Showing posts with label mcdonalds. Show all posts
Showing posts with label mcdonalds. Show all posts
McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja

McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja


McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja  |  Semakin hari semakin membimbangkan dengan keadaan negara kita pada hari ini yang mengalami krisis pandemik Covid-19 dimana angkanya semakin meningkat dari sehari ke sehari.. Setiap hari juga ada sahaja kes kematian dilaporkan akibat virus ini.. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir.. Malah, baru-baru ini di tempat kerja aku sendiri mengalami penularan virus Covid-19 ini mengakibatkan jabatan kami terpaksa ditutup buat sementara untuk menghapuskan rantaian Covid-19 ini.. Aku sendiri masih lagi dalam tempoh kuarantin.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Insyaallah..

Sepanjang tempoh kuarantin ni, makanan memang aku order secara online sahaja melalui penghantar makanan daripada McDelivery, FoodPanda, dan GrabFood.. Lebih mudah dan selamat. Tak perlulah nak bersesak-sesak di kedai makan untuk membeli makanan sekaligus dapat mengurangkan risiko jangkitan dan insyaallah dapat memutuskan rangkaian Covid-19 juga suatu hari nanti.. Bagi aku, penghantar makanan juga adalah frontliners dimana mereka juga memainkan peranan penting semasa musim pandemik ini dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan pelanggannya selamat dan perniagaan mereka terus berjalan lancar.. Mereka juga patut dihargai..


#LekLuMcDBelanja - McDonald's Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan

McDelivery  riders menerima Quarter Pounder with Cheese percuma, menandakan bermulanya kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu pada 12 Julai 2021.

Terbaru, McDonald's Malaysia rai penghantar makanan dengan membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder with Cheese sebagai tanda penghargaan  di atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Terima kasih McDonald's Malaysia belanja penghantar makanan dan tahniah kerana sekali lagi berjaya melancarkan inisiatif yang memberi manfaat kepada kepada semua penghantar makanan di seluruh negara.. Terima kasih juga kepada Penghantar Makanan, tanpa perkhidmatan anda, sudah pastinya merumitkan lagi urusan seharian kami rakyat Malaysia..

Kalau korang nak tahu, inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia dalam menghargai Penghantar Makanan Malaysia ini adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera ini untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya..

"Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar." - Azmin Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia

Wah, aku baca petikan kata-kata dari Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia ini pun dah rasa sebak.. Tambahan pula lihat pengorbanan mereka yang dikongsikan di media sosial oleh pelanggan-pelanggan mereka.. Ada yang sanggup berpanas, berhujan, berbasikal dan hanya berjalan kaki sahaja semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan.. Bukan itu sahaja malah mereka juga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan setiap hari.. Allahuakbar, besar betul jasa mereka kepada rakyat Malaysia pada hari ini.. 

Perwakilan dari McDonald's Malaysia menunjukkan penghargaan mereka terhadap McDelivery riders

"Sehubungannya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat" - Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia

McD Belanja Makan Penghantar Makanan dengan set hidangan Quarter Pounder with Cheese
 
Pasukan McDonald's di Kuala Terengganu menyertai program di seluruh negara dalam mengedarkan Quarter Pounder with Cheese secara percuma kepada penghantar makanan sebagai tanda penghargaan.

"Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald's ingin mengingatkan kepada semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan" - Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia

Riders berbaris di McDonald's Kuala Terengganu untuk claim Quarter Pounder with Cheese percuma mereka

Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder with Cheese antara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai di Restoran McDonald's seluruh Malaysia.

GrabFood, FoodPanda and McDelivery riders dengan wakil dari McDonald's Sunway City Tambun

#LekLuMcDBelanja.. Nama kempen pun sempoi je!... Sebut saje pun dah rasa teruja.. Inikan pula bagi mereka sebagai seorang penghantar makanan sudah pastinya sangat rasa dihargai.. Semoga dengan inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berusaha dan berkhidmat untuk masyarakat. Terima kasih abang dan kakak riders!! Korang adalah wira kami.. #LekLuMcDBelanja #RiderKu..

Jom Kongsi Gambar atau Video Bersama #RiderKu Tanda Terima Kasih
 
Riders dari pelbagai platform delivery berbaris untuk claim Quarter Pounder with Cheese percuma mereka

Apa kata, sebagai tanda terima kasih kita kepada semua penghantar makanan, jom kita sama-sama kongsikan gambar atau video kita bersama #Riderku di media sosial dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.. Dengan cara ini, dapatlah kita sama-sama untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat kita semua..

