others
Showing posts with label others. Show all posts

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik!

Wednesday, August 26, 2020

3 comments
Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik! | Hola! Hi Korang... Kali ni nak sembang-sembang tentang online shopping.. Sejak akhir-akhir ni makin bertambah platform e-commerce di Malaysia ni kan.. Ditambah pula dengan keadaan negara yang sedang dilanda virus Covid-19 sekarang ni menjadikan rakyat Malaysia lebih selesa membeli secara online.. Selamat katanya.. Hehe.. Dengan peningkatan jumlah platform e-commerce sekarang ni membuatkan aktiviti pembelian secara online menjadi lebih meriah kerana banyak pilihan.. Betul tak? Haaaa, salah satu website online shopping kegemaran aku adalah PG Mall.. Banyak pilihan uolls!! Jom baca cerita aku..

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Apa Itu PG Mall?

PG Mall merupakan sebuah platform e-Commerce No. 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.. Kalau korang nak tahu, PG Mall ni telah tersenarai dalam top 3 platform e-commerce terbaik di Iprice insight report.. Tahniah buat PG Mall.. Moga terus maju dan menjadi yang teratas..

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Apa yang lagi menarik adalah di PG Mall semua jenis e-wallet diterima dan juga pembayaran atas talian yang lain..  Mudah kan.. Tak perlu dah nak runsing tentang pembayaran.. Oh ya, korang dah claim ke RM50 di e-Penjana? Kalau belum, silalah claim cepat ye dan boleh shopping di PG Mall.. Boleh la boleh beli barang keperluan kan.. 

Shopping Guna e-Penjana Shop Malaysia Online

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Sebut tentang e-Penjana tadi tu, banyak lagi yang perlu korang tahu sebenarnya.. Sekarang ni, PG Mall ada buat kempen bermula 10 Ogos hingga 30 September 2020 korang boleh shopping di PG Mall dengan menggunakan e-Penjana.. Apa yang menariknya, bagi pembeli baru korang akan dapat diskaun RM25 dengan pembelian minimum RM80.. Wahh best gile weh! Manakala untuk pembeli sedia ada macam aku ni yang dah memang ada akaun di PG Mall, akan dapat diskaun RM20 dengan pembelian minimum RM100.. 

Ehhh bukan itu saja tau.. Ada lagi yang best sepanjang tempoh tersebut dimana korang akan dapat diskaun RM8 untuk shipping fee dengan pembelian minimum RM100.. Memang terbaik sangat.. Bagi korang yang suka sangat join facebook live, PG Mall menawarkan diskaun 50% exclusive facebook live rebate voucher.. Menarik!! Jom la berbelanja di PG Mall Shop Malaysia Online.. By Malaysians, to Malaysians... Wahh gitteww!! 

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik!

Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall

Tadi aku share tentang keistimewaan pembeli di PG Mall.. Sekarang ni aku nak cerita lak tentang untungnya jadi seller di PG Mall.. Yang mana ada bisness tu, tak kira la kecil atau besar perniagaannya, jom pakat kembangkan perniagaan di PG Mall ni dan nikmati pelbagai faedah menarik.. 

Memang banyak sangat benefit yang korang dapat kalau jadi seller di PG Mall.. Be one of PG Mall sellers to enjoy the campaign benefits.. Cewahh!! Nak tau tak apa PG Mall on-boarding campaign benefit? Ok, jom aku cerita detail kat korang.. Memang banyak keuntungannya kalau korang jadi seller di PG Mall ni.. Salah satunya adalah pendaftaran percuma.. Tiada kos pendaftaran dikenakan untuk menjadi peniaga di PG Mall.. Haaaa starting pun korang dah dapat kelebihan pendaftaran percuma.. Memang berbaloi-baloi dan bagus bagi korang yang baru nak berjinak dalam bidang perniagaan.. Manakala untuk official store pula, korang akan nikmati diskaun sebanyak 50% yuran pendaftaran..

Selain itu, perniagaan korang juga akan mendapat pendedahan di media sosial.. Jadi, dari sinilah perniagaan korang akan dikenali ramai dan berkembang.. Apa lagi benefitnya? Jom aku senaraikan..
  • Pengecualian komisen penjualan
  • Mendapat baucer diskaun penghantaran
  • Promosi di Facebook Live
  • Free slot Hot Day Sale feature product
  • Free Super Shocking Sale
  • Penyertaan percuma dalam kempen di seluruh platform
  • Boleh customize kempen store untuk official store
  • Banner pun nice.. PDP Banner design templates
  • 1-1 support from PG Mall Merchant Management (MMT)
Banyakkan benefit yang ada.. Rugi tak grab faedah yang diberikan oleh PG Mall buat sellers diluar sana.. Jom la daftar di PG Mall.. Jadi salah seorang seller di PG Mall dan nikmati pelbagai faedah yang menarik.. Nak daftar? Boleh klik link ini 👉 https://pgmall.my/pgmall-seller-register-online dan mulakan perniagaan korang di PG Mall.. Cepat bertindak sebelum terlambat.. Kembangkan perniagaan korang bersama PG Mall.


