others
Showing posts with label others. Show all posts

Nasihat Pakar Jangan Terlalu Mengutamakan Aspek Pembelajaran Melebihi Aspek Perkembangan Yang Lain

Saturday, September 12, 2020

1 comment
Nasihat Pakar, Jangan Terlalu Mengutamakan Aspek Pembelajaran Melebihi Aspek Perkembangan Yang Lain | Anmum™ ESSENTIAL GOLD mempersembahkan siri video untuk ibu bapa tentang menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak. 

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Teknologi telah mengubah cara hidup kita, termasuklah bagaimana ibu bapa di Malaysia membesarkan anak-anak mereka. Bersempena dengan pelancaran Anmum™ ESSENTIAL GOLD baharu yang dirumus dengan 33% lebih DHA*, MFGM+,  Gangliosida (GA), prebiotik dan 15 nutrien penting untuk menyokong 8 perkembangan penting kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun, jenama susu tepung rumusan ini menerbitkan sebuah video bersiri yang menampilkan beberapa orang pakar dalam bidang pediatrik, perkembangan kanak-kanak, psikologi dan pemakanan untuk memberi pandangan yang bernilai bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.  

Developing Next-Gen, Conversations with Professionals merupakan siri video yang dihoskan di laman Facebook Connected Mums Club dan saluran YouTube AnmumTV. Video ini menampilkan empat orang pakar yang berbincang tentang topik perkembangan kanak-kanak yang relevan kepada ibu bapa di Malaysia. Salah satu isu yang dibincangkan adalah tentang penekanan yang berlebihan terhadap sokongan perkembangan otak dalam kebolehan pembelajaran kanak-kanak.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Perunding pediatrik dan ahli panel perbualan maya, Dr. Yong Junina Fadzil berkata salah satu petanda bahawa ibu bapa terlalu mengutamakan perkembangan otak dan pembelajaran melebihi aspek tumbesaran yang lain adalah memberi tumpuan kepada pencapaian yang boleh diukur. “Ramai ibu bapa kehilangan gambaran yang lebih besar dalam merangsang perkembangan holistik anak-anak mereka. Kebanyakan kanak-kanak dihantar ke kelas pengayaan sebelum mereka mencecah umur persekolahan formal. Walaupun kelas-kelas ini boleh memberikan rangsangan untuk anak-anak, namun kelas selalunya mempunyai sudut kompetitif yang mengalihkan fokus daripada memberikan anak-anak keseronokan dalam apa yang mereka pelajari atau bersosial bersama rakan-rakan mereka,” katanya.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals


Satu penemuan menarik daripada tinjauan dalam talian AnmumTM ESSENTIAL GOLD menunjukkan bahawa ibu bapa tidak meletakkan kepentingan yang sama rata dalam setiap aspek perkembangan anak-anak mereka. Sementara 9 daripada 10 orang ibu yang ditinjau mahu menyokong perkembangan anak-anak mereka lebih daripada kebolehan pembelajaran, 64% daripada ibu-ibu berkata mereka tidak melihat perkembangan sosial dan emosi anak-anak sebagai keutamaan mereka.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Seorang lagi ahli panel, Dr. Rajini Sarvananthan berkata kanak-kanak membesar dan berkembang secara menyeluruh dan ibu bapa perlu menyedari bahawa aspek yang berbeza dalam perkembangan adalah saling berhubung kait antara satu sama lain. “Nasihat saya kepada ibu bapa adalah bukan sahaja untuk menggalakkan anak untuk berjaya dalam pembelajaran, khususnya kemahiran akademik, tapi juga menimbang untuk memupuk aspek lain seperti perkembangan sosial dan emosi,” tambah pakar perunding pediatrik ini lagi.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD Developing Next-Gen, Conversations with Professionals

Satu lagi tajuk yang ditekankan ialah hubungan antara perkembangan emosi sosial semasa zaman awal kanak-kanak dan kemunculan isu kesihatan mental dalam hidup pada masa hadapan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan lebih ramai orang akan mengalami masalah kemurungan berbanding masalah kesihatan lain menjelang tahun 2030. Profesor psikologi, Dr Alvin Ng Lai Oon berkata bahawa di Malaysia, sebanyak 7.9% kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental. “Oleh itu, penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada perkembangan sosial dan emosi anak-anak mereka seawal peringkat kanak-kanak,” tambah ahli panel itu.