McDelivery riders dengan senang hati menerima Quarter Pounder Quarter Pounder with Cheese percuma


Seorang wakil dari McDonald's Kuala Terengganu dengan delivery rider

Tapi apa-apa pun perlu diingatkan ye kepada semua, masa nak ambil gambar atau video bersama #RiderKu tu, kenalah sama-sama jaga SOP.. Mask kena pakai dan penjarakan sosial juga harus dijaga.. Barulah rantaian Covid-19 dapat dihapuskan.. Insyaallah..

Apa Kata Mereka Sebagai Penghantar Makanan?

Penghantar Makanan McDelivery - Roslina Talhad

Ibu kepada lima anak ini, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

"Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri." - kata Roslina Talhad

Penghantar Makanan McDelivery - William Quah

 William Quah telah berkhidmat sebagai penghantar makanan McDonald's selama dua tahun.

"Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuashati dapat mengembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka." - kata William Quah

"Pernah sekali ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja." - tambahnya lagi

Penghantar Makanan McDelivery - Mohamad Azyhan Musa

Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatan sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajiannya.

"Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald's kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami" - kata Mohamad Azyhan Musa

Tidak dinafikan, setiap penghantar makanan itu mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dengan kisah hidupnya tersendiri.. Menjadi sebagai seorang Penghantar Makanan untuk satu kelangsungan hidup.. Maka, dengan inisiatif  LekLuMcDBelanja ini secara tidak langsung dapat meringankan bebanan hidup mereka juga disamping memberikan mereka semangat dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam menghantar makanan kepada pelanggan. Justeru itu, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pengantar makanan dan juga tahniah kepada McDonald's Malaysia kerana telah berjaya melaksanakan inisiatif ini..

Untuk info lanjut, korang boleh layari http://www.facebook.com/My.McDonalds/
 




Read more »
Lea Azleeya
0 Comments
McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh


McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh  |  "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan dengan keadaan semasa kita sekarang.. Setiap hari aku melihat di media sosial, kisah petugas-petugas bahagian hadapan bertungkus lumus menghadapi penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin serius di negara kita pada hari ini.. Mereka bekerja tidak kira masa untuk merawat pesakit dan menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik demi memutuskan rantaian Covid-19 ini.. 

Tidak dinafikan, semakin hari semakin meningkat statistik jangkitan Covid-19 di Malaysia.. Kenapa? Ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia bersikap sambil lewa dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.. Sedarlah kita bahawa Covid-19 ini bukanlah suatu rekaan tetapi ia realiti yang terpaksa kita hadapi kini dan ketahuilah Covid-19 boleh meragut nyawa kita bila-bila masa dalam sekelip mata sahaja.. Jadi, patuhilah SOP dan duduklah di rumah sekiranya tiada keperluan mendesak di luar.. Bantulah fronliners dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini.. Mereka sudah terlalu penat untuk menghadapinya sendiri.. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sama-sama membantu mereka dengan #KitaBoleh #DudukRumah.

McDonald's Malaysia Taja 10,000 Makanan Untuk Frontliners Hospital Sungai Buloh

Kalau korang nak tahu, Mcdonald's adalah rangkaian restoran perkhidmatan segera terkemuka di dunia dengan lebih daripada 36,000 restoran di seluruh dunia, melayani lebih daripada 69 juta pelanggan setiap hari di lebih dari 100 negara. Manakala, di Malaysia pula, McDonald's melayani lebih dari 13.5 juta pelanggan sebulan di 300 restoran di seluruh negara. McDonald's mempunyai pekerja lebih daripada 14,000 rakyat Malaysia di restorannya di seluruh negara, menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan.. McDonald's juga merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera pertama di Malaysia yang menerima Pensijilan Halal daripada Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 90-an..

Sebagai sebahagian sokongan berterusan daripada McDonald's Malaysia dan penghargaan kepada frontliners perubatan yang terus berusaha dalam memastikan rakyat Malaysia selamat sepanjang pandemik ini, restoran perkhidmatan segera ini meneruskan tajaan makanannya kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh. Ini adalah demi menghargai segala jasa mereka yang tidak pernah putus asa dan tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memerangi wabak covid-19 yang melanda negara pada hari ini..