Untuk info lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #SellwithPGMall #Joinusnow #PGMallSeller #BelocalsellerwithPGMall




Read More

5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit

Friday, August 21, 2020

16 comments
Assalamualaikum wbt..


5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit  |  Tajuk kemain lagik ye.. Haaa sape kat sini perut buncit, angkat tangan?? Eleh malu-malu lak nak ngaku dia tu.. Hehe.. Rini nak kongsi dengan korang bagaimana nak elak perut daripada memboroi.. Nak tahu tak?? Jom baca terussssss..


Katakan Tidak Pada Minuman Berkarbonat

Korang sendiri tahukan, minuman berkarbonat ataupun lebih dikenali minuman bergas ni sangatlah bahaya kepada kesihatan kita.. Dalam minuman berkarbonat terlalu tinggi kandungan gulanya.. Kajian mendapati mereka yang kerap meminum minuman ini akan menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya..

Kalau korang nak tahu, pemanis tiruan yang terdapat dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan akan sering mengundang rasa lapar dengan cepat.. Pleaseeeeeeeee gantikan minuman ini dengan minuman lain seperti teh atau air kosong sahaja ye untuk elak perut korang memboroi sekali gus dapat menjaga kesihatan korang juga..


Kurangkan Gula

Dari pemerhatian aku sendiri, sekarang ni terlalu banyak makanan yang manis-manis malahan terlalu manis di pasaran.. Mungkin sebab tu jugak kowt sekarang ni macam-macam penyakit dok ada dan menyinggah pada kita.. Makanan bergula ni lah boleh menyebabkan sebahagian besar kalori berubah menjadi lemak di perut.. So, pilihlah makanan yang kurang gula ataupun mengandungi guna semula jadi seperti madu ataupun buah-buahan.. 


Jangan Kurang Atau Terlebih Tidur

Kalau ban kurang tidur dan terlebih tidur ni aku yakin ramai orang zaman sekarang yang terjebak dalam keadaan ini.. Mungkin ada yang terlebih bekerja, jadi dia kurang tidur... Atau ada juga yang jenis gemar tidur, dia akan terlebih tidur.. Begitulah sebaliknya.. Ramai mana agaknya yang menjaga masa tidur mereka? Ada tak yang betul-betul cukup tidur.. 

Jika korang kurang tidur, ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh akan berkurangan, sekali gus menyukarkan pembakaran lemak berlaku... Manakala tidur yang berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak.. 2 tabiat ini lah yang boleh menyebabkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.. Jadi, sila pastikan tidur anda cukup secukupnya ye.. Hiks..


Perbanyakkan senaman Kardio

Korang tau tak apa itu senaman Kardio? Senaman Kardio ini adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu dan pada intensiti tertentu.. Apa juga jenis senaman yang membuatkan jantung kita berdegup laju dari biasa dan berpeluh dengan banyak dari biasa, haaa itulah dinamakan senaman Kardio.. Contohnya, berlari atau jogging, futsal, skipping dan lain-lain lagi..

Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, seterusnya lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.. Berlari atau senam aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan tapi syaratnya hentikan pengambilan lemak buruk.. Hehe..


Bersenam Dengan Bijak 

Bila korang dah berhasil kurangkan lemak di bahagian perut, korang boleh mulakan pula dengan senaman perut pula.. Bersenam sehingga terasa regangan dan jangan berlebihan... Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar... 



Selamat Mencuba..!!



Read More

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Friday, August 14, 2020

2 comments
Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics  | Zaman sekarang ni kalau takde smarphone kat tangan tak sah.. 24 jam dok melekat je kat tangan.. Tengah makan pun, masih lagi dok skroll handphone.. Boleh dikatakan, handphone ni umpama nyawa dah.. Betul tak? Sape yang anggap gitu, baik angkat tangan.. Haha! Bukan kita yang dewasa ni je dok melekat dengan smartphone kat tangan, tapi anak-anak pun dah pandai nak tengok handphone.. Nak ada handphone sendiri.. Sama jugaklah dengan anak-anak aku.. Tapi aku cuma benarkan dorang tengok youtube kids je la.. Sambil menonton sambil belajar..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Rasanya kebanyakan kanak-kanak pada masa ini dah semakin bergantung pada telefon pintar, ipad, laptop dan tv untuk tujuan hiburan, permainan dan pendidikan mereka.. Jumlah masa yang dihabiskan untuk peranti ini akan meningkat seiring dengan usia mereka yang semakin membesar.. Sebagai ibu bapa, aku sangat prihatin dengan kesan negatif dari terlalu banyak terdedah dengan paparan skrin.. Jadi, untuk melindungi mata anak-anak aku daripada berlakunya kerosakan atau kesan buruk yang lain, aku telah belikan mereka Cermin Mata Anti Blue Light dari SaferOptics..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Tujuan aku beli cermin mata dari SaferOptics ni adalah kerana SaferOptics menawarkan kanta yang boleh menyekat cahaya biru berbahaya dari skrin digital dimana ia dapat membantu mengurangkan kesan negatif dari penggunaan peranti elektronik yang berpanjangan seperti komputer, tablet dan telefon pintar.. So, bolehlah lindungi mata anak aku dengan cermin mata anti blue light dari SaferOptics ni..