Sebagai tambahan kepada topik menarik ini, kumpulan ahli panel ini juga berbincang tentang bagaimana peningkatan pengaruh teknologi digital mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Salah satunya ialah peningkatan masa skrin dan impaknya kepada fungsi mata, penglihatan dan juga bersosial bersama rakan-rakan, yang juga merupakan aspek penting bagi perkembangan dan tumbesaran menyeluruh mereka. Dalam tinjauan atas talian oleh Anmum™ ESSENTIAL GOLD, 7 daripada 10 orang ibu mengakui bahawa mereka tidak membawa anak-anak mereka untuk pemeriksaan penglihatan walaupun mereka setuju perkembangan mata adalah penting.

Selebriti dan juga seorang ibu Megan Tan, yang mengendali dan menjadi hos siri perbualan maya ini menggesa ibu bapa untuk mendengar perbualan daripada pakar ini. “Sebagai ibu kepada dua orang anak, berbual dengan pakar dalam video ini memberikan saya kesedaran untuk tidak terlalu teruja untuk menyuruh anak-anak saya menghafal ABC dan 123, tetapi untuk menawarkan pengalaman hidup sebenar yang merupakan cara terbaik untuk anak-anak belajar.”

Saksikan Developing Next-Gen, Conversations with Professionals untuk mendapatkan petua-petua mengenai bagaimana untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran menyeluruh anak-anak anda, termasuk peranan penting pemakanan. Layari laman sesawang rasmi Anmum™ ESSENTIAL di  https://www.anmum.com/my/ untuk menonton siri lengkap merangkumi lima episod video atau boleh klik link ini → Anmum Essential Gold | Developing Next-Gen

Ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai AnmumTM ESSENTIAL GOLD boleh menyertai jelajah maya di www.anmumessentialgold.com.my dan berpeluang memenangi hadiah luar biasa sehingga RM100,000, termasuk bekalan AnmumTM ESSENTIAL GOLD selama 1 tahun! Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan sesuai untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak yang berusia satu tahun ke atas di rumah; dan terokai 8 aspek perkembangan penting.



Read More

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Sunday, September 6, 2020

3 comments
BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online  |  Tengah syok memasak, gas pulak habis.. Apa perasaan korang? Mesti kelam kabut dan rasa stress kan.. Ada ke yang sampai stress? Haha.. Cam aku sendiri, kalau kat umah ni memang bergantung dengan hanya satu tong gas sahaja.. Andai kata gas yang ada tu habis, barulah kelam kabut pergi kedai runcit untuk beli yang baru.. Aku yakin mesti ada juga rumah yang mempunyai tong kedua untuk standby bila gas habis.. Betul tak? Baguslah kalau begitu... Tetapi buat korang yang sama keadaannya macam aku yang hanya mempunyai satu tong gas sahaja, korang tak perlu risau dah kalau gas habis tengah memasak, sebabnya korang boleh beli gas murah dan mudah secara online dengan menggunakan aplikasi BeliGas Malaysia.. 