Menjadi antara hospital terawal menerima tajaan daripada McDonald's Malaysia sepanjang pandemik ini, Hospital Sungai Buloh telah menerima lebih daripada 10,000 makanan untuk pasukan perubatan mereka. Dalam pengaktifan semula penajaan makanan baru-baru ini yang disambung semula pada awal bulan Mei yang lalu, McDonald's Malaysia telah menaja 300 makanan dalam 3 kali seminggu dan memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah keselamatan yang ketat semasa penghantaran makanan dibuat. Ini telah membuktikan rasa tanggungjawab, keprihatinan dan penghargaan McDonald's Malaysia terhadap frontliners yang sedang merawat pesakit Covid-19.

Sebagai fasiliti perubatan utama dalam merawat pesakit Covid-19 di negara kita, pasukan perubatan kami di Hospital Sungai Buloh bertugas sepanjang masa bagi menjaga dan memenuhi keperluan para pesakit kami - pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur.

Kalaulah aku berada di tempat mereka, aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu sekuat mereka atau tidak.. Aku sangat kagum dengan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri mereka.. Sememangnya mereka patut dihargai..

Lebih 70 Hospital Mendapat Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia

Para petugas barisan hadapan perubatan di lebih 70 buah hospital di seluruh negara telah menerima tajaan makanan daripada McDonald's Malaysia. Ini menunjukkan bahawa McDonald's Malaysia sentiasa kekal komited dalam memainkan peranan untuk memberi sokongan kepada usaha pemulihan negara.

Kami bersyukur dan berterima kasih di atas tanda ingatan dari McDonald's, yang bermula dari PKP pertama pada bulan Mac 2020 lagi. Sumbangan ini semestinya meringankan beban petugas-petugas kami dan menjadi pemangkin semangat serta dapat menceriakan hari-hari mereka. - tambahnya lagi. 

Bagi pihak Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur telah hadir untuk menerima pakej makanan daripada McDonald's Malaysia.

Hospital Sungai Buloh adalah salah sebuah hospital pertama yang mendapat tajaan makanan dari McDonald's Malaysia di awal tersebarnya Covid-19 di Malaysia. Selagi negara kita terus cekal dalam mengharungi waktu yang sukar ini, kita kekal berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang gagah berani dalam memastikan keselamatan kita terjaga. Kami akan meneruskan sokongan kami melalui inisiatif ini dalam jangka masa panjang, supaya kami dapat menyantuni lebih ramai frontliners. - kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

Kempen #KitaBoleh Bangkit Semangat Juang dan Bersatu Rakyat Malaysia 

Kempen #KitaBoleh ini juga adalah salah satu inisiatif McDonald's Malaysia dimana mereka telah mengekalkan kempen #KitaBoleh ini sebagai kesinambungan kepada kempen yang dicetuskan syarikat ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu. 

Konsep #KitaBoleh ini yang dimulakan oleh Mcdonald's Malaysia di platform media sosial mereka adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan meneruskan semangat juang lebih-lebih lagi pada waktu yang sukar ini.. #KitaBoleh ini juga adalah seruan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengkhabarkan keberanian dalam diam para petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi pandemik ini.

Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia yang berjaya meneruskan usaha dan inisiatif mereka sampai ke hari ini dalam membantu mengurangkan beban fronliners perubatan.. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan dan lebih ramai frontliners yang mendapat manfaat darinya.. 

Petugas barisan hadapan merupakan golongan yang sentiasa konsisten sepanjang waktu sukar ini.. Mereka tetap kekal tenang, tekun dan sentiasa berusaha menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia bagi melawan wabak ini.. Jadi, buat para petugas barisan hadapan perubatan, kalian adalah wira kami.. Tanpa kalian, negara akan lumpuh.. Semoga kalian terus diberi kesihatan yang baik supaya dapat meneruskan perjuangan ini hingga keakhirnya.. Kepada rakyat Malaysia pula, marilah sama-sama kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan duduklah dirumah sekiranya tiada keperluan mendesak di luar. Semoga negara kita bebas dari pandemik Covid-19 ini suatu hari nanti.. Insyaallah.. 

Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/My.McDonalds/


Read more »
Lea Azleeya
6 Comments
McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan


McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan  |  Sepertimana umum ketahui, pada hari ini negara kita masih lagi berhadapan dengan situasi penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan bukan sahaja wabak ini dihapuskan segera, malah kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.. Dalam usaha mengawal pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini, tidak akan berjaya tanpa kegigihan, semangat kental dan daya juang pasukan petugas barisan hadapan (Frontliners) terutamanya petugas kesihatan dan perubatan.