Sebelum ni, aku dah pernah survey cermin mata anti blue light ni.. Tapi, kebanyakannya tak menepati apa yang aku nak.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan jenama SaferOptics ni.. Bila aku baca detailnya, yes memang ini yang aku cari.. Bila dah jumpa dengan apa yang aku cari, ofkoslah rasa sangat happy dan excited nak beli.. Hehe.. Nampak tak gelojoh di situ ye.. Haha.. Serius, jenama ni memang jenama yang terbaik yang boleh dipercayai..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Selain kehebatan kantanya, aku suka juga reka bentuk bingkainya.. Ada beberapa bentuk yang ditawarkan.. So, boleh pilih yang mana sesuai dengan muka anak kita.. Selain itu juga, bingkainya yang tak mudah patah diperbuat daripada silikon yang sangat fleksibel dan tahan lama dimana ianya dapat bertahan walaupun anak kita bermain kasar. Bingkainya lembut, tidak beracun dan tidak mudah tergelincir.. Owh ya, terdapat pelbagai pilihan warna juga.. Warna terang dan menyeronokkan.. hehe..Itulah ciri-ciri yang menarik cermin mata SaferOptics ni yang aku suka..

Beli Cermin Mata Anti Blue Light di SaferOptics Secara Online

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Aku beli cermin mata ni, secara online di laman web SaferOptics.. Aku rasa pada zaman sekarang ni lebih mudah kalau beli secara online.. Tak perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk ke mall semata-mata untuk cari cermin mata kanak-kanak sahaja.. So, beli atas talian adalah jalan terbaik.. Lagi pun, dimusim virus covid-19 ni beli secara online lebih digalakkan bagi mengurangkan risiko jangkitan...

Untuk membeli di laman web SaferOptics ni sangat mudah.. Korang hanya perlu daftar akaun terlebih dahulu dan seterusnya buat pembelian seperti biasa.. Lagi pula, laman web mereka sangat mesra pengguna dan mudah digunakan tanpa perlu pening kepala untuk memahami setiap step pembelian.. Setiap produk diberikan penerangan yang terperinci untuk kita tahu keistimewaan produk yang dikeluarkan.. So, mudahla sikit nak memilih yang mana sesuai..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Memandangkan aku ada 2 orang anak, kenalah beli 2 jugak cermin mata nya... Supaya kedua-duanya terlindung matanya.. Ok untuk si abang aku ambil Kids Rectangle Anti-Blue Light Glasses - Smurf Blue.. Yang ni memang si abang pilih sendiri.. Dia nak bingkai warna biru dan lengannya biru aqua.. Sekarang ni, si abang apa-apa pun memang pilih sendiri.. Dah besarkan tentulah dah ada pilihan sendiri.. Hehe.. Manakala untuk si adik pula, aku pilih Kids Round Anti-Blue Light Glasses - Black Cherry.. Saje la amek yang bentuk bulat untuk si adik.. Nampak cute sikit.. Hehe..

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics
Kids Rectangle Anti-Blue Light Glasses - Smurf Blue

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics
Kids Round Anti-Blue Light Glasses - Black Cherry

Kebaikan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Setiap hari makin kerap anak-anak aku mengadap handphone.. Kalau tak handphone pun dorang akan tengok tv melayan movie kegemaran dorang.. Naik risau aku dengan mata dorang ni.. Nasib baiklah ada SaferOptics ni.. Dapatlah melindungi mata anak-anak aku dan dapat terus beraktiviti dengan baik.. Ok, antara kebaikan cermin mata dari SaferOptics ni adalah :-

  • Mengurangkan digital eye strain
  • Membantu mengurangkan sakit kepala, keletihan mata dan mata kering
  • Menggalakkan tidur yang lebih sihat dengan mengatur kitaran tidur
  • Kanta non-powered sesuai untuk kanak-kanak
  • Bingkai yang sangat tahan lama dan fleksibel
  • Terdapat dalam pelbagai warna yang terang dan menyeronokkan
Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Masa barang sampai, memang tak sabar-sabar nak buka dan lihat cermin matanya.. Memang pembungkusannya sangat baik dan cermin mata sampai dalam keadaan yang selamat tanpa kerosakan.. Dah bukak kotaknya, tak sangka pulak packaging cermin matanya sangat bagus.. Diletakkan dalam casing yang bagi aku eksklusif seperti membeli cermin mata orang dewasa.. Aku ingatkan hanya sekadar diletakkan di dalam uncang spek semata.... Hehe.. Ternyata tidak.. Casingnya jua berkualiti dan kemas beserta dengan kain pengelap kanta..