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Dah semakin mudah hidup kita pada hari ini kan.. Semuanya dihujung jari.. Nak beli gas memasak pun dah boleh beli secara online.. Aku sendiri pun dah cuba install aplikasi BeliGas ni dan aplikasi ni sangat mudah diguna.. Bak kata orang mesra pengguna.. Hehe.. Tapinya, sayang sekali aku tak dapat nak buat pembelian di BeliGas ni kerana penghantarannya hanya di sekitar Lembah Klang sahaja.. Aku di Kuantan oiii!!.. Moga satu hari nanti, di Kuantan pun akan ada kemudahan yang sebegini.. Apa-apa pun, aku nak share jugak dengan korang semua tentang aplikasi BeliGas ni.. Manalah tahu dapat membantu pembaca Blog Lea Azleeya yang tinggal di kawasan tersebut.. Hiks..

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

BeliGas adalah sebuah syarikat pengedaran gas memasak secara online untuk penduduk di sekitar Lembah Klang yang berpusat di Sri Kembangan.. BeliGas Malaysia menawarkan perkhidmatan beli gas masak LPG secara online pada harga yang murah dan mudah dengan penghantaran sehingga ke pintu rumah atau permis korang.. Selain itu, servis yang diberikan juga adalah yang terbaik dan mesra pelanggan.. 

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Ok kalau korang nak tahu, BeliGas ni menyediakan servis ke 67 lokasi di Lembah Klang.. Penghantaran adalah antara jam 9 pagi hingga 11 malam dan korang boleh membeli gas secara mudah dari online 24 jam.. Hah, tengah malam pun dorang hantar uolls.. Memang terbaik sangat! 

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Gas masak untuk rumah korang boleh beli dengan harga RM26.60 sahaja iaitu tong besar 14KG (16.5 berat tong) dan boleh tukar secara percuma untuk semua jenama tong.. Manakala untuk beli gas untuk kedai pula, BeliGas menyediakan servis penghantara gas untuk semua rangkaian kedai di Selangor. Mereka tidak mengenakan sebarang caj penghantaran untuk menghantar gas ke kedai korang.. 

Kelebihan Membeli Gas Masak di BeliGas Malaysia

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

  • Harga Terjamin - Harga mereka mengikut harga warta Kerajaan untuk gas masak LPG
  • Servis Penghantaran Mudah - Mereka menyediakan servis pickup ataupun penghantaran terus ke pintu rumah atau permis anda!
  • Tiada Cas Tersembunyi - Harga mereka sama dan tetap di seluruh cawangan outlet retail mereka. Tiada caj tersembunyi atau tambahan apabila mereka menghantar gas.
  • Terima Semua Jenama Tong - Mereka hanya menjual tong gas jenama SOLAR tetapi mereka menerima semua jenama tong untuk penukaran tanpa ada kos tambahan


Jom Install Aplikasi BeliGas Sekarang!

BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Aplikasi BeliGas ni korang boleh install di Google Play.. Buat masa sekarang, hanya pengguna android sahaja yang boleh guna aplikasi ni.. Kalau korang adalah seorang pengguna IOS, harap bersabar ye.. Ia akan muncul tidak lama lagi.. Hehe.. So, lepas ni bolehlah beli gas dengan mudah dan murah hanya di Aplikasi BeliGas.. Hidup pun akan jadi lebih  mudah kan.. Hiks..

Ok, untuk info lanjut, korang boleh layari :-


Website

Instagram

Facebook

Aplikasi BeliGas Malaysia



Read More

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik!

Wednesday, August 26, 2020

3 comments
Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik! | Hola! Hi Korang... Kali ni nak sembang-sembang tentang online shopping.. Sejak akhir-akhir ni makin bertambah platform e-commerce di Malaysia ni kan.. Ditambah pula dengan keadaan negara yang sedang dilanda virus Covid-19 sekarang ni menjadikan rakyat Malaysia lebih selesa membeli secara online.. Selamat katanya.. Hehe.. Dengan peningkatan jumlah platform e-commerce sekarang ni membuatkan aktiviti pembelian secara online menjadi lebih meriah kerana banyak pilihan.. Betul tak? Haaaa, salah satu website online shopping kegemaran aku adalah PG Mall.. Banyak pilihan uolls!! Jom baca cerita aku..