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Aktiviti kemasyarakatan merupakan satu budaya McDonald's untuk menjalinkan hubungan erat bersama komuniti. Pada tahun ini, McDonald's Malaysia telah memanjangkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kepada para petugas barisan hadapan yang komited untuk membanteras wabak Covid-19 dalam menghargai jasa besar mereka kepada negara.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas di barisan hadapan ini, McDonald's Malaysia telah menunjukkan penghargaannya dengan menaja makanan kepada petugas kesihatan dan perubatan di lebih 70 buah hospital di seluruh negara sejak  tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini yang diumumkan oleh kerajaan.. Ini merupakan salah satu usaha McDonald's Malaysia yang sentiasa peka dan ambil peduli tentang keadaan semasa negara kita. Dengan inisiatif ini, sekurang-kurangnya dapatlah memberi sedikit kegembiraan kepada mereka dalam menghadapi tekanan kerja dimusim pandemik ini..

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Penghantaran makanan ini dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ke setiap hospital dimana penajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit Covid-19 ini, secara langsung memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 petugas barisan hadapan kesihatan di seluruh Malaysia yang setiap hari bertungkus lumus bekerja demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.. Inisiatif ini juga bertujuan bagi menghargai petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka dalam menangani pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama wabak ini." kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Dalam pada itu juga, McDonald's Malaysia masih lagi meneruskan kempen #KitaBoleh dimana menerusi kempen #KitaBoleh ini, mereka mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.. Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rally organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan oleh syarikat ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu.

Menerusi konsep #KitaBoleh yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia melalui platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu dan bersemangat juang dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini. Melalui semangat #KitaBoleh ini juga sekaligus kita dapat menangani apa jua cabaran yang mendatang dan tetap berdiri teguh bersama.

Dengan slogan #KitaBoleh ini juga secara tidak langsung dapat menggambarkan keberanian dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang sentiasa bertungkus lumus dan tidak pernah berputus asa tanpa mengenal erti penat lelah bekerja siang dan malam dalam memerangi wabak ini ketika rakyat kekal berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

"Apa yang tetap kekal pada waktu kita diuji ini adalah ketabahan dan kegigihan yang berterusan para petugas barisan hadapan yang bekerja sepanjang masa membuatkan kehidupan seharian kita sentiasa dalam keadaan selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

Azmir juga tidak lupa memberi pengiktirafan kepada pasukan restoran yang bertugas di lapangan sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menghantar makanan dan membuatkan petugas barisan hadapan kesihatan mengukirkan tersenyum kegembiraan dengan makanan kegemaran mereka. Kerana jasamu #KitaBoleh mengharungi pahit getir cabaran ini..

"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pasukan restoran McDonald's di seluruh negara yang telah terlibat dengan tugas menghantar makanan ke hospital ini dan memastikan petugas barisan hadapan kesihatan dan perubatan mendapat makanan kegemaran mereka." kata Azmir.

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Jika kita lihat, sehingga ke hari ini McDonald's Malaysia sentiasa bersedia untuk memainkan peranan walaupun sekecil-kecilnya demi menyumbang kepada komuniti di sekitarnya. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald's Malaysia dalam menghargai petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini sekaligus mewujudkan impak positif kepada masyarakat.. 


Tahniah kepada McDonald's Malaysia diatas inisiatif ini dan semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat darinya di masa-masa akan datang.

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia marilah sama-sama mengharungi saat-saat sukar ini dengan mematuhi semua langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan supaya Covid-19 ini dapat dihapuskan dan marilah menyahut cabaran #KitaBoleh duduk di rumah agar wira-wira kita ini dapat berjuang demi kita, untuk kita. Sama-samalah kita memerangi dan memutuskan rantaian jangkitan covid-19 ini.. 



Read more »
Lea Azleeya
11 Comments
Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal


Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal |  Jasa dan pengorbanan guru sememangnya sangat besar dalam mendidik kita tanpa jemu dan tidak akan pernah terbalas. Jadi, mereka harus dihormati dan dihargai sebaik mungkin. Bagi menghormati dan menghargai jasa guru yang melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas hakiki mereka dalam mendidik, memotivasi dan memberi inpirasi kepada pelajar, McDonald's Malaysia telah meraikan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI2021), sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan tahun ini.

Read more »
Lea Azleeya
5 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)