Jika dilihat dari keseluruhannya aku sangat berpuashati membeli dengan SaferOptics ni.. Cermin mata berkualiti, packaging bagus dan harga mampu milik.. Memang tak menyesal beli cermin mata untuk anak di SaferOptics ni.. Barang pun dihantar dengan selamat dan cepat tau.. Haa..

Anak Teruja Dengan Cermin Mata Baru dari SaferOptics

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Masa dapat je cermin mata ni, kemain teruja dorang.. Yelah selama ni dok berebut cermin mata hitam aku yang lama tu untuk bergaya.. Now, dah ada cermin mata sendiri, boleh la bergaya dengan jayanya.. Haha.. Bukan untuk bergaya je, malah dorang lebih selesa menonton movie di TV atau melihat youtube kids di telefon pintar dorang.. Setiap kali sebelum tengok tv atau telefon pintar, mesti dorang akan minta spek Saferoptics ni dulu.. Dorang sendiri pun dapat merasai keselesaannya.. 

Kalau sebelum ni, pernah juga si abang mengadu sakit kepala lepas tengok handphone.. Ini membuatkan aku lebih risau.. Now, sejak pakai cermin mata SaferOptics ni nampaklah perubahan dorang dimana aku tengok emosi dorang lebih baik berbanding dulu dan tidur mereka pun dah kembali baik dan teratur.. Moga lebih banyak manfaat yang mereka perolehi daripada pemakaian cermin mata SaferOptics ni nanti.. Hiks.. 

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics

Aku pun dah recommend kawan-kawan aku yang ada anak untuk cuba cermin mata dari SaferOptics ni sebabnya anak-anak aku dah guna dan sangat bagus.. So, sebab itulah aku recommend kat dorang.. Ada juga yang mula bertanya, bila aku up dekat status whatsapp.. Ramai sebenarnya yang sedang mencari alternatif untuk melindungi mata anak dorang.. Aku sendiri pun baru berjumpa caranya dan sudah pastinya aku kongsikan dengan kawan-kawan tentang kebaikannya supaya mata anak-anak kita terpelihara daripada kerosakan.. Insyaallah.. Yang penting usaha kan.. Kalau tak usaha main biar jerk, itu yang bahayanya.. 

Ok, kalau korang nak tengok fungsi kanta cermin mata SaferOptics ni boleh tengok video kat bawah ni.. 


Dapatkan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics Sekarang!

Buat ibu-ibu, bapa-bapa diluar sana yang masih mencari alternatif untuk melindungi mata anak yang suka mengadap handphone, tap, laptop atau tv tu, aku syorkan korang dapatkan cermin mata anti blue light dari SaferOptics ni.. Aku dah cuba untuk anak-anak aku dan sangatlah bagus.. Jadi, apa tunggu lagi tu.. Jom terjah laman web SaferOptics sekarang juga untuk dapatkan cermin mata anti blue light pada harga yang berpatutan dan banyak pilihan.. 

Lindungi Mata Anak Anda Dengan Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics


Untuk lebih banyak maklumat lanjut boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram




Read More

How To Reduce Body Fat Properly

Thursday, August 13, 2020

3 comments
How To Reduce Body Fat Properly | Obese people have higher risks for diseases such as hypertension, diabetes, heart disease, gallbladder disease, osteoarthritis, among many others, according to the Center for Disease Control and Prevention. While a healthy weight contributes to the quality of life, it also helps with mental health and positive outlook. Those who are mindful of their weight have a positive body image and are more motivated in life.

How To Reduce Body Fat Properly

How to reduce body fat effectively according to science

Low impact vs high impact exercises

Compared to high-intensity exercise, endurance activities burn fat better. According to science, fat burns through the fat oxidation process. To be able to do that, the exercise should be low intensity and high in duration. High-intensity exercises stimulate weight loss by increasing muscle tissue. It is effective in losing weight quickly by building muscle. Endurance exercises are low in impact and long in duration. These types of exercises are activities that increase breathing and heart rate, such as swimming, running, biking, and walking. The benefit of these exercises improves the overall health of the lungs, heart, and circulatory system.