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Apa Itu PG Mall?

PG Mall merupakan sebuah platform e-Commerce No. 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.. Kalau korang nak tahu, PG Mall ni telah tersenarai dalam top 3 platform e-commerce terbaik di Iprice insight report.. Tahniah buat PG Mall.. Moga terus maju dan menjadi yang teratas..

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Apa yang lagi menarik adalah di PG Mall semua jenis e-wallet diterima dan juga pembayaran atas talian yang lain..  Mudah kan.. Tak perlu dah nak runsing tentang pembayaran.. Oh ya, korang dah claim ke RM50 di e-Penjana? Kalau belum, silalah claim cepat ye dan boleh shopping di PG Mall.. Boleh la boleh beli barang keperluan kan.. 

Shopping Guna e-Penjana Shop Malaysia Online

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Sebut tentang e-Penjana tadi tu, banyak lagi yang perlu korang tahu sebenarnya.. Sekarang ni, PG Mall ada buat kempen bermula 10 Ogos hingga 30 September 2020 korang boleh shopping di PG Mall dengan menggunakan e-Penjana.. Apa yang menariknya, bagi pembeli baru korang akan dapat diskaun RM25 dengan pembelian minimum RM80.. Wahh best gile weh! Manakala untuk pembeli sedia ada macam aku ni yang dah memang ada akaun di PG Mall, akan dapat diskaun RM20 dengan pembelian minimum RM100.. 

Ehhh bukan itu saja tau.. Ada lagi yang best sepanjang tempoh tersebut dimana korang akan dapat diskaun RM8 untuk shipping fee dengan pembelian minimum RM100.. Memang terbaik sangat.. Bagi korang yang suka sangat join facebook live, PG Mall menawarkan diskaun 50% exclusive facebook live rebate voucher.. Menarik!! Jom la berbelanja di PG Mall Shop Malaysia Online.. By Malaysians, to Malaysians... Wahh gitteww!! 

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik!

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Tadi aku share tentang keistimewaan pembeli di PG Mall.. Sekarang ni aku nak cerita lak tentang untungnya jadi seller di PG Mall.. Yang mana ada bisness tu, tak kira la kecil atau besar perniagaannya, jom pakat kembangkan perniagaan di PG Mall ni dan nikmati pelbagai faedah menarik.. 

Memang banyak sangat benefit yang korang dapat kalau jadi seller di PG Mall.. Be one of PG Mall sellers to enjoy the campaign benefits.. Cewahh!! Nak tau tak apa PG Mall on-boarding campaign benefit? Ok, jom aku cerita detail kat korang.. Memang banyak keuntungannya kalau korang jadi seller di PG Mall ni.. Salah satunya adalah pendaftaran percuma.. Tiada kos pendaftaran dikenakan untuk menjadi peniaga di PG Mall.. Haaaa starting pun korang dah dapat kelebihan pendaftaran percuma.. Memang berbaloi-baloi dan bagus bagi korang yang baru nak berjinak dalam bidang perniagaan.. Manakala untuk official store pula, korang akan nikmati diskaun sebanyak 50% yuran pendaftaran..

Selain itu, perniagaan korang juga akan mendapat pendedahan di media sosial.. Jadi, dari sinilah perniagaan korang akan dikenali ramai dan berkembang.. Apa lagi benefitnya? Jom aku senaraikan..
  • Pengecualian komisen penjualan
  • Mendapat baucer diskaun penghantaran
  • Promosi di Facebook Live
  • Free slot Hot Day Sale feature product
  • Free Super Shocking Sale
  • Penyertaan percuma dalam kempen di seluruh platform
  • Boleh customize kempen store untuk official store
  • Banner pun nice.. PDP Banner design templates
  • 1-1 support from PG Mall Merchant Management (MMT)
Banyakkan benefit yang ada.. Rugi tak grab faedah yang diberikan oleh PG Mall buat sellers diluar sana.. Jom la daftar di PG Mall.. Jadi salah seorang seller di PG Mall dan nikmati pelbagai faedah yang menarik.. Nak daftar? Boleh klik link ini 👉 https://pgmall.my/pgmall-seller-register-online dan mulakan perniagaan korang di PG Mall.. Cepat bertindak sebelum terlambat.. Kembangkan perniagaan korang bersama PG Mall.


