disiplinkan diri.. Tak nak la terjadi pape nanti.. Moga segalanya dipermudahkan buat aku.. Kena tanya en.google ni apa yang perlu aku lakukan untuk mentenkan berat badan.. Haisss...

Korang ada tip tak?? Meh kongsi ngan aku.. Hiks..


Read More

Teh Ais Sebagai Peneman Dahaga

Monday, April 3, 2017

7 comments
Assalamualaikum wbt..


Teh Ais Sebagai Peneman Dahaga  |  Sekarang ni air kegemaran aku adalah Teh Ais... Mengandung kali ni aku hanya terpikat dengan air Teh Ais jer.. Mengandungkan Qhaliff dulu, aku lebih dengan air milo.. Orang cakap kalau minum air yang berkafien ni, HB boleh turun.. Takat ni alhamdulillah HB di tahap yang ok-ok aje.. 

6hb ni temujanji seterusnya.. Aku harap HB aku tak turun la.. Haha.. Hadoii risau jugak kan.. 

Bercerita tentang Teh Ais ni, kengkadang aku beli teh ais yang tak berapa best.. Tawar dan hambar aje warnanye.. Time tu mesti frust menonggeng.. Tak dapat nak nikmati rasa teh ais yang sebenar.. Huhu.. 


Ni menu lunch aku hari ni.. Beli dekat luar bukan masak sendiri.. Aku memang dah tak boleh nak ke dapur buat masa ni.. Tak tahan bau.. So, terpaksa lah menghabiskan duit dengan membeli makanan di luar... Yang ni pown harganya dah RM 7 termasuk Teh Ais.. Harap-harap aku dapat pulihkan tahap bau aku ni secepat mungkin.. Huhu..

Korang makan apa tengahari tadi? Mesti lagik best dari aku kan..


Read More