How To Reduce Body Fat Properly

The American Heart Association recommends 150 minutes of endurance exercise per week. That is 30 minutes of exercise daily for five days in a week. AHA also recommends varying the training from moderate to vigorous exercise and increasing in distance, time, or difficulty. While Scitec Nutrition recommends 30-45 minutes of low impact exercise on 2-3 sessions per week, the goal is to maintain a 60-70% maximum heart rate.

Saturated fat vs Unsaturated fat Fat

has a nasty reputation in the nutrition industry. But fat is a vital nutrient needed for body functions. Moreover, fat is what gives food its distinct flavor and aroma. So instead of eliminating fat in the diet, one must learn to identify between good fat and bad fat. For one, trans fat has no nutritional value and very harmful to human health. It should be avoided at all times. On the other hand, saturated fat is linked to weight gain and risk for heart disease. This type of fat is sourced mainly in animal protein, dairy products, and coconut and palm oils.

How To Reduce Body Fat Properly

Unsaturated fat is more commonly known as good fat. It's subcategorized as monounsaturated fat and polyunsaturated fat. Monounsaturated fat, according to research, increases the body's ability to burn fat. Foods rich in monounsaturated fat are olives, peanuts, macadamia nuts, hazelnuts, and avocados. Meanwhile, polyunsaturated fat helps with muscle movement and blood clotting. This fat is classified as either omega-3 or omega-6. The omega-3 is good for the heart. Food sources include fatty fish, oyster, soya, walnut, and sunflower seed. At the same time, omega-6 is sourced from canola oil, sunflower oil, soybean oil, and corn oil.

Supplement with L-carnitine

How To Reduce Body Fat Properly

The L-carnitine is an amino acid synthesized by the body to convert fat into energy. As per research, supplementing with L-carnitine improves exercise performance. During fitness activities, the body produces lactic acid at the point of exhaustion. The L-carnitine works by allowing the body to reach more prolonged activity without reaching the body's threshold.

Sustain calorie deficit

How To Reduce Body Fat Properly

Calorie deficit in simpler words means consuming fewer calories than the amount of energy you can burn daily. This method for weight loss is effective when there is enough to sustain the fat loss, but not too few to make one continuously feel hungry and with no energy. To do the math, define the number of calories to burn daily and subtract 300 to 500 calories. Another way to compute is to maintain a 10 to 15% caloric deficit. The idea is that it is easier to eat fewer calories than to burn surplus calories in exercise.

Increase meal frequency

How To Reduce Body Fat Properly

According to Harvard, eating more than three times a day decreases the feeling of hunger and increases fullness. Another tip by Mummy Jene says that eating a full meal, especially breakfast prevents the tendency to munch all-day and gain more calories than eating a full meal. The science behind is to replace a high-calorie meal with a balanced and nutritious meal. Because eating less is a risk to overeat and to choose less healthy meals because of extreme hunger.

Get plenty of sleep

How To Reduce Body Fat Properly

Believe it or not, but the simplest and most practical way to reduce body fat is to get plenty of sleep. Too little sleep triggers the release of the hormone called cortisol. Cortisol is the body's stress hormone that signals the body to conserve energy. This means that the body slowly converts fats to energy to be able to maintain daily activities.

Conclusion

The key to reducing body fat effectively is balance and consistency. MummyJene blog wrote an article reviewing a product called Aulora pants. Aulora pants integrates a special ingredient named as Kodenshi® Fiber from Japan. Kodenshi® Fiber will absorb your body heat and the ceramic particles in the fiber will emit the far infrared rays (FIR). One of the benefits of FIR is its ability to improve your blood circulation. When you have better blood circulation in your body, it will enable your body to burn fats and calories faster.

When your body is burning fats and calories faster, it will lead to higher body metabolic rate which will lead to slimming effect after some time. That is how you will experience slimming effect wearing the Aulora Pants without having to change your daily diet or exercising.



Read More

Lebih Selesa Bernafas Dengan Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Monday, August 10, 2020

4 comments
Lebih Selesa Bernafas Dengan Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable  |  Kalau dulu pemakaian face mask ni selalunya berlaku atau dapat dilihat hanya di hospital sahaja.. Tetapi sekarang, pemakaian mask telah menjadi satu kemestian bagi kita terutamanya di tempat-tempat awam.. Ianya dah pun menjadi norma baru dalam kehidupan kita seharian.. Ini adalah disebabkan virus Covid-19 yang melanda dunia dimana sehingga kini masih belum menemui titik akhir.. Insyaallah moga ianya cepat berakhir.. Oh ya, bukan sahaja pemakaian mask diharuskan ye, penjarakan sosial juga jangan dilupakan.. Hehe..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Di pasaran sekarang pelbagai jenis face mask ada dijual.. Ada yang jenis disposable dan ada juga yang jenis washable.. Selamat ke? Mungkin ada dikalangan kita menjadikan pemakaian mask ini sebagai salah satu trend.. Tidak salah, tetapi pastikan mask yang kita pakai itu selamat untuk kita pakai.. Bukan hanya untuk bergaya sahaja.. Tak nak cakap banyak, aku nak kenalkan kat korang face mask yang lebih selesa bernafas dengan Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable.. Hah tu dia! Hehe..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Kalau sebelum ni aku pakai mask yang jenis pakai buang, sekarang aku lebih selesa dengan Lunavie face mask ni... Bukan untuk aku sahaja malah untuk anak-anak aku juga.. Apa yang bagusnya dengan Lunavie mask ni, ianya 3 layer tau.. Biasanya kite dengar yang 3 layer nilah mask yang terbaik untuk digunakan.. Ya betul tu.. Tetapi kita kena ambil tahu juga, apakah jenis lapisan untuk 3 layer tersebut...