Untuk info lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #SellwithPGMall #Joinusnow #PGMallSeller #BelocalsellerwithPGMall




Read More

5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit

Friday, August 21, 2020

16 comments
Assalamualaikum wbt..


5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit  |  Tajuk kemain lagik ye.. Haaa sape kat sini perut buncit, angkat tangan?? Eleh malu-malu lak nak ngaku dia tu.. Hehe.. Rini nak kongsi dengan korang bagaimana nak elak perut daripada memboroi.. Nak tahu tak?? Jom baca terussssss..


Katakan Tidak Pada Minuman Berkarbonat

Korang sendiri tahukan, minuman berkarbonat ataupun lebih dikenali minuman bergas ni sangatlah bahaya kepada kesihatan kita.. Dalam minuman berkarbonat terlalu tinggi kandungan gulanya.. Kajian mendapati mereka yang kerap meminum minuman ini akan menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya..

Kalau korang nak tahu, pemanis tiruan yang terdapat dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan akan sering mengundang rasa lapar dengan cepat.. Pleaseeeeeeeee gantikan minuman ini dengan minuman lain seperti teh atau air kosong sahaja ye untuk elak perut korang memboroi sekali gus dapat menjaga kesihatan korang juga..


Kurangkan Gula

Dari pemerhatian aku sendiri, sekarang ni terlalu banyak makanan yang manis-manis malahan terlalu manis di pasaran.. Mungkin sebab tu jugak kowt sekarang ni macam-macam penyakit dok ada dan menyinggah pada kita.. Makanan bergula ni lah boleh menyebabkan sebahagian besar kalori berubah menjadi lemak di perut.. So, pilihlah makanan yang kurang gula ataupun mengandungi guna semula jadi seperti madu ataupun buah-buahan.. 


Jangan Kurang Atau Terlebih Tidur

Kalau ban kurang tidur dan terlebih tidur ni aku yakin ramai orang zaman sekarang yang terjebak dalam keadaan ini.. Mungkin ada yang terlebih bekerja, jadi dia kurang tidur... Atau ada juga yang jenis gemar tidur, dia akan terlebih tidur.. Begitulah sebaliknya.. Ramai mana agaknya yang menjaga masa tidur mereka? Ada tak yang betul-betul cukup tidur.. 

Jika korang kurang tidur, ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh akan berkurangan, sekali gus menyukarkan pembakaran lemak berlaku... Manakala tidur yang berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak.. 2 tabiat ini lah yang boleh menyebabkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.. Jadi, sila pastikan tidur anda cukup secukupnya ye.. Hiks..


Perbanyakkan senaman Kardio

Korang tau tak apa itu senaman Kardio? Senaman Kardio ini adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu dan pada intensiti tertentu.. Apa juga jenis senaman yang membuatkan jantung kita berdegup laju dari biasa dan berpeluh dengan banyak dari biasa, haaa itulah dinamakan senaman Kardio.. Contohnya, berlari atau jogging, futsal, skipping dan lain-lain lagi..

Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, seterusnya lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.. Berlari atau senam aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan tapi syaratnya hentikan pengambilan lemak buruk.. Hehe..


Bersenam Dengan Bijak 

Bila korang dah berhasil kurangkan lemak di bahagian perut, korang boleh mulakan pula dengan senaman perut pula.. Bersenam sehingga terasa regangan dan jangan berlebihan... Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar... 



Selamat Mencuba..!!



Read More