Untuk Lunavie Air Face Mask ni, untuk lapisan pertama merupakan 100% Polyester dengan kalis air, lapisan kedua pula adalah lapisan non woven fabric manakala lapisan ketiga pula merupakan cotton dengan anti-bakteria..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Apa yang istimewanya lagi dengan topeng muka Lunavie ni adalah ia mempunyai sistem injap yang membolehkan kita bernafas dengan lebih mudah.. So, tak de la korang rasa lemas sangat bila guna Lunavie face mask ni sebabnya pengudaraannya sangat baik dengan adanya sistem injap ni untuk mengeluarkan karbon dioksida dan kelembapan dari kita bernafas.. Serius terbaik wei!

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Bagi aku dengan memakai mask yang macam ni yang boleh dicuci dan dipakai semula lebih menjimatkan.. Sungguhpun begitu kenalah cari yang betul-betul selamat untuk digunakan.. Jangan asal nampak cantik je, korang terpengaruh dan terus beli seterusnya pakai.. Sedangkan, mask yang dibeli tu tahap selamatnya belum tentu lagi.. Bahaya oiii..

Aku suka dengan Lunavie Anti-bakteria face mask ni sebab ianya washable and reusable.. Dah guna boleh basuh dan guna balik.. Tak de la rasa membazir sangat.. Cumanya nak pesan, kalau korang pakai mask yang macam ni, jangan pulak korang pakai berminggu-minggu baru korang nak basuh.. Lagik parah, jenis yang pemalas berbulan-bulan pakai baru nak basuh.. Gile ape! Mask yang selamat pun jadi tak selamat.. huhu.. Jadi, lepas guna silalah cuci ye..

Kelebihan Topeng Muka Lunavie


Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable


  • Anti-bakteria - Alergen, bakteria dan perlindungan virus
  • Mudah dipakai - Direka khas dengan gegelung telinga yang boleh dilaras dan klip elastik untuk memastikan pemaiakan lebih mudah dan muat
  • Waterproof - Kain Polyester kalis air yang berkesan untuk menghalang kemasukan titisan air dan debu
  • Mudah bernafas - Pengudaraan berkesan melalui reka bentuk sistem injap untuk mengeluarkan karbon dioksida dan kelembapan yang membolehkan kita bernafas dengan lebih mudah dan selesa
  • 3 Layer - struktur 3 lapisan untuk memastikan penapisan lebih baik dan berkualiti tinggi\
  • Washable & Reusable - Boleh dicuci sekurang-kurangnya 30 kali dengan air dan pencuci neutral pada suhu 20 - 30 darjah celcius dan masih mengekalkan fungsi antibakterianya.


Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable


Lunavie Face Mask Sesuai Untuk Dewasa dan Kanak-Kanak

Ok, untuk saiz topeng muka Lunavie ni ada 2 saiz iaitu saiz untuk dewasa dan juga kanak-kanak.. Fungsinya tetap sama dan materialnya juga sama.. Apa yang membezakannya cumalah saiz sahaja.. hehe.. Kalau dah ada dewasa dan kanak-kanak, bolehlah beli untuk satu family kan.. Ada 2 warna iaitu hitam dan putih..

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Lunavie Antibacterial Face Mask 3 Layer

Macam yang aku cerita pada awal tadi, mask ni ada 3 lapisan.. Dah cerita tapi nak jugak cerita lagi bagi puashati.. Haha.. Bukan apa, supaya kita sentiasa ingat bahawasanya topeng muka dari Lunavie ni sangatlah bagusnya.. Hiks..

Reka bentuk struktur dengan 3 lapisan

  • Lapisan pertama - 100% Polyester dengan kalis air
  • Lapisan ke-2 - Materialnya kain bukan tenunan
  • Lapisan ke-3 - Kapas dengan ciri anti-bakteria dengan Rawatan Ultra-Segar yang menghalang pertumbuhan 99.9% bakteria..

Cara Memakai Topeng Muka Lunavie Dengan Betul


Lunavie Antibacterial Air Face Mask 3 Layer Waterproof Washable

Kat sini aku nak coretkan cara yang betul menggunakan topeng muka Lunavie ini.. Nampak simple, tapi ikutlah cara yang betul ye..
  • Pastikan muka sentiasa kering dan bersihkan tangan sebelum memegang topeng muka
  • Letakkan gegelung/tali elastik di kedua-dua belah telinga
  • Kemaskan topeng muka sehingga menutup mulut, hidung dan dagu sepenuhnya.
  • Pastikan tiada jurang antara wajah dan topeng muka
  • Tarik klip untuk laraskan tali sepadan dengan muka
  • Siap!

Arahan penjagaan

Topeng muka Lunavie ini perlu dicuci dengan tangan SAHAJA ya.. Dah cuci, bolehlah keringkan di tempat yang sejuk/kering

Perhatian!
  • Tidak disyorkan untuk digunakan oleh bayi dibawah usia 3 tahun kerana risiko mati lemas
  • Topeng ini adalah barang peribadi. Jangan berkongsi dengan orang lain.
  • Berhenti menggunakan topeng muka ini jika ia merosakkan atau menghalang pernafasan
  • Topeng muka ini direka untuk perlindungan umum. Selain memakai topeng muka, sila jaga kebersihan diri.. Itu juga salah satu perkara yang penting dalam mencegah virus.


Oklah, setakat ini jelah cerita aku tentang Lunavie face mask ni.. Aku suka guna topeng muka ni sebabnya lebih mudah bernafas dan tak terasa lemas walau aku memakainya dalam jangka masa yang panjang.. Sangat berbeza dengan face mask yang lain yang pernah aku pakai..

Kalau korang nak tau info lanjut atau nak dapatkan Lunavie Face Mask ni, boleh layari :-

💬 Website : https://www.lunavie.com/
💬 Facebook : https://www.facebook.com/mylunavie/
💬 Instagram : https://www.instagram.com/mylunavie/



Read More

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Wednesday, August 5, 2020

2 comments
Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat | Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang. Pada 04 Ogos 2020 yang lalu, Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19. Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Pahang.

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat. Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Teluk Gunung dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 47 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium - kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan En Harun dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial. 

Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri - tambah beliau.

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti - kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Teluk Gunung, Daerah Kuala Lipis di Pahang.

Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 47 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami! - terang En Harun Bin Abdullah.

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Teluk Gunung.

Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini - kata penduduk kampung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.



Read More

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

Wednesday, July 29, 2020

10 comments
Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab |  Assalamualaikum.. Hi Korang.. Dah nak masuk bulan ogos kita ni ye.. Sekejap je masa berlalu kan.. Sekarang ni, kat tempat kerja aku setiap hari Jumaat merupakan hari sukan - sihat, cergas dan langsing.. Langsing keh? Haha.. Tak pe, kita cuba kearah itu ye.. Hiks.. Memandangkan aku sekarang gigih bersukan setiap hari Jumaat, terpanggil la pulak nak ada tudung sukan supaya lebih selesa semasa bersukan.. Bukan apa, kalau pakai tudung yang lebih selesa ni barulah time sukan tu kita dapat melakukan aktiviti sukan dengan lebih baik..

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

Jadinya, untuk mencapai hasrat tersebut, aku surveylah beberapa jenis tudung sukan yang ada di pasaran sekarang ni.. Dah habis survey, hati berkenan dengan tudung sukan paling viral di Malaysia iaitu TAHAN Instant Sports Hijab dari PTT Outdoor... Serius weh, aku suka design dia.. Tu belum ambil kira materialnya lagi.. Sebelum berkenan tu, aku tengok jugak dulu feedback dari pengguna lain.. So, memang ramai yang beri feedback yang baik tentang TAHAN Instant Sports Hijab ni.. Sebab itu jugalah aku memilih tudung sukan paling best ni..

TAHAN Instant Sports Hijab Dari PTT Outdoor Tudung Sukan Yang Ringan Dan Cepat Kering

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

Dalam pemilihan apa juga jenis tudung, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah materialnya.. Tak kira la tudung sukan ke, tudung bawal ke, atau ape sahaja, aku pasti melihat dari materialnya terlebih dahulu sebelum membelinya.. Sama jugalah dengan tudung sukan dari PTT Outdoor ni..

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

Kenapa tudung sukan TAHAN ini menjadi pilihan aku?

Haaa mesti korang nak tahukan sebab apa? Salah satunya adalah sebab materialnya.. Kalau korang nak tahu, tudung ni materialnya adalah 90% Polyester dan 10% Spandex.. Ini membuatkan ia lebih ringan dan selesa di pakai.. Sungguhpun tudung sukan ini ringan tetapi ianya tidak mudah diterbangkan oleh angin semasa dipakai.. Bukan tu aje tau, tudung sukan TAHAN ini juga cepat kering.. So, kalau bersukan tu korang berpeluh sakan, tak yah la risau sangat sebabnya tudung ni serap peluh dan cepat kering.. Korang akan kembali selesa untuk terus bersukan.. Sangat sesuai untuk wanita yang cepat atau kuat berpeluh.. Oh ya satu lagi  tidak berbau.. Serius terbaik!

Selain itu juga, apa yang bestnya dengan tudung sukan TAHAN ni, kain dia ofkos sejuk.. Kalau kain jenis panas mana maunya datang keselesaannya tu kan.. Pengaliran udara pun baik.. Jadi, tak de la rasa melemaskan atau merimaskan semasa memakai tudung sukan ni.. Sangat sesuai untuk buat aktiviti luar.. Yang mana jenis malas nak iron tudung tu, ini adalah tudung terbaik buat korang sebabnya tudung sukan ni anti kedut.. Haha.. Silalah beli ya.. 

Keistimewaan TAHAN Instant Sports Hijab

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

Dah alang-alang dok bercerita tentang kelebihan TAHAN Instant Sports Hijab ni, moh le aku perincikan keistimewaan lain yang ada pada tudung sukan superb best ni.. 
  • Fabrik yang sangat selesa
Tudung ni direka khas untuk muslimah aktif yang gemar bersukan dan seperti yang aku cerita pada mulanya tadi, ianya cepat kering.. Jadi, bagi yang kuat berpeluh tu sangat sesuai pakai tudung instant ni.. Paling best bila pakai tudung TAHAN ni adalah cengkaman di bahagian wajah membuatkan kita rasa lebih selesa.. Tak longgar dan tidak terlalu ketat.. Kalau korang nak pakai bukan untuk sukan pun boleh, tak jadi masalah.. Nak-nak lagi kalau time travel.. Mudah gila kot, main sarung jerk.. Lagi pula tudung ni memang anti kedut.. Bertambahlah mudahnya..

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

  • Reka bentuk yang menarik
Serius tudung TAHAN ni sangat ringat fabriknya dan designnya jugak cantik.. Aku suka! Bila pakai terletak jerk nampak.. Tak perlu dah nak pin sana pin sini.. Just pakai dah nampak elok.. Memang senang sangat nak dipakai dan diperbuat dengan menggunakan kain yang berkualiti tinggi.. Bagi aku reka bentuk tudung ni melambangkan wanita kontemporasi ke arah menjalani gaya hidup sihat.

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

Material TAHAN Hijab ni sangat bagus sebabnya ia menyerap peluh dengan baik dan  bukan itu sahaja, semasa memakainya pengaliran udara juga baik menjadikan ianya selesa dipakai dalam tempoh yang lama.. Selain itu, apa yang lebih menarik reka bentuknya dapat mengelakkan pendedahan rambut semasa melakukan aktiviti sukan.. 

Dapatkan Tudung Sukan TAHAN dari PTT Outdoor Untuk Bersukan Dengan Lebih Selesa

Bersukan Dengan Lebih Selesa Dengan Tudung Sukan Paling Viral Di Malaysia TAHAN Instant Sports Hijab

Segala tentang TAHAN Instant Sports Hijab ni dah aku bongkarkan.. Tiada lagi rahsia.. Segalanya istimewa tentang tudung sukan viral ni.. So, bagi korang yang aktif bersukan mahupun yang inginkan tudung yang berkualiti dan mudah dipakai, boleh dapatkan tudung sukan TAHAN ini dari PTT Outdoor untuk menjadikan aktiviti sukan yang korang lakukan lebih selesa..

Oh ya, buat pembaca Blog Lea Azleeya ini untuk korang.. Guna code : LEA semasa checkout, korang akan dapat potongan sebanyak 10%.. So cepat-cepat checkout TAHAN Instant Hijab sekarang!!

Untuk info lanjut, boleh baca kat sini ye..



Read More

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Sunday, July 26, 2020

2 comments
Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa Anmum ESSENTIAL GOLD serba baharu menyokong keperluan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun | Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori  'generasi Alfa' atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas sekali gus menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak ini menjadi semakin penting.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Itulah sebabnya Anmum ESSENTIAL GOLD baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien - nutrien penting  untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa


Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal; persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta perkembangan sosial dan juga emosi.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun. Namun, sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

"Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka."

Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini. 

Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik.

Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrien termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.

Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini.

Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak.

Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari.

Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

"Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit," katanya.

"Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya!" tambah Dr. Yong Junina.

Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.  

Anmum ESSENTIAL GOLD Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD kini dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Anmum Essential di https://www.facebook.com/AnmumEssentialMY/ atau laman web di https://www.anmum.com/my/.




